Anda di halaman 1dari 4

CARA HORMAT DAN COGAN KATA PANDU PUTERI

1.Cara Hormat Pandu Puteri

Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama seperti hormat Pengakap.Semasa
memberi hormat ini,tangan hendaklah diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan
sedia.

2.Maksud Hormat Pandu Puteri


 Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri
 Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang
lemah
3.Penggunaan Hormat Pandu Puteri
 Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri,raja-raja,pembesar-pembesar
negara dan negeri,pemimpin Pandu Puteri negara,negeri,daerahdan kumpulan
 Semasa menerima hadiah dan kurniaan
 Semasa istiadat mengibar bendera
 Semasa memberi penghormatan kepada jenazah
4.Cogan Kata
"Selalu Sedia" merupakan cogan kata Pandu Puteri.Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri
hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang
imbuhan dan balasan.
LENCANA PANDU PUTERI DUNIA
Tanda/Simbol Maksud
1.Trefoil( tiga cabang )  Ikrar Pandu Puteri
*Warna Emas Trefoil  Matahari yang bersinar-sinar di langit
biru

2.Bintang-bintang pada cabang trefoil  Bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan


dan undang-undang Pandu Puteri

3.Jalur  Jarum kpmpas sebagai penunjuk jalan


yang harus dituju dalam Pandu Puteri

4.Tapak  Perasaan kasih sayang semua manusia


yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu
Puteri

LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA

Tanda/Simbol Maksud
1.Trefoil  Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri

2.Bintang pecah empat belas  13 buah negeri di Malaysia dan 1


pecahan lagi yang menghala ke atas
melambangkan jarum kompas yang
bermaksud petunjuk jalan yang benar
BENDERA DUNIA

BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


PERSETIAAN PANDU PUTERI

Bahawa dengan sesungguhnya


Saya berjanji dan bersetia
Dengan sedaya upaya
Menunaikan kewajipan saya
Kepada Tuhan
Raja dan Negara saya Malaysia
Menolong orang setiap masa
Mematuhi undang-undang
Pandu Puteri

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI

1.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia.


2.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai.
3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain.
4.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun.
5.Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang
lain.
6.Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda yang hidup.
7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah.
8.Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan.
9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran,perkataan dan perbuatan.

LAGU DUNIA

Arah kita jelas ke depan


Bendera berkibar
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi
Bersatu untuk kebenaran
Persahabatan kukuh
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu iniYang cintakan kebenaran
Menegakkan janji
Dengan rela berjasa
Setia abadi
Kebebasan kita tepati
Bersedia sama
Untuk semua miskin kaya
Kita beri yang terdaya

TAP SIANG

Kami puji nikmat diberi


Matahari, bintang-bintang, langit biru
Mana pergi hidup kami
Tuhan saksi

Thanks and praise for our days


Neath the sun, neath the stars, neath the sky
As we go, this we know
God is nigh

TAP MALAM

Malam datang siang hilang


Dari laut, dari gunung, dari langit
Semua selamat, sihat rehat
Berkat tuhan

Day is done gone the sun


From the sea, from the hills, from the sky
All is well, safety rest
God is nigh

Malam datang siang hilang


Dari laut, dari gunung, dari langit
Semua selamat, sihat rehat
Berkat tuhan

Day is done gone the sun


From the sea, from the hills, from the sky
All is well, safety rest
God is nigh

Anda mungkin juga menyukai