Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan


berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan
daerah di institut pengajian tinggi , maktab-maktab perguruan serta sekolah-
sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai ko-kurikulum
secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri
ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara
menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan
untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia ,
bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu
dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
bangsa , masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.
MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan bersepadu, PPIM


berharap agar mencapai matlamat seperti :

1. Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual , sosial , fizikal dan


spiritual puteri-puteri melalui penyemaian , penyuburan dan
pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan


puteri-puteri.

3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang


gerak kerja ko-kurikulum sekolah, institut , maktab , kolej dan
universiti.

4. Meningkatkan disiplin puteri-puteri.

5. Menggalakkan iklim persekolahan terbuka dan menyeronokkan.

6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah


dengan ibu bapa dan masyarakat khasnya masyarakat setempat.
OBJEKTIF

Objektif PPIM pada peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan
tujuan seperti berikut :

1. Melahirkan satu masyarakat muda yang

i. Taat kepada Allah , raja dan Negara

ii. Berilmu.

iii. Berakhlak mulia

iv. Berbakti kepada masyarakat

2. Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak , rohani dan jasmani supaya


menjadi insan kamilah , berilmu mengejar dan memperkenalkan Islam
supaya kelak hidup mereka berasakan jalan yang diterima Allah SWT
dan dapat berbakti untuk agama , nusa dan bangsa.

3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri progresif dan


diterima masyarakat.

4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati


generasi tua.
VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

 Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

 Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri


secara bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

 Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri


dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI

 Mendedahkan puteri tentang kebenaran Agama Islam melalui aktiviti


yang dijalankan.

 Memberikan latihan yang tidak formal melalui aktiviti yang mencabar


dan mampu menarik minat puteri.

 Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran agar


mampu memberi sumbangan secara aktif dan positif.
LAGU PUTERI ISLAM MALAYSIA

Puteri Lembaga Islam riang gembira.

Tetap taat kepada Allah dan raja .

Berkorban untuk Agama dan Negara

Dunia Akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuan

Berbakti membuat kebajikan

Belajar mencapai kemajuan

Bersemangat penuh keimanan

Puteri Lembaga Islam riang gembira.

Tetap taat kepada Allah dan raja .

Berkorban untuk Agama dan Negara

Dunia Akhirat mendapat bahagia


P atuh kepada ibubapa
U gama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith

T aat kepada Allah dan Rasul

E rat ukhwah Islamiyah

R ela berbakti kerana Allah

I man dipupuk ilmu dituntut

I nsaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (InnalilLahi wa inna
ilayhi raji’un)

S olat ditunai setiap waktu

L arangan Allah dijauhi

A khlak mulia pengukuh keimanan

M uslimah Mukminah rakyat seperjuangan


BERILMU

BERIMAN

BERAMAL

IKRAR PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia,
berikrar akan :

 Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, guru dan ibu bapa.

 Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak.

 Membangunkan diri dengan sempurna.

 Mengukuhkan silaturrahim.

LOGO
SITI NORSA’ADAH BINTI MAHANI

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK

SUMAYYAH

3 PISMP MATEMATIK 2

Anda mungkin juga menyukai