Anda di halaman 1dari 7

Jurnal Alkiram

PENGGERAK GAYA HIDUP MASYARAKAT


Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir
Posted by sofieyya on March 9, 2008 Leave a comment (214) Go to comments

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.


Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan
Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2+0=2

Maka kotak pertama adalah 2..


Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2+6=8

Maka kotak kedua adalah 8..


Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1+0=1

Maka kotak ketiga ialah 1..


hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.

RAHSIA TARIKH LAHIR.

Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri
sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah
Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri


Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara
hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti
seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang
Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan
dengan individu lain.
RAHSIA TARIKH LAHIR
akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam
mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh
membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda
serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan.
Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri,
menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga
mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

KERJAYA – Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah
kerjaya yang paling sesuai untuk anda.

PERNIAGAAN – Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda


dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal?
Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah
yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa
kejayaan).

KESIHATAN – Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal
kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

PERHUBUNGAN – Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH


LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan
atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan
didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil
langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah
rumahtangga.

KEKAYAAN – Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang
menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya
secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah
menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.

……………………………………….o0o0………………………….

PERSONALITI ANDA DARI KIRAAN TARIKH LAHIR

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia
juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk
mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita
sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang
kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan
pilihan yang kita ada.

Contoh: 12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) Keterangan nombor lahir..

orang kata kalu no: 8.. tuh power giler tuh ! …dengan segala hormatnya..saya golongan no “8″

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.


- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik
diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin

atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.

Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks,


Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan,
Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.


- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum
mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat a nalitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di
dalam

hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai

kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill


Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus
Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosiol, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann


Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.


- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka

lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond,


Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.


- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat

bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu

daripada setiap situasi yang ditempuhi


- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln,


Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler,
Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein,


Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka
sukar

untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.


- Perasaan m ereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka

dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala

bersendirian.

- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang
baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
- Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,Lucille Ball, Micheal
Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.

- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan
yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah
ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George
Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Fraempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer,
Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis
Presley.

Anda mungkin juga menyukai