Anda di halaman 1dari 5

Garis Panduan Kawalan

keselamatan Sekolah
SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG MEDAN
Garis Panduan Tugas Pengawal
Keselamatan Sekolah
TATACARA AM PENGAWAL KESELAMATAN

1. Memastikan pelawat yang masuk mencatat butir-butir yang perlu dalam


buku pelawat.
2. Memastikan butiran kenderaan awam dicatat.
3. memastikan ssemdua pelajar mematuhi prosedur keluar/masuk yang telah
ditetapkan.
4. Memastikan pelajar telah mendapat kebenaran dari piahk sekolah untuk
keluar/masuk pada waktu belajar sama ada untuk ke hospital atau balik ke
rumah kerana kecemasan atau urusan keluarga yang penting.
5. Membenarkan hanya pelawat yang telah mendapat kebenaran memasuki
kawasan sekolah.
6. Membenarkan pelawat masuk hanya pada waktu yang dibenarkan sahaja
atau setelah mendapat kebenaran bertulis dari pengetua pada waktu di luar
waktu persekolahan.
7. Segera menghubungi Guru Besar jika terdapat pelawat yang mencurigakan
atau hubungi pihak polis jika berlaku sesuatu yang boleh mengancam
keselamatan.
TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN

Tugas-tugas ini telah dipersetujui bersama antara pihak sekolah dengan pihak
pengawal keselamatan.
1. Waktu bertugas dua aliran :-
1. 7.00 pagi – 7.00 petang
2. 7.00 petang – 7.00 pagi

2. Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki hadir 15 minit lebih awal


sebelum memulakan tugas.
3.Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah berpakaian seragam yang
kemas dan lengkap seperti yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
4. Pengawal Keselamatan bertugas dikehendaki membuat rondaan di semua
blok.
5. Pengawal Keselamatan dikehendaki mengawal pergerakan lalulintas
berhampiran pintu masuk pada waktu-waktu berikut:-
1. Jam 7.00 pagi
2. Jam 1.05 tengahari
3. Jam 6.40 petang
6. Pengawal Keselamatan perlu menguatkuasakan praturan selaras dengan
peraturan sekolah.

7. Pengawal Keselamatan pada setiap masa perlu mengawal pergerakan


keluar masuk orang-orang awam ke kawasan sekolah.

8. Pengawal Keselamatan yang bertugas diminta membuat laporan segera


kepada pengurusan sekolah mengenai apa jua kes yang berlaku melibatkan
aspek-aspek keselamatan.

9. Pengawal Keselamatan hendaklah merujuk kepada pengurusan sekolah


mengenai perkara-perkara yang menimbulkan keraguan dan ketidakpastian
tentang apa jua perkara yang berlaku atau tindakan yang perlu diambil.
10. Pengawal Keselamatan yang bertugas perlu membuat rondaan
disekeliling pagar keselamatan sekolah untuk memastikan keadaan pagar
sentiasa dalam keadaan baik dan sesuai dengan piawaian keselamatan dan
laporkan mengenai apa jua kerosakan atau terdapat tanda-tanda berlakunya
pencerobohan di pagar berkenaan kepada pengurusan sekolah.

11. Pengawal Keselamatan bertugas berhak menghalang mana-mana orang


perseorangan atau kumpulan yang berkeadaan mencurigakan dari masuk ke
kawasan sekolah.

12. Pengawal Keselamatan bertugas diminta jangan membenarkan orang


awam membawa masuk kenderaan atau meletak kenderaan di dalam
kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan sekolah.
13. Pengawal Keselamatan bertugas diminta memerhatikan tingkah laku
pelajar sepanjang hari persekolahn dan melaporkan apa jua kegiatan salah
laku yang berlaku dalam sekolah pada bila-bila masa.

14. Pengawal Keselamatan bertugas diminta menguatkuasakan peraturan


bahawa tiada sesiapa pun dibenarkan berada di kawasan sekolah pada hari
cuti umum, cuti hari Sabtu pertam dan ketiga dan cuti hari Ahad kecuali
dengan kebenaran dari pihak pengurusan sekolah.

15. Pengawal Keselamatan hendaklah pada setiap masa berada di tempat


yang mudah dihubungi ketika bertugas dan memberitahu pihak pengurusan
sekolah jika hendak ke mana-mana atau keluar dari kawasan sekolah.

16. Pengawal Keselamatan hendaklah segera menghubungi pihak polis dan


bomba jika menghadapi kecemasan seperti kes-kes jenayah kebakaran atau
kes-kes lain yang serius.

17. Pengawal Keselamatan bertugas pada sebelah malam hendaklah


memastikan hanya blok-blok tertentu sahaja lampu dinyalakan. Pastikan juga
bilik-bilik makmal dan bilik-bilik khas lain telah pun berkunci. Jika keadaannya
meragikan hendaklah segera menghubungi pihak pengurusan sekolah .

18. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah memastikan pintu pagar


ditutup pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan pukul 2.30 petang
hingga 5.35 petang kecuali ada arahan lisan dari pihak pengurusan sekolah.

19. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah memastikan sesiapa yang


ingin menggunakan kemudahan sekolah seperti padang, gelanggang, dewan
datau mana-mana premis di kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran
bertulis dari pihak pengurusan sekolah.

20. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah akur dengan arahan pihak


pengurusan sekolah mengenai perkara-perkara yang melibatkan soal dasar.

21. Pengawal Keselamatan bertugas mestilah menyediakan laporan bertulis


harian yang lengkap dan kemaskini dalam buku laporan 8520/khas. Buku
laporan ini hendaklah dikemukakan kepada pihak sekolah jika diminta.

22. Laporan mengenai tugas pengawal keselamatan sentiasa dihantar ke


Pejabat Sekolah untuk dinilai keberkesanannya.

Anda mungkin juga menyukai