Anda di halaman 1dari 5

VISI PANDU PUTERI

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadikan pemimpin berwibawa hari esok.

MISI PANDU PUTERI


Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

PERSETIAAN PANDU PUTERI


Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja.

MOTO PANDU PUTERI


SELALU SEDIA

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI


1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopansantun. 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8. Seorang Pandu Puteri beremangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat-cermat. 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan

PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI


1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) Baju kemeja berwarna hijau Skaf (berwarna kuning) Jata Negeri Woggle `Shoulder Flashes' Lambang Kumpulan Lencana Dunia Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja Seluar panjang biru tua

10) Stoking hitam 11) Kasut hitam 12) Tudung biru tua (pelajar Islam)

Anda mungkin juga menyukai