Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAKAN MALAM
PROGRAM TABUNG SUMBANGAN
BENCANA
ANJURAN KAF FELDA SG SAYONG
28 JUN 2022 ; SELASA
28
Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Alhamdulillahi rabbil-‘alamin was-Salatu was-Salam ‘ala


Sayyidil-Mursalin wa ‘ala ‘Alihi wa Sahbihi Ajma’in

As Salamu ‘alaykum wa rahmatullah wa barakatuh,

Salam Maju Johor

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah


Subhanahu wataala kerana dengan limpahan kurnia-
Nya telah mengizinkan kita semua hadir di Majlis
Makan Malam KAF Felda Sg Sayong sempena
Program mengumpul dana bagi Tabung Sumbangan
Bencana KAF Felda Sg Sayong.

2. Saya merakamkan sekalung penghargaan dan terima


kasih kepada barisan jawatankuasa yang menjemput
saya untuk bersama-sama dalam majlis makan malam
ini.

3. Saya difahamkan majlis ini adalah kesinambungan


daripada program yang telah dilaksanakan selama
3hari bagi mengumpul dana Tabung Bencana KAF
yang bertujuan untuk membantu ahli-ahli KAF yang
ditimpa bencana.

4. Tahniah saya ucapkan diatas usaha murni ini dan


semoga ianya dapat meringankan beban sahabat-
sahabat yang memerlukan.

Hadirin dikasihi sekalian

5. Baru-baru ini saya telah dimaklumkan oleh Yang


Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Azmi Bin Rohani ;
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang permohonan
rumah Generasi Kedua Felda Sg Sayong telah
diluluskan. Insyallah Saya akan buat tindakan susulan
untuk ke proses seterusnya seperti yang saya janjikan
ketika kempen pilihanraya yang lalu.

6. Dalam Sidang Dun Johor baru-baru ini, Saya juga telah


membawa isu Jalan Ft93 iaitu jalan dari simpang
Orchard Golf ; Jalan Kulai – Kota Tinggi ke Felda Sg
Sayong sepanjang 7km Permohonan saya ialah
melebar dan menurap jalan serta lampu jalan. Isu ini
juga adalah isu yang dibangkitkan ketika pilihanraya
lalu, saya akan terus berusaha untuk memastikan jalan
tersebut dapat diselenggara.

7. Untuk makluman jalan tersebut di bawah


penyelenggaraan JKR Kementerian Kerja Raya Malaysia
dan isu ini telah saya bawa dalam mesyuarat tindakan
Daerah dan dalam makluman JKR Kota Tinggi. Semoga
ianya mendapat perhatian sewajarnya.

Hadirin dikasihi sekalian

8. Akhir bicara saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan


Syabas kepada barisan jawatankuasa KAF yang telah
melaksanakan program sebegini selama 3hari
berturut.

“Biar penat berdiri, jangan penat memberi”


“Biar lelah terduduk , jangan lelah membentuk”
“Biar penat bercakap, jangan penat berharap”
9. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur dan doa
mudah-mudahan Allah SWT akan terus melimpahkan
rahmat perlindungan dan peliharaan-Nya kepada kita
dan negeri Johor dengan naungan keselamatan,
keamanan, dan kemajuan.

ُ‫ع َل ْي ُك ُْم َو َرحْ َم ُةُ للاهُ َو َب َر َكات ُ ُه‬ َّ ‫ْق وال هه َدا َي ُةُ َُو ال‬
َ ‫سالَ ُُم‬ ُُ ‫َو هباللهُ الت َّ ْو هفي‬

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai