Anda di halaman 1dari 6

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya bagi Allah Tuhan

sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan


besar Muhammad SAW serta ahli keluarganya, sahabat-
sahabat baginda, para tabi’in dan seterusnya pewaris-
pewaris perjuangannya. Syukur kehadrat ilahi, kerana dengan
limpah kurnianya dapat saya kita bersama -sama berkumpul
di dewan ini untuk Majlis Perasmian Penutup Program
Pemantapan & Jati Diri Kepimpinan Rancangn Felda Pasir
Raja

 Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, Salam


Muafakat Johor, Salam Keluarga Pasir Raja Prihatin

1. Tahniah saya ucapkan kepada barisan jawatankuasa


yang telah berjaya mengadakan kursus hari ini bagi
memberi manfaat kepada komuniti setempat selain
mengeratkan silaturahim.

Tuan-Tuan , Puan-Puan sekalian

1
2. Setiap individu itu mempunyai peranan dan
tanggungjawab untuk mencorakkan hasil kerja yang
hendak dicapai. Jika usaha yang dicurahkan tidak
seberapa maka hasil atau keputusan yang dibuat
juga tidak akan membuahkan kecemerlangan. Dalam
surah Al-Anfaal ayat 53 ada menyebut; “Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu bangsa itu jika mereka tidak
berusaha mengubahnya sendiri, sesungguhnya Allah
itu Maha Mengetahui”. Dalam ayat tersebut jelas
mencerminkan betapa setiap individu itu ada
peranan, amanah serta tanggungjawab yang perlu
diutamakan untuk mengubah nasib bukan hanya pada
diri sendiri malah kepada masyarakat dan
negaranya. Ini adalah konsep penerapan nilai yang
amat baik untuk kita teladani.

3. Harapan saya amat tinggi untuk melihat semua


peserta kursus sentiasa dalam usaha dan kegigihan
untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang
kearah kesejahteraan keluarga Felda Pasir Raja. Tidak
kira sama ada pemimpin masyarakat setempat atau
anggota masyarakat biasa, kuasa pada usaha dan
semangat kita adalah amat penting dan relevan dalam
memastikan amanah yang dipikul dapat dinikmati oleh
seluruh keluarga Felda Pasir Raja.

2
4. Budaya kerja berpasukan memberi penekanan kepada
sinergi , kesatuan matlamat , kepimpinan yang
mementingkan musyawarah dan tindakan yang
mengambilkira keupayaan semua ahli kumpulan
bagi menghasilkan transformasi. Untuk memantapkan
daya sinergi, kerjasama dan daya tahan perlulah
kita bersatu hati, berganding bahu, tolong-
menolong dan saling membantu antara satu sama lain.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.

5. Saya amat gemar mengingatkan tentang cara kerja


berpasukan atau team work. Bertindak secara
berpasukan ialah satu tuntutan dalam Islam dan
menurut surah As - Saff Ayat 4 ada menyebut ;
’Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
berperang pada jalanNya dengan berbaris-baris,
seolah -olah mereka bangunan tembok yang sangat
rapat” . Tembok yang rapat yang digambarkan
dalam surah tersebut adalah satu andaian team work
yang kukuh, mantap dan kuat.

3
6. Team work atau Kerja berpasukan adalah satu budaya
dan nilai yang amat mementingkan kerjasama. Budaya
team work ini tidak ada individu yang mengatakan
bahawa kerja ini adalah hasil kerja saya. Ini adalah
kerana tidak ada sebarang kerja yang kita hasilkan
atau putuskan yang datang hanya dari kerja kita
sendirian. Ianya pasti terhasil dan haruslah dihasilkan
melalui perancangan dan buah fikiran secara
berpasukan.

Tuan-tuan, Puan-puan sekalian.

7. Masa, kemahiran, pemikiran, kewangan dan lain - lain


adalah modal pengorbanan untuk memastikan hasil
kerja kita berjaya. Contohnya Projek Agro Pelancongan
Felda Pasir Raja. Segala kelelahan, risiko,"bebanan" dan
kadangkala diselangi halangan dan cemuhan adalah
asam-garam gelanggang pengorbanan.

8. Semakin hari semakin mencabar dan menguji sejauh


mana kekuatan dan perpaduan kita, oleh itu, saya amat
berharap dan amat yakin tuan -tuan dan puan-puan
mampu bergerak progresif sekiranya semangat
berpasukan ini dijadikan satu landasan atau kayu
ukur terpenting dalam organisasi . Insyallah.

4
9. Sehubungan itu, semasa menjalankan tugas kita harus
bekerja sebagai satu keluarga dan menjadikannya
sebagai satu amalan dan budaya yang sihat. Sebagai
satu keluarga kita tidak perlu malu atau segan untuk
saling menasihati antara satu sama lain dan juga
meminta bantuan atau memberi bantuan bila
diperlukan. Dengan cara ini, kita akan rasa lebih selesa
untuk bekerja antara satu sama lain. Persekitaran
kerja yang sihat seperti ini pastinya membuatkan
kita lebih bersemangat untuk menyumbang dalam
penambahbaikan dalam organisasi yang kita sayangi .

Hadirin yang dihormati sekalian.

10. Saya yakin para peserta telah pun mendapat


pelbagai ilmu yang telah diiberikan sebanyak mungkin
dari penceramah yang berpengalaman. Ambillah
manfaat yang sepenuhnya untuk menjayakan projek
Agro Pelancongan Felda Pasir Raja.

11. Akhir sekali saya berharap kursus ini akan


mencapai objektifnya serta dapat meningkatkan
kesedaran dan semangat kerjasama serta perpaduan
dalam pelaksanaan tugas seharian kelak. Kita mahu
organisasi kita dapat menempa kejayaan yang
lebih cemerlang dan sentiasa relevan dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

5
12. Dengan harapan tersebut dan dengan lafaz
Bismillahir Rahmannir Rahim saya menutup rasmi
Program Pemantapan & Jati Diri Kepimpinan Rancangn
Felda Pasir Raja

Terima kasih

Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum


warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai