Anda di halaman 1dari 2

BUKU PENGURUSAN SM SAINS LABUAN 2017 PENGURUSAN & PENTADBIRAN

1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan Negara.

1.2 FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan
suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan
memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan
sebagai insan dan warga negara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan
agama, bangsa dan negara.

1.3 MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang
berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan
sahsiah, kesegajatan kepimpinan dan kejituan patriotisma bagi melahirkan ahli sains,
teknokrat dan professional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan
negara menjelang abad ke 21.

1.4 NILAI-NILAI TERAS SEKOLAH BERASRAMA PENUH

 Rajin -Ikram
 Berfikir -Berani
 Berbakti -Berilmu.
 Berpegang teguh pada agama -Sentiasa mengejar kecemerlangan

1.5 MATLAMAT SEKOLAH BERASRAMA

 Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang


 Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP
 Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat
alam remaja.
 Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap,
pantas dan bijaksana.
 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu
menghadapi alam remaja.
 Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi
merealisasikan tuntutan Wawasan 2020.
 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui
pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
 Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan
beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
 Memperbanyakkan pelajar bumiputera mendapatkan pendidikan berkualiti sebagai
persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
 Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar
bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan
terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.

1
BUKU PENGURUSAN SM SAINS LABUAN 2017 PENGURUSAN & PENTADBIRAN

1.6 FALSAFAH ILMU

 Wajib dituntut - Wajib difahami


 Wajib dihayati - Wajib diamal
 Wajib disebar - Wajib digunakan untuk mengenal Allah.

1.7 FALSAFAH SM SAINS LABUAN

SMSL adalah sebuah institusi pendidikan yang berusaha memperkembangkan potensi dan
ketrampilan individu ke arah kecemerlangan melalui usaha yang berterusan dalam suasana
pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu demi melahirkan anggota masyarakat yang
beriltizam dan sedia berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

1.8 MISI SM SAINS LABUAN

”Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk


Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

1.9 VISI SM SAINS LABUAN

”PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

1.10 MATLAMAT SM SAINS LABUAN

 Membina insan kamil dengan kesepaduan ilmu, iman dan amal.


 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai keterampilan dan kemampanan sahsiah.
 Memberi keseimbangan kecemerlangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan melalui pendedahan hidup
bermasyarakat.
 Menyediakan guna tenaga profesional dan berdaya saing untuk memenuhi matlamat
pembangunan negara.
 Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi memenuhi
aspirasi Wawasan 2020
 Menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guna
mengahdapi cabaran selepas alam persekolahan.
 Melahirkan pelajar-pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam pembinaan
masyarakat madani.
 Memupuk rasa bangga, cintakan dan sedia berbakti untuk agama, bangsa dan negara.
 Memberi Pendidikan berkualiti dan kemudahan yang sempurna serta iklim
persekolahan yang kondusif terutamanya kepada pelajar-pelajar bumiputera yang
berpotensi dari luar bandar.

1.11 MOTO SM SAINS LABUAN : USAHA JAYA BAKTI

Anda mungkin juga menyukai