Anda di halaman 1dari 8

Minda Sedar dan Minda Separa Sedar

Minda Sedar (Conscious Mind) – minda yang kita boleh kawal, seperti berfikir, belajar, memasak,
berbual, dan banyak lagilah

Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) – ia tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa
hati, imaginasi, mimpi

90% daripada badan kita adalah milik minda separa sedar. Kita perlu seiringkan kedua-dua minda ni
supaya kita dapat menjadi insan yang lebih baik, dan berjaya dalam hidup. Contohnya minda sedar
kita kata saya nak dapat 9A1 untuk SPM. Tapi minda separa sedar kita tak inginkannya pun, asyik
berfikiran negatif, rasa diri tak layak, tak pandai, so kita takde usaha pun ke arah itu. Kedua-duanya
tak seiring, so kita jadi malas, lemau, takde semangat untuk dapatkannya. Nak study pun asyik
bertangguh, sebab minda separa sedar kita tak mengarahkan badan kita untuk buat pun, dan
menarik tenaga-tenaga dan sumber-sumber negatif dekat dengan kita.

Cara nak aktifkan minda separa sedar


Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai
alpha wave di mana ianya adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.

 Waktu hujan
 Waktu kita berehat
 Waktu solat
 Waktu hampir tidur

Waktu-waktu ini adalah di mana kita di dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling
senang nak buat masa kita nak tidur.

 Pejamkan mata
 Bercakap dengan diri sendiri di dalam hati, apa yang nak kita berlaku esok atau bila-bila
 Berdoa pada Allah, mintak apa yang kita nak dan hajati
 Ulang banyak-banyak kali

Cth: Nak bangun awal untuk study SPM

Cakap dalam hati, “aku nak bangun pukul 3pg esok”, “aku nak studi”, “bangun siti bangun, pukul 3pg
dah”, “bagus siti, berjaya bangun awal”.

Ucapkan kata-kata yang positif sahaja, spesifikkan hajat kita, ulang kata-kata tu banyak kali, sampai
terlelap pun takpe. Percayalah, pukul 3pg atau mungkin lebih awal, kita akan terbangun dengan
sendirinya.

Saya sendiri dah buat, untuk bangun tahajud, Alhamdulillah, belum sempat alarm nak berbunyi, saya
dah tersedar. Bukan untuk diri sendiri je, kita pun boleh bisikkan kata-kata positif dan nasihat pada
anak-anak ketika mereka hampir terlena. Amalkan setiap hari, insyaAllah kita akan nampak kesan
dan perubahannya.

Selain waktu-waktu tadi, kita masih boleh aktifkan minda separa sedar kita sendiri. Bukan hanya pada
waktu alpha tadi, bila-bila masa kita nak aktifkan pun boleh, tapi pastikan tiada gangguan luar la ye.
Caranya adalah dengan menggunakan teknik pernafasan alpha.
Teknik Pernafasan Alpha

Masa kami semua cuba teknik ni dalam kelas hari tu, begitu terkesan di hati ini, masa tu rasa di
awang-awangan, kita dapat berdoa sepenuh hati. InsyaAllah, jika diamalkan selalu, minda separa
sedar akan seiring dengan minda sedar kita, untuk kita kejar apa yang dihajati.

Bila minda separa sedar kita banyak dimasukkan dengan elemen-elemen baik dan positif, kesannya ia
akan menarik situasi-situasi baik, orang yang baik-baik, dan benda-benda yang baik kerana
kesemuanya mempunyai getaran tenaga yang baik.

Jom aktifkan minda separa sedar kita!!!


http://eshazara.blogspot.com/2015/02/hebatnya-kuasa-minda-aktifkan-minda.html
minda terbahagi kepada 4 bahagian:

1.Otak kiri Atas,

2.Otak kiri Bawah,

3.Otak kanan atas

4.Otak Kanan bawah.

otak kiri berperanan menganalisa data berkaitan Logik, Matematik, Prosedur, Realiti.Otak Kiri Bawah
disebut Otak Optimis berfungsi sebagai menganalisa data berkaitan Ego, Planing, Keinginan,
Kemahuan.

otak kanan pula memproses macam keindahan, seni, rasa, dan segala sesuatu yang tidak lagi bersifat
verbal.

walaubagaimanapun,masih banyak kemampuan yang masih belum digunakan.Ahli kaji minda sendir
mengatakan bahawa manusia hanya menggunakan 12% sahaja dari kempuan minda mereka.yang
selebihnya dibiarkan begitu sahaja tanpa digunakan..Antara pikiran sadar dan bawah sadar dibatasi
sebuah garis filter yang disebut dengan reticular acti-vating system ( RAS ) bertujuan untuk
memgimbangi seseorang itu berada di dalam situasi sedar dan sentiasa waras. Mungkin sesetengah
diantara kita menganggap bahawa minda bawah sedar hanya untuk simpanan pengalaman hidup
atau cirta diri seseorang. tahukah anda yang minda bawah sedar boleh melakukan kerja lebih dari
itu.Kekuatan pikiran bawah sadar dapat dimanfaatkan untuk mencapai tujuan tiga sampai tujuh kali
lebih cepat.Petua bagi penggunaan minda adalah ringkas sahaja. semakin anda berada dalam ondisi
yang tenang,semakin kuat minda anda memproses maklumat.semakin anda melatih otak anda
memproses kedua bahagian otak anda maka semakin kuatlah otak anda bekerja.

sebagai contoh, ada sesetengah pelajar yang menggukan kanan tangan untuk menulis dan ada
sesetengah peelajar menggunakan tangan kiri untuk menulis..bagi mereka yang menggukana tangan
kanan untuk menulis, mereka lebih cenderung mengaktifkan otak sebelah kiri manakal bagi mereka
yang menggunakan tangan kiri untuk menulis, mereka cenderung mengaktifkan otak sebelah
kanan.itu jika anda menulis..berbeza dengan membaca.untuk melatih otak kanan dan kiri, salah satu
caranya adalah dengan cara anda membaca al-quran..setiap ayat didalam al-quran bermula dari
sebelah kanan. maka otak kanan mula beberja, walaupun aktiviti membaca adalah menggunakan
otak kiri. Apabila anda membaca Alquran anda akan menggunakan emosi dan perasaan. Kerana
perasaan menghormati Quran dan mengagungkanya sudah tertanam dalam minda orang-orang
muslim. Ini juga akan membuat perbezaan kerja otak kiri dan otak kanan.Apabila anda membaca
terjemahan pula anda akan mengaktifkan otak kiri anda. Kerana tulisan adalah tulisan yang bermula
dari arah sebelah kiri, maka sewajarnyalah otak kiri lebih bekerja dari otak kanan. Lakukan latihan ini
setiap hari, insyaallah fikiran anda dan otak anda akan menjadi seimbang. Latihan ini akan
menghilangkan penyakit nyanyok dan lupa. Membantu memori fikiran bekerja dengan lebih tajam.

anda mesti ingat, ketenangan adalah suatu perkara yang penting, jika nada mengahdapi sesuatu
keadaan yang membelohkan anda menjadi tidak tenang, cuba tarik nafas melalui hidung dan
hembuskan secara perlahan-lahan melalui mulut sambil berselawat ..insyaallah ketenangan anda
akan perolehi..salah satu cara yang anda boleh latih untuk mendapatkan ketenangan adalah dengan
menggerakkan tubuh anda kekiri dan kanan tanpa berfikir apap-apa.tidak dinafikan gangguan fikiran
akan datang, sabar dan teruskan latihan..insyaallah, jika anda sentiasa melatihnya anda akan berada
dalam ketenangan.untuk mengetahui anda berada dalam keadaan minda bawah sedar,anda boleh
pastikan dengan cara anda masih dalam keadaan sedar, tetapi seolah-olah anda tidur-tidur
ayam.tetapi bukan dibuat-buat..disinilah anda mula memasiki wilayah minda bawah sedar dan anda
boleh memberi saranan yang positif pada minda anda..

harus diingat, minda bawah sedar tidak tahu adakah sesuatu yang anda set itu perkara baik atau
buruk.minda bawah sedar hanya menerima dan memproses maklumat yang diterima sahaja.jadi
anda harus berhati-hati dalam menggunakan minda bawah sedar.
antara gagasan yang anda boleh gunakan untuk memasuki minda bawah sedar adalah seperti " aku
berada dalam keadaan rileks, semakin rileks dan semakin rileks...apabila aku berzikir Allah,Allah,Allah
,aku semakin rileks seratus kali gamda lebih rileks dari sebelumnya..(teruskan zikir anda untuk
seketika)..selepas itu anda boleh menggunakan gagasan seperti "aku menuju kedalam diriku yang
dalam,makin dalam,semakin dalam dan semakin dalam, apabila aku berzikir Allah,Allah,Allah, aku
menuju kedalam diriku yang lebih dalam dari keadaan sebelumnya.(teruskan zikir anda sampai anda
terasa seperti mengantuk sehinggalah anda terasa minda anda tidak mampu berfikir, jaga diri anda
jangan sampai tertidur).apabila anda sudah sampai tahap yang sudah nyatakan tadi anda boleh set
minda anda dengan gagasan yang positif seperti "apabila aku bangun,tubuhku semakin sihat,semakin
sihat,dan semakin sihat"(bergantung pada apa yang ingin anda sarankan pada minda anda..)

ini adalah merupakan salah satu cara untuk menghypnosis diri anda sendiri bagi tujuan kebaikan dan
memajukan diri anda.

http://mahsan-88.blogspot.com/2009/12/minda-bawah-sedar.html

Kuasa Minda Bawah sedar dan Otak Otak manusia terdiri daripada 4 bagian: 1.Otak kiri Atas, 2.Otak
kiri Bawah, 3.Otak kanan atas 4.Otak Kanan bawah. Otak Kiri secara keseluruhanya memproses
segala macam angka, matematika, bahasa, Otak kiri atas juga disebut Otak Pintar. berperanan
menganalisa data berkaitan Logik, Matematik, Prosedur, Realiti.Otak Kiri Bawah disebut Otak Optimis
berfungsi sebagai menganalisa data berkaitan Ego, Planing, Keinginan, Kemahuan. Otak Kanan
memproses segala macam keindahan, iri seni, rasa, dan segala sesuatu yang tidak lagi bersifat verbal.
Otak Kanan atas juga disebut sebagai otak Spekular berperanan menganalisa data berkaitan
Sterategi, Futureristik, Sejarah, Visual dan Kreatif. Sementara Otak Kanan Bawah disebut sebagai
Otak Relationship memproses data berkaitan Interpesonal, Ekspresi wajah, Komunikasi, Gaya atau
Style seseorang. Diatas merupakan sebahagian dari kemampuan dan kegunaan otak manusia yang di
pergunakan ada juga yang tidak di gunakan. Menurut ahli kaji minda, walaupun otak manusia
mempunyai berbagai fungsi yang berguna keseluruhan potensi penggunaan hanyalah 12%.
Selebihnya kemampuan otak manusia tidak di gunakan dan di biarkan tanpa di gunakan begitu
sahaja. Para ahli menyebut yang 12% sebagai pikiran sadar (conscious mind), dan selebihnya 88%
sebagai pikiran bawah sadar (subconscious mind). Antara pikiran sadar dan bawah sadar dibatasi
sebuah garis filter yang disebut dengan reticular acti-vating system ( RAS ) bertujuan untuk
memgimbangi seseorang itu berada di dalam situasi sedar dan sentiasa waras. Mungkin sebahagian
anda hanya mengetahui bahawa pikiran bawah sadar hanyalah berfungsi sebagai file menyimpan
semua pengalaman hidup, citra diri seseorang atau hanya berfungsi sebagai bank memori, padahal
potensinya jauh lebih besar dari itu. Kekuatan pikiran bawah sadar dapat dimanfaatkan untuk
mencapai tujuan tiga sampai tujuh kali lebih cepat, dengan kemampuan relaksasi sebagai kekuatan
tambahan. Kesimpulanya : Semakin anda berada dalam kondisi ketenangan atau relaksasi semakin
tinggilah kekuatan otak anda memproseskan maklumat. Kedua semakin anda melatih otak anda
memproses kedua bahagian otak anda maka semakin kuatlah otak anda bekerja. Latihan melatih
Otak Kiri dan Kanan (Tuhan) yang Maha pemurah,Yang Telah mengajarkan Al Quran.Dia menciptakan
manusia.Mengajarnya pandai berbicara.Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.Dan
tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada nya.Dan Allah Telah
meninggikan langit dan dia meletakkan neraca (keadilan).Supaya kamu jangan melampaui batas
tentang neraca itu.Dan Tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi
neraca itu. 1.Pejamkan mata anda. 2.Duduk dalam posisi bersila dengan santai dan relaks serta
berwuduk. 3.Tarik nafas dari hidung, buang nafas melalui mulut 7x atau lakukan sehingga anda
benar-benar relaks dan santai sekali. 3.Dalam keaadaan pejam mata. Angkatkan bola mata anda
merenung ubun-ubun anda pertahan bola mata anda kearah ubun-ubun anda. Gerakan tubuh anda
ke kiri dan ke kanan. 4.Lakukan berulang-ulang sehingga anda sangat santai dan relak sekali. Dengan
melakukan teknik 1 hingga 4 secara automatik tubuh anda dan otak anda menjadi sangat relak. Anda
akan menghadapi masaalah yang besar jika anda menggunakan keupayaan otak untuk melakukan
relaksasi dan 90% anda akan gagal. Fakta menunjukan bahawa otak akan membuatkan tubuh
menjadi sangat relaks. Kita terbalikan fakta barat ini. Gunakan teori yang di ajarkan dalam solat.
Gerakan dalam solat akan membuatkan otak menjadi relak. STOP. Dengan menggunakan fakta Islam
ini, saya menganjurkan agar anda menggunakan tubuh anda ( gerakan kiri dan kanan ). Lakukan
secara berterusan 5 hingga 10 minit anda 100% akan masuk kedalam keadaan relaks. Aktiviti tubuh
akan menghantar otak anda menjadi relaks. Setelah memasuki alam relaksasi atau selepas anda
melakukanya selama 10 minit. Bukakan mata anda. Diam sebentar selama 30 saat. Bukalah Al Quran
bacalah surah di atas. Kemudian membaca terjemahanya. Lakukan sebanyak 100x. Ingat anda harus
membaca Al Quran bukan menghafalkanya dalam fikiran anda. Membaca Al Quran dan kemudian
membaca terjemahanya. Apabila anda membaca Alquran anda mula mengaktifkan otak kanan anda,
kerana ayat Al Quran bermula dari arah kanan, maka otak kanan mula beberja, walaupun aktiviti
membaca adalah menggunakan otak kiri. Apabila anda membaca Alquran anda akan menggunakan
emosi dan perasaan. Kerana perasaan menghormati Quran dan mengagungkanya sudah tertanam
dalam minda orang-orang muslim. Ini juga akan membuat perbezaan kerja otak kiri dan otak kanan.
Apabila anda membaca terjemahan pula anda akan mengaktifkan otak kiri anda. Kerana tulisan
roman adalah tulisan yang bermula dari arah di sebelah kiri, maka sewajarnyalah otak kiri lebih
bekerja dari otak kanan. Lakukan latihan ini setiap hari, insyaallah fikiran anda dan otak anda akan
menjadi seimbang dan kehidupan anda akan menjadi semakin bahagia. Latihan ini akan
menghilangkan penyakit nyanyok dan lupa. Membantu memori fikiran bekerja dengan lebih tajam.
http://menjaro.blogspot.com/2009/06/kuasa-minda-bawah-sedar-dan-otak.html

Cara Mudah Aktifkan Minda Bawah Sedar


Setelah belajar mengenai tahap gelombang otak dari post yang sebelum ini, maka saya akan berkongsi
tentang bagi mengaktifkan minda bawah sedar secara mudah dan tepat. Setiap hari, kita berada dalam
keadaan gelombang otak alfa dan theta. Ketika gelombang otak berada pada tahap ini, setiap saranan
akan terus dicerap oleh minda bawah sedar.

Beberapa waktu yang menyebabkan gelombang otak berada pada tahap alfa iaitu :

1) tengah malam

2) ketika solat (sujud)

3) selepas azan

4) ketika memandu

5) ketika hujan turun

6) ketika mandi

7) ketika hendak tidur dan selepas bangun dari tidur

Jadi apa yang perlu dilakukan adalah ketika waktu-waktu sebegini adalah :

1. Pejamkan mata

2. Bercakap dengan diri sendiri (self- talk) apa yang kita nak dan perlu

3. Berdoa minta pada Allah apa yang kita nak

4. Ulang beberapa kali.

5. Cuba usahakan untuk selalu berdoa ketika berada dalam gelombang otak alfa agar menjadi amalan
untuk menjadi seorang hamba Allah yang rajin berdoa.

Setiap amalan yang diulang akan menjadi kebiasaan itu dicerap dan disimpan di minda bawah sedar
dan diterjemah dalam bentuk tindakan (akhlak)

Selain itu juga, jika kita berada dalam gelombang otak beta dan kita ingin berdoa atau memprogramkan
diri, maka tukarlah posisi gelombang otak dari beta ke alfa melalui menguasai jurus pernafasan iaitu :
1.Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan duduk dalam keadaan duduk

2. Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 5 saat

3. Tahan nafas tersebut dalam kiraan 20 saat

4. Hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 10 saat

Lakukan pernafasan ini sekurang-kurangnya 3 pusingan dan kemudian, boleh berdoa atau memberi
saranan kepada minda bawah sedar melalui bercakap dengan diri (self-talk). Contoh, " Aku makin sihat
dan bertenaga", "Aku makin positif dari sebelumnya". Lakukan dan amalkannya,anda pasti anda akan
lihat perbezaannya. Jom sama-sama aktifkan minda bawah sedar untuk programkan diri menjadi lebih
baik dan hebat. InsyaAllah. Sekian untuk perkongsian kali ini.

Karimah Abdullah

Kuasai Minda dan Hati,

Pasti Akan Kuasai Dunia


http://karimahabdullah.blogspot.com/2017/01/cara-mudah-aktifkan-minda-bawah-sedar.html

Anda mungkin juga menyukai