Anda di halaman 1dari 3

POLISI SEKOLAH SELAMAT

KESELAMATAN PELAJAR PERGI DAN BALIK SEKOLAH


PENDAHULUAN : Keselamatan murid pergi dan balik dari sekolah adalah tanggungjawab sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.Sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah diperlukan dalam melaksanakan polisi ini. RASIONAL:

Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari sekolah, setiap warga SMK Baru Bintulu sentiasa terdedah kepada bahaya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan risiko kemalangan adalah minimum pada setiap masa semasa pergi dan balik dari sekolah. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik Sekolah diwujudkan untuk menyediakan suatu garis panduan keselamatan untuk setiap warga sekolah merangkumi guru, kakitangan, pelajar serta pelawat.

OBJEKTIF

Membekalkan maklumat kepada warga sekolah tentang undang-undang dan penggunaan jalan raya yang selamat. Mengenalpasti masalah berkaitan penggunaan jalan raya di dalam dan di luar kawasan sekolah. Meningkatkan kesedaran tentang prosedur keselamatan jalan raya. Membimbing dan menekankan pemanduan berhemat kepada murid yang menggunakan kenderaan. Mengambil tindakan berdasarkan peraturan sedia ada terhadap kesalahan penggunaan jalan raya.

TATACARA PELAJAR

Kehadiran ke sekolah adalah seperti berikut: Sesi Pagi : 6.50am - 12.35pm Sesi Petang : 12.45pm - 6.15pm Sekiranya berlaku kecemasan, sila dapatkan kebenaran untuk balik atau ke hospital daripada PK HEM/ pihak pengurusan.

Dilarang berlari dalam kawasan sekolah. Mematuhi peraturan lalu lintas. Terus pulang ke rumah masing-masing. Memaklumkan kepada pihak sekolah sebarang masalah yang dihadapi dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah. Bagi murid yang mempunyai kenderaan sendiri, pastikan anda dan kenderaan anda mematuhi peraturan lalu lintas dan jalan raya Malaysia.

TATACARA GURU / KAKITANGAN

Kehadiran guru adalah seperti berikut: Sesi Pagi

: 6.50am - 12.35pm

Sesi Petang : 12.45pm - 6.15pm

Kenderaan guru / pengurusan harus diletakkan di zon yang telah ditetapkan dan menggunakan pelekat sekolah yang berdaftar dengan Jawatankuasa Keselamatan. Memasukkan unsur-unsur keselamatan jalan raya dalam pengajaran di dalam kelas. Menasihati pelajar agar melaporkan semua kes kemalangan jalan raya sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah yang berkaitan dengan pelajar. Peka dan mengambil tindakan segera terhadap maklumat yang diterima tentang keselamatan pelajar sekolah. Mengenal pasti bagaimana pelajar pergi dan balik dari sekolah. Membuat pemantauan keselamatan pelajar.

TATACARA PELAWAT

Mendapatkan pas pelawat di pondok penjaga. Mematuhi peraturan keluar masuk sekolah. Jika berlaku kemalangan, ikut peraturan dan arahan yang telah ditetapkan.

TATACARA IBU BAPA


Pastikan anak dihantar sehingga ke pagar sekolah dengan selamat. Kenderaan ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali jika hari hujan. Ibu bapa / penjaga hanya dibenarkan menghantar / mengambil / menunggu anak / jagaan mereka di luar pagar sekolah kecuali jika hari hujan.

Menemani anak untuk menaiki bas atau berjalan kaki dalam keadaan gelap / hujan / sunyi. Mengingatkan / menasihatkan anak supaya sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak dikenali dan berhati-hati semasa pergi dan balik sekolah. Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik dari sekolah dan menghubungi pihak sekolah sekiranya anak lewat balik. Memastikan anak memakai pakaian cerah atau bahan reflektif jika berjalan dalam keadaan cuaca gelap / buruk. Memastikan anak berjalan secara berkumpulan jika melalui kawasan yang semak / sunyi / gelap. Jika anak anda membawa kereta atau motor ke sekolah, pastikan anak anda memiliki lesen memandu, insurans, cukai jalan, dan kenderaan dalam keadaan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai