Anda di halaman 1dari 6

SAMBUTAN HARI OKU &

PROGRAM SEMARAK
KASIH
TALKING POINT

DECEMBER 7, 2021
PKPDK AURA FIRDAUSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, kita dapat
bersama- sama dalam Majlis Sambutan Hari OKU dan
Program Semarak Kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, Salam


Muafakat Johor, Salam Keluarga Pasir Raja Prihatin.

Tahniah saya ucapkan kepada barisan jawatankuasa


yang berjaya mengadakan program hari ini bagi
meraikan para pelajar.

1. Dalam tempoh hampir dua (2) tahun ini seluruh rakyat


terbeban dengan ancaman pandemik COVID-19
termasuk golongan OKU. Oleh itu, Tema Sambutan Hari
OKU pada tahun ini iaitu “Kepimpinan dan Penyertaan
OKU Menuju Endemik COVID-19”, dipilih bagi
menerapkan kepentingan supaya golongan OKU
bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-
perubahan ke arah fasa endemik COVID-19.
2. Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan
sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka
mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk
menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang
lain. Sewajarnya masyarakat memberi pengiktirafan
serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak
dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam
masyarakat. Mereka juga berhak menikmati peluang
dan akses secara saksama di bawah undang-undang
negara. Diskriminasi terhadap seseorang atas sebab
ketidakupayaannya wajar dihapuskan. Masyarakat perlu
diberi pendidikan dan kesedaran mengenai hak OKU.

Para hadirin sekalian,


3. Seiring dengan itu, besarlah harapan saya agar dengan
PDK Aura Firdausi, kaedah pembangunan komuniti bagi
pemulihan OKU di kawasan DUN Pasir Raja dan kawasan
yang berhampiran dapat dipertingkatkan dan seterusnya
semua komuniti setempat berupaya menjalinkan
perkongsian bijak serta kerjasama erat demi jaminan
kesejahteraan hidup insan-insan istimewa ini.

4. Oleh itu, saya menyeru supaya ibu bapa memberi


komitmen dan kerjasama petugas di PDK terutama
dalam program perkembangan sosial. Penyertaan serta
penglibatan ibu bapa memainkan peranan yang amat
penting dalam menjayakan program PDK.
5. Harapan saya kepada ibu bapa dan juga NGO-NGO yang
ada di sini supaya bekerjasama dengan kerajaan dalam
usaha memberi kesedaran kepada masyarakat
mengenai PDK. Dengan adanya kerjasama ini, PDK akan
terus mengorak langkah dalam usaha menggalakkan
OKU berdikari bagi menjamin kehidupan yang sejahtera
dan produktif agar OKU boleh berintegrasi dengan
masyarakat tanpa stigma negatif.

6. Sukacita saya ingin mengingatkan semula bahawa Pusat


PDK ini adalah kepunyaan komuniti, di mana kerajaan
memberi bantuan dari segi tenaga pengajar dan
kewangan. Namun, untuk menjamin kejayaan sesebuah
Pusat PDK dalam meningkatkan kesejahteraan hidup
OKU serta keluarganya, maka adalah penting peranan
dan penglibatan aktif daripada ibu bapa, keluarga serta
masyarakat setempat diterapkan.
7. Saya ingin merakamkan ucapan terimakasih kepada
tenaga pengajar PDK, ibu bapa , pengurusan Felda,
Jawatankuasa Kampung dan seluruh warga Felda Bukit
Besar yang telah memberi kerjasama dan membantu
PDK Aura Firdausi.

8. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan


sukacitanya merasmikan Sambutan Hari Oku peringkat
Dun Pasir Raja dan Program Semarak Kasih PDK Aura
Firdausi.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warah


Matullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai