Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahman nirrahim,

Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,


Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar
Penolong-penolong Kanan, guru-guru
Serta para hadirin yang saya muliakan.

Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan
ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang dikelolakan oleh Jawatan kuasa
pengurusan Sk. Batu 4 Jln Apas Tawau. Ucapan syabas dan tahniah kepada semua ahli
Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis
ini berjalan lancar dan teratur.

Terima kasih dan syabas kepada para peserta Pidato tahun ini kerana semangat dan berani
untuk mengambil cabaran dan bahagian dalam perrtandingan kali ini. Ucapan penghargaan
dan terima kasih juga kepada hakim-hakim yang bertugas, sememangnya kita telah
menyediakan hakim-hakim pertandingan yang berpengalaman dan hebat. Kita sedar,
pertandingan seumpama ini amat perlu dijalankan untuk mencungkil bakat anak-anak yang
bakal mewarisi masa depan Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kehebatan pelajar yang mengikuti pertandingan Pidato ini kerana guru yang memimpinya
juga hebat. Kita sedia maklum, tidak semua pelajar boleh melontarkan suara atau kata-kata
secara spontan diikuti dengan fakta-fakta yang sahih dan menarik. Dengan lenggok bahasa
dan mimik muka yang boleh membuat pendengar mengambil perhatian dengan apa yang
dilafazkan oleh peserta pidato. Ini semua adalah hasil didikan dan bimbingan daripada guru-
guru yang mempunyai komitmen yang tinggi. Syabas dan tahniah kepada semua guru
pembimbing dan guru-guru pengiring.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
pemenang pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para
pemidato akan menjadi pemangkin untuk para pelajar lain melibatkan diri dalam pidato.Saya
pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan
hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya
menyeru kepada saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu
meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan
hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan
impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti
mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua bakal
pemenang dan juga syabas kepada semua jawatan kuasa pengelola dan semua warga kerja
yang bertungkus-lumus menjayakan Pertandingan Pidato Sekolah Rendah Dan Sekolah
Menengah Peringkat Daerah Tawau 2017.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai