Anda di halaman 1dari 3

SJK KOK WAH TALIBONG TUARAN- UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI TUNAS

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI DI SABAH Di Sabah, sejarah pergerakan itu bermula sejak 84 tahun lalu apabila 30 ahli Pandu Puteri negeri ini didaftarkan secara rasmi pada 9 Januari 1925 di Rumah Rasmi Kerajaan di Sandakan. Persatuan Pandu Puteri Sabah seterusnya mengorak langkah apabila bergabung dengan Persatuan Pandu Puteri Malaya dan Sarawak pada 1964 lalu membentuk Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Dalam tempoh itu Pandu Puteri di negeri ini telah melalui pelbagai perubahan yang mematangkan mereka dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran. Sejak dari itu persatuan ini dilihat terus mendapat sambutan daripada segenap lapisan masyarakat yang membuktikan ia terus relevan dan diminati oleh golongan muda. MISI DAN VISI PERSATUAN PANDU PUTERI Misi Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita remaja dan dewasa berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa Visi Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan untuk menjadi sebuah organisasi yang dinamik, efektif untuk wanita remaja dan dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan kanak-kanak, remaja dan dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok PERSETIAAN PANDU PUTERI Setiap pandu puteri harus mengetahui dan faham akan persetiaan kepanduan. Semasa membuat persetiaan, Pandu Puteri hendaklah berdiri tegak dalam kedudukan sedia. kemudian dia akan mengangkat tangannya dan melafaskan persetiaan di hadapan pemimpinnya. Persetiaan pandu puteri adalah seperti berikut : Bahawa dengan sesungguhnya Saya berjanji dan bersetia dengan Sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya Kepada Tuhan,Raja dan Negara saya, Malaysia Menolong orang setiap Masa, dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri.

SJK KOK WAH TALIBONG TUARAN- UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI TUNAS

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Undang-undang Pandu Puteri bererti peraturan-peraturan yang harus diamalkan oleh setiap ahli di seluruh dunia. Pandu Puteri mestilah mengikuti dan mematuhi undang-undang ini setelah membuat persetiaan pandu puteri. Tujuannya ialah untuk mewujudkan sekumpulan manusia yang boleh diharapkan untuk menunjukkan jalan ke arah kehidupan yang damai dan bebas. Sepuluh undang-undang pandu Puteri adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Seseorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan Pandu Puteri yang lain. 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar. 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 9. Seseorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

LAGU BARU Kodok Ngorok Kodok Ngorok, Rukutuk Rukutuk Di Pinggir Kali, Rikitik Rikitik Ia Jatuh, Rukutuk Rukutuk Lalu Mati, Rikitik Rikitik

SJK KOK WAH TALIBONG TUARAN- UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI TUNAS

Anda mungkin juga menyukai