Anda di halaman 1dari 3

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah


lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI

”Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara


Sejahtera”

MISI

”Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti


Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Mematuhi
Aspirasi Negara”
PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SEKOLAH TAMIL LADANG YONG PENG


PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN
MENUMPUKAN SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI UNTUK:

i. Membimbing murid dalam membentuk sahsiah yang mulia melalui


pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni selaras
dengan kehendak dan aspirasi negara.
ii. Mendidik pelajar dalam menghasilkan berbagai-bagai bentuk
kemahiran tenaga manusia yang produktif dan invatif ke arah
pembangunan negara.
iii. Berusaha untuk mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang
kondusif, selamat, sihat, bersih ceria, menarik dan penyayang.
iv. Menggembeleng tenaga seluruh anggota masyarakat sekolah
untuk meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik dan
kokurikulum supaya menjadikan sekolah ini antara yang terbaik di
daerah Segamat.
v. Membimbing dan mendidik pelajar dalam melahirkan anggota
masyarakat yang berbudi bahasa dan budaya penyayang.
vi. Mempertingkatkan taraf profesionalisme guru-guru dan staf sekolah
melalui program yang dirancang bagi memastikan wujudnya
pendidikan bermutu.
vii. Mewujudkan perkhidmatan bersih, cekap, amanah, cepat dan tepat
dalam kalangan staf sokongan melalui usaha melicinkan
pengurusan dan pentadbiran sekolah.
viii. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan,
syor dan teguran yang positif dari semua pihak demi meningkatkan
prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik serta
kokurikulum.

Anda mungkin juga menyukai