Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA

‫ على ما أكملت لنا من دين‬,‫ نحمدك يا ذا الجالل واإلكرام‬, ‫الحمدهلل رب العالمين‬


‫اب‬## # # ‫وث بالكت‬## # # ‫ المبع‬. ‫ة‬## # # ‫دى والرحم‬## # # ‫بي اله‬## # # ‫لم على ن‬## # # ‫لي ونس‬## # # ‫ ونص‬.‫الم‬## # # ‫اإلس‬
‫ه‬##‫لم وعلى ال‬##‫ه وس‬##‫لى اهلل علي‬##‫بي ص‬##‫ على الن‬.‫لين‬##‫ام المرس‬##‫يين وإم‬##‫اتم النب‬##‫خ‬.‫ة‬##‫والحكم‬
‫وصحبه وأتباعه أجمعين‬.
‫ا‬##‫ أم‬.‫ولي‬##‫ه ق‬##‫اني يفق‬#‫دة من لس‬##‫ل عق‬##‫ري واحل‬##‫رلي ام‬##‫دري ويس‬##‫رح لي ص‬##‫ال رب اش‬##‫ق‬
‫بعد‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Yang berusaha,
Tn.Hj. Mashanizat bin Ngasri
Pengetua Sekolah Agama Menengah Hulu Langat

Yang berusaha,
Tn Hj Mohamed Ismail bin Kamarudin
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Agama Menengah Hulu Langat

Tn Hj Ismail bin Muhamad Ali


Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Agama Menengah Hulu Langat

En. Hasbollah Bin Mohd Dahalan


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Mahani binti Osman


Penolong kanan Kokurikulum
Guru kanan matapelajaran, Barisan pendidik yang penuh dedikasi,
Seterusnya ibubapa yang sentiasa komited demi kejayaan anak-anak tercinta.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi inin marilah sama-sama kita membukanya
dengan ummu kitab Al Fatihah.
Alhamdulillah semoga dengan bacaan fatihah itu tadi dapat merungkai segala
permasalahan diberi petunjuk dan jalan untuk menambahbaik segala kekurangan.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita bersama-sama
bermunajat memohon hasrat seterusnya berkumpul di dalam Dewan Azzamalhsyari
pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda yang
dirancang dalam takwim sekolah iaitu majlis #kitacakna dan restu ilmu bagi calon-
calon SPM 2022.

Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan
masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi
mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah.

Program ini juga membolehkan para ibu bapa dan guru-guru berinteraksi
supaya dapat mengetahui perkembangan akademik anak tuan-tuan dan puan-puan
sekalian sepanjang proses pembelajaran mereka di sekolah ini.

Secara tidak langsung menjadi medium perbincangan antara guru dan ibubapa
demi meningkatkan prestasi anak-anak. juga dapat membuka peluang murid, guru
dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan nanti.

Untuk makluman semua, program #kitaCakna merupakan salah satu program yang
dilaksanakan bertujuan

 Menilai pencapaian setiap peperiksaan/ pentaksiran murid


 Memberi tumpuan sebarang isu bagi kumpulan cakna
 Memberi motivasi prestasi murid bagi setiap peperiksaan
 Memberi motivasi murid untuk mencapai prestasi yang lebih baik melalui
peralihan kumpulan cakna
 Meningkatkan pencapaian peperiksaan supaya mencapai GPS ETR sekolah.
ü  Warga dewan yang dimuliakan,
Tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama kita mendengar taklimat yang bakal
disampaikan oleh Yang Berusaha Tn Hj Ismail bin Mohamad Ali, Penolong kanan
Pentadbiran SAMHL.
ü  Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

ü  Begitulah berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan
panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Ismail
bin Mohamad Ali atas kesudian  menyampaikan taklimat.

ü  Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama
para guru. Dalam sesi ini, tuan-tuan akan menerima keputusan peperiksaan
percubaan SPM baru-baru ini.. Selepas itu,  tuan-tuan dan puan-puan boleh
bertanya tentang prestasi anak tuan-tuan kepada guru yang mengajar anak tuan-
tuan. Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amat dialu-alukan
untuk kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan bermotifkan strategi
peningkatan pencapaian anak-anak menjelang SPM pada tahun ini. InsyaAllah....

ü  Sebelum tuan-tuan ke sesi dialog,. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang
khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari
ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu
datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

    

      Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi            


wabarakatuh dan terima kasih.
Perjalanan merentasi masa mencari ilmu tidak akan bermakna tanpa restu daripada
insan-insan penting dalam kehidupan seorang  murid. Maka, majlis Mohon Restu
Ilmu merupakan sebagai persediaan terakhir calon SPM untuk menghadapi
peperiksaan sebenar.
Majlis ini juga adalah untuk menyediakan calon SPM dari segi fizikal dan mental
sebelum menduduki peperiksaan sebenar sekaligus sebagai lafaz restu ibubapa dan
guru mengizinkan ilmu yang dicurahkan semoga diberkati.
Ia juga merupakan kesinambungan usaha kita untuk memberi amanat dan pesanan
mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh para calon SPM pada saat-saat akhir
sebelum menduduki peperiksaan juga bagi membantu murid-murid untuk lebih
bersedia dalam menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Tanpa melengahkan masa , Majlis mempersilakan …………………………….. untuk


menyampaikan ucapan.
Seterusnya dipersilakan YDP PIBG untuk memberinspatah dua kata bagi mewakili
ibu bapa calon SPM 2022.

Anda mungkin juga menyukai