Anda di halaman 1dari 5

ADSS 2103

TASAWWUR ISLAM

SEMESTER JANUARI 2022

NAMA: RAJA MUHAMMAD NASRUN HAKIMI BIN R.MAT NAYAN

NO MATRIKS: 71111085919001

NO TELEFON: 0194583988

PUSAT PENGAJIAN: OUM TAIPING


TUGASAN 1

a. Kita sebagai umat Islam perlu meyakini bahawa setiap ujian yang diberikan oleh
Allah mempunyai peringatan untuk manusia seluruhnya. Pandemik Covid-19
yang menyerang hampir 200 buah negara di dunia, tentunya menuntut semua
pihak untuk bermuhasabah atau memeriksa diri masing-terhadap segala amalan,
perbuatan, sikap, dasar serta apa sahaja yang telah dilakukan selama ini yang
bersifat kezaliman, kekejaman, kerosakan, penindasan, ketidakadilan atau apa
sahaja yang bertentangan dengan perintah Allah. Menjadi harapan kita bersama
agar wabak COVID-19 ini lebih mendekatkan diri kita dengan Allah SWT dengan
lebih untuk melakukan taubat dan memohon keampunan khususnya dari
melakukan kezaliman, kerosakan dan kemusnahan yang banyak sekali dilakukan
oleh manusia dalam kehidupan.

Dalam suasana begini, para pendakwah atau para penggerak agama yang selama
ini aktif dalam berdakwah, cergas dalam membantu masyarakat, banyak
memberikan syarahan, berceramah dan sebagainya, menjadi harapan bersama
agar kumpulan ini tidak larut atau leka dengan keadaan yang berlaku atau turut
larut dengan suasana persekitaran. Maksudnya dalam tempoh begini kita perlu
memperkuatkan diri dan keluarga dengan kekuatan keimanan serta hiasi rumah
kita dengan cahaya amal soleh.

Namun demikian, kita jangan lupa bahawa di bahu para pendakwah terdapat
amanah yang perlu diteruskan iaitu menyeru manusia untuk terus sedar supaya
kembali taat kepada Allah dan patuh kepada jalan yang diredai. Para pendakwah tidak
mempunyai alasan untuk ‘berehat’ atau ‘berlepas tangan’ dengan alasan
‘sedih’, ‘tidak berkeupayaan’ atau ‘keadaan tidak mengizinkan’. Dakwah perlu
diteruskan, laksanakan terus usaha-usaha dakwah dan ambil lah setiap
kesempatan untuk mengajak manusia ke arah kebaikan dan keinsafan serta taat
kepada Allah.
b. Majlis Fatwa Syar’ie, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang diketuai oleh Syeikh
Abdullah Bin Bayyah, telah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan isu keharusan
meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah ketika penularan wabak COVID-19.
Dengan bersandarkan kepada kewajipan untuk mentaati pemimpin (ulil amri), beliau
telah menjelaskan di dalam fatwanya beberapa perkara berikut:

Pertama: Wajib di sisi syarak bagi setiap pertubuhan dan kumpulan masyarakat


untuk beriltizam dengan ketetapan kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan
yang bertanggungjawab, serta dalam masa yang sama mengambil langkah yang
sewajarnya bagi mengelakkan daripada berpindah dan tersebarnya penyakit. Tidak
boleh untuk melanggar ketetapan tersebut walau dalam apa jua keadaan.

Kedua: Haram dari sudut syarak kepada mereka yang menghidapi penyakit ini atau
mengalami simptom-simptomnya berada di tempat-tempat awam, atau pergi ke
masjid untuk menunaikan solat berjemaah, solat Jumaat dan solat Hari Raya.
Hendaklah dia mengambil segala langkah pencegahan yang perlu dengan
dikuarantinkan dan dirawat oleh kementerian kesihatan, supaya tidak menyumbang
kepada penularan wabak kepada orang lain.

Ketiga: Diberikan keringanan (rukhsah) untuk tidak hadir solat berjemaah, solat


Jumaat dan solat Hari Raya serta solat Terawih bagi golongan warga emas, kanak-
kanak, yang menghidap penyakit berkaitan saluran penafasan dan yang menghidap
penyaki antibodi lemah. Hendaklah mereka menunaikan solat di rumah mereka atau
di tempat mereka berada, serta mereka perlu mendirikan solat Zohor bagi
menggantikan solat Jumaat.

Keempat: Apa yang berkaitan dengan Haji, Umrah dan ziarah pula: wajib ke atas
semua golongan untuk sentiasa merujuk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh
pemerintah negara Arab Saudi. Hal ini bertitik-tolak daripada tanggungjawab mereka
untuk menjaga orang yang melaksanakan Haji dan Umrah serta orang yang datang
berziarah untuk kesihatan dan keselamatan mereka.

Kelima: Wajib di sisi syarak kepada semua pihak yang lain untuk menghulurkan
bantuan kepada kementerian menguruskan hal ini dengan bantuan yang sepatutnya,
bagi menghalang penyebaran dan menghapuskan wabak ini. Hal ini dengan tidak
menyebarkan info-info yang tidak benar dan hanya menyebarkan maklumat rasmi
daripada kementerian.

Keenam: Seruan kepada semua pihak dan individu untuk menghulurkan tangan bagi
menolong dan membantu berdasarkan kepakaran masing-masing. Di samping itu,
tidak memanipulasikan keadaan seperti ini dengan menaikkan harga barang keperluan
terutamanya ubat-ubatan dan barang perubatan.

Ketujuh: Sandaran syarak bagi fatwa ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil


daripada al-Quran, Sunnah Nabawiah, Ijma’ dan Qiyas.

c. Perlu difahami ketetapan yang dibuat kerajaan Malaysia ini bukan bertujuan
menyusahkan mana-mana pihak. Ia langkah yang perlu diambil bagi memastikan
wabak Covid-19 dapat disekat daripada terus menular. Maka tiada pilihan lain untuk
menyekat wujudnya kontak rapat antara pesakit yang didapati positif wabak ini
dengan orang lain yang sihat melainkan dengan pengawalan pergerakan khususnya
melibatkan perkumpulan orang ramai.

Situasi ini sebenarnya memerlukan pemahaman yang jelas tentang sifat kebersamaan
dalam menghadapi ujian mendepani penularan wabak Covid-19 di negara ini. Orang
yang disahkan menghidap penyakit daripada virus ini atau orang yang mempunyai
kontak rapat dengan pesakit dilarang mendekati orang yang sihat. Rasulullah SAW
bersabda maksudnya: “Orang yang sakit janganlah mendatangi orang yang sihat.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Ketetapan ini memberi petunjuk jelas tentang perlunya seseorang mengasihi orang
lain agar tidak menerima jangkitan wabak Covid-19. Sesungguhnya seseorang
Muslim yang memiliki iman yang sempurna akan mengasihi orang lain seperti mana
dia mengasihi dirinya sendiri.

Begitu juga dengan orang awam yang sihat, mereka perlu mematuhi perintah yang
dikeluarkan pihak berkuasa agar diri mereka tidak terdedah dengan jangkitan wabak
Covid-19. Setiap anggota masyarakat tidak boleh berdegil sebaliknya perlu menanam
sikap simpati terhadap petugas kesihatan yang sedang bertungkus-lumus memberikan
perkhidmatan terbaik membasmi penularan wabak ini.

Anda mungkin juga menyukai