Anda di halaman 1dari 3

TATACARA AM PENGAWAL KESELAMATAN

Memastikan pelawat yang masuk mencatat butir-butir yang perlu dalam buku
pelawat.
1. Memastikan butiran kenderaan awam dicatat.
2. Memastikan ssemdua pelajar mematuhi prosedur keluar/masuk yang telah
ditetapkan.
3. Memastikan pelajar telah mendapat kebenaran dari piahk sekolah untuk
keluar/masuk pada waktu belajar sama ada untuk ke hospital atau balik ke
rumah kerana kecemasan atau urusan keluarga yang penting.
4. Membenarkan hanya pelawat yang telah mendapat kebenaran memasuki
kawasan sekolah.
5. Membenarkan pelawat masuk hanya pada waktu yang dibenarkan sahaja
atau setelah mendapat kebenaran bertulis dari Guru Besar pada waktu di luar
waktu persekolahan.
6. Segera menghubungi Guru Besar jika terdapat pelawat yang mencurigakan
atau hubungi pihak polis jika berlaku sesuatu yang boleh mengancam
keselamatan.

Tugas-tugas ini telah dipersetujui bersama antara pihak sekolah dengan pihak
pengawal keselamatan.

1. Waktu bertugas dua aliran : 6.00 pagi – 6.00 petang  dan 6.00 petang – 6.00
pagi
2. Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki hadir 15 minit lebih awal
sebelum memulakan tugas.
3. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah berpakaian seragam yang
kemas dan lengkap seperti yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
4. Pengawal Keselamatan bertugas dikehendaki membuat rondaan di semua
blok sekolah
5. Pengawal Keselamatan dikehendaki mengawal pergerakan keluar-masuk
berhampiran pintu masuk pada waktu-waktu berikut: (1) Jam 6.00 pagi , (2)
Jam 1.00 tengahari, (3)Jam 6.00 petang
6. Pengawal Keselamatan perlu menguatkuasakan peraturan selaras dengan
peraturan sekolah.
7. Pengawal Keselamatan pada setiap masa perlu mengawal pergerakan keluar
masuk orang-orang awam ke kawasan sekolah.
8. Pengawal Keselamatan yang bertugas diminta membuat laporan segera
kepada pengurusan sekolah mengenai apa jua kes yang berlaku melibatkan
aspek-aspek keselamatan.
9. Pengawal Keselamatan hendaklah merujuk kepada pengurusan sekolah
mengenai perkara-perkara yang menimbulkan keraguan dan ketidakpastian
tentang apa jua perkara yang berlaku atau tindakan yang perlu diambil.
10. Pengawal Keselamatan yang bertugas perlu membuat rondaan disekeliling
pagar keselamatan sekolah untuk memastikan keadaan pagar sentiasa dalam
keadaan baik dan sesuai dengan piawaian keselamatan dan laporkan
mengenai apa jua kerosakan atau terdapat tanda-tanda berlakunya
pencerobohan di pagar berkenaan kepada pengurusan sekolah.
11. Pengawal Keselamatan bertugas berhak menghalang mana-mana orang
perseorangan atau kumpulan yang berkeadaan mencurigakan dari masuk ke
kawasan sekolah.
12. Pengawal Keselamatan bertugas diminta jangan membenarkan orang awam
membawa masuk kenderaan atau meletak kenderaan di dalam kawasan
sekolah kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan sekolah.
13. Pengawal Keselamatan bertugas diminta memerhatikan tingkah laku pelajar
sepanjang hari persekolahn dan melaporkan apa jua kegiatan salah laku yang
berlaku dalam sekolah pada bila-bila masa.
14. Pengawal Keselamatan bertugas diminta menguatkuasakan peraturan
bahawa tiada sesiapa pun dibenarkan berada di kawasan sekolah pada hari
cuti umum, hujung minggu kecuali dengan kebenaran dari pihak pengurusan
sekolah.
15. Pengawal Keselamatan hendaklah pada setiap masa berada di tempat yang
mudah dihubungi ketika bertugas dan memberitahu pihak pengurusan
sekolah jika hendak ke mana-mana atau keluar dari kawasan sekolah.
16. Pengawal Keselamatan hendaklah segera menghubungi pihak polis dan
bomba jika menghadapi kecemasan seperti kes-kes jenayah kebakaran atau
kes-kes lain yang serius.
17. Pengawal Keselamatan bertugas pada sebelah malam hendaklah
memastikan hanya blok-blok tertentu sahaja lampu dinyalakan. Pastikan juga
bilik-bilik makmal dan bilik-bilik khas lain telah pun berkunci. Jika keadaannya
meragukan hendaklah segera menghubungi pihak pengurusan sekolah .
18. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah memastikan pintu pagar A
ditutup pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan pukul 2.00 petang
hingga 6.00 petang kecuali ada arahan lain dari pihak pengurusan sekolah.
19. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah memastikan sesiapa yang ingin
menggunakan kemudahan sekolah seperti padang, gelanggang, dewan atau
mana-mana premis di kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran bertulis
dari pihak pengurusan sekolah.
20. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah akur dengan arahan pihak
pengurusan sekolah mengenai perkara-perkara yang melibatkan soal dasar.
21. Pengawal Keselamatan bertugas mestilah menyediakan laporan bertulis
harian yang lengkap. Buku laporan ini hendaklah dikemukakan kepada pihak
sekolah jika diminta.
22. Laporan mengenai tugas pengawal keselamatan sentiasa dihantar ke pihak
Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman untuk dinilai keberkesanannya.

Anda mungkin juga menyukai