Anda di halaman 1dari 31

Kempen Budi Bahasa Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi.

Yang indah itu bahasa yang elok itu budi, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. Namun, semuanya ini hanya suatu retorik sehingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen Berbudi Bahasa untuk menghidupkan kembali budaya berbudi bahasa ini. Kempen Berbudi Bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) baru-baru ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa masyarakat kita pada hari ini. Melalui kempen ini, kita digalakkan supaya memberi ucapan dalam salam dan senyuman manis sebagai tanda perkenalan atau menjalinkan hubungan yang lebih mesra. Dengan cara ini, kita akan dapat membersihkan jiwa nurani kita daripada sifat sombong, meninggi diri dan ujub. Malah, agama Islam menganggap senyuman itu sebagai satu "sedekah" antara sesama manusia. Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormat-menghormati antara satu sama lain juga amat dianjurkan melalui kempen itu. Amalan ini akan dapat menjalinkan kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak kira di mana-mana sahaja kita berada. Bukankah pepatah ada menyebut bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua harus kita hormati? Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, saya yakin bahawa matlamat kempen ini dapat dicapai dalam jangka masa yang sangat singkat. Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas di bahagian kaunter, layanan mesra terhadap pelanggan atau orang ramai yang berurusan di kaunter mestilah diberi keutamaan. Layanan yang sedemikian bukan sahaja akan memberi kepuasan maksimun kepada orang ramai bahkan dapat meningkatkan imej kerajaan atau agensi tertentu yang selama ini telah tercalar. Pada masa yang sama, amalan bertegur sapa yang dicanangkan melalui Kempen Berbudi Bahasa ini dapat memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersifat penyayang. Secara tuntas, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun. Bak kata pepatah, hidup di kandung adat mati di kandung tanah.

Kepentingan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni merupakan usaha kerajaan Malaysia yang murni. Kempen yang dijalankan ini banyak memberikan kepentingan kepada kita. Kempen ini amat penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana budi bahasa yang tinggi dalam diri seseorang mencerminkan maruah dirinya. Oleh sebab itu, slogan budi bahasa budaya kita mestilah dijadikan prinsip hidup. Selain itu, kempen yang bermanfaat ini juga dapat mengurangkan masalah sosial dan jenayah di negara kita. Hal ini dapat dibuktikan apabila kajian mendapati kes jenayah dan kebejatan sosial menurun sehingga 29 peratus. Oleh sebab itu, kempen ini wajarlah diperluas dan diuar-uarkan melalui media massa. Di samping itu, kerajaan juga berharap rakyat Malaysia dapat memberikan imej yang baik kepada pelancong asing melalui kempen ini. Sebagai contoh, rakyat digalakkan bersenyum kepada pelancong kerana setiap senyuman yang kita ukirkan tidak memerlukan modal malah memberikan pulangan yang lumayan kepada kehidupan kita. Kesimpulannya, Kempen Budi bahasa dan Nilai-nilai Murni wajar diadakan sepanjang masa. Bak kata peribahasa, orang berbudi, kita berbahasa; orang memberi, kita merasa

masyarakat yang enggan membrikan kerjasama dengan penganjuran program iniwalaupun jela s terbukti kebaik

an yang terkand ung dala progra m ini mampume ningkatkan tahap perpaduan masyarakat negara Malaysia.Selain

itu, langkahlangkah lain yang dilancarkan telah dilancarkan oleh pihak kerajaan ialah penerapan

nilai-nilai modal insane yang dilancarkan oleh perdana menteriMalaysia iaitu Dato,Seri Abdullah Ahmad Badawi sedikit sebanyak

menunjukankep erihatinan kerajaan untuk menyemai nilainilai positf dalam diri setiap masyarakatnyay ang berbilanhg kaum.Pengenal

an modal insane adalah untuk mewujudkan nilai-nilai murni dalamsemua aktiviti harian seperti dalam urusan

peniagaan, pem belajaran, semasa berinteraksidan lain-lain lagi. Amalan-amalan murni seperti baik hati ,jujur, sopan santun

dan lain-lain merupakan tunjang dalam pengenalan modal insan. Sekiranya amalan-amalan murniini diaplika sikan dalam

kehidupan sehari-harian matlamt Negara untuk mancapai statusNegara maju seperti bangsa- bangsa asing tidak

mustahil akan mampu digapai.Program -program seperti ini hendaklah diperbanyakkan kerana programprogramseperti i ni berupaya

mempengaruhi minda dan perwatakan seseorang kearah yang lebihpositif. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti luar seperti ini

lebih menarik minat seseorangrmaja daripada menjalankan aktiviti pembelajaran didalam kelas. Melalui kativiti-

aktivitiini juga seseorang remaja mampu melepaskan tekanan perasaan ekoran daripada daripaamelakuk an tugasan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran..2 0 4.0 KesimpulanDew asa ini,kemajuan yang dicapai

sedikit ebanyak telah melunturkan nilai-nilai murni an amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Hal ini tidak

dapatdisanggka l lagi kerana buktinya sering kta dapat lihat didada-dada akhbar, televisyan,majal ah dan lain-lain lagi. Semua

pihak seharusnya tidak memandang remaeh dan patutmemberika n sepenuh kerj asama dalam h al ini supaya m

asalah ini dapat dibendungsete rusnya dapat dicegah daripada terus menular.Selain daripada itu pihak kerajaan juga hendaklah

mengadakan lebih banyak akt vi-aktivi dan programprogram yang berunsurkan kemasyarakatan bagi meningkatkanta

hap kerjasama, perpaduan dan hormatmenghormati dalam kehidupan .Oleh hal yangdemikian jelaslah bahawa

penerapan amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni mampumemarta batkan sesebuah Negar a kearah

yang lebih gemilang.21

Bibliogr afi
Maimunah Haji Omar (1993).

Bahasa, format Penulisan Dan Tatacara PenyampaianCe ramah, Ucapan Dan Taklimat . Shah Alam: UITMSulaiman Masri (2004)

Seni Mengarang . Shah Alam : Karisma PublicationsSdn Bhd.Carnegie, D. (2000). Cara Cepat Dan Mudah Berbicara

Efektif: Teknik Moden Untuk Komunika si Yang Dinamik ( Terjemahan Ana Budi Kuswadani SS ). Jakarta:Pustaka Delapratasa.Ah

mad Khair Mohd Nor, Idris Mohd Radzi Dan Rain Shaari (Pnyt) (2005). BahasaMelayu Profesional . Edisi Semakan

. Kuala Lumpur: Prospekta Printer Sdn. Bhd.Ainon Mohammad (1994). Panduan Menterjemah . Kuala Lumpur: Dewan BahasaDan

Pustaka.Asmah Haji Omar (2000). Wacana Perbincangan Perbahasan Dan Perundingan.Ku ala Lumpur. Dewan Bahasa Dan pustaka. 22

Anda mungkin juga menyukai