Anda di halaman 1dari 26

1.

PENGENALAN SEJARAH tamadun dunia bermula dengan masyarakat

pertanian yang bergantung hidupdengan aktiviti bercucuk tanam dengan


kehidupan yang ringkas dan mudah. Dalam abad ke-19tamadun dunia telah
berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-ciripengkhususan dan
memberi

keutamaan

kepada

hasil

pengeluaran

atau

produksi

komoditi.

Kinimasyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang
dikenali sebagaiknowledge age atau k-ekonomi. Keperluan baru ini menekankan
kepentingan maklumat,kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru
kepada masyarakat. Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang
berdasarkan Zaman Kristianataupun Zaman Umum seperti kalendar Gregory,
Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100dan tempoh milenium ketiga adalah dari
2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abadpertama bermula dengan
tahun

1.Biasanya,

penggunaan

umum mengganggap

bahawa

abadke-21

berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2099.
Pada2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang
memulakanperhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini
telahpun diselesaikan denganpenggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk
menandakan permulaan abad ke-21.1 Pada abad ke-21 ini, negara kita
menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaranakibat daripada kesan
globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat danKomunikasi
(Informatian and Communications Technology, ICT). Salah satu cabaran
negaraadalah membangun satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan
atau K-ekonomi bagimenghadapi persaingan negara lain. Perubahan sistem
ekonomi ini adalah fenomena yang pastiakibat arus perdana yang dibawa oleh
globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padudaripada sektor
pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggidalam
pelbagai bidang.2 Kesan globalisasi adalah meluas dan infiniti. Dalam konteks

kehidupan manusia,globalisasi meliputi bidang politik, sosial, dan ekonomi.


Globalisasi menjadikan segala-galanyamilik bersama dalam konsep dunia tanpa
sempadan. Yusof al-Qardhawi (2001), mendefinisikanglobalisasi dengan maksud
mensosialisasikan

pola

atau

sistem

tertentu

yang

dimiliki

oleh1http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke212http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

2. sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi seluruh dunia.


Berdasarkan kefahaman ini,globalisasi dikenali dengan pelbagai istilah seperti
dunia tanpa sempadan (borderless world),kampung global atau desa
sejagat (global village) dan dasar langit terbuka (open skypolicy) dan menjadi
suatu fenomena baru dalam mewujudkan ciri-ciri pensejagatan. Dalam ertikata
yang lain, dunia dijadikan suatu pentas yang kecil agar mudah terjangkau dalam
waktuyang singkat.3 Oleh yang demikian, artikel ini akan menghuraikan
bagaimana menyediakan modalinsan untuk menempuh segala cabaran abad ke21 ini secara umumnya dan cabaran globalisasisecara khasnya. Bermula dengan
sistem pendidikan, kemahiran, guru seterusnya pelajar abadke-21, artikel ini
menjelaskan apa yang perlu ada bagi setiap
bekalanmodal

insan

menghadapi

cabaran

ke

aspek tersebut sabagai


6

wawasan

2020

iaitu

Mewujudkan masyarakat saintifikdan progresif, mempunyai daya perubahan


tinggi dan memandang ke depan, yang bukansahaja pengguna teknologi tinggi
tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik danteknologi masa
depan.3Ahamad Tarmizi b. Azizan dan Zoolcaphly b. Sahib.Komputer Dan Seni
Di Era Globalisasi : Peranan Dan Cabaran.

3. Pendidikan Abad Ke 21 Di abad Ke-21 ini, seluruh dunia tidak kira sama
ada di negara maju atau negara sedangmembangun dijangkakan akan mengalami
perkembangan pesat lagi mencabar dalam bidangekonomi, politik dan sosial.

Ramai

pihak

berpendapat

bahawa

perubahan

tersebut

sedikitsebanyak

mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan bidang pendidikan. Alvin


Tofflerseorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa the illiterate of the
21st century are notthose that cannot read or write, but those that cannot learn,
unlearn and relearn. Menurutnyapendidikan di abad ini lebih mencabar dan
mestilah

berupaya

melahirkan

pelajar

yang

kreatifdan

inovatif,

mampu

menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal. Perubahan kepada zaman kekonomi yang menekankan keperluan maklumat danbercirikan globally networked
adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan ICT. Oleh itusering dikatakan
bahawa mana-mana negara yang dapat menguasai teknologi maklumat
danmempunyai kemudahan jaringan ICT maka mereka dianggap mempunyai
kelebihan dan seolah-olah memiliki kuasa tambahan. Sementara itu negaranegara yang mengabaikannya akanketinggalan dalam persaingan di peringkat
global ini. Menurut Thomas Friedman dalambukunya The World Is Flat : A Brief
History of the Twenty-First Century pendidikan turutmemainkan peranan penting
dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan 4kelestarian dunia dalam
abad ke-21 ini. Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International
Commission On Education ForThe Twenty First Century), pendidikan yang
berterusan sepanjang hidup harus berasaskanempat tonggak, iaitu: Learning to
know (belajar untuk tahu); Learning to do (belajar untukbuat); Learning to live
together (belajar untuk hidup bersama) dan Learning to be (belajaruntuk
menjadi). Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang
kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum
dispesifikkan secaramendalam dalam bidang-bidang tertentu. Belajar untuk tahu
membantu seseorang membinasatu spektrum ilmu yang membolehkan dia
memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmudi sini juga merangkumi cara
belajarsesuatu kemahiran yang begitu diperlukan untukmemudahkan seseorang

menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagaisumber. Ilmu


yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan4
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

4. berasaskan ilmu itu. Belajar untuk buat bukan dihadkan kepada


kemahiran operasi ataumekanikal

sahaja

tetapi merangkumi kompetensi-

kompetensi seperti kebolehan untukmenangani situasi-situasi yang tidak dijangka,


kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam 5pelbagai konteks sosial dan kerja.
Manakala menurut YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (2012),
inovasipendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan
ekonomi negara.Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana
inovasi yang melengkapkangenerasi muda dengan kemahiran yang diperlukan
untuk bersaing dalam pasaran kerja, danmenjadi pengupaya perkembangan
ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaanperlu memastikan
sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakanModel
Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi
Kerajaan yangmenjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan
ekonomi global. Sehubungan dengan itu, demi memperkasakan pendidikan
sebagai pemangkin danpembentuk insan yang serba lengkap untuk menempuh
cabaran-cabaran abad ke-21, banyaknegara, samada negara-negara maju
mahupun

negara

membangun,

membangunkankecanggihan

ICT

sebagai

pencetus minda pelajar masa kini. Kecanggihan ICT melalui pelbagaiaspek, dari
segi pekakasan mahupun perisian mampu menjana daya kognitif pelajar
dankemahiran psikomotor pelajar dari pelbagai aspek.Pada abad ke-21, negara
menghadapi

cabaran

baru

kesan

daripada

globalisasi,

liberalisasi,pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT). Negarajuga menghadapi cabaran untuk membangunkan


ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan
program pembangunan pendidikan yang dapatmelahirkan warganegara yang
berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlakmulia. KPM juga
meneliti

semula

program

dan

projek

yang

dirancang

bagi

penyegaran,pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan


baru. Semua ini adalah hasilperancangan yang terkandung dalam dokumen
Pembangunan Pendidikan (2001-2010) KPM. Ohmae (1995) menyatakan bahawa
perkembangan dalam teknologi maklumat dan arusglobalisasi telah menyebabkan
berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkanparadigma baru
kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Seperti manamana5http://abihulwa.blogspot.com/2009/05/pendidikan-abad-ke-21.html

5. negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada


menghadapi cabaran tersebutsebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger
(1998) menegaskan globalisasi telahmendorong berlakunya anjakan paradigma
yang amat ketara di kebanyakan negara dalamkonteks untuk mencari makna
terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan.Ini disebabkan
kebimbangan

akan

kehilangan

daya

saing

dalam

persekitaran

dunia

globalsekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan.


Dalam konteks ini,sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi
yang agak radikal bermula sekitartahun 1990-an sebagai reaksi kepada
perubahan di peringkat global tersebut.Beberapa perubahan kurikulum terutama
dari segi strategi pelaksanaan pengajaran danpembelajaran telah diperkenalkan
seperti:1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan
pemupukan pembelajarandengan menggunakan komputer dan penggunaan
multimedia.2.

Projek

Sekolah

Net:

Penggunaan

komputer

peribadi

dan

persekitaran Local Area Network(LAN). Guru berfungsi sebagai penerima


maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajarandaripada luar dan kemudian
menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepadapelajar mendapat
kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasipelbagai
stail pembelajaran.3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi
membolehkan pelajar mengaksesilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber
dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayardan pemudahcara.4. Projek
Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran
danpembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan
berkesan danmemberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik
dengan rakan dan guru. Di samping perkembangan dari segi penggunaan
teknologi maklumat, kurikulum diMalaysia juga telah disemak semula dan diberi
nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalahrelevan dan berupaya untuk
menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapipersekitaran
global

setelah

mereka

melepasi

alam

persekolahan.

Trend

yang

agak

ketaradikenal pasti dalam perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah


melahirkanwarganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi
dalam era globalisasi

6. kini. Ini seiring dengan pendapat Hallinger (1998) bahawa langkah yang
proaktif diperlukansupaya sekolah berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai
ciri tertentu bagi persediaanmenghadapi persaingan global iaitu dari segi:1.
Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat2. Mempunyai kebolehan untuk
berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antara bangsa3. Menguasai
kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan Seharian4.
Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar,
menyelesaikanmasalah serta menjana pengetahuan baru.5. Menjadi warganegara

yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya. Seiring dengan
perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di Malaysia telahmelalui satu
era

transformasi

dari

segi

penggunaan

bahasa

Inggeris

dalam

proses

pengajarandan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah


rendah dan di sekolahmenengah. Ini bertujuan untuk memberikan persediaan
kepada pelajar bagi menghadapipersekitaran global terutama berkaitan dengan
perkembangan sains dan teknologi di manabahasa Inggeris adalah begitu penting
dikuasai bagi mengakses ilmu dan maklumat dalambidang tersebut. Bahasa
antara bangsa yang lain seperti bahasa Arab, Perancis, Jepun, Jermandan lainlain turut diperkenalkan juga di sekolah yang bertujuan menyediakan pelajar
untukmenghadapi dunia global dan menjadi global player secara lebih berkesan.6
Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam
pendidikanalaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar
kepada

pencapaianPendidikan

perkembangan

teknologi,

Bertaraf

sosial,

Dunia

sertabudaya

dan
masa

bersesuaian
kini.

dengan

Perkembangan

seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikanmengabungkan serta


memberikan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran danpembelajaran
berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi
secarabijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Serta pengurusan
sekolah yangefektif.76 Habib Mat Som Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud
.Globalisasi

Dan

Cabaran

Pendidikan

DiMalaysia.Universiti

Malaya7

http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

7. DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan


masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan
dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada
perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Mukadimah Akta

Pendidikan 1996 ICT dilihat berpotensi baik sebagai penguat dan pemangkin
dalam mencapai prosespengajaran dan pembelajaran yang unggul (Davitt, 2005).
ICT dianggap berperanan sebagaialat untuk mengajar dan belajar, sambungan
serta media pertukaran. Justeru itu, peluang yangada perlu diraih melalui
penggabungan pengetahuan dan pembelajaran dengan kekuatan alatteknologi
pendidikan, dan menggunakan sinergi ini bagi menyediakan suasana pengajaran
dan 8pembelajaran yang lebih berkesan. Sistem pendidikan Malaysia yang sedia
ada sekarang telah mengetengahkan perananICT dalam pnp, kerajaan juga telah
merancang lagi perubahan bagi memantapkan ICT dalampendidikan di Malaysia.
Antara Sebelas anjakan utama untuk mentransformasikan sistempendidikan
negara

dalam

Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

(2013-

2025)ialah,Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia


Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013 Menambahkan
kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan
perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran
kritikal pada 2013 Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh
dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih
khusus Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih
daripada RM6 bilionuntuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif
pendidikan, seperti SekolahBestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal
paling intensif pernah dilakukan dalamsistem pendidikan.8 Johari Surif et al. Tahap
Amalan

Dan

Pengintegrasian

Ict

Dalam

Proses

Pengajaran

Dan

PembelajaranSains.Universiti Teknologi Malaysia.

8. ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran


ilmu dankemahiran berfikir yang luas Namun demikian, potensi ini belum

dizahirkan. ICT akanmemperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di


semua 10,000 buah sekolah. Murid akanmemperoleh akses kandungan yang lebih
luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapatbelajar mengikut kadar sendiri dan
mempunyai pilihan yang lebih luas melalui program jarakjauh. Pengetua/guru
besar dan guru juga mempunyai akses kepada sumber dan komunitipembelajaran
nasional dan antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti amalan mereka.
ICTakan sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah,
tanpa jurang pemisahantara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid
akan dilengkapkan dengankemahiran yang diperlukan bagi menggunakan
teknologi ini secara berkesan dan bermakna.9 Antara kaedah pembelajaran ICT
adalah melalui web. Web 2.0 adalah istilah umumyang berkaitan dengan aplikasi
web yang memudahkan perkongsian maklumat interaktif yangberoperasi melalui
media

internet

dengan

bantuan

pelayar

web

dan

tidak

perlu

proses

instalasiterlebih dahulu seperti umumnya kita gunakan sehari-hari. Sebuah laman


Web 2.0 memberipenggunanya bebas untuk berinteraksi atau berkolaborasi
antara satu sama lain dalam komunitimaya. Berbeza dengan laman web dimana
pengguna terhad kepada pasif melihat kandunganyang diciptakan untuk mereka.
Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk laman web rangkaian sosial,blog, wiki, halaman
perkongsian video dan halaman perkongsian grafik.10 Menurut Khan (1997),
pembelajaran berasaskan web merupakan program pembelajaranberasaskan
hipermedia yang menggunakan ciri dan sumber web untuk menghasilkan
suatupersekitaran pembelajaran yang bermakna dan menyokong pembelajaran.
Relan & Gillani(1997) mendefinisikan pembelajaran berasaskan web sebagai
aplikasi strategi-strategipembelajaran kognitif dalam persekitaran pembelajaran
konstruktif dan kolobratifmenggunakan kemudahan web. Disebabkan terdapat
pelbagai kemudahan ini membolehkanproses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dilaksanakan dengan lebih berkesan.11 Di negara-negara maju sangat canggih

kerana hanya berfokus kepada ICT di bilikdarjah. Contohnya, di Amerika Syarikat


Dr Michael Wesch, seorang ahli Lembaga Penasihat bagi9 Pelan Pembangunan
Pendidikan

Malaysia

(2013-2025)10

Nur

Fadzilah

Binti

Othman.Tahap

Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian


TinggiAwam Di Malaysia.Universiti Teknologi Malaysia.201011 Khairun Nadwa
Binti Md Tahir.Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) Melalui Web
Terhadap Prestasi DanPersepsi Pelajar Dalam Matapelajaran Fizik Peringkat
Universiti.Usm. 2007
9. Sekolah abad ke-21, mencetus fenomena masyarakat sosial baru yang

mana membangunkanbanyak alatan Web 2.0 seperti Jott, Twitter, YouTube


(terdapat juga TeacherTube,SchoolTube, dan StudentTube), Diigo dan Google
Earth untuk kegunaan bilik darjah. Beliaujuga menerangkan cara penggunaan
web 2.0 dalam bilik darjah serta menekankan amalannyadi bilik darjah. Malah, di
Asia Tenggara pendidikan abad ke -21 juga berfokus kepada TeknologiMaklumat
(ICT).

Misalnya,

Sekolah

Tinggi

Perempuan

Nanyang

di

Singapura

telahmenggantikan buku dengan komputer tablet iPad yang bertujuan membuat


perubahanpengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (NTD Televisyen)
(Venthan, 2006; SingaporeSchool Trials iPad as Textbook Replacement,
2012).Pelbagai kaedah pembelajaran yang digunakan dan dirancang dalam
proses pembinaan insanserba lengkap bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Ada
yang telah diaplikasikan, ada jugaakan diaplikasikan. Namun yang demikian,
akhirnya ia akan melahirkan pelajar yangmempunyai kemahiran yang sesuai iaitu
kemahiran abad ke-21 yang kan dibincangkan dibabyang seterusnya.Kemahiran
Abad Ke 21 Berdasarkan cabaran pendidikan Malaysia ke arah K-ekonomi, ia
menuntut agar negaramembangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri Kworker, celik dan mahir dalam ICT,mampu bersaing pada peringkat tempatan dan

pada peringkat global, bahkan memiliki jati diridan daya saing yang tinggi selaras
dengan perkembangan era dunia abad ke-21 yang sagatmencabar. Oleh yang
demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan

10. program

pembangunan

pendidikan

yang

dapat

melahirkan

warganegara yang berilmupengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak


mulia bagi memenuhi Falsafah PendidikanKebangsaan.12 Kemahiran yang
dimaksudkan

inilah

yang

dibincangkan

dibab

ini. Kerajaan

komited

melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15tahun akan


datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid
dinegara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka
untuk merebutpeluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita
untuk bersaing dengan negaratermaju didunia, sistem pendidikan kita perlu
berupaya melahirkan generasi muda yangberpengetahuan, mampu berfikir secara
kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinanyang mantap dan berupaya
berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global. YAB Tan Sri Dato Hj.
Muhyiddin Hj. Mohd Yassin. Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari
hakikat bahawa kanak-kanakmemerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M
(menulis, membaca, mengira) setelah merekamenamatkan alam persekolahan.
Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untukmelahirkan modal insan
berkualiti tinggi menjadi semakin penting. Kebanyakan negaramenerima konsep
kemahiran abad ke- 21 sebagai paksi kurikulum, namun definisi konsepnyabelum
dipersetujui. Menteri Pendidikan Singapura menyatakan bahawa individu yang
lengkapdengan kemahiran abad ke- 21 merupakan individu yang mempunyai
keyakinan diri,mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif,
dan merupakan warganegarayang prihatin. Di Finland, kemahiran abad ke-21
berteraskan

perkembangan

kendiri,

identitibudaya

dan

keantarabangsaan,

kemahiran media dan komunikasi, warganegarapartisipatif,bertanggungjawab


terhadap persekitaran, menitikberatkan kesihatan diri dan masadepan yang lestari.
Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang
sesuaidengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk
bersaing

padaperingkat

antarabangsa.

Untuk

itu,

kurikulum

kebangsaan

bermatlamat untuk melahirkan muridyang seimbang, berdaya tahan, bersemangat


ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, danpatriotik, serta mempunyai kemahiran
berfikir,

berkomunikasi,

dan

bekerja

secara

berpasukan.12

http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

11. Kurikulum sekolah rendah dan menengah yang dikaji semula akan
memastikan keseimbanganpengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir,
dan nilai untuk memastikan kejayaan 13murid pada masa akan datang.Gambar 1 .
Standard Kemahiran Abad Ke-21 Perubahan diperlukan untuk memenuhi
keperluan masyarakat sekarang yang banyakdipengaruhi oleh dunia yang
dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujukpada pandangan
bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkiniyang
lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan
yangdimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke 21 dengan peranan teknologi
maklumat dankomunikasi (ICT).13 Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. September 2012. Kementerian PelajaranMalaysia.

12. Sehubungan dengan proses pembestarian sekolah yang dibuat oleh


KPM memerlukanpelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Kemahiran yang
diperoleh dapat melahirkan pelajaryang boleh mengamalkan pembelajaran akses
kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kada kendiri (selfplaced).14 Kebanyakan kemahiran abad ke 21 adalah berdasarkan kepada
pendedahan terhadapICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca,

menulis, dan mengira, literasi abad ke21 melibatkan literasi digital. Guru
memainkan peranan utama dalam membimbing pelajaruntuk melayari internet,
mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai danmengumpul serta
mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada
eradigital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Kemahiran
berfikir aras tinggi melebihi pengimbasan kembali fakta atau informasi.Kemahiran
berfikir melibatkan interaksi berfikir mengikut strategi kognitif, meta kognitif
danpengetahuan semasa menghuraikan masalah (Young 1997). Menurut OECD
(2006),

salah

satupendekatan

yang

dicadangkan

ialah

sekolah-sekolah

memberikan wadah agar kemahiran abadke-21 diasah supaya murid-murid lebih


bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomipengetahuan. Kemahiran ini
berkaitan dengan pengurusan pengetahuan seperti pemilihan,penyesuaian,
analisis dan perkongsian dalam alam web. Kemahiran ini disokong oleh teknologi
15maklumat dan komunikasi. Malah, sumber terbaik yang membina kemahiran
komunikasi interaktif sepertikemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan
dan kolaborasi adalah menerusi limabentuk teknologi era digital iaitu mobility
(bergerak) seperti telefon pintar, connectivity(penyambungan) seperti WiFi,
rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carianseperti Google dan
Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Di
peringkat

antarabangasa,

LLC

mengiktiraf

keperluan

kritikal

untuk

membangunkankemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun,


dipercayai bahawa pendidikanini tidak menghadkan pembangunan profesional dan
reka bentuk kurikulum sedia ada.Kemahiran abad ke 21 yang dipelajari melalui
kurikulum, ia merupakan disiplin, bersepadu,berasaskan projek, dan banyak lagi,
termasuk

dalam

kurikulum

berasaskan

projek

dengan14

http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran15

Wan Alfida Suleiman .Mengasah Kemahiran Literasi Digital.Sekolah Rendah


Beacon

13. menggunakan tujuh kemahiran hidup yang diperjuangkan oleh Tony


Wagner dalam bukunya,Jurang Pencapaian Global: Pemikiran Kritis dan
Penyelesaian Masalah Kerjasama merentasi Rangkaian dan Memimpin oleh
Pengaruh Ketangkasan dan Penyesuaian Inisiatif dan keusahawanan
Komunikasi Berkesan Lisan dan Bertulis Mengakses dan Menganalisis Maklumat
Rasa ingin tahu dan Imaginasi Pembelajaran berasaskan projek (project-based
learning) adalah salah satu pendekatanpengajaran dan pembelajaran yang
digunakan dalam negara Malaysia mampu memupukkemahiran abad ke 21.
Contohnya, topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sainsdiberi
sebagai tugasan projek di mana pelajar mendapatkan maklumat daripada
pelbagaisumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek seperti ini,
juga menggalakkankomunikasi interaktif. Pelajar dapat berbincang dan berkongsi
maklumat mengenai projekbersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas
talian menerusi pelbagai alat media sosialseperti e-mel, Facebook atau blog.
Dalam usaha untuk pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengemudi dunia abad ke21 ini,mereka mesti menjadi celik dalam literasi abad ke-21 termasuk media,
budaya, maklumat,emosi, ekologi, kewangan dan siber. Bekerjasama dengan
pelajar dari seluruh dunia dalamprojek bermakna, kehidupan sebenar adalah alat
yang diperlukan untuk membangunkan literasiini. Pelajar boleh mempelajari
bahawa melalui kerjasama, bukan persaingan, mereka bolehbekerjasama untuk
menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Pelajar akan menggunakanteknologi,
termasuk Internet, dan kerjasama global untuk menyelesaikan isu-isu kritikal.
Dalam membincangkan potensi pembelajaran berasaskan Web, Hill (1997)
menyatakanbahawa pembelajaran Web memberi peluang kepada pelajar untuk

memperolehi strategiberfikir pada aras tinggi dengan menggalakkannya memikir


secara mencapah serta denganadanya pandangan dari pelbagai perspektif. Bonk
dan Reynolds (1997) turut menegaskanbahawa pembelajaran berasaskan Web
yang konstruktivis, di mana pelajar digalakkanmenyatakan pendapat dan idea
masing-masing, menjalankan refleksi, meneroka

14. sumberpengetahuan yang pelbagai serta mengenal pasti kecondongan


dan kekuatan hujah,adalah tunggak kepada pemupukan kemahiran berfikir aras
tinggi. Pendapat ini disokong olehkajian yang dijalankan oleh Sanders dan
Morrison-Shetlar (2001) yang mendapati bahawakomponen Web yang memberi
peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara tak-sinkroniantara satu sama
lain, mempunyai kesan positif tinggi terhadap pembelajaran dan kemahiranberfikir
secara kritis.16 Selain itu, melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga
penting. Semua pelajardiwajibkan menyertai pasukan beruniform. Tindakan ini
dapat membantu pelajar mengasahkemahiran literasi alaf digital (terutama
kesedaran global), kemahiran komunikasi efektif dankemahiran pemikiran inventif
melalui

pembabitan

pembelajaran

perlu

mereka
dijuruskan

dalam
kepada

aktiviti-aktiviti
perkembangan

berkaitan.Pendekatan
kemahiran

berfikir

secarakreatif dan kritis dan yang boleh menghasilkan pelajar yang berdikari
(independent learners). Jelas sekali, bahawa pembangunan abad ke 21 dalam
kalangan pelajar memerlukanperubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan
ini boleh berlaku di peringkat sekolah ataubilik darjah. Walau bagaimanapun,
perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjahmemerlukan kesedaran dan
kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusanperubahan dan
kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang
perludisediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke
21.Guru Abad Ke-21Pengetahuan Isi Kandungan KurikulumGuru abad ke-21 perlu

mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik.Perkembangan


terkini dalam kurikulum pendidikan sewajar diketahui oleh setiap guru.
Antarapengetahuan isi kandungan kurikulum yang perlu difokuskan ialah:16 Tina
Lim Swee Kim .Pembelajaran Berasaskan Web: Kesan Pendekatan Konstruktivis
Berbanding PendekatanLangsung. Maktab Perguruan Ipoh Perak

15. Kesediaan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan


perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
bermakna pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum merupakan
kesediaan

terpenting

untuk

memastikan

keberkesanan

pengajarannya.

Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau
konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu
tajuk dalam mata pelajaran berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru seharusnya
memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan
isu-isu semasa. Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana
sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan
proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina.
Hal ini bermakna setiap guru perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar
dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah
menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.
Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru perlu menguasai ilmu mata pelajaran dan ilmu
pedagogi. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan,
sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu
kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Hal ini bermakna tanpa
menguasai
pengetahuan

kandungan
pelajar

kurikulum,

tentang

tajuk

boleh
yang

mengganggu
dipelajari.

pemahaman

Rumusannya,

dan
tahap

keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepadapengetahuan isi

kandungan

subjek

dan

dimanfaatkansepenuhnya

kemampuan
dalam

guru

mengurus

pengajaran.Pengetahuan

masa
isi

untuk

kandungan

kurikulum yang baik juga membantuguru merancang pengajaran harian, mingguan


dan bulanan secara sistematik dan bertulis.Pengetahuan Pedagogi

16. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu


mempunyai pelbagaipengetahuan berkaitan pedagogi mengajar.Dalam konteks
pendidikan,

setiap

guru

sewajarnyamemahami

dan

menguasai

pelbagai

kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkankaedah, pendekatan, teknik


dan strategi mengajar.Dalam pengajaran, seharusnya pelajarmerasai dan dapat
memahami bahawa guru mereka seharusnya lebih mahir dan lebihmengetahui
sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antaralain
melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan. Pendekatan pengajaran: Dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran, terdapat banyak pendekatan pengajaran
yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru akan
menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan
dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guruguru perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan
tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya.
Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri,
kontekstual,

konstruktif,

koperatif,

kolaboratif,

penyebatian

kemahiran,

penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.


Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sewajarnya setiap guru mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas
kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi
penekanan oleh guru. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan,
penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran dan

sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak
digalakkan digunakan oleh guru. Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah
perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik
pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu
dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik
pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan
kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara
teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah,

17. perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan


permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi
pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta
membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara
khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat
menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan
besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Strategi pengajaran: Peranan
strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar
yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang
berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan
untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam
bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi
pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi
keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai
halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal,
kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar.
Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai

kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan
serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan
pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kesimpulannya, dalam
melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran danpembelajaran, guru perlu
memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis,perbincangan, soal
jawab dan sebagainya.Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih,barulah
guru merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut seperti
teknikbercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya.Usaha mengenal pasti
dan memilih kaedahdan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang
digunakan yang disebut sebagaistrategi.
18. Pengetahuan Guru Tentang Ciri Pelajar Guru yang baik ialah seorang

guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaiankemahiran mengajar, tetapi juga


mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiapanak pelajar yang di
dalam

kelas

yang

diajarnya.Pengetahuan

berkaitan

ciri

pelajar

adalah

amatdiperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan, kaedah dan teknik


pengajaran

danpembelajaran

pelajarnya17.Pengetahuan

guru

yang
tentang

sesuai

dengan

ciripelajarnya

boleh

setiap

ciri

menjadikan

pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan positifdalam diri pelajar


berkenaan.

Dalam

konteks

pengajaran

dan

pembelajaran

Bahasa

Melayu,pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek: Maklumat


umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud setiap guru bukan fungsinya
untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat akan hal-hal berkaitan
dengan pelajar yang diasuhnya. Mengambil berat ini amat penting jika guru
berkenaan menjadi guru kelas pada setiap pelajar tersebut. Pengetahuan tentang
tahap kognitif pelajar: Setiap pelajar adalah berbeza tahap kognitifnya. Guru perlu
memahami setiap pelajarnya itu adalah berbeza tahap kognitifnya. Sudah tentu

apabila menyoal (aras soalan), memberi tugasan (mudah atau sukar), memberi
arahan main peranan (sebagai ketua, pembentang, pencatat) dan sebagainya,
maka guru-guru perlu mengambil keupayaan pelajar tersebut untuk menjawab
soalan, menyiapkan tugasan, kemampuan bertindak ketika main peranan dan
sebagainya. Pengetahuan tentang sikap pelajar: Faktor sikap amat penting dalam
menentukan sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat
mempelajari sesuatu mata pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah pengajaran
yang digunakan dan sebagainya. Justeru, setiap guru perlu memastikan
pengajarannya menyeronokkan, dan mudah difahami pelajar. Kreativiti dan inovatif
guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata
pelajaran.Memahami Psikologi Pembelajaran (Zamri 2011, Wood 2002)17

19. Guru perlulah memahami dan menguasai sepenuhnya psikologi


pembelajaran untukmengawal dan membentuk sikap pelajar. Teori-teori psikologi
pembelajaran yang dipelajariperlulah digunakan semula dan diaplikasikan kepada
pelajar.Sebagai
pembelajaran
Kemahiran

seorang
dan

berfikir

guru

mengetahui
dan

perlumemahami
kegunaannya

pemikiran

konstruktif

bagi

sepenuhnya
setiapmasalah
pelajar-pelajar

psikologi
pelajar.
mestilah

dididikmenggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar


untuk belajarsepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi
eraglobalisasi.Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah
kepada pandanganjauh dan luarbiasa.Memiliki Kemahiran KaunselingMenerapkan
nilai-nilai murni/moral/akhlak nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan
baik,peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam
dan Tuhan.Elemenini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat
yang dapat mewujudkankesejahteraan dan keharmonian negara.Menggunakan
Teknologi Terkini Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar

untuk melayari internet,mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai


dan

mengumpul

sertamengulasmaklumat.

Dengan

bimbingan

guru

juga

kesedaran global pada era digital sepatutnyamudah dicapai dan seharusnya


meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu
pendekatan P&Pyang boleh memupuk kemahiran tersebut.Topik-topik tertentu
dalam mata pelajaran Sejarahdan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan
projek di mana pelajar perlu mendapatkanmaklumat daripada pelbagai sumber.
Tugasan

menerusi

pembelajaran

berasaskan

projek

juga

menggalakkan

komunikasiinteraktif.Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek


bersama rakan dan gurusecara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat
media sosial seperti e-mel, Facebookatau blog.

20. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti


kemahiran sosialdan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah
menerusi lima bentuk teknologi eradigital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon
pintar, connectivity (penyambungan) sepertiWiFi, rangkaian sosial seperti
Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, danportal
perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Jelas sekali bahawa
pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukanperubahan pada
pendekatan pendidikan.Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah ataubilik
darjah.Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah
memerlukankesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir.Program
pengurusan perubahan dankajian semula program latihan guru adalah perkaraperkara asas yang perlu disediakan ke arahpendidikan, persekolahan dan
kemahiran abad ke-21. Teknologi dan perkomputeran para pendidik seharusnya
mengorak

langkah

danmenggembleng

peluang

untuk

melengkapkan

diri

berketrampilan sebagai pemimpin ilmuberasaskan teknologi serta bersedia

menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologimaklumat untuk pelbagai


bidang dan menjadi mekanisme urusan haria Perkembangan dunia aspek
ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadiindikator asas kepada
sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenagamanusia
yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang
berdasarkankepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara
perpaduan rakyat sebagaibangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia.
Para pendidik adalah wahana yang bolehmenentukan corak manusia yang mampu
menghadapi alaf baru, abad ke-21.

21. Pelajar Abad Ke-21Bijak menyoalPelajar abad ke-21 perlulah bijak


dalam menyoal.Kita sudah sudah sedia maklum bahawapelajar abad ke-21
terdedah kepada keterbukaan teknologi. Oleh itu, pelajar akan lebih bijakuntuk
menyoal kepada guru.Yakin berkomunikasiPelajar yang yakin berkomunikasi ini
boleh terbentuk hasil daripada usaha guru. Pelajar akansentiasa aktif dan yakin
berkomunikasi jika guru sentiasa memberi kepada mereka untukbercakap.
Manakala guru yang tidak memberi peluang untuk pelajar bercakap akan
membuat

22. pelajar mereka pasif. Oleh itu, pelajar abad ke-21 perlulah diberi
peluang

oleh guru

untuk lebihberkomunikasi di dalam kelas.Dahagakan

ilmuPelajar abad ke-21 sentiasa mencari ilmu.Sebelum ini, semua isi pelajaran
diberi oleh gurusepenuhnya tetapi pada masa kini pelajar perlu sentiasa meneroka
ilmu merekasendiri.Persaingan bagi setiap orang pelajar pada abad ke-21 adalah
tinggi dan mereka perlubijak dalam mencari ilmu baru.Menjana ideaPelajar abad
ke-21 perlu sentiasa menjana idea mereka selaras dengan perkembangan
zamanyang ada.Contohnya, pelajar di negara Jepun sentiasa menjana idea baru
selaras dengan tahappendidikan dalam negara mereka.Tahap pendidikan dan

pelajar mereka adalah jauhmendahului kita. Oleh itu, untuk bersaing dengan
negara-negara maju yang lain pelajar kitaharuslah sentiasa menjana idea
mereka.Berkemahiran kritisBerkemahiran kritis sangat perlu kepada seorang
pelajar.Seorang pelajar tidak harus menerimasahaja sesuatu perkara tanpa
menilainya terlebih dahulu.Era teknologi ini, maklumat sangatmudah diperolehi
tetapi tidak semua maklumat adalah adalah benar.Oleh itu, berkemahiranberfikir
dengan kritis adalah penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai
kebenaransesuatu perkara yang diperolehi.Berkeperibadian tinggiPelajar abad ke21 akan lebih sempurna dengan keperibadian yang tinggi. Seorang pelajar
tidakharus mempunyai kemahiran yang tinggi sahaja.Berkeperibadian tinggi
sangat perlu pada diripelajar.Pada abad ke-21 kita dapat lihat ramai pelajar yang
semakin jauh daripada keperibadiantinggi ini. Keadaan ini berlaku kerana mereka
banyak belajar sendiri daripada kemudahan ICTdan tanpa perlu berjumpa dengan
orang lain. Dleh itu, keperibadian tinggi perlulah disebabkandalam diri pelajar
abad ke-21 supaya diri mereka selaras dengan kemahiran dan keperibadianyang
tinggiPelajar dan Internet

23. Walaupun masih ramai pelajar tidak berpeluang untuk menikmati


kemudahan internetterutamanya di kawasan pendalaman, namun sebagai pelajar
abad ke-21 mereka harusmengambil peluang dengan bijak untuk memperoleh
maklumat di internet. Revolusi maklumat yang akan mewujudkan Era Maklumat
akan membawa perubahansecara menyeluruh dan dramatik kepada cara hidup
kita, cara bekerja dan tatacara melihatdunia secara global. Negara kita telah
berjaya melihat akan kemunculan pelajar abad ke-21yang dipengaruhi dengan
ganerasi berilmu dan bermaklumat tersebut. Kemajuan dalamteknologi Komputer
pada hakikatnya akan memastikan bahawa revolusi maklumat akanmempengaruhi
hidup kita secara lebih mendalam serta menyeluruh.Terdapat beberapa kelebihan

pembelajaran menggunakan Internet:a) Peluang pembelajaran melalui Internet


lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidaktertakluk kepada lokasi tertentu,
sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.b) Internet juga menyediakan ruang dan
maklumat pembelajaran dan perkongsian dengankepada golongan professional
dalam bidang tertentu, seperti kejuruteraan, perubatan, farmasi,teknologi,
komputer dan sebagainya.c) Kemudahan Internet juga memperkayakan lagi
sumber-sumber maklumat yang dahulunyahanya dipersembahkan melalui kaedah
konvensional sahaja, iaitu buku, majalah, surat khabar,rencana tertentu, jurnal dan
buletin. Melalui Internet, sumber-sumber tersebut turut disediakandalam bentuk
World Wide Web. Sumber-sumber begini biasanya disediakan oleh pihak
institusipengajian tinggi, badan-badan pemikir dan pusat penyelidikan dalam
bidang tertentu. Ianyabukan sahaja untuk dijadikan bahan rujukan kepada para
pelajar sekolah, kolej dan universitI,malah ia juga turut oleh dimanfaatkan oleh
semua golongan orang yang berminat.d) Dalam pencarian sejumlah kecil
maklumat, seperti ensiklopedia dan kamus, ia mudahdilaksanakan. Tetapi bagi
mencari sejumlah maklumat yang besar, langkah mencari danmemilih mungkin
agak sukar bagi

pengguna

yang

masih

lagi

belum memahami

teknik

pencarianmaklumat dalam Internet. Internet menyediakan satu perisian atau


aplikasi yang dinamakanenjin carian bagi memudahkan proses pencarian anda
terhadap topik tertentu. Walaupunbegitu, perlukan sedikit kemahiran penggunaan
enjin carian bagi memastikan bahawamaklumat yang betul dapat diperolehi.

24. Di dalam abad ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai


untuk tujuanpembelajaran.Ruang siber yang ada terbuka luas untuk penerokaan
pengetahuan.Apa yangpenting ialah maklumat ini perlu diproses dan dianalisis
untuk mendapat manfaat semaksimumyang mungkin.Kesimpulan Abad ke-21
begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologimaklumat

dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin


pentingkini.Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras
dengan keperluankemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk
diaplikasikan dalam bidangpendidikan.Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan
memandangkan mereka adalah tunjangkepada pelopor kemahiran abad ke-21
dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif.Kajianlepas mendapati bahawa
tahap

kesediaan

guru

dalam

menguasai

kemahiran

masih

pada

tahapmemuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan


komunikasi (ICT)dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan
kemahiran ini sukar digarapdikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di
dalam diri guru, segala reformasi pendidikan

25. yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan


perkembangan dunia akanmenemui jalan kegagalan. Disebabkan perubahan ini,
warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalammenghasilkan proses
pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengankepesatan
teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru
dalammenggunakan teknologi maklumat dan komunikasi masih lagi berada pada
tahap sederhana. Inimenyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi
membantu mereka merealisasikanpenggunaan ICTdalam proses pengajaran dan
pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar.Dengan peningkatan penggunaan
ICT dikalangan guru dalam proses pengajaran danpembelajaran, maka adalah
merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan dan memajukanlagitahap
penggunaanICT terhadap guru seiring dengan keperluan kemahiran abad ke-21
yangperlu diterapkan dikalangan guru dan pelajar18. Rujukan Kaori Okano &
Motonori

Tsuchiya.

2007.

Pendidikan

Moden

Jepun:

Ketaksamaan

danKepelbagaian.Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia

Berhad. Lima, M., Koehler, M., & Spiro, R. 2004. Collaborative Interactivity and
IntegratedThinking in Brazilian Business Schools Using Cognitive Flexibility
Hypertexts: The PanteonProject. Jurnoul Educational Computing Research, 31(4),
371-406. Mohd Salleh Lebar. 1993. Bimbingan & Kaunseling: Tugas Guru dan
Kemahiran Asas.Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mohd.Sharani Ahmad &
Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: PanduanTeknik-TeknikBerkesan Semasa
Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.18 (Lima
et al., 2004; Rabe & Cadorna-Carlow, 2007)

26. Rosie Turner-Bisset. 2007. Pengajaran Pakar. Terj. Kuala Lumpur:


Institut TerjemahanNegara Malaysia Berhad. Wood, J.W. 2002.Adapting instruction
to accommodate students in inclusive setting:Including all students. New York:
Pearson Education Inc. Zamri Mahamod. 2011. Inovasi P&P dalam pendidikan
Bahasa Melayu. Tanjung Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai