Anda di halaman 1dari 7

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 42

LEMBAGA KEMAJUAN PEREMPUAN ISLAM MALAYSIA


DAERAH KOTA TINGGI

23 FEBUARI 2023 ; KHAMIS

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL


AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR
KAWASAN PASIR RAJA

1
Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin,
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Maju Johor

1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana


dengan limpah dan berkat kurniaNya dapat kita bersama-sama
berkumpul di hari yang penuh bermakna ini.

2. Terimakasih kepada LKPIM Kota Tinggi yang menjemput saya ke


majlis ini. Tahniah saya ucapkan kerana telah berjaya
menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 42 hari ini.

3. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Seseorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu


bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara satu
sama lain".

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

2
4. Islam sebagai agama fitrah, menjadikan konsep berjemaah atau
berpersatuan itu sebagai kerangka teras ajarannya. Peranan
manusia sebagai Khalifah adalah untuk mengimarahkan hablun
minannaas. Kita saling berkhidmat di antara satu sama lain,
kerana Allah mahukan kita bersyukur kepada-Nya dengan
melakukan kebaikan sesama manusia. Islam mengajar kita
menegakkan ibadah dan syiar agama-Nya secara berjamaah.
Kita dituntut solat berjamaah, dan hidup bermasyarakat. LKPIM
adalah salah satu contoh persatuan yang bersesuaian dengan
tuntutan tersebut.

Puan-puan yang dirahmati ALLAH,

5. Sesungguhnya peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh


wanita dalam pembangunan negara begitu besar dan tidak
ternilai harganya. Malah, tiada siapa dapat menyangkal betapa
pentingnya peranan golongan wanita dalam mengait dan
menyulam kisah kejayaan sesebuah keluarga mahupun negara.

6. Sehubungan itu, agenda Wanita turut menjadi perkara yang


utama di dalam pembentangan Bajet 2023 oleh YAB Menteri
Besar Johor. Pada masa kini, keluarga dan komuniti menghadapi
pelbagai cabaran psikososial. Kerajaan Negeri sentiasa
mengambil peduli akan kesejahteraan keluarga dengan

3
menawarkan pelbagai program dan aktiviti intervensi yang
melibatkan wanita dan keluarga dengan memperuntukkan
sebanyak RM 4.94 juta.

7. Antaranya ialah ;
Kasih Suri Aspirasi Keluarga Johor. Kerajaan Negeri prihatin
terhadap isu keselamatan sosial terutama yang melibatkan
simpanan masa hadapan. Justeru, Kerajaan Negeri bersetuju
mencarum RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP suri rumah yang
berdaftar dalam sistem eKasih sebagai galakan simpanan,
manakala Kerajaan Persekutuan menambah sebanyak RM 480
setahun bagi setiap pencarum. Keseluruhan bantuan yang diterima
adalah RM 540. Sebanyak RM 771 ribu diperuntukkan yang akan
memberi manfaat kepada 12,864 penerima daripada golongan suri
rumah eKasih;

8. RM 1.5 juta bagi pelaksanaan Program Inisiatif Bantu Keluarga dan


Masyarakat (I-BERKAT) yang merupakan bantuan khusus berkaitan
kesihatan dan barangan keperluan khas bagi memastikan Keluarga
Bangsa Johor terus disantuni dan kekal sihat;

9. RM 900 ribu diperuntukkan bagi Program Pemberdayaan Wanita


dan Golongan Sasar melibatkan 1,500 wanita dan keluarga dari
kalangan B40;

4
10. RM 565 ribu diperuntukkan untuk Program Galakan dan
Pengiktirafan Pesona Johor bagi memperkasa pembangunan
wanita agar lebih dinamik, proaktif dan progresif;

11. RM 200 ribu bagi pelaksanaan Program Intervensi Keluarga dan


Komuniti Mind-X untuk meningkatkan kesejahteraan psikologi dan
mental yang memberi manfaat kepada 5 ribu orang di pelbagai
peringkat usia.

12. Selaras dengan inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan


negeri Johor ini, saya berpendapat bahawa sudah tibalah masanya
untuk LKPI meluaskan aktiviti-aktiviti yang menfokuskan kepada
meninggikan taraf kebajikan dan membaiki kehidupan wanita-
wanita Islam di daerah kita. Secara tidak langsung ianya akan dapat
menambah ahli dan memanfaati inisiatif yang disediakan oleh
kerajaan negeri Johor.

13. LKPI juga perlu berusaha menjana sumber kewangan sendiri dan
tidak hanya bergantung kepada sumbangan atau bantuan kerajaan.
Kerjasama dengan sektor korporat juga digalakkan sebagai
memenuhi tanggungjawab sosial. Namun, saya berharap LKPI
berusaha memastikan kemandirian yang mampan. Usah diharap

5
kepada bantuan semata-mata tetapi carilah jalan lain untuk
menjana ekonomi pertubuhan.

14. Harapan saya LKPI dijadikan medan setiap individu untuk


mencurahkan bakti, menumpahkan segala bakat dan kelebihan
yang diberikan oleh Allah SWT untuk kepentingan ummah dan
mendidik ahli untuk meningkatkan kualiti pembentukan Wanita
Muslim selari dengan syariat Islam.

15. Dua rangkap pantun penutup bicara saya hari ini,

Adat perempuan yang khatam kaji,


Wajahnya ayu lembut bicara;
Wanita syurga akhlak terpuji,
Benteng keluarga aset negara

Bersyukur kini saya panjatkan,


Ucapan perasmian telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan saya hulurkan,
Segulung tahniah saya ucapkan

6
16. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur dan doa mudah-
mudahan Allah SWT akan terus melimpahkan rahmat perlindungan
dan peliharaan-Nya kepada kita dan negeri Johor dengan naungan
keselamatan, keamanan, dan kemajuan.

Dengan lafaz
َّ ِِ‫ٱلر ْح ٰمن‬ ٰ
‫يم‬
ِ ِ ‫ٱلر ِح‬ َّ ِ‫ٱّلل‬
ِِ ِ‫م‬ِ ِ ‫ِب ْس‬

Dengan rendah diri saya merasmikan

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 42


LEMBAGA KEMAJUAN PEREMPUAN ISLAM MALAYSIA
DAERAH KOTA TINGGI

Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai