Anda di halaman 1dari 1

COVID-19 : SATU PENGAJARAN

Baru-baru ini, Malaysia dan hampir semua negara di seluruh dunia dikejutkan dengan penularan
wabak koronavirus atau juga dipanggil COVID -19. Penyebaran virus ini dikatakan berpunca
daripada kehadiran pelancong dari negara China.

Koronavirus mula dikesan di bandar Wuhan, di Wilayah Wubei, China. Hal ini dapat dikesan
apabila berlakunya peningkatan secara mendadak kes individu yang menghidap gejala demam
panas menjelang Tahun Baharu Cina yang lalu.

Penularan wabak koronavirus memberi impak yang besar kepada seluruh masyarakat dunia.
Pelbagai pengajaran dapat diambil untuk dijadikan iktibar. Antaranya,kita hendaklah sentiasa
menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar. Langkah-langkah menjaga kebersihan diri banyak
disebarkan di media sosial seperti mencuci tangan menggunakan sabun sekurang-kurangnya 20
saat atau mensanitasi tangan dan menggunakan topeng mulut dan hidung.

Selain itu,kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat mengikut cara ajaran Islam di mana
sumber makanan mestilah daripada sumber yang halal. Sumber makanan berupa haiwan tertentu
hendaklah disembelih terlebih dahulu dengan cara yang betul sebelum dimasak. Sumber
makanan juga mestilah dicuci dengan betul agar makanan bersih daripada bakteria dan kuman.

Seterusnya,kita haruslah memberi kerjasama kepada arahan yang dikeluarkan oleh barisan
pentadbiran negara untuk membanteras COVID -19 agar tidak terus tersebar. Sikap hanya
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain perlu dibuang dan dijauhi. Arahan
daripada Perdana Menteri dan badan-badan berkuasa seperti duduk sahaja di rumah,
mengelakkan menghadiri sebarang perhimpunan dan tidak berada di tempat awam sesuka hati
mestilah dipatuhi.

Kesimpulannya, disebalik impak negatif penularan wabak pandemik Koronavirus seperti


menyebabkan jutaan kematian seluruh dunia, ianya terselit jua seribu satu hikmah yang boleh
kita ambil sebagai pengajaran dan memberi kesedaran kepada kita dalam meneruskan kehidupan.
Kerjasama yang jitu dikalangan seluruh rakyat Malaysia terutama barisan hadapan dalam
menangani wabak ini seharusnya mendapat pujian daripada negara-negara luar. Syabas
Malaysiaku.

Anda mungkin juga menyukai