Anda di halaman 1dari 15

KETAHUI 5 FAKTOR / PUNCA JIN DAN

SYAITAN BOLEH MASUK


KE TUBUH MANUSIA

Disediakan Oleh : Tuan Guru Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidek
(Mantan Professor Madya Universiti Malaya)
Pusat Rawatan Islam Manarah , Astana Budi
Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, Bandar Baru Sungai Buloh

Email : rawatanspiritualislam@gmail.com
Website : www.rawatanspiritualislam.com
Facebook : https://www.facebook.com/rawatanspiritualislam &
https://www.facebook.com/drjahidsidek

1 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


HAK Cipta @ 2015 oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Sidek dan
www.rawatanspiritualislam.com

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana


mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain cara sebelum
mendapat izin bertulis

KLIK Link  www.rawatanspiritualislam.com


untuk mendaftar NAMA dan EMAIL yang sah. Anda akan menerima
update dan perkongsian ilmu, kefahaman, tip, nasihat dan promosi
dari kami.

Mudah-mudahan kita boleh mendapat ilmu, kefahaman dan


manfaat untuk sama-sama kita membanteras kejahilan yang
berlaku dalam senario perubatan Islam di Malaysia.

2 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


1. MASUK SENDIRI
JIN DAN SYAITAN MASUK SENDIRI KE DALAM TUBUH TANPA
DIUNDANG KERANA MARAH ATAU KERANA SUKA.

ٍ ‫َو َﻋ َذ‬
‫اب‬ ‫ِﺒ ُﻨصب‬ َٰ ‫ﺸﻲ‬
‫ط ُن‬  ‫ﺴ ِﻨﻲ ٱﻝ‬  ُ ‫ﺎد ٰى َرﺒ‬
َ  ‫ﻪ ۤ◌ أَﻨﻲ َﻤ‬ َ ‫و َ◌ٱذ ُﻜر َﻋب َد َﻨﺎۤ أَﻴ‬
َ ‫وب إِذ َﻨ‬

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika dia


berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya
aku diganggu oleh Syaitan dengan masuk ke dalam tubuh ku
sehingga aku berasa sangat susah payah dan sungguh azab sengsara.

(Surah Al-Sad: 41)

Masuk sendiri sama ada kerana suka atau kerana marah. Biasanya ia
mudah dikeluarkan, malahan kadang-kadang jin syaitan itu akan
keluar sendiri. Misalnya jin yang masuk dan menghuni dibawah
telinga yang akan menyebabkan orang itu demam sehari dua.
Akhirnya jin itu akan keluar sendiri, maka demam akan hilang.

3 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


2. SIHIR
FAKTOR KESAN BERBAGAI ILMU DAN AMALAN SIHIR

a) Seseorang itu yang memang disihir orang.

4 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


Iaitu seseorang mengupah kepada bomoh atau dukun atau
yang seumpamanya bagi tujuan mendatangkan mudarat dari
aspek fizikal, mental serta ritual.

b) Mereka-mereka yang menyihirkan dirinya sendiri.


Sebagai contoh, menerima satu amalan atau barangan dari
seseorang yang mengamalkan ilmu-ilmu yang salah.(khurafat)

c) Membuat pagar rumah dengan cara menanam, menggantung,


menyapu, memaku akan sesuatu benda yang diperbuat oleh
dirinya sendiri atau diarahkan oleh bomoh atau dukun ataupun
bomoh dan dukun itu sendiri yang melakukannya.

d) Menggunakan tangkal dan azimat

Samada disihir, beramal dengan ilmu sihir atau menjumpai tukang-


tukang sihir. Mengenai faktor sihir pula ada jin atau syaitan yang
digunakan mudah dikeluarkan dan ada yang sukar dikeluarkan.

Ini bergantunglah kepada cara apa sihir itu dibuat. Sihir yang
menggunakan simpulan sihir (al-uqud) sukar dikeluarkan
sehinggalah simpulan sihir itu dimusnahkan.

5 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


3. ILMU & AMALAN

FAKTOR BERBAGAI ILMU YANG DIPELAJARI MELIBATKAN


PENGGUNAAN JIN DAN SYAITAN SAMADA DISEDARI ATAU
TIDAK.

a) Ilmu yang tidak berpunca dari mana-mana ajaran Islam seperti


mantera, pertapaan, ilmu kebal, ilmu gagah, ilmu cantik dan
sebagainya.

6 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


b) Ilmu yang berupa / berpaksi ajaran Islam seperti mengamalkan
satu-satu ayat Quran bersandarkan fadhilatnya. Contoh silat
Nasrul Haq dan ajaran dalam kumpulan Al Mau’nah.

c) Diajarkan oleh orang-orang alim seperti Imam-imam, ustaz atau


ustazah, tok-tok guru dan seumpamanya untuk membaca dan
mengamalkan satu-satu ayat ataubeberapa ayat tertentu
sebagai wirid dengan tujuan-tujuan yang tertentu jua (fadhilat
ayat) dan bukan kerana mencari redha Allah semata-mata.

d) Ilmu yang diperolehi dari mimpi-mimpi dan bisikan-bisikan


seperti ilmu mengurut, perbidanan, menjaga diri dan
sebagainya.

e) Menerima ilmu dari mereka-mereka yang tidak diketahui akan


asal usul pengambilan ilmu (tiada salasilah / sanad /
dibaiahkan), apatah lagi kalau sememang jelas seseorang itu
pengamal ilmu-ilmu khurafat, sekalipun dari ahli keluarga yang
terdekat itu sendiri.

Berbagai ilmu salah yang diamalkan, berlawanan dengan akidah dan


syariat. Ianya tidak akan keluar sehingga orang yang
mengamalkannya bertaubat dan membuangkan semua amalan yang
salah itu dengan bantuan seorang yang benar-benar alim dan biasa
membantu mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Orang tersebut bila belajar ilmu tasawuf dan beramal zikrullah yang
diajar dalam mana-mana tarikat golongan sufi tanpa membersihkan
diri terlebih dahulu dari semua unsur kebatilannya, maka jin atau
syaitan dalam tubuh akan menghadapi risiko yang tinggi untuk jadi
gila isim.

7 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


4. KETURUNAN / (SAKA) /Penyakit Genetik’ / DNA &
TEMPIAS

Di dalam kehidupan awal masyarakat manusia begitu juga di


Malaysia umumnya dan bagi bangsa Melayu khasnya, kehendak bagi
berkuasa dan memerintah wujud di dalam fenomena kehidupan
manusia. Dengan itu, keyakinan masyarakat di zaman itu untuk

8 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


menjadi penguasa, ia harus memiliki kekuatan dan dengan kekuatan
barulah boleh menguasai kelompok-kelompok manusa yang lain.

Oleh itu, jalan yang mereka guna pakai untuk mendapatkan


kekuatan fizikal, spiritual dan ritual ialah dengan menggabungkan
kuasa dari makhluk-makhluk halus. Disebabkan pegangan agama
tidak wujud lagi dalam kehidupan di ketika itu, maka tidak ada
menampakkan kesalahan dari pemahaman dan pemikiran mereka di
dalam mewujudkan bersahabat ataupun bersatu dengan makhluk-
makhluk halus yang juga dinamakan jin.

Penggunaan ilmu sebegini biasanya dihubungkaitkan dengan


janji setia sehingga si pengamal ataupun mereka-mereka yang
mengambil jin sebagai dampingan membuat janji setia, bahkan janji
setia ini dikaitkan secara sedar atau tidak sehingga anak cucu cicit
mereka iaitu keturunan mereka sehingga generasi-generasi yang
mendatang yang memungkinkan sehingga 7 atau 8 generasi akan
mewarisi ilmu yang dituntut atau yang dipelajarinya sekalipun
mereka tidak menerimanya dari pengamal yang asal, namun ia tetap
diwarisi oleh anak cucu cicit pengamal-pengamal itu.

Cuma bezanya, yang menerima secara langsung atau secara


turun temurun akan mendapati ia mewarisi ilmu itu seratus peratus,
manakala keturunan yang tidak mengambil ilmu ini secara langsung,

9 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


ia tetap mewarisi ilmu ini. Kadar kekuatan pengaruh ilmu ini
terhadap diri mereka bergantung kepada kekuatan iman serta amal
soleh individu itu sendiri digabungkan dengan ilmu agama dan tauhid
yang sempurna.

Selain daripada ilmunya yang memainkan peranan sebagai


saka, warisan-warisan harta dan pemilikannya juga akan memberi
kesan pada keturunan-keturunan mereka. Bahkan kadang-kadang
sifat perangai serta penyakit-penyakit yang ditanggung oleh generasi
terdahulu diwarisi oleh orang kemudian. Penyakit sebegini yang
disebut dalam perubatan moden sebagai ‘penyakit genetik’.

10 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


FAKTOR KETURUNANAN DARI USUL (DATUK, NENEK) ATAU
TEMPIAS DARIPADA ORANG-ORANG YANG ADA HUBUNGAN
RAPAT SEPERTI JIRAN, KAWAN, PEKERJA DENGAN MAJIKAN,
KAKITANGAN HOSPITAL DENGAN PESAKIT DAN SEBAGAINYA.

Demikian juga jin atau syaitan yang masuk ke tubuh disebabkan oleh
saka sukar dikeluarkan dan akan menghadapi risiko yang tinggi untuk
menjadi gila isim, malahan faktor saka inilah yang menjadi sebab
utama berlakunya gila isim.

11 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


5. GAYA HIDUP
GAYA HIDUP YANG MENDEDAHKAN DIRI KEPADA JIN DAN
SYAITAN. CTH :- BERJUMPA BOMOH. PAWANG / DUKUN

Seperti mandi laut, air terjun atau sungai yg memang di kawasan itu
ada jin dan syaitan.

Gaya hidup orang yang suka minta pertolongan daripada pawang,


bomoh, tukang-tukang urut yang menggunakan jin atau syaitan.
Biasanya jin atau syaitan yang masuk menerusi factor ini mudah di
keluarkan, kecuali bila ada melibatkan penggunaan tangkal, azimat,
wafak, ta’widhz dan sebagainya. Tangkal azimat dan wafak adalah
merupakan simpulan sihir (al-uqud)

12 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


7 CIRI KAEDAH PERBOMOHAN DAN PAWANG YANG
MENGGUNAKAN NAMA RAWATAN ISLAM

1) Tiba- tiba sahaja dapat mengetahui dan merawat pesakit Tanpa


Belajar daripada sesiapa GURU / Ustaz yang muktabar dan alim
serta benar dari sudut ilmu tauhid, feqah dan tasawuf

2) Kaedah Rawatan dipelajari daripada kuil-kuil Hindu, Gereja,


Pagoda dan lain-lain

3) Pandai Merawat setelah mendapat benda-benda ganjil seperti


besi kuning, batu permata, keris, badik, buloh tumpat, kulit
kijang putih, taring binatang, Al-Quran Kecil dan sebagainya

13 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


4) Rawatan yang ditawarkan kononnya didasarkan kepada
kekuatan tenaga dalaman, tenaga aura, tenaga reiki, jurus,
jabat dan lain-lain

5) Dapat kaedah rawatan daripada bisikan suara

6) Pandai Merawat penyakit kerana diajar seseorang di dalam


mimpi

7) Pandai merawat setelah didatangi oleh orang yang tidak


dikenali ketika beribadat / berdoa yang mengaku sebagai WALI
ALLAH / Tokoh-tokoh agama yang terkenal seperti Sheikh Abdul
Qadir Al-Jilani, Seorang Nenek Tua/ Seorang Panglima dan
berbagai-bagai lagi

14 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com


6 KAEDAH MENJAUHKAN TIPU DAYA SYAITAN

1. Sentiasa mendampingkan diri pada orang ‘alim dan mengikut


ajarannya supaya tidak terkeluar daripada Al-Quran dan
Sunnah. Allah berfirman yang bermaksud “Hendaklah kamu
ikut jalan (ketaqwaan) orang yang benar-benar kembali
kepadaKu (zahir dan batin)”. (Luqman, 15)

2. Menjauhkan semua ilmu dan amalan yang sesat, perkara-


perkara bid’ah dan khurafat.
3. Sentiasa waspada terhadap berbagai tipu daya syaitan.
4. Meningkatkan ketaqwaan dan bertawakkal kepada Allah.
5. Sentiasa berlindung dengan Allah.
6. Selalu membaca kisah-kisah manusia yang menjadi mangsa tipu
daya syaitan.

15 Hak Cipta Terpelihara @ rawatanspiritualislam.com

Anda mungkin juga menyukai