Anda di halaman 1dari 3

Pengertian logo

1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara
Malaysia.

3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama
dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.

5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang


mempertahankan negara yang tercinta.

7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan


Negara Malaysia.

8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


LAGU TKRS/ KRS
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan ilmu, iman dan amal

Marilah kita membina peribadi


Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

chorus :
Remaja, sahutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja, hayatilah budaya


Ilmu, iman dan amal
Kekalkan di hati, dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah
IKRAR TKRS

BAHAWASANYA KAMI,

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA,

BERJANJI DAN BERSETIA,

AKAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK,

TETAP BERDISIPLIN, BERAKHLAK MULIA,

BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL,

KAMI JUGA AKAN MEMUPUK SEMANGAT,

KEUSAHAWANAN, MENCINTAI ALAM SEKITAR,

MEMPUNYAI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL,

BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT,

DEMI AGAMA,

BANGSA DAN NEGARA,

SERTA MENDUKUNG,

RUKUN AGAMA

DAN RUKUN NEGARA,

SEPANJANG MASA KAMI MENJADI AHLI KADET.

Anda mungkin juga menyukai