Anda di halaman 1dari 2

Cikgu Arina : Selamat pagi semua. Wah, rajin betul kamu membersihkan kelas.

Inilah yang
dinamakan anak merdeka.

Zariff : Selamat pagi cikgu. Terima kasih cikgu.

Rizqi : Betul cikgu. Kami semua anak merdeka. Kami semua sibuk menghias kelas
kerana tidak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan.

Cikgu Arina : Kamu tahu bahawa pada tahun ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan
yang ke 60?

Zariff : Sudah tentu. Sebagat anak merdeka yang bersemangat patriotik, kita perlu
mengetahui setiap perkara yang melibatkan negara kita.

Cikgu Arina : Malaysia amat bertuah dengan adanya remaja yang bersemangat patriotik
macam kamu. Banyak juga dalam kalangan remaja kita yang tidak
mempunyai semangat cinta akan Negara.

Rizqi : Yalah, mereka sudah biasa hidup mewah dalam keadaan negara aman
sejahtera.Mereka tidak pernah merasakan kesusahan hidup seperti datuk
nenek kita. Jadi,mereka kurang mempunyai semangat patriotik.

Zariff : Kita pun tidak merasakan kesusahan seperti yang dialami oleh datuk nenek
kita.

Rizqi : Yalah. tapi saya contohnya, banyak membaca buku sejarah. Datuk dan nenek
saya pun banyak bercerita tentang pengalaman hidup mereka pada zaman
penjajahan. Jadi saya memahami kesusahan mereka.

Cikgu Arina : Kebanyakan remaja sekarang tidak berminat untuk mempelajari sejarah
negara. Mereka beranggapan bahawa mempelajari sejarah akan
menyebabkan mereka ketinggalan zaman dan membelakangkan kemajuan.

Zariff : Pelbagai langkah perlu diambil untuk memupuk semangat patriotik. Usaha
kerajaan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara contohnya. Perlu
disokong. Para remaja juga perlu diberikan peluang untuk melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti sambutan bulan kemerdekaan. Macam yang kita
sedang usahakan ini. Menghias kelas sempena sambutan kemerdekaan
Negara.

Cikgu Arina : Betul tu Zariff. Lama saya di sini, menggangu kamu bekerja pula. Saya
beredar dululah, ya. Jumpa kamu petang nanti, semasa latihan kokurikulum
ya.

Zariff dan Rizqi : Baiklah cikgu. Jumpa petang nanti

Anda mungkin juga menyukai