Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM

KEPIMPINAN UNIT KOKURIKULUM

Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.


Terima kasih kepada saudari Pengerusi Majlis.
Yang dihormati Pn. Rodziah binti Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum; Pn. Jacintha
Jeymalar, Setiausaha Kokurikulum, para guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha
Berkuasa kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menyempurnakan
Majlis Perasmian Penutup Kem Kepimpinan Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan
Permainan pada hari ini.
Para pelajar yang disayangi sekalian,
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana telah diberi
peluang dan kepercayaan oleh guru-guru penasihat kelab persatuan masing-masing untuk
mengikuti kem kepimpinan pada hari ini. Sesungguhnya anda adalah golongan yang terpilih
dan amat berbakat dalam bidang kepimpinan.
Saya percaya ilmu yang telah anda peroleh daripada guru-guru sepanjang hari ini
akan dapat dijadikan panduan bukan sahaja untuk menguruskan kelab persatuan masingmasing, malah dapat digunakan juga dalam kehidupan seharian yang serba mencabar ini.
Seperti yang anda semua sedia maklum, kem kepimpinan yang dianjurkan oleh organisasi
luar amat mahal harganya berbanding dengan kem kepimpinan anjuran pihak sekolah yang
telah anda ikuti sebentar tadi. Oleh itu, saya berharap para pelajar dapat menggunakan ilmu
yang diperoleh dengan sebaik-baiknya dan sedia berkongsi pengetahuan dengan rakanrakan yang lain.
Para pelajar sekalian,
Anda adalah pewaris pemimpin akan datang. Sikap kepimpinan perlu dipupuk dalam diri
kerana setiap orang akan berpeluang untuk menjadi seorang pemimpin sama ada sebagai
pemimpin keluarga, pemimpin sesebuah organisasi mahupun pemimpin negara. Mulakanlah
bakat kepimpinan anda dari sekarang dengan membantu guru-guru penasihat masingmasing menguruskan kelab persatuan. Andalah yang akan bertindak sebagai tangan kanan

kepada guru penasihat dan tulang belakang kepada kejayaan kelab persatuan masingmasing.
Saya amat berharap agar perjalanan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini akan
berjalan lancar dengan menggunakan bakat kepimpinan yang ada pada pelajar-pelajar yang
disayangi sekalian. Teruskanlah melibatkan diri dalam semua aktiviti untuk memastikan
kecemerlangan SMK Segambut dalam bidang kokurikulum khasnya.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para
guru yang sanggup mengorbankan cuti hujung minggu untuk bersama-sama para pelajar
mengikuti kem ini sejak pagi tadi lagi. Saya sedar guru-guru telah banyak berkorban masa
dan tenaga untuk memastikan kelancaran program pada hari ini. Ucapan terima kasih juga
khas ditujukan kepada guru-guru yang bertindak sebagai kem komandan, penceramahpenceramah, fasilitator-fasilitator, ahli-ahli jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hanya tuhan sahaja yang mampu
membalas segala jasa kalian.
Akhir kata, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim merasmikan Majlis Penutup
Kem Kepimpinan Unit Kokurikulum SMK Segambut 2015.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai