Anda di halaman 1dari 6

Terima kasih Puan Pengacara Majlis,

Yang berusaha, Puan Hajjah Wan Norini bt Wan Hamat, GPK Pentadbiran, SMK Bukit
Goh

Ustaz Mohd Anuar bin Mohd Amin, GPK HEM, SMK Bukit Goh

Encik Awang Mahadi bin Ali, GPK Kokurikulum, SMK Bukit Goh

Encik Wan Ludin bin Wan Ali, YDP PIBG, SMK Bukit Goh

Yang diraikan, Encik Mohd Azmi bin Othman, Mantan Pengetua SMK Bukit Goh

Guru-Guru, Kakitangan serta para pelajar SMK Bukit Goh yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa


Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama
lagi pada hari yang penuh bermakna ini untuk meraikan majlis perpisahan Encik
Mohd Azmi bin Othman, Pengetua yang kita kasihi di majlis yang penuh bermakna
pada pagi ini.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana telah
memberi kepercayaan kepada saya berucap mewakili rakan guru di majlis yang
penuh bermakna ini. Saya bagi pihak warga pendidik sekolah ini ingin mengucapkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Azmi bin Othman yang
sudi meluangkan masa bersama-sama kita pada pagi ini walaupun mempunyai
tugasan yang sangat sibuk, yang difahamkan beliau baru sahaja balik dari China.
Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Wan Ludin bin Wan Ali yang dapat turut
serta bersama kita dalam majlis yang mulia ini.

Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang
penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, Man feelings are always
purest and most glowing in the hour of meeting and farewell

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti
amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika
bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat
dilupakan. Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana perpisahan dengan Tuan
Pengetua yang kita amat sayangi dan cintai. Pada saya, Encik Mohd Azmi ini bukan
sahaja pengetua, tetapi pemimpin dalam keluarga besar SMK Bukit Goh.

Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan
pelbagai komitmen menyebabkan kita tidak terasa dan adakalanya kita tidak
perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah
tempoh perkhidmatan Encik Mohd Azmi bin Othman, sebagai pengetua di SMK Bukit
Goh. Sesungguhnya, pemergian beliau memberi kesan kepada kita malah
menyedihkan kita kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang kami rasai sekarang
ini. Berat sungguh bagi kami untuk melepaskan pergi Tuan Pengetua yang kita
kasihi ini.

Jasamu dikenang

Budimu tak terbilang

Semangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Lembut, tenang dan berjiwa rakyat. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan
mengenai peribadi yang kita raikan pada hari ini. Encik Mohd Azmi bin Othman
telah

memegang jawatan sebagai Pengetua di SMK Bukit Goh selama 4 tahun 16 hari
iaitu mulai tahun 2011 hingga September 2015. Perwatakan beliau yang sentiasa
tenang, memuliakan tetamu dan sentiasa tersenyum amat sesuai dengan kata
orang tua-tua, Jika kita senyum selalu, mesti orangpun akan senyum. Jika ada
orang marah, kita pun tetap senyum, akhirnya mereka pun akan senyum juga dan
inilah yang menjadi perwatakan mithali beliau sepanjang di SMK Bukit Goh.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan pengetua kita ini di SMK Bukit Goh, beliau
telah banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan, perkembangan dan
pembangunan SMK Bukit Goh samada dari segi akademik, kokurikulum, keceriaan
dan Bina Insan . Beliau bukan sahaja seorang yang berjiwa rakyat, melakukan
tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kemajuan pendidikan di
SMK Bukit Goh melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang
berhati murni, malah pengorbanan beliau tiada tolok bandingnya. Beliau sentiasa
berusaha membentuk elemen persekitaran ceria untuk membina keseronokan
bekerja untuk para guru kerana happy teachers are productive teachers dan
sebaliknya productive teachers are happy teachers. Tidak terkecuali para pelajar
dengan adanya Auditorium Al Falah, Surah-surah Al Quran dan kata-kata semangat
di persekitaran sekolah.

Semoga Allah mengganjari kebaikan ke atas usaha murni tersebut sebagaimana


sabda Rasulullah:

Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada kebaikan, maka dia mendapat


ganjaran Sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya. (Riwayat Muslim)

Kepimpinan Encik Mohd Azmi selama memimpin dan menerajui SMK Bukit Goh telah
pun membuktikan bahawa beliau adalah tokoh yang berwibawa dan kepimpinan
beliau tiada tandingannya. Kami, sebagai warga SMK Bukit Goh amat berbangga
sekali kerana sempat menerima pimpinan beliau. Walaupun beliau terpaksa
meninggalkan kita semua, namun dengan ketokohan, kecermerlangan dan sikap
dedikasi beliau telah memberikan satu suntikan semangat dan azam yang berkobar-
kobar kepada seluruh warga SMK Bukit Goh dalam meneruskan tanggungjawab
yang telah diamanahkan.

Limau manis dimakan manis

Manis sekali rasa isinya

Dilihat manis dipandang manis

Manis sekali hati budinya

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the

things you never want to lose.

Itulah Encik Mohd Azmi bin Othman yang kita sama-sama raikan pada pagi ini.
Beliau sangat mesra dan mengambil berat tentang kebajikan semua pelajar. Sikap
beliau yang berdedikasi, passionate terhadap tugas dan tanggungjawab,
berpegang teguh pada prinsip dan pada masa yang sama memiliki homurous
sense. Malah juga dikenang sebagai pengetua yang begitu down to earth dan
memahami. Ketika krisis air yang melanda Felda dan Sekolah, beliau turut serta
turun padang. Ketika ketiadaan elektrik di blok G dan H, beliau menyingsing lengan
menangani situasi ini.

Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, easy-going, dan sentiasa
berusaha mempermudah urusan serta tidak menyusahkan orang yang menghadapi
masalah dan kesusahan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita
semua terutamanya oleh warga SMK Bukit Goh. Sikap beliau yang boleh dibawa
berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila
diperlukan serta senantiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah
kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga
SMK Bukit Goh.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Kini, SMK Bukit Goh kehilangan seorang pengetua yang berwibawa, berjasa, dan
pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma. Kehilangan mereka amat dirasai
oleh semua kita warga SMK Bukit Goh. Bak kata pepatah Melayu, patah kan
tumbuh, hilang kanberganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi.

Pastinya selepas ini, kita semua akan merindui gelak tawa dan senyuman Encik
Mohd Azmi. Dengan hati yang berat, perpisahan dengan tuan pengetua yang kita
kasihi ini, kami relakan jua dan Insya Allah, persahabatan kita tidak akan terhenti di
sini dan akan terus berpanjangan. Memories last forever, never do they die.
Friends stay together, never say goodbye.. Semoga persahabatan ini menjadikan
kita golongan yang diberi perlindungan arasy Allah pada hari yang tiada
perlindungan melainkan Allah.

Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu mereka kerana Allah
dan berpisah juga kerana Allah (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak guru-guru SMK Bukit Goh merakamkan
setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohd Azmi bin
Othman di atas sumbangan dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan
di SMK Bukit Goh. Kita berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan
peliharaan-Nya kepada Encik Mohd Azmi bin Othman, dipanjangkan usia, diberikan
kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama,
bangsa dan negara

Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa


rangkap pantun khusus untuk Tuan Pengetua yang kita kasihi, Encik Mohd Azmi bin
Othman

Raut wajah damai dan tenang,

Tiada terkalam kasih dijunjung,

Jasa baktimu tetap dikenang,

Budi baikmu tetap disanjung.

Asap api embun berderai,


Patah galah haluan perahu;

Niat hati tak mahu bercerai,

Kehendak Allah siapa tahu

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan;

Ilmu diberi harap halalkan,

Semoga perjuangan mendapat keberkatan.

As One Chapter Ends

Another Begins For You

Enjoy All The Things

You've Been Looking Forward To

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Encik Mohd Azmi bin Othman.

Sekian, Terima Kasih.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai