Anda di halaman 1dari 26

CTU211

(ETIKA SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM)

KAJIAN KES:
COVID-19: BAGAIMANA SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM HARUS
DIMANFAATKAN (PEMANTAPAN KEIMANAN)

KUMPULAN :
J4EC1103A

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO PELAJAR
MUHAMMAD NAQIB BIN 2019389443
KAMAROZAMAN
NURUL FAZATOL AKMA BINTI RAMLI 2019772521
AIN SHAKIRA BINTI ROSLI 2019379693

DISEDIAKAN UNTUK:
NORAISHAH P OTHMAN
Pengenalan Huraian Kesimpulan/Cadanga Rujukan Etika JUMLAH
4 12 n 5 5 30%
4

SEMESTER FEB/JULY 2020


PENGAKUAN KEASLIAN KERJA

Saya Muhammad Naqib bin Kamarozaman, No Pelajar 2019389443


Saya Nurul Fazatol Akma binti Ramli, No Pelajar 2019772521
Saya Ain Shakira binti Rosli, No Pelajar 2019379693

Mengakui bahawa segala hasil kerja di dalam assignment yang bertajuk Covid-19: Bagaimana
Sains dan Teknologi Islam harus dimanfaatkan (Pemantapan Keimanan)
adalah milik kami sepenuhnya. Kami tidak mengambil daripada hasil kerja orang lain kecuali
apa yang telah dinyatakan di dalam rujukan beserta pemberitahuan. Kami juga mengakui bahawa
segala hasil kerja ini adalah sepenuhnya tulisan kami bukan hasil penulisan orang lain.

Pengakuan ini dibuat pada: 6hb Februari 2020

Tandatangan:

2
ISI KANDUNGAN

TAJUK M/S
PENDAHULUAN (BRIEF TENTANG COVID-19) 4
DEFINISI: PEMANTAPAN KEIMANAN 6
ISU BERKAITAN PEMANTAPAN KEIMANAN 9
 KERUNTUHAN AKHLAK
 PENINGKATAN VIDEO-VIDEO TIDAK BERPENDIDIKAN
 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL TANPA HAD
 PEMBAZIRAN MASA PADA PERKARA TIDAK BERFAEDAH
IMPAK DARIPADA KETIADAAN IMAN YANG MANTAP 14
 REMAJA BERKEPERIBADIAN BURUK
- Maruah remaja tercalar
 MEROSAKKAN PEMIKIRAN REMAJA
 LALAI DARI MENGINGATI AKHIRAT
 AKIDAH REMAJA TERPESONG

KAEDAH MENANGANI – SAINS&TEKNOLOGI 19


KESIMPULAN/CADANGAN 24
RUJUKAN 26
LAPORAN PLAGIAT 27

PENDAHULUAN

Awal Januari 2020, seluruh dunia telah digemparkan dengan kewujudan satu virus baharu
dipercayai berasal dari sebuah pasar yang menjual haiwan eksotik seperti kelawar untuk dimakan

3
di Wuhan, China. Menurut World Health Organization (WHO), virus yang diberi nama Covid-19
merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh koronavirus yang baru ditemui dan
tergolong dalam SARS dan MERS, di mana virus ini boleh membawa maut. Virus Covid-19 ini
merebak dengan cepat melalui sentuhan terutamanya pada permukaan yang kerap disentuh orang
ramai seperti troli, penghadang bas dan juga boleh merebak ketika kita bersalaman, malahan ia
juga boleh disebarkan melalui titisan pernafasan di udara seperti orang yang bersin atau batuk.
Menurut kajian, virus ini lagi bergiat aktif pada permukaan yang disentuh berbanding di udara.
Bagi mengesan pesakit yang terkena virus ini, mereka akan mengalami masalah dari segi
pernafasan dan demam serta batuk kering. Setiap pesakit yang mengalami gejala atau simpton
Covid-19 akan diperiksa melalui swab test sebanyak 2 kali untuk menentukan sama ada positif
atau negatif. Pesakit akan dikuarantinkan selama 14 hari sehingga keputusan ujian swab test
selesai dan keputusan menunjukkan kedua-dua nya adalah negatif. Orang ramai yang mengalami
simptom seperti demam, batuk berterusan, selesema dan sesak nafas dinasihatkan agar segera
melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan agar risiko jangkitan dapat dikurangkan.

Susulan daripada itu, Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan oleh pihak
kerajaan bermula 18 Mac 2020 untuk membendung jangkitan virus Covid-19 daripada terus
merebak. Antara perkara yang tertakluk di bawah PKP ini termasuklah melarang pembukaan
premis-premis yang menjadi tumpuan orang ramai untuk berkumpul seperti pasaraya, kedai
makan, warung serta institusi pendidikan. Selain itu, kerajaan juga tidak membenarkan solat
berjemaah dilakukan di masjid atau surau-surau kerana warga emas lebih berisiko untuk
dijangkiti. Masyarakat juga perlu menjarakkan kedudukan 1 meter antara satu sama lain dan
pergerakan rentas negeri juga tidak dibenarkan. Kesannya, kadar pengawalan pembendungan
virus berada pada tahap yang memuaskan kerana tindakan pantas pihak kerajaan
menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan berjaya memutuskan sedikit demi sedikit
penyebaran virus ini daripada terus berleluasa dalam kalangan warga setempat. Malaysia kini
hanya mencatatkan 115 kematian daripada 7857 kes secara keseluruhan menurut catatan kes
pada 1 Jun 2020. Sehingga kini, saintis di seluruh dunia masih berusaha mencari dan mencipta
vaksin bagi merawat virus Covid-19 ini. Untuk menjaga keselamatan diri, kita disarankan agar
kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan perlu memakai penutup mulut apabila
mengunjungi tempat tumpuan ramai bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan. Tindakan

4
kerajaan mengawal pergerakkan dari setiap sudut rakyatnya selari dengan tuntutan agama Islam
di mana kita perlu menghindari sesuatu wabak yang boleh membahayakan nyawa. Kejadian ini
sama seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dimana pada saat itu wabak taun telah
melanda lalu Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu
memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan
kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim).

Justeru, kita hendaklah mengambil iktibar daripada peristiwa terdahulu dalam usaha
mencegah wabak Covid-19 ini daripada terus berleluasa. Salah satu cara adalah dengan
memberikan kerjasama yang penuh kepada kerajaan supaya rantaian penyakit ini dapat
diputuskan dalam masa yang singkat untuk kesejahteraan semua rakyat. Antara contoh kerjasama
yang boleh kita lakukan ialah mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan
oleh kerajaan dan tidak melanggar arahan seperti solat berjemaah di masjid dan berkumpul
secara berkumpulan dalam kuantiti yang ramai. Kerjasama yang diberikan rakyat mampu
mengurangkan beban kerajaan serta mampu membantu barisan hadapan dalam menangani virus
ini. Tambahan pula, perintah kawalan pergerakan ini memberi banyak kesan dari sudut fizikal
dan mental kepada seluruh masyarakat tanpa mengira pangkat harta dan darjat merangkumi
sudut positif mahupun negatif. Setiap musibah yang berlaku adalah atas izin Allah SWT
bertujuan untuk kita berfikir dan renungkan hikmah di sebaliknya kerana Allah SWT tidak
membebani hamba-hambaNya melebihi kemampuan mereka.

5
DEFINISI

“Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa..”


“Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai..”

Serangkap potongan lagu di atas yang diambil dari ‘Iman Mutiara’ oleh Raihan
menjelaskan tentang keistimewaan iman dalam diri setiap manusia di mana seorang bapa yang
kuat beragam sendiri tidak akan mampu menurunkan imannya kepada anaknya melainkan diberi
tunjuk ajar dan didikan agama yang sempurna. Islam tidak wujud tanpa iman, begitu juga tiada
iman tanpa islam bermaksud islam dan iman saling melengkapi dan seharusnya wujud dalam hati
setiap umat Islam.

Perkataan iman berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘Aamana’( (‫ءامن‬yang membawa
maksud percaya atau membenarkan. Definisi iman juga sinonim dengan iktiqad tetapi
mempunyai pengertian yang berbeza. Menurut istilah Islam pula, iman ditakrifkan sebagai
membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melaksanakan dengan anggota badan.
Imam Al-Ghazali menghuraikan makna iman adalah “pengakuan dengan lidah (lisan),
membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun(anggota badan).
Pengertian iman juga ada disebutkan di dalam salah satu hadis terkenal yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a seperti berikut;

“…….Kemudian dia bertanya lagi: “Beritahukan aku tentang Iman”. Lalu Rasulullah
bersabda: “Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-
RasulNya dan hari akhirat dan engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang
buruk”, kemudian dia berkata: “Anda benar”….” (Hadis riwayat Muslim)

Dalam potongan hadis di atas, ia menjelaskan bahawa orang yang datang mendekati Nabi
Muhammad SAW seperti sahabat yang sudah lama berkenalan dengan Rasulullah ialah malaikat
Jibril yang menyamar sebagai seorang lelaki bertujuan untuk menyampaikan dan mengajar
Rasulullah mengenai hakikat islam, iman dan ihsan. Menurut sumber daripada kitab Al-Wafiy

6
karangan Dr Muhammad Dieb Al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu, Ibnu Ad-Daqiq berkata,
hadis ini sangat istimewa kerana mencakupi semua amal zahir dan batin. Ilmu-ilmu syariat
semuanya bermuara pada hadis ini. Ini disebabkan hadis berkenaan menghimpun ilmu Sunnah,
kerana hadis ini juga merupakan induk dari Sunnah. Selain itu, Allah SWT juga berfirman dalam
Surah Hujurat ayat 14;

“Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum
beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam
hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi
sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang".

Iman berkait rapat dengan islam dan ihsan. Allah SWT menjanjikan keampunan dan
ganjaran syurga buat hambaNya yang banyak melakukan dosa selagi mempunyai iman sebesar
zarah sekalipun di dalam hati. Kejayaan dan kebahagiaan yang abadi bagi setiap manusia di
dunia dan akhirat bergantung pada kesempurnaan dalam beragama. Namun begitu, sebagai umat
akhir zaman amatlah sukar bagi kita untuk memiliki kemampuan dalam memiliki agama yang
sempurna apatah lagi iman yang mantap kerana berleluasanya fitnah dan musibah. Seperti yang
kita ketahui, para sahabat yang hidup pada zaman Rasulullah SAW tergolong dalam kalangan
hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. Mereka memiliki segala ciri-ciri beragama hasil
didikan dan ajaran yang diberikan oleh Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, Rasulullah
SAW telah meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan kepada umatnya dalam
perjalanan menuju Allah SWT.

Desawarsa ini, manusia terlalu sibuk dengan duniawi sehinggakan urusan akhirat terabai.
Ada yang sibuk mencari rezeki untuk menampung keluarga, menuntut ilmu dan sebagainya.
Perkara ini membuatkan kita lalai dan leka akan tuntutan akhirat contohnya melengah-lengahkan
solat untuk menyiapkan assignment malah sanggup meninggalkan solat semata-mata hendak
bermain permainan ‘video game’. Adapun hikmah musibah seperti virus Covid-19 ini diturunkan
untuk mengajak umat manusia kembali semula kepada hakikat sebenar dicipta di muka bumi ini.
Kita seharusnya menggunakan peluang yang diberikan Allah SWT sepanjang PKP dijalankan

7
untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memantapkan iman yang senipis bawang ini. Menurut
Ustaz Abdul Aziz Ismail dalam bukunya Harap&Takut, hati yang sudah terjerumus dalam
kelazatan duniawi dan yang sudah berkecimpung dalam segala bentuk kemaksiatan maka
dapatlah diumpamakan sebagai tanah yang tandus yang tidak mungkin lagi dapat ditanami benih,
sebab sudah tidak subur lagi untuk itu.

8
ISU BERKAITAN PEMANTAPAN KEIMANAN

1)PENINGKATAN VIDEO-VIDEO TIDAK BERPENDIDIKAN

Sejak kebelakangan ini, kita dapat menyaksikan peningkatan video-video bukan berunsur
pendidikan di aplikasi media sosial seperti TikTok dan Youtube. Kebanyakan daripada video
tersebut dilakukan oleh generasi muda melibatkan golongan pelajar bertujuan untuk mengisi
masa lapang dan menghilangkan kebosanan di rumah selepas sesi persekolahan dan pengajian
ditutup akibat ancaman virus Covid-19.

Tiktok merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan kita merekod video, tarian atau
gaya bebas berlatarbelakangkan muzik dari pelbagai genre. Ia juga mempunyai variasi ‘filter’
atau emoji comel malahan kesan khas yang boleh digunakan oleh pengguna agar video mereka
nampak lebih menarik. Aplikasi ini direka khas khususnya untuk remaja mengembangkan bakat
dan kekreatifan mereka dalam dunia maya di mana video tersebut akan dikongsi untuk tontonan
global.
Lambakan video-video yang dihasilkan oleh mereka semakin pelik dan agak kurang
menyenangkan bagi tontonan umum. Generasi muda semakin terikut-ikut dengan trend atau
‘challenge’ yang sedang viral ketika itu sehinggakan ada di kalangan mereka sanggup
mendedahkan sisi buruk sendiri agar tidak dikatakan sebagai ketinggalan zaman. Sebagai
contoh, ‘Wipe it Out Challenge’ menyebabkan para wanita mendedahkan sebahagian anggota
tubuh badan sendiri sambil melakukan aksi comel untuk kelihatan cantik termasuklah remaja
Islam sendiri. Hal ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka pada masa akan datang.
Menurut Muhammad Imran Nizole dan Kamarul Azmi Jasmi [2018] dalam artikelnya bertajuk
Sains-Teknologi dan Agama Menurut Bahasa Al-Quran dan Hadis, kemajuan teknologi ini tidak
menggalakkan sesuatu pembangunan yang akan mengakibatkan kerosakan atau kemusnahan
alam serta nilai akhlak manusia itu sendiri. Allah SWT juga berfirman dalam AL-Quran, “timbul
berbagai kerosakan dan bala bencana yang dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang
demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan

9
buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Rum, 30:
41)
2)PEMBAZIRAN MASA PADA PERKARA TIDAK BERFAEDAH

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, rakyat berasa terkongkong


daripada melakukan aktiviti seharian seperti keluar bekerja dan menghadiri kuliah yang
mendorong mereka melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membazirkan masa khususnya
pada golongan remaja. Mereka banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan video
online tanpa mengira waktu untuk mengisi kebosanan berada di rumah. Ibu bapa seakan
bersetuju memberi kebebasan kepada anak anak untuk bermain gadjet mereka kerana dengan
cara itu anak anak akan kekal berada di rumah. Kemudahan telefon bimbit yang diberikan oleh
ibu bapa kepada anak anak merupakan salah satu punca mereka lalai dalam kehidupan seharian .
Ini kerana, perkembangan sains dan teknologi kini memudahkan mereka untuk bersosial tanpa
mengira waktu.

Selain itu, ada juga golongan remaja yang tetap berdegil dengan melakukan aktiviti yang
dilarang pihak kerajaan seperti keluar melepak dan merempit. Remaja yang terdedah dengan arus
kemodenan sains dan teknologi pada masa kini perlu diberi perhatian yang lebih oleh ibu bapa
supaya mereka tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan masalah dikemudian harinya.
Jika mereka keluar melepak atau merempit sekadar untuk mengisi kebosanan berada di rumah,
perkara itu diibaratkan seperti anjing menyalak bukit kerana perbuatan itu tidak mendatangkan
kebaikkan sedikitpun malahan mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan keluarga. Generasi
kini sepatutnya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa kerana mereka adalah tulang
belakang negara terutamanya ketika negara mengadapi masalah seperti ini.

Isu membuang masa ini bukan sahaja ditujukan untuk golongan remaja kerana golongan
yang berusia juga banyak melakukan perbuatan yang tidak berfaedah dan membazir masa.
Contohnya di awal perlaksanaan tempoh kawalan pergerakan, pihak berkuasa telah menahan
beberapa individu yang sedang asyik bersantai di kedai-kedai kopi berhampiran walaupun sudah
diberi peringatan oleh pihak kerajaan supaya kekal berada di rumah. Golongan ini boleh
diketegorikan sebagai warga emas. Mereka sepatutnya memberi contoh yang baik kepada anak

10
anak muda supaya mematuhi arahan kerajaan dan bukan memberi tunjuk ajar yang salah kepada
tontonan umum. Perbuatan yang dilakukan tidak menggambarkan kita sebagai seorang muslim
yang sejati kerana seseorang mukmin yang baik, indah serta tinggi akhlaknya apabila mereka
hanya melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan meninggalkan perkara yang tidak
bermanfaat.

3)KERUNTUHAN AKHLAK

Seperti kita sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh
Perdana Menteri bagi pihak kerajaan bagi menangani jangkitan penyakit Covid-19 pada awal
tahun 2020. Oleh kerana perintah kawalan ini, pergerakan adalah sangat terhad. Banyak juga
aktiviti-aktiviti yang biasanya dilakukan atau rutin harian yang dilakukan oleh rakyat Malaysia
dilarang sepanjang dalam tempoh PKP sebagai salah satu langkah untuk mencegah jangkitan
Covid-19 ini. Jadi, aktiviti seperti beriadah di luar rumah, aktiviti yang berkumpulan atau
melibatkan sentuhan dan sebagainya adalah antara yang dilarang dan tidak dibenarkan sepanjang
tempoh PKP. Sebagai contoh, aktiviti bersukan, berurut, atau apa-apa aktiviti yang melibatkan
berkumpulan. Disebabkan oleh perintah kawalan ini, aktiviti yang boleh dilakukan di rumah
adalah sangat terhad. Kebanyakan rakyat Malaysia, tidak kira yang tua atau pun yang muda
bergantung kepada telefon pintar mereka, ataupun gadget-gadget mereka yang lain bagi
memenuhi atau menghabiskan masa terluang mereka, dengan bermain game, melayari Twitter,
Facebook, Instagram dan lain-lain.

Terdapat satu laporan yang disediakan oleh seorang wartawan dari negara Australia
mendapati, bahawa kadar muat turun dan jumlah orang yang melayari laman web pornografi,
mengikut negara, meningkat dari semasa ke semasa setelah penularan wabak Covid-19 ini. Di
dalam laporan tersebut, Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi yang melayari laman web
pornografi. Perkara ini amat memalukan dan agak merisaukan kerana melayari laman web
pornografi adalah aktiviti yang tidak sihat. Hal ini bukanlah satu perkara yang patut
dibanggakan, sebaliknya, hal ini perlu dicegah. Perkara ini sepatutnya dipandang serius oleh
masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam yang melihat ia sebagai satu percubaan untuk

11
meruntuhkan akhlak dan menyemarakkan zina dalam negara. Keruntuhan akhlak dalam kalangan
umat Islam harus diambil berat kerana akhlak adalah sangat penting dalam mengekalkan dan
mengukuhkan institusi kekeluargaan, kejiranan, persaudaraan dan semangat jati diri negara.

Akhlak adalah penting sebagai parameter atau kayu ukur dalam pembangunan sesebuah
tamadun atau bangsa. Akhlak yang baik akan melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai jati
diri yang tinggi. Oleh yang demikian, tanggungjawab membentuk akhlak merupakan satu agenda
yang besar sehingga Allah SWT telah mengutuskan seorang nabi bagi tujuan tersebut. Rasulullah
SAW bersabda dalam sebuah hadis “Bahawasanya aku ini diutus untuk menyempurnakan
akhlak”
(riwayat Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).

Dalam hadis lain, Abdullah bin Amr meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: “Inginkah kalian, aku memberitahu siapa di antara kalian yang paling aku cinta dan
paling dekat denganku pada hari kiamat? Pertanyaan itu diulang dua tiga kali”. Para sahabat
menjawab “Ya, kami mahu ya Rasulullah”. Baginda kemudian menegaskan: “Yang terbaik
akhlaknya di antara kalian”. Hadis ini turut menjelaskan tentang kepentingan akhlak di mana
golongan yang paling dicintai dan paling hampir dengan Rasulullah SAW pada hari Kiamat ialah
yang memiliki akhlak yang terbaik. Maka, adalah menjadi satu kerugian bagi mereka yang
memiliki akhlak yang buruk dan tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan berakhlak
mulia.

4)PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL TANPA HAD

Masalah yang hangat diperkatakan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan ini ialah
masalah kelakuan bukan saja dari golongan remaja malah golongan dewasa turut menimbulkan
buah mulut rakyat malaysia. Mereka kebanyakannya menggunakan media sosial tanpa had
kerana mungkin berasa terkurung berada di rumah. Disebabkan itu mereka mencari satu alat atau
kerja yang boleh menghilangkan kebosanan mereka. Penggunaan media sosial tanpa had boleh

12
menyebabkan timbulnya isu-isu yang kurang enak untuk diperkatakan oleh orangg ramai.
Antaranya termasuklah golongan remaja terikut-ikut perilaku budaya barat. Contohnya, mereka
menggunakan aplikasi Tiktok serta Bigo untuk melakukan perbuatan yang tidak berfaedah
seperti mengikut challange yang tidak menunjukkan kita sebagai seorang umat islam yang
bersopan santun serta beradap .

Bukan itu sahaja, dengan penggunaan media sosial yang tidak dikawal boleh
menyebabkan kita leka dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan seperti
solat, menuntut ilmu dan sebagainya. Platform media sosial tidak semuanya mendatangkan
keburukan, ada juga sudut positif menggunakan media sosial, contohnya media sosial boleh
digunakan untuk mengiklankan produk-produk secara atas talian kerana seperti yang kita tahu,
semua sektor ekonomi ditutup untuk sementara. Jadi para peniaga boleh menggunakan media
sosial untuk meraih keuntungan. Media sosial ini mempunyai banyak kebaikan tetapi jika tidak
digunakan dengan cara yang betul , ia boleh mendatangkan keburukan kepada diri kita dan orang
lain.

13
IMPAK DARIPADA ISU PEMANTAPAN IMAN

1)MEROSAKKAN PEMIKIRAN REMAJA

Setiap teknologi yang direka dan dicipta mempunyai impak positif dan negatifnya kepada
individu serta pembangunan negara. Teknologi mampu membawa kecemerlangan dan kejayaan
dalam pelbagai aspek seperti mengembangkan kreativiti insan dan memaksimakan produktiviti.
Namun begitu, generasi muda kini terlalu kreatif sehinggakan ada di kalangan mereka yang mula
menyalahgunakan kemudahan teknologi tersebut sehingga membawa kemudaratan kepada orang
lain.

Kesan daripada kemajuan teknologi termasuklah mampu merosakkan pemikiran remaja.


Buktinya, remaja kini mudah terdorong untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan
ajaran agama tanpa berfikir panjang. Mereka lebih gemar mengikuti trend semasa sehingga
membelakangi hukum dan undang-undang Islam. Remaja kini menganggap perkara atau isu
tersebut adalah sebagai hiburan dan hanya buat sekadar suka-suka. Sebagai contoh, aplikasi
FaceApp mula tular sekali lagi di kalangan pengguna internet yang membolehkan wajah kita
bertukar dan menyerupai jantina bertentangan semakin popular. Dalam satu hadis sahih daripada
Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang
menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis Riwayat Bukhari,
dalam kitab Al-Libas, Bab Al-Mutasyabbihun bi An-Nisa’ wa Al-Mutasyabbihat bi Ar-Rijal,
hadith 5435). Perkara tersebut telah pun dibahaskan oleh para ustaz di media sosial tentang
pengharamannya setelah soalan berkaitan aplikasi ini diajukan, namun begitu ramai yang
mempersoalkan jawapan yang diberikan oleh para ustaz. Kebanyakan individu tersebut adalah
dari kalangan remaja yang sudah mencuba aplikasi tersebut.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa iman yang kurang mantap menyebabkan hati kita
sukar untuk menerima nasihat dan pendapat orang lain terutama dari ahli agama. Perkara yang
mungkar telah bercampur baur dengan perkara yang baik di mana seseorang itu menjadi terlalu

14
kreatif untuk membezakan mana yang elok dan tidak elok semata-mata inginkan komen dan
pujian dari individu lain.

2)MEMBAWA KEPADA KESERONOKAN DUNIAWI

Perkembangan dalam sains dan teknologi kini banyak menyumbang kepada kemajuan
manusia dari semua aspek. Semua kemajuan yang dipertingkatkan menggunakan kemudahan
sains dan teknologi contohnya penggunaan internet. Internet memberi banyak kebaikan kepada
manusia tetapi terselit juga keburukannya apabila kita sebagai pengguna tidak menggunakannya
dengan betul sehingga boleh melalaikan kita.

Tempoh perintah kawalan pergerakan yang memakan masa hampir 3 bulan telah
mengehadkan pergerakan harian kita menyebabkan internet dan telefon pintar menjadi peneman
bagi mengisi masa lapang. Segalanya berada dihujung hari sama ada untuk mengetahui
perkembangan hal-hal semasa sehinggalah pembelian kelengkapan diri yang memerlukan akses
internet. Internet membantu manusia ketika situasi perintah kawalan pergerakkan ini kerana
dengan internet kita dapat membeli barangan keperluan makanan ataupun keperluan seharian
melalui aplikasi online shopping. Online shopping ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada
kita malah turut memberi kesan yang negatif kerana dengan adanya online shopping, kita hanya
perlu pilih dan bayar. Ini membuatkan kita leka membeli mengikut kemahuan bukan keperluan
sehingga berlaku pembaziran pada tahap yang tidak sepatutnya. Semasa perintah kawalan
pegerakkan ini sepatutnya kita berjimat cermat dari melakukan pembaziran kearah yang tidak
sepatutnya.

Selain itu, telefon pintar juga menyebabkan kita alpa pada tanggungjawab sebagai
seorang hamba Allah kerana kita terlalu leka dengan keseronokan dunia sehingga lalai dalam
melakukan ibadah. Contohnya, remaja sekarang banyak melakukan perkara yang menjatuhkan
imej agama kerana terikut ikut peredaran kemajuan remaja-remaja barat. Mereka tidak menjaga
imej sebagai seorang muslim yang beradab dan bersopan santun. Mereka tanpa segan silu
berpakaian mengikut budaya barat dan menari di aplikasi Bigo dan Tiktok untuk meraih
perhatian dunia.

15
3)MEMESONGKAN AKIDAH REMAJA

Sains dan teknologi berevolusi dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman, atau
dalam kata lain, mengadaptasi keadaan di sekelilingnya. Begitu juga dengan media sosial,
sebagai contoh, twitter, diasaskan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006, dan ia juga berevolusi
dengan sangat laju dari masa ke semasa, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.
Twitter adalah satu platform bagi orang ramai, khususnya golongan remaja untuk berinteraksi
sesama rakan media sosial mereka, berbual dan mendapatkan berita terkini, isu-isu semasa, di
mana mereka boleh memberikan komen terhadap sesuatu isu atau berita yang dipaparkan, tidak
kira lah sumbernya dari pihak wartawan, mahu pun orang-orang biasa.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, rakyat Malaysia,


khususnya remaja dan anak-anak muda banyak meluangkan masa mereka dengan telefon pintar
mereka untuk melayari media sosial, dan twitter adalah antara 3 platform yang paling banyak
digunakan oleh remaja. Selaras dengan perkembangan mengenai wabak Covid-19, kebanyakan
mereka menggunakan twitter bukan sahaja untuk mendapatkan berita-berita terkini, tetapi juga
mereka dapat berinteraksi dengan sesuatu isu di platform tersebut.

Terdapat juga ciapan-ciapan di twitter yang berbentuk agama, menyebarkan ilmu-ilmu


agama oleh individu, yang mana kebiasaannya akan di "retweet" oleh pengguna twitter. Perkara
ini jika diikutkan, adalah sangat bagus. Namun, terdapat individu yang menyebarkan ilmu-ilmu
tentang agama Islam yang salah, dan ciapan itu di "retweet" oleh ramai orang, tanpa mereka
periksa kesahihan ilmu tersebut. Dan, akhirnya, para pengguna twitter yang membacanya terus
percaya dengan fahaman tersebut. Hal ini boleh memesongkan akidah mereka yang
menggunakan platform twitter, khususnya golongan remaja, yang mana ilmu mereka masih cetek
dan terus percaya bulat-bulat. Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan tidak boleh diambil mudah
kerana ia berkait dengan akidah umat Islam.

16
Seterusnya, terdapat juga golongan yang bermain twitter, khususnya remaja, dilihat ramai
antara mereka yang menunjukkan akhlak atau interaksi yang negatif terhadap sesuatu isu, atau
ciapan di twitter, dan jelas dapat dilihat, mereka melakukannya dengan sengaja, tanpa rasa
bersalah walau sedikit pun.

Terdapat satu norma di platform twitter oleh golongan remaja di mana mereka dengan
sengaja nya membuka aib, atau dalam bahasa commonnya "spilled tea". Sebagai contoh, mereka
membuka aib seseorang dengan bercerita melalui "thread" satu per satu, dipenuhi dengan detail-
detail, dan dibaca oleh mereka yang nampak ciapan tersebut. Hal ini menjadi kebiasaan di twitter
pada masa sekarang, dan ada diantara mereka yang sedar bahawa perkara itu salah, namun
mereka tidak ambil kisah, seolah-olah agama mereka tidak penting. Hal ini amat merisaukan
kerana ianya juga boleh memesongkan akidah mereka.

4)REMAJA BERKEPERIBADIAN BURUK

Apabila Internet dan teknologi telefon bimbit menjadi semakin maju maka media sosial
berkembang pesat juga. Kini, untuk mengakses Facebook, YouTube ataupun Twitter boleh
dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan telefon bimbit
(Luik, 2010). Sesuai dengan arus kemajuan sains dan teknologi masa kini, trend penggunaan
media sosial turut mengalami perubahan. Masyarakat kini semakin kreatif demi mendapatkan
perhatian dan populariti sementara.

Remaja sekolah juga kian matang sebelum usia. Seringkali kita dapat lihat kini ramai di
kalangan mereka bertegang urat dengan netizen di media sosial berkenaan isu yang besar.
Mereka menganggap perkara itu seperti perkara biasa kerana merasakan diri sudah dewasa. Hal
ini berlaku kerana terlalu lama terdedah dengan media sosial berbanding dunia luar
memandangkan Malaysia kini sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan berikutan
penularan wabak Covid-19.

Selain itu, segelintir remaja gemar melakukan provokasi dan meluahkan rasa tidak puas
hati yang berlebihan terhadap orang lain sehingga melampaui batas. Sebagai contoh, baru-baru

17
ini terdapat seorang remaja lelaki yang meminta agar virus Covid-19 semakin tersebar semata-
mata tidak mahu sekolah dibuka, dengan alasan kerja sekolah yang diberikan langsung tidak
disentuh. Perkara ini telah mendatangkan amarah serta pandangan negatif daripada orang ramai
termasuklah guru-guru kerana mendoakan perkara yang buruk. Hal ini jelas membuktikan
kelalaian para remaja kini daripada mengingati agama sehingga sanggup mengeluarkan
kenyataan sebegitu.

18
KAEDAH MENANGANI ISU PEMANTAPAN IMAN
(SAINS DAN TEKNOLOGI)

1)KEWUJUDAN APLIKASI ISLAMIK DAN DAKWAH

Seperti yang kita dapat lihat, generasi kini terikat dengan telefon pintar yang berbagai
jenis seolah-olah telefon pintar sudah menjadi sahabat baiknya kerana dibawa ke mana-mana
sahaja. Ini adalah kerana telefon pintar sebagai alat komunikasi dan pencarian maklumat selain
berfungsi untuk merakam momen semasa. Mereka juga banyak meluangkan masa dengan telefon
untuk melayari aplikasi media sosial sebagai penghilang rasa bosan. Dunia hanya di hujung jari
di mana segala-galanya boleh diakses melalui sentuhan sahaja. Fenomena ini menjadi suatu
cabaran bagi para daie untuk menyebarkan dakwah agama disebabkan oleh pelbagai aplikasi
gajet terkini, di mana mereka perlu menggunakan pendekatan yang sama untuk meneruskan
perjuangan Rasullulah SAW ini.

Sehubungan dengan itu, banyak pihak mula memperkenalkan aplikasi dakwah digital dan
laman web yang membincangkan tentang isu semasa Islam dan sebagainya. Dengan adanya
aplikasi-aplikasi islamik dan dakwah seperti e-ngaji dan e-dakwah, ia memudahkan para
pengguna untuk mendalami ilmu agama pada bila-bila masa dan tempat. Ini kerana, aplikasi
tersebut boleh diakses dalam telefon pintar dengan pantas. Kita tidak perlu berhadapan dengan
para daie untuk mempelajari ilmu agama, cukup sekadar mempunyai capaian internet. Selain itu,
aplikasi digital ini dicipta untuk mesra pengguna di mana ia sesuai digunakan oleh orang kurang
upaya seperti orang cacat penglihatan dan pekak. Melalui kaedah ini, para daie boleh mendekati
remaja melalui cara dakwah yang lebih santai tetapi sampai. Sebagai contoh, Mufti Menk dan
Yusof Al-Qardawi menggunakan laman sosial Twitter dan blog untuk berkongsi video-video
ceramah serta soal jawab bersama umat Islam di seluruh dunia.

19
Gambar 1: Aplikasi Muslim Pro Gambar 2: Laman Twitter Mufti Menk

Selain itu, media massa turut menggunakan teknologi yang ada dengan menyajikan
rancangan-rancangan yang berkonsepkan dakwah dan bacaan ayat suci Al-Quran di televisyen
dan radio. Seperti yang kita ketahui, generasi lama lebih gemar menonton televisyen untuk
mengetahui isu semasa berbanding menggunakan telefon pintar, oleh itu pihak media boleh
memperbanyakkan rancangan seperti ini sepanjang musim PKP dikuatkuasakan. Antara contoh
program yang sering disiarkan adalah Al-Kuliyyah dan Tanyalah Ustaz.

20
2)PEMANTAUAN DARIPADA IBU BAPA

Salah satu langkah atau kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi isu pemantapan
iman termasuklah peranan ibu bapa dalam memantau kegiatan anak-anak di rumah sepanjang
musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Jika dipandang dari sudut positif, PKP
ini sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada institusi kekeluargaan kerana ibu bapa dan
anak-anak kekal berada di rumah menyebabkan banyak masa terluang yang boleh diisi bersama
keluarga. Jika sebelum ini ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak anak di rumah ,
kini ibu bapa boleh menumpukan sepenuh masa dan memberi sepenuh perhatian untuk melihat
aktiviti anak-anak. Bukan itu sahaja, Perintah Kawalan Pergerakan juga merupakan salah satu
asbab untuk menyatukan keluarga yang tinggal berjauhan. Contohnya jika sebelum ini anak anak
sibuk berkerja sehingga tidak sempat untuk bertanya khabar keluarga, sekarang mereka
mempunyai masa yang terluang untuk bertanya khabar dan tidak menggunakan alasan sibuk
berkerja sehingga tiada masa untuk bertanya khabar keluarga.

Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk melatih ahli keluarga beribadah bersama-
sama kepada Allah SWT. Sebagai contoh, ibu bapa mengajak anak-anak solat berjemaah pada
setiap waktu solat, membaca Al-Quran dan mengadakan sesi perkongsian hadis selepas solat.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari:

Maksudnya: "Dari Abdullah bin Umar ra, Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di
bawah jagaanmu. Seorang pemerintah adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap
rakyatnya, seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan bertanggungjawab
terhadap ahli keluarganya, seorang perempuan adalah penjaga kepada rumah suaminya dan
dia bertanggungjawab terhadapnya."

Selain itu, ibu bapa juga boleh memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak di rumah
agar mereka tidak mencari kepuasan di luar sehingga menyebabkan mereka terpengaruh dengan
rakan- rakan yang tidak bermoral. Kasih sayang yang cukup membuatkan anak anak rasa
disayangi dan mendapat perhatian yang cukup. Aktiviti kekeluargaan bukan sahaja boleh

21
memupuk kasih sayang sesama ahli keluarga malah boleh mengurangkan masa anak anak untuk
melayari internet dan bermain permainan video. Justeru, ibu bapa serta anak-anak perlulah
menggunakan masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk meluangkan lebih masa
bersama ahli keluarga agar dapat membentuk institusi keluarga yang dirahmati Allah SWT.

3)MEMBUAT JADUAL HARIAN MENGGUNAKAN APLIKASI

Aplikasi media sosial akan membuatkan kita ketagih jika digunakan secara berlebihan
sehinggakan kita tidak dapat menahan diri untuk berhenti. Perkara ini seterusnya akan memberi
impak negatif yang besar dalam hidup kita termasuklah menjejaskan aktiviti harian seperti
mengulang kaji pelajaran dan menolong ibu bapa di rumah. Malahan, ketagihan media sosial
akan membuatkan kita jauh dari mengingati Allah SWT keran terlalu leka. Teknologi yang ada
hendaklah digunakan sebaiknya untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat sana.

Para remaja boleh mengakses aplikasi Question Diary dan NewTimetableNotes sebagai
salah satu langkah untuk mengurangkan ketagihan pada media sosial. Mereka boleh menyusun
jadual seharian dengan lebih sistematik dan menyelitkan pelbagai aspek kehidupan bermula dari
bangun tidur sehingga malam berlabuh. Sebagai contoh, selepas solat subuh perlu disusuli
dengan bacaan ayat Al-Quran sekurang-kurangnya satu ayat seterusnya mandi dan menolong ibu
bapa di rumah. Melalui kaedah ini, sedikit sebanyak para remaja dapat mengalih perhatian
mereka daripada media sosial dengan memberi tumpuan kepada perkara lain juga seperti
melakukan hobi kegemaran dan sebagainya.

4)PERTANDINGAN QUIZ ONLINE ATAU VIDEO PENDEK OLEH PELBAGAI PIHAK

Memetik keratan artikel dari BH Online pada 13 Julai 2015, “Generasi muda perlukan
bimbingan untuk terus melayari kehidupan berpaksikan kepada kehendak agama. Namun,
kaedah biasa seperti bimbingan melalui komunikasi bersemuka atau menghadiri kelas khusus di
sekolah, institusi latihan dan masjid mungkin kurang berkesan.” Dalam mengharungi dunia
akhir zaman yang penuh teknologi ini, semua pihak perlu cakna dalam memainkan peranan
masing-masing dalam usaha memantapkan iman remaja kini. Antara inisiatif yang boleh

22
dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan pertandingan kuiz ilmiah berkaitan
sejarah Islam dan dunia. Kebanyakan pengajaran tentang sejarah Islam mula dipelajari pada
peringkat universiti. Sekiranya guru-guru memberi pendedahan awal tentang pendidikan ini
terhadap para remaja, sudah tentu mereka akan mula berasa tertarik untuk mempelajarinya.
Dengan cara ini, para remaja sudah tidak akan berasa asing malahan lebih cenderung untuk
mendalami ilmu Pendidikan Islam dan sejarah Islam.

Selain itu, para pendakwah milenia turut berperanan dalam misi penerapan nilai
keagaaman dalam diri anak muda. Berdakwah secara alam maya adalah lebih terbuka dan tidak
terbatas kepada kemahiran seseorang dalam berdakwah. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis
riwayat Bukhari,Ahmad dan Tirmizi, “Sampaikanlah daripadaku walau hanya satu ayat.” Hadis
Rasullulah di atas menjelaskan betapa mudahnya dakwah dilakukan agar Islam dan keimanan
kepada Allah terus berkembang. Oleh itu, para daie perlu menggunakan teknologi yang ada
untuk mendekati anak muda. Antaranya membuat pautan ke laman tertentu seperti Twitter atau
Facebook tentang sesuatu isu yang diperolehi dan meminta para ilmuan agama untuk
memberikan komen terhadap isu tersebut. Dengan kaedah ini, secara tidak langsung orang ramai
termasuklah remaja dapat mempelajari ilmu baharu yang kemudiannya dikongsi kepada rakan-
rakan lain. Seterusnya para daie juga boleh melakukan ‘live’ di media sosial berkaitan soal jawab
agama dan isu semasa. Perkara ini dapat disertai oleh orang ramai secara percuma tanpa perlu
menghadiri ilmu agama secara beramai-ramai memandangkan kita berada pada musim PKP.
Kedua-dua pendekatan yang dilakukan sedikit sebanyak mampu menambah keinginan dan
menarik semula minat generasi muda untuk mendekati akhirat.

23
KESIMPULAN DAN CADANGAN

Akhir kata, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk membantu
mengatasi permasalahan yang timbul ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan
malah juga pada masa akan datang. Kerjasama yang diberikan mampu menangani masalah
Covid 19 ini daripada merebak dengan pantas. Sebagai seorang mukmin kita seharusnya
menjadikan waktu ini sebagai salah satu cara untuk menjadikan diri kita sebagai seorang hamba
yang lagi taat dan patuh pada perintah Allah. Kerajaan melakukan kawalan pergerakkan ini
bukan untuk membebani rakyat tetapi untuk membantu rakyat supaya lebih peka pada
persekitaran dan jebersigan diri. Kita sebagai umat islam perlu mengambil cakna tentang wabak
covid ini kerana mungkin ianya didatangi sebagai satu musibah atau satu teguran oleh Allah
kepada hambanya untuk kita lagi sedar akan kesilapan yang kita lakukan seperti sebelum ini kita
kerap meninggalkan solat kerana sibuk bekerja.Allah SWT menciptakan manusia bertujuan
untuk sentiasa beribadah kepada-Nya. Semasa hidup manusia akan selalu diuji untuk
menentukan pengakhirannya di dunia juga di akhirat kelak.

Bagi memastikan diri kita berjaya untuk menghadapi ujian yang diberikan, manusia harus
memiliki iman dan takwa agar dapat terus menjalankan tanggungjawabnya dan mampu
menjalankan segala perintah Allah SWT dengan sebaiknya. Jika ini Allah turunkan sebagai satu
ujian , maka kita boleh mengetahui tahap keimana yang ada dalam diri kita sama ada kita masih
boleh bersabar atau terus berputus asa dan menyalahkan takdir atas semua yang berlaku , ini
kerana seperti yang kita tahu ramai rakyat kehilangan kerja dan punca pendapatan kerana sektor
sektor ekonomi ditutup sama ada yang kecil mahupun sektor antarabangsa . Sebagai seorang
mukmin , tempoh kawalan pergerakkan ini dapat membantu kita memantapkan keimanan dari
sudut rohaninya kerana kita banyak meluangkan masa berada dirumah . Jadi masa itu boleh diisi
dengan melakukan aktiviti ataupun ibadah yang boleh membantu kita mendapat kebaikkannya
kelak seperti memperbaiki dan memahami makna Alquran, sebahagian ayat al-Quran mampu
menggetarkan hati jika difahami dengan betul yang boleh membuatkan seseorang menangisi
segala dosa dan kesalahan yang pernah dilakukannya. Ia juga boleh menenangkan hati para

24
pembacanya . Al-Quran merupakan mukjizat teragung Rasulullah SAW sepertimana firman-Nya
yang bermaksud:

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad),
Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti
kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil
iktibar.” (Sad: 29)
Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa menggunakan masa untuk terus memperbaiki diri
menuju kearah jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

25
RUJUKAN

1. Al-Bugha, Dr Mustafa Dieb & Mistu, Dr Muhyiddin. Kitab Al-Wafi, Syarah Hadis
Arbai’in Imam An-Nawawi. 03 Januari 2017 M.
2. Ismail, Abd. Aziz (2000). Harap Dan Takut. Batu Caves, Selangor: Galeri Watikah.
3. Basiron, Bushrah, & Mohd Shubari, Mohammad Iqram. 2015. Mahasiswa dan Amalan
Kerohanian. Dlm. Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Mahasiswa dan Kehidupan dari Perspektif
Islam: Asas Pembangunan Diri. Jilid. 1. Skudai, Johor: Penerbit UTM Press.

4. Nairozle, Muhammad Imran, Muhammad Nur Arif Ibrahim & Kamarul Azmi Jasmi.
2018. Sains-Teknologi dan Ilmu Agama Menurut Bahasa al-Quran dan Hadis. Akademi
Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM).

5. Jait, Adam. Meningkatkan Kesedaran Umat Islam dalam Pengunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi: Tinjauan Umum Mengenai Implikasi Internet dan Media Sosial.
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam.

6. Aminudin Basir dan Nik Yusri Musa. (2009) Kebebasan Media Komunikasi Menurut
Perspektif Islam. Jurnal Hadhari Bil. 2 (2009) 65-82.

7. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/03/400412/rasulullah-saw-teladan-
terbaik-institusi-keluarga

8. https://www.kampusmelayu.ac.id/berita-5920/13/08/2018/artikel-dosen/teknologi-
informasi-sebagai-sarana-dakwah/

9. https://www.bark.us/guides/app-management/tiktok

10. https://tafsirweb.com/9784-quran-surat-al-hujurat-ayat-14.html

11. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/07/67660/berdakwah-menerusi-alam-
maya-tarik-perhatian-generasi-muda

26

Anda mungkin juga menyukai