Anda di halaman 1dari 6

Skim Lencana Pengakap Kanak-kanak

Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap


mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan
dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak. kanak ini akan dianugerahi
dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut
dengan jayanya.

Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. Setelah
memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan
dengan memilh SATU Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahill
Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan
diberikan kepada seseorang ahtl yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu:

1. Lencana Keris Gangsa


2. Lencana Keris Perak
3. Lencana Keris Emas

Disamping itu. Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana


Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran,DUA dalam Kategori
Pengetahuan dan DUA dalam  Kategori Perkhidmatan.

Lencana Keahlian
Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji
dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna
setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian
berikut:

 Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.


 Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap.
 Lima Prinsip Rukun Negara
 Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap.
 Sejarah Pergerakan Pengakap.
 Cerita Hutan
 Laung Agung

Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah
seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.

Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai
pada saku kiri kemeja.

Lencana Wajib
Ahli Renang
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan
kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran
keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu,
gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float).

 Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)


 Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai /
Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan
nafas (teonn) ATAU
 Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori).
 Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas
kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori).
 Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam
Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang).
 Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) Berenang menyeberang
dengan cara terlungkup, terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai
separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya
yang sama.
 Mengetahul cara mengendalikan jeket keselamatan di air.

Penunggang Basikal
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan
kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan
membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.

 Menyatakan undang-undang jalanraya semasa berbasikal


 Mengetahul dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang. Basikal.
 Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat
 Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
 Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya.
 Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang
ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bag penunggang basikal dan
mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk
penggunaan jalan simpang. bulatan dan Lintasan pejalan kaki.

PENGAKAP KANAK-KANAK
PENGAKAP KANAK-KANAK adalah bahagian pertama yang dialami seorang budak apabila
ia memasud pergerakan Pengakap. Bahagian ini hanya satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan
Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain iaitu Pengakap Muda, Pengakap Remaja
dan Pengakap Kelana.

Untuk menjadi Pengakap Kanak-kanak, budak itu hendaklah telah berumur 8 tahun dan belum
sampai 13 tahun. Ia tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap Kanak-kanak apabila umumnya
sampai 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Rendah.

Bahagian ini dijalankan di bawah seorang Pemimpin Pengakap Kanak-kanak dengan dibantu
oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak atau perempuan
dewasa. Bahagian ini dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari
Sekawan 6 hingga 8 orang dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Sekawan.
Atas dasar inilah wujud Sistem Sekawan didalam Unit Pengakap Kanak-kanak. Sistem ini adalah
asas kepada peringkat lebih atas iaitu Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Sistem Sekawan
ini juga berdasarkan Sistem Patrol yang diamalkan di dalam Unit Pengakap Muda dan Unit
Pengakap Remaja.

Setiap Sekawan dikenali dengan nama wama seperti Sekawan Biru, Sekawan Merah, Sekawan
Hijau, Sekawan Kuning. Sekawan Kelabu dan Sekawan Perang. Sistem Sekawan menekankan
kepada kepimpinan kanak-kanak berdasarkan kepada idea perkongsian kepimpinan. Pengakap
Kanak-kanak yang bertanggungiawab. diatas sekawan dipanggil Ketua Sekawan.

Ketua Sekawan akan dilantik oleh Pemimpin Pengakap Kanak-kanak berdasarkan kualiti
kepimpinannya dan dibantu oleh seorang Penolong Ketua Sekawan.

SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK

SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK ini digubal berdasarkan yang telah


disediakan pada tahun 1976 dan edisi 1992. Skim Baharu ini memberi penekanan yang lebih
kepada kemahiran asas dengan isi kandungannya ditokok tambah di mana perlu.

Dalam kebanyakan topik Skim Latihan Baharu ini terdapat beberapa latihan kemahiran dan
pengetahuan disampaikan secara bersepadu, dengan demikian Pengakap Kanak-Kanak dapat
mempelajari berbagai-bagai kemahiran dan bidang pengetahuan yang disusun dalam setiap
latihan. Untuk mengukuhkan penguasaan. kemahiran Pengakap Kanak-Kanak diberi program
Iatihan, pengayaan, pengetahuan dan pelbagai jenis aktivti sokongan seperti aktivil keharmonian,
keagamaan, kebudayaan, kesegaran, dan perkhidmatan.

Selain itu beberapa penyerapan mengenal topik-topik yang bersangkut paut dengan hal ehwal
semasa yang hangat dibincangkan dan dilakukan dari semasa ke semasa dan perhatian kepada
pemeliharaan alam sekitar, haiwan, tumbuhan dan perkhidmatan kemasyarakatan.

Setelah Pengakap Kanak-kanak melalui program latihan asas, ia dilatih pula dengan aktiviti
pengayaan pengetahuan berdasarkan perkembangan kepintarannya melalui program berbagai-
bagai aktiviti yang disediakan ini, diharapkan pada akhir latihan ini akan dapat
memperkembangkan mental dan bakat, mempunyai semangat berdikari dan bekerjasama.
Jawatankuasa Teknikal Pasukan Latihan Negara merakamkan ribuan terima kasih kepada Ketua
Setiausaha Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia, Pesuruhjaya Program, Pesuruhjaya Ibu
Pejabat Unit Pengakap Kanak-kanak, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Tugas Khas dan Jurulatih
jemputan kerana atas dorongan dan toleransi mereka semasa berbincang dan menggubal Skim
Latihan ini hingga tersusun buku ini.

Anda mungkin juga menyukai