Anda di halaman 1dari 119

KAEDAH JIBRIL

Kaedah mudah & praktikal menghafaz surah


Al-Quran, khusus untuk golongan awam yang sibuk
setiap hari!
Oleh : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

© 2009 Mohammad Asraff Ayob


Hakcipta Terpelihara
Versi 1.0

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian


isi kandungan daripada ebook ini termasuk artikel, ilustrasi dan gambar dalam apa
jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan,
elektronik atau apa jua cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis dari
MOHAMMAD ASRAFF AYOB.

Buktikan kecintaan dan kejujuran anda kepada Islam dengan memiliki mutiara
ilmu dari ebook ini dengan cara yang dihormati dan halal. Jika anda dengan
sengaja meniru, memperbanyakkan, mengedar, menjual atau melakukan cara-cara
yang menafikan hak penerbit, ia akan mengakibatkan ilmu serta integriti anda akan
dipertanggunjawabkan di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla nanti.

Untuk mendapatkan ebook ini, sila layari :

www.kaedahjibril.com

Atau e-mel :

Kaedahjibril@yahoo.com
Asraff2@yahoo.com
14
Sebab 1 : Anda sedang
1-3 melaksanakan salah satu sunnah
tertinggi Rasulullah.
Prakata 15
Sebab 2 : Anda sedang mengisi
otak anda dengan 'makanan'
4 paling sempurna.
Dedikasi 16
Sebab 3 : Anda akan menjadi
manusia lebih seimbang seperti
5 -12 Rasulullah
Bab 1 17
Sebab 4 : Anda sedang mendaftar
Adakah menghafaz Al-Quran untuk menjadi ahli kelab teragung
benar-benar sukar? 'Ahlullah'.
19
6 Sebab 5 : Anda sedang membantu
Pengalaman awal saya selaku Tuhan secara tidak langsung
hafiz. mengekalkan Al-Quran.
7 20
Hari pertama yang melemahkan Sebab 6 : Kehidupan anda terasa
semangat. lebih dekat dengan Tuhan.
7 21
Nasihat Ustaz pengubah minda. Sebab 7 : Anda sedang memasang
9 'filter' pembersih tercanggih untuk
Unsur 'Berkat'. 'mata hati' anda.
9 23
Cikgu Kamaruzzaman, guru Mula melangkah …...
motivasi yang bersahaja.
11
Menghafaz itu satu nikmat.
24 - 31
Bab 3
Sebelum menghafaz, kenali
13 - 23 'otak' anda dahulu.
Bab 2
Mengapa anda perlu 25
menghafaz Al-Quran? Sekilas mengenai otak ….
38 - 42
Bab 5
26 Teknik 1 : 3 baris sehari.
Berapa jumlah memori yang boleh
anda ingati? 38
28 Sebab 1 : 3 baris mudah untuk
Bagaimana otak 'bekerja'? dihafaz dalam sehari.
30 39
Apa kaitan informasi ini dengan Sebab 2 : 3 baris mudah untuk
hafazan saya? didisiplinkan setiap hari.
40
Sebab 3 : 3 baris tidak mengambil
masa terlalu lama untuk dihafaz.
32 - 37 41
Bab 4 Sebab 4 : Hafazan mengikut baris
Berkenalan dengan Kaedah memudahkan jumlah 'target'
Jibril. dalam sebulan.

32
Mengapa dinamakan 'Kaedah
Jibril'? 43 - 51
33 Bab 6
Secara asasnya …. Teknik 2 : 30 minit sehari.
34
Apa yang bakal anda rasai ketika 43
pertama kali menghafaz menurut Waktu memulakannya …
kaedah ini? 45
35 Untuk memudahkan anda …
Adakah wujud sebarang syarat 46
asas bagi saya mengikuti Kaedah Proses 1 : Pembiasaan (5 minit)
Jibril? 48
35 Proses 2 : Hafazan dan
Bagaimana jika saya terlupa penggabungan (15 minit)
Ayat yang dihafaz sebelumnya, 49
terutamanya bila ia semakin Proses 3 : Pengukuhan (10 minit)
bertambah? 50
Sesudah itu ...
68 - 78
52 - 59 Bab 9
Bab 7 Apa yang bakal anda hafaz?
Teknik 3 : Tiga kali ulangan
70
setiap waktu solat.
Alasan, alasan dan alasan....
71
53 10 Surah popular untuk dihafaz.
Mengapa waktu solat? 78
53 Ke garisan, sedia... Mula!
Langkah 1 : sebelum solat bermula.
54
Langkah 2 : Ketika solat.
55 79 - 93
Langkah 3 : Selepas solat. Bab 10
56
10 F.A.Q mengenai Kaedah
Adakah ia benar-benar berkesan?
57 Jibril
Ingin tahu dari mana idea
mengulang ini bermula? 79
58 1 : Bagaimana kalau saya terlupa
Secara kesimpulannya ... ayat yang dihafaz ketika
membacanya dalam solat?
80
2 : Adakah Kaedah Jibril sesuai
60 - 67 untuk anak saya?
Bab 8 81
Teknik lanjutan : serampang 3 : Bolehkah saya menghafaz lebih
3 mata. dari 3 baris dalam sehari?
82
60 4 : Bagaimana hukum menghafaz
Serampang 1 : Menghafaz 5 hari Al-Quran bagi wanita uzur syar’ie?
sahaja. 83
61 5 : Bagaimana cara mengulang
Serampang 2 : Hujung minggu ketika surah yang dihafaz sudah
sebagai hari mengulang. semakin banyak?
63 85
Serampang 3 : 4 muka sebulan. 6 : Bagaimanakah cara termudah
64 untuk memotong ayat tanpa
Kadangkala ia berjalan lancar, menjejaskan maknanya?
tetapi...
103 - 109
Bab 12
85 Tahniah!.. Sila ambil 'skrol'
7 : Bolehkah saya menghafaz pada anda..
waktu lain, bukan waktu subuh?
86 103
8 : Apa yang perlu saya lakukan Skrol 1 : Buka pintu hati
jika 'performance' hafazan semakin 106
berkurang? Skrol 2 : Buka pintu Sabar
87 108
9 : Apa doa yang perlu saya Last but not least..
amalkan setiap kali ingin
menghafaz?
90
10 : Bagaimana cara terbaik untuk
mengatasi masalah kekeliruan ayat 110
'Mutasyabihat'? Istimewa buat anda

111
Kenali Ustaz Asraff
94 - 102
Bab 11
Semuanya indah jika …
113
Rujukan
95
Alasan 1 : Sukar menghafaz
kerana tidak fasih membaca
Al-Quran.
97
Alasan 2 : Sukar menghafaz
kerana tiada masa.
99
Alasan 3 : Sukar menghafaz
kerana faktor umur.
100
Alasan 4 : Risau menghafaz
kerana takut lupa.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Assalamualaikum W.B.H.

Para pembaca yang dihormati sekelian,

Mungkin ada diantara anda yang bertanya, apa ada dengan KAEDAH JIBRIL?
Kenapa saya perlu miliki buku ini? Apa istimewanya Kaedah Jibril berbanding kaedah
lain?

Perlukah saya menghafaz surah lain, rasanya 3 Qul itu sudah memadai untuk
solat? Bukankah menghafaz surah As-Sajadah itu sukar, dan akhirnya akan lupa
juga? Dan ya, selepas seribu satu pening kepala, hempas-pulas dan berpenat-lelah?

Baiklah, untuk mendapatkan jawapannya, cuba renungkan beberapa pertanyaan


dibawah :

 Adakah anda seorang yang amat suka membaca


Al-Quran?
 Ketika mengikuti solat subuh berjemaah pagi Jumaat,
pernahkah anda terlintas suatu hari nanti anda akan
menjadi imam dan membaca surah Sajadah dan Insan
dengan fasih?
 Adakah anda peminat setia rancangan siaran langsung
solat Tarawikh 30 juz dari Makkah ?
 Pernahkah anda terdetik untuk cuba menghafaz surah
Yasin yang sudah fasih dibaca beratus kali itu?
 Adakah anda sangat menikmati bacaan Al Quran dari
kaset/Cd/Radio dan berkhayal suatu hari nanti anda
dapat mengikuti bacaannya tanpa memandang
Al-Quran?
 Jika anda seorang ibu/bapa, adakah anda selalu
berharap agar salah seorang dari anak anda menjadi
Hafiz/hafizah?
 Tanpa memandang latar belakang pelajaran, umur dan
pekerjaan, pernahkah anda membaca Al Quran sambil
terfikir “kalaulah saya dapat menghafaz kesemuanya
dengan lancar seperti Rasulullah, alangkah bahagianya
hidup saya?”

Jika anda menjawab ‘YA’ bagi kebanyakan soalan, maknanya anda sedang
membaca buku yang tepat. Buku ‘KAEDAH JIBRIL’ akan mendedahkan rahsia, teknik
berkesan dan strategi praktikal bagaimana golongan awam boleh menghafaz mana -
mana surah yang diingini dengan INGAT dan LANCAR, tanpa mengganggu kerja dan
urusan harian.

Mungkin ada yang bertanya, berkesankah Kaedah Jibril ini? Berdasarkan


pengalaman saya mengendalikan puluhan seminar Kaedah Jibril yang telah dihadiri
ribuan orang, majoriti testimoni peserta mengatakan AMAT PRAKTIKAL! Malah, ramai
yang telah berjaya menghafaz surah yang dianggap mustahil dapat dihafaz superti Ad-
Dukhan dan sebagainya. Ratusan lagi yang berjaya ‘upgrade’ bacaan surah lazim
dalam solat, dari ‘3 Qul’ kepada Al-Mulk dan Ar-Rahman. Puluhan juga sekarang
begitu yakin menjadi imam Subuh Jumaat, kerana surah Sajadah dan Insan melekat di
ingatan seperti Fatihah!

Tanpa mengira apa jua latar belakang anda, buku Kaedah Jibril ini akan
menerangkan secara berperingkat, segala keperluan asas sebagai persediaan
menghafaz sehingga anda mampu menghadam Kitab Allah ke dalam fikiran. Ia bakal
menjadi “buraq supersonic” meningkatkan keupayaan diri – menjadi seorang yang
mampu menghafaz mana-mana surah Al-Quran yang anda inginkan.
Saya berharap semoga para pembaca mendapat faedah dan hidayah dari tulisan
ini. Jika terdapat sebarang kelemahan dan salah silap didalamnya, saya amat
mengalukan teguran, ulasan dan cadangan dari anda semua. Hanya kepada Allah
saya memohon keampunan dari segala kesilapan…..

“….. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa dan
kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami
beban yang besar sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-
orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah
kami….
(Surah Al-Baqarah, 286)

Kita akan memulakan perjalanan sebentar lagi... Sila pastikan ‘tali pinggang
rasa ingin tahu’ anda terpasang rapi, dan kita mulakan bacaan dengan kalimah
‘Bismillahir Rahmaanir Rahiiim’ .

Iqra’! & Selamat membaca!

Mohammad Asraff Ayob


New Zealand
5. Ogos 2009

Asraff2@yahoo.com
Kaedahjibril@yahoo.com
www.kaedahjibril.com
Allah ‘Azza Wa Jalla
 Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti

Nabi Muhammad S.A.W


 Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya

Ayahanda dan bonda


 Keranamu berdua angah pergi sejauh ini

Isteriku tercinta, Siti Ujila


 Bidadari yang comel & ceria

Tuan Guru, Ulama, Ustaz, Ustazah, Cikgu


 Di atas curahan ilmu dan pedoman

Tuan Hj. Raja Azmi Raja Nazuddin sekeluarga


 Thank you very much for everything. Semoga perancangan kita
berjalan lancar, Amin!

Dan,

Para pembaca ebook ini.


 Jutaan terima kasih atas pembelian anda.
R amai umat islam merasa kurang percaya diri apabila diajak untuk
menghafaz Al-Quran pada usia dewasa. Bagi kebanyakan mereka,
hafazan Al-Quran hanya sesuai dilakukan pada usia 14 tahun ke bawah, sementara
usia 41 tahun dianggap sebagai ’hampir mustahil’ untuk memulakannya. Adakah benar
telahan itu, atau hanya persepsi negatif yang diperbesar-besarkan sahaja?

Saya akan cuba menjelaskannya dengan berkongsi pengalaman peribadi


menghafaz Al-Quran. Untuk pengetahuan pembaca sekelian, saya telah bergelumang
dalam bidang ini lebih dari 15 tahun dan masih menganggapnya sebagai satu bidang
yang sangat menakjubkan untuk diterokai. Ini kerana apabila kita masuk ke dunia
ini, kita seolahnya masuk ke lautan ilmu yang tidak bertepi. Banyak pengalaman
menarik bakal kita terokai, terutamanya dalam meneroka kemampuan diri, mengenal
kekuatan dan kelemahannya, tahap kekuatan iman dalam menempuh rintangan, erti
sebenar perkataan ’sabar’ dan ya, kesedaran yang syaitan dan nafsu memang benar-
benar wujud mengganggu kita!

Itu hanya secebis dari keseronokan menghafaz Al-Quran. Tetapi, sebelum kita
meneroka dunianya lebih jauh, saya ingin membuat satu pengakuan jujur iaitu :
Menghafaz Al-Quran memang sukar! Hmm.., nampaknya tentu ada ’something
wrong’ dengan saya kerana tiba-tiba sahaja membuat pengakuan tak diundang itu.
Tetapi, apakah sebabnya saya berkata sedemikian, sedangkan buku ini ditulis untuk
menunjukkan teknik hafazan mudah?

Jawapannya : Realitinya memang begitu, JIKA anda tidak dibekalkan dengan


kefahaman dan teknik yang tepat. Untuk memahaminya betul-betul, saya ingin
mengajak anda ke kehidupan ’Asraff muda’ 15 tahun silam, bagaimana saya dididik
dan diterapkan keyakinan bahawa Al-Quran mudah dihafaz jika betul tekniknya dan
lurus misinya.
Mengimbas kembali pengalaman 15 tahun silam, ia membawa fikiran saya
mengenang saat-saat penuh mengasyikkan serta suka duka menghafaz Al-Quran di
Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan. Banyak kenangan pahit manis
terkumpul di sana, membuatkan fikiran saya berputar ligat mengingati kesemuanya :
wajah kegembiraan rakan-rakan, guru-guru yang melahirkan manusia besar, nasihat
ustaz ustazah sebagai pusat pedoman hinggalah titisan air mata dek gagal menghafaz
Surah Syuara’!

Bagaimana saya dipilih masuk ke sekolah hafazan dan akademik ini?


Sebenarnya, ia bukanlah 100% mutlak pilihan sendiri, tetapi lebih kerana menuruti
permintaan ayah sebenarnya.

’Angah, abah mahu salah sorang anak abah jadi hafiz, dan kaulah harapan
abah.... nanti sejuk perut mak kau mengandung...’ kata ayah ketika menerangkan
rasionalnya inginkan saya ke Maahad Ahmadi selepas mendapat keputusan UPSR.

Saya mengangguk setuju. Tetapi masalahnya, pada usia 13 tahun, fikiran saya
menafsirkan perkataan ’hafazan’ dan ’sekolah tahfiz’ sama popularnya dengan kalimah
’sukar’ dan ’merana’. Lebih-lebih lagi, kefahaman saya telah di’negatif’kan dengan
sebuah hadis (yang saya salah fahami maksudnya ketika itu) :

Akan dibentangkan kepadaku segala dosa umatku, dan aku


tidak dapati dosa yang lebih besar dari dosa seorang yang
diberi nikmat menghafaz Al Quran atau sesuatu ayat,
kemudian dia melupakannya.
Riwayat Abu Daud.

Nampaknya, saya telah memasuki tingkatan 1 dengan pegangan yang jelas


negatif-songsang - ’habislah aku, terpaksa jadi ’lebai’, duduk di surau pegang
tasbih sepanjang hidup!’
Hari pertama kami dimulakan dengan mendengar ucapan aluan Pengetua
Maahad Ahmadi. Pengetua sekolah ketika itu memiliki air muka serius dan pandangan
mata yang begitu tajam sehingga ketika beliau
sedang tersenyum, anda mengira beliau Pengetua sekolah
mungkin sedang marah. Saya masih teringat ketika itu memiliki air
lagi ucapan aluannya yang meluluhkan
muka serius dan
pandangan mata yang
semangat itu...
begitu tajam sehingga
ketika beliau sedang
’Saya tidak mahukan ’komitmen atas tersenyum, anda mengira
angin’ dari 15 pelajar tahfiz baru tahun ini. beliau mungkin sedang
Anda adalah pelajar terpilih, anak ’emas’ marah..
kerajaan negeri dan bakal mendapat gelaran
’Al-hafiz’ suatu hari nanti.... jika anda fikir masuk ke sekolah ini hanya untuk makan,
main dan tidur saja, saya akan berikan hukuman yang setimpal!

’Oh, nampaknya kalau tak kena gaya, bukannya ke sekolah, tapi tersalah hantar
ke kem neraka ni!’ Itulah yang tergambar difikiran saya. Adakah pengetua berkarisma
ini sedang menakutkan pelajar baru? Mungkin ya. Adakah kata-katanya itu berbentuk
’reverse psychology’, supaya melalui gaya ancaman, pelajar akan lebih tekun
berusaha? Nampaknya begitulah.

Yang pasti, satu perkara sahaja yang dapat saya simpulkan dari ucapan
tersebut : ’Selamat datang ke masa depan yang kelam!’

’Ustaz … rasanya tak mampu saya nak hafaz Al-Quran 30 Juzuk’ saya merintih
dan mengadukan kerisauan saya kepada Ustaz Rahim Mohd, guru kelas kami. Kali
pertama menemuinya, saya dapati Ustaz Rahim berinteraksi dengan penuh kebaikan
dan keramahan. Matanya yang coklat besar merupakan daya penariknya yang utama.
Dan yang paling menarik hati, setiap kali beliau memberikan nasihat, matanya akan
memancarkan kesan penuh perhatian dan perasaan.

’Asraff, menghafaz akan menjadi mudah dan menyeronokkan jika Asraff


menjadikan 2 point ini sebagai visi penggeraknya...’

’Apa 2 pointnya itu ustaz?’ saya bertanya kembali dengan mata bersinar-sinar,
penuh dengan rasa ingin tahu.

’Pertama, ingin menjadi ’pembantu peribadi’ Allah menjaga Al-Quran kekal hingga
hari kiamat dan keduanya supaya kehidupan Asraff lebih diberkati’

Dua point utama itu amat menarik perhatian


saya kerana melaluinya, segala fikiran negatif ’Pertama, ingin
saya mengenai hafazan terlerai. Selama ini, saya
menjadi ’pembantu
peribadi’ Allah menjaga
tidak pernah terfikir betapa besarnya nilai dan
Al-Quran kekal hingga
kedudukan para penghafaz Al-Quran hingga
hari kiamat dan
mencapai tahap semulia itu. Frasa ’menjadi keduanya supaya
pembantu peribadi Allah’ amat memberi kesan kehidupan Asraff lebih
positif sehingga saya berfikir ketika itu, para diberkati’
penghafaz Al-Quran adalah ’agen-agen khas’
atau ’wakil V.I.P’ Tuhan selepas para Anbiya’ dan Auliya’, menjalankan ’mission
not-so-impossible’nya – mengekal dan melindungi kelangsungan kitab suci Tuhan
dengan cara menghafaznya!

Nampak sekali imbas, macam jadi ’special agent’ dalam filem aksi pula! Tetapi
itulah yang tergambar dalam fikiran remaja seusia 14 tahun, pemikiran yang banyak
juga dipengaruhi filem dan drama siri penyiasatan. Apapun, kata-kata Ustaz Rahim itu
telah tertanam kukuh laksana ’mikrocip super’ dalam ingatan sehingga beban frasa
’menghafaz Al-Quran’ sebesar Gunung Kinabalu hancur menjadi ’debu-debu
yang berterbangan...’.
Selanjutnya Ustaz Rahim menjelaskan ‘Asraff, ada sejuta nikmat tersembunyi,
1,000 perkara positif yang akan Allah berikan kepada mereka yang bergelar
A-l-h-a-f-i-z…. Cuba lihat ulama dan para solafussoleh terdahulu, hidup mereka
biasa-biasa saja, tapi ada faktor keberkatan dalamnya….’

Faktor inilah yang ingin saya kongsikan


dengan anda. Satu-satunya unsur yang hanya ’Blessing’
ada dalam agama Islam tetapi tidak pada atau ’Spiritual
kepercayaan lain. Faktor yang bakal menjadikan
Happiness’ kata
Inggerisnya. ’Barokah’
hidup kita lebih bermakna disisi Tuhan. Faktor
kata Arabnya sementara
yang berperanan sebagai pil penenang walaupun
’berkat’ kata melayunya.
kita hidup ’rushing’ di kotaraya besar, atau Semuanya menuju
berpendapatan ’kasi pagi makan pagi, kais makna yang satu iaitu
petang makan petang’. Faktor yang boleh ’kehidupan yang
menukarkan rumah kecil kita terasa sebesar diberkati, kepuasan
banglo agam, kehidupan 24/7 kita penuh hidup tertinggi’
kepuasan, dan setiap dugaan serta nikmat kita
hadapi dengan perkataan ’Alhamdulillah’ terlafaz di hujung bibir yang tersenyum
mekar.

’Blessing’ atau ’Spiritual Happiness’ kata Inggerisnya. ’Barokah’ kata Arabnya


sementara ’berkat’ kata melayunya. Semuanya menuju makna yang satu iaitu
’kehidupan yang diberkati, kepuasan hidup tertinggi’ andai kita benar-benar
mencurahkan masa dan tenaga untuk menghafaz, memahami dan mengamalkan
kandungan Al-Quran.
Jika Ustaz Rahim meluruskan kefahaman saya berkenaan visi menghafaz, Cikgu
Kamaruzzaman pula banyak menyedarkan saya betapa pentingnya teknik, prioriti
dan pengurusan masa yang betul ketika menghafaz. Bercerita mengenai beliau,
saya memiliki banyak nasihat menarik yang boleh dikongsikan dari guru penolong
kanan merangkap warden asrama (kini pengetua sebuah sekolah menengah agama)
ini.

Benar kata cerdik


Benar kata cerdik pandai, motivasi amat pandai, motivasi amat
penting dalam kehidupan, kerana ia mampu penting dalam
menukar seekor ulat menjadi gergasi. Itulah kehidupan, kerana ia
kepakaran yang dimiliki oleh Cikgu Kama melalui mampu menukar seekor
kata-kata nasihatnya yang bersahaja. Pernah
ulat menjadi gergasi.
Itulah kepakaran yang
ketika saya menghadapi kesukaran
dimiliki oleh Cikgu
menyeimbangkan tuntutan muqarrar hafazan dan
Kama melalui kata-kata
mata pelajaran akademik, saya sempat pesimis nasihatnya yang
hingga kadangkala terpaksa mengurungkan niat bersahaja
mencapai yang terbaik dalam pelajaran.

Ketika itulah Cikgu Kama memberi saya semangat ’Asraff harus teruskan
usaha.... Jangan cepat pesimis dan mengalah dengan kesukaran....yang penting teknik
’study’nya kene betul-betul ’smart’, bukan ’study hard!’

Saya akhirnya menurut saranan beliau. ’Study’ mesti ’smart’, bukannya ’hard’.
Tekniknya kena betul bukannya melulu semberono. Pembahagian masanya kena
seimbang dan ‘based on priority’, barulah 24 jam betul-betul dimanfaatkan sebagai 24
jam. Pendek kata, Cikgu Kama mengajarkan saya tentang pentingnya proses,
pengurusan dan teknik, bukannya hentam keromo atau ’main langgar’ sahaja.

Tambah beliau lagi ’Jangan mudah berkrompomi dengan nilai waktu kosong
walau dalam apa jua situasi pun. Kuatkan kepercayaan diri, selalu melihat ke depan.
Dapatkan nasihat terbaik dari guru-guru terbaik disini, sekalipun mereka guru
akademik. Miliki komitmen untuk sentiasa mencapai keputusan terbaik. Belajar untuk
berfikiran ’best of the best’. Dan jangan lupa, dapatkan semua kekuatan Asraff itu dari
Allah!’

Wow! Terlopong saya mendengar kata-katanya. Macam motivator ulung


bukannya guru biasa! Sampai hari ini ucapan itu terngiang-ngiang dalam minda saya.
Cikgu Kama mengajarkan kami bahawa tidak ada alasan untuk kita bersifat pesimis
kerana Allah S.W.T tidak pernah berhenti menyalurkan pertolongan, kecualilah jika
iman kita sudah kurang dan keyakinan kita pada kekuasaanNya telah menipis.

Pengajaran yang boleh diambil adalah, teknik perlu betul, tahap motivasi perlu
kekal ’tip-top’ dan keyakinan pada Tuhan perlu seratus-peratus! Itulah antara kesan
positif yang memberi impak cukup besar dalam hidup saya. Kepada cikgu Kama, jika
cikgu membaca buku ini, saya ingin mengucapkan - ’terima kasih cikgu atas
segalanya!’

Berdasarkan cerita di atas, apakah yang perlu kita miliki supaya proses hafazan
kita bertukar dari ‘sukar’ kepada ‘mudah’ dan dilalui dengan ‘tidak berkerut muka
sedikit pun? Ini manfaat besar yang ingin saya ’highlight’kan kepada anda :

1. Visi menghafaz anda amat bernilai tinggi : menjadi


’pembantu’ Tuhan secara tidak langsung mengekalkan
Al-Quran.
2. Kehidupan anda akan lebih diberkati.
3. Teknik menghafaz perlulah betul, sesuai dan praktikal
agar hafazan menjadi mudah dan santai.

Kaedah Jibril cuba berkongsi dan menghuraikan segala matlamat tersebut.


Matlamat besar untuk membantu anda ’upgrade’ bacaan surah solat dari juz A’mma ke
surah-surah popular yang lebih panjang. Impian menggunung untuk mengalihkan
Al-Quran yang tersimpan ‘suci dalam debu’ dalam almari buku ke dalam dada setiap
umat Islam. Cita-cita besar untuk memahamkan umat islam bahawa menghafaz itu
sungguh nikmat.

Dan jika anda termasuk dikalangan orang yang sukar menghafal ayat-ayat
Al-Quran serta mudah melupakannya, pertamanya anda tidak perlu risau kerana
Kaedah Jibril sudah siap untuk menangani masalah itu. Keduanya ialah, aktifkan
perasaan ’Husnuz Zhon’ kerana jika ’mindset’ kita kekal positif, percayalah kita tidak
akan pernah kecewa.

Bak kata petikan nasihat kasih sayang Tuhan ’Laa taqnatuu min rahmatillah! –
Jangan putus asa dari rahmat Allah! (Surah Zumar, 53).

Bersediakah anda ’bergerak dengan kelajuan penuh sekarang?’ – Pasti & confirm
100%, kerana rahmat Allah bersama kita! Ayuh kita ke bab seterusnya!
Bab ini merupakan bab terpenting...
Mengapa?
Kerana ia akan menjawab persoalan ’mengapa saya perlu menghafaz
Al-Quran?’

Melalui bab ini juga, anda akan memperoleh pandangan baru terhadap
Al-Quran, menjadikannya ’buku wajib’ yang akan dibelek lebih awal dari akhbar harian
setiap pagi. Malah, anda akan mendapati 6,236 ayat Al-Quran itu bukan sekadar
dibaca untuk tujuan pahala, tetapi berfungsi lebih hebat dari itu. Ia bakal
memotivasikan anda serta menjadikan kehidupan lebih positif setiap hari,
24 jam sehari, 365 hari setahun.

Dan kepada mereka yang masih berpegang kepada senarai ’101 alasan
mengapa saya kekalkan bacaan ’3 Qul’ dalam solat selamanya’, bab inilah yang
wajib anda hadam dahulu kerana ia bakal menghilangkan segala keraguan tersebut.
Melaluinya, anda akan memperoleh mentaliti baru iaitu ’Just ’Hafaz’ it’. Fokus anda
untuk menghafaz Al-Quran semakin tinggi tidak kira siapapun dan apapun
latarbelakang anda :

 Anda mungkin seorang professor,


 Anda mungkin seorang surirumah,
 Anda mungkin seorang imam surau,
 Anda mungkin seorang pelajar IPT,
 Anda mungkin seorang pegawai kerajaan....

Percayalah, bab ini akan menyalurkan kekuatan 1000 kali ganda kepada anda
kerana ia membentangkan manfaat yang tidak terbatas – ’hasanah’ di dunia,
’hasanah’ di akhirat!
”Menghafaz Al-Quran ini elok ’start’ dari kecil, bukannya ketika rambut berlumba-
lumba gugur dari kepala ustaz.....” keluh seorang anak murid saya dalam kuliah
hafazan kami.

”Betul tu....tapi kalau puan nak tahu, Rasul mula menghafaz bukan semasa 4
tahun, tapi 40 tahun!...” saya cuba merasionalkan keluhannya.

Memang diantara ribuan sunnah Rasulullah S.A.W. yang sering diamalkan, ramai
yang tertinggal satu sunnah besar ini : Mengikuti sunnah Rasul menghafaz Al-Quran.
Dan yang menariknya, Rasul mula menghafaz Al-Quran ketika usia menghampiri
pencen, iaitu 40 tahun. Jangkamasanya pula panjang : 22 tahun, 2 bulan 22 hari.
Maknanya, jika golongan dewasa ingin menghafaz surah Al-Quran sekarang, ia adalah
waktu paling ideal untuk anda mengamalkan Sunnah!

”Tapi Ustaz Asraff, hati kami ni dah keruh macam sungai Klang, bukannya
macam Rasul, putih bersih......” seorang lagi bangun, cuba menyokong hujah
sebelumnya.

Saya hanya mampu tersenyum.

Benar, hati kita tidaklah sebersih hati Rasul yang disucikan Malaikat Jibril dengan
air zam-zam. Tetapi ia tidak pula bermakna keruhnya itu tidak dapat dihilangkan. Saya
terus memberikan penyelesaian dalam bentuk analogi : ”Sebab hati kita keruh macam
sungai Klang lah, kita kena hafaz Al-Quran sebagai ’sabun basuh’.... lepas tu tambah
’Qiamullail’ sebagai ’clorox’ pula... barulah hati kita lebih putih dari ’putih’!

Walaupun uban sudah mulai penuh dikepala, tidak bermakna impian menghafaz
Al-Quran terpaksa dikuburkan. Idola kita telah pun membuktikan bahawa hafazan
Al-Quran tidak ada ’tarikh luput’. Ia boleh dimulakan tidak kira usia asalkan ada
kemahuan. Dan jalan mudahnya terbentang di buku ini.

Lagipun sebagai langkah permulaan, memadai untuk anda menghafaz 10 surah


popular dahulu. Yakinlah, jika anda berjaya mengatasi cabaran 10 surah ini, baki 104
surah lain akan menjadi lebih mudah. Hari-hari yang anda lalui ketika menghafaz akan
menjadi hari bernilai tinggi disisi Tuhan, kerana anda sedang mengamalkan satu
sunnah Rasul yang tertinggi, iaitu menghafaz Al-Quran.

Membaca sejarah ilmuan islam membuatkan saya terfikir : apa petua yang
diamalkan oleh para ulama solafussoleh sehingga mampu mengarang berjilid-jilid
kitab? Apa kelebihan golongan yang tidak memiliki Ph.D ini hingga berjaya
menghasilkan buku yang menjadi rujukan berabad lamanya? Dari mana mereka
mendapat kekuatan menulis puluhan jilid kitab di zaman komputer masih belum wujud?

Dan yang paling hebat, apa petua kekuatan ingatan yang mereka amalkan
sehingga mampu mengingati ribuan hadis dan kata-kata ulama tanpa perpustakaan
besar sebagai rujukan? Dan ya, ketika ’kismis doa’ masih belum dijual?

Biar saya berkongsi dengan anda rahsianya. Tidak ada makanan istimewa atau
petua ajaib yang mereka amalkan selain hafazan Al-Quran. Inilah ’makanan berkhasiat’
yang menginspirasi dan memberkati mereka.

Sejak kecil lagi, para ulama agung ini terdidik dengan menghafaz Al-Quran
kerana mereka yakin, inilah faktor utama fikiran mereka menjadi luarbiasa cerdas.
Bagi mereka, fungsi Al-Quran lebih kurang sama seperti oksigen kerana tanpanya,
jiwa dan hati akan mati. Mereka faham betul sabda Rasulullah S.A.W. :

Sesungguhnya seseorang yang didalam hatinya tidak ada


Al-Quran bagaikan rumah yang rosak kosong.
(Riwayat At-Tarmizi)
Kekuatan spiritual inilah yang menjadikan mereka manusia luarbiasa, walaupun
teknologi pada zaman tersebut sederhana sahaja. Maka, sekiranya anda inginkan otak
yang berprestasi luarbiasa, jadikanlah hafazan Al-Quran sebagai ’santapan akal’ agar
kita lebih cerah berfikir dan cerdas berzikir. Apa lagi barang yang paling mulia untuk
diisi dalam pemikiran kita selain Al-Quran?

Kita sering tercari-cari formula paling hebat untuk menjadi manusia paling
sempurna. Kita sanggup mengkaji buku motivasi dari timur hingga ke barat, habiskan
ribuan ringit hadiri seminar dua tiga hari, pelajari teori dari motivator terulung dunia
tanpa menyedari formula itu terpampang didepan mata melalui peribadi Rasulullah
S.A.W.

Sebenarnya, kita tidak perlu pergi terlalu jauh. Cukup dengan mengkaji
bersungguh-sungguh susuk manusia sempurna iaitu Rasulullah S.A.W. - bicaranya
dakwah, diamnya zikir, nafasnya tasbih, fikirannya ’husnuz zhon’, tangannya sedekah,
kakinya jihad, kerinduannya syariat Allah, dan legasi yang baginda tinggalkan mampu
membina tamadun dan mencorakkan dunia, walaupun bermula dari tanah gersang
arab yang tandus.

Ingin tahu rahsianya? Ini dia ’buku motivasi’ yang selalu dirujuk Rasulullah S.A.W. :

Ketika ditanya Aisyah, apakah akhlak Rasulullah S.A.W.?


Beliau menjawab ”Kaana khuluquhu Al-Qur'an” : Akhlaknya
adalah Al-Quran.
(Riwayat Muslim)

Sifirnya mudah. Al-Quran. Mungkin ada yang terfikir, di mana letaknya rahsia
formula teori pengajaran Al-Quran yang begitu sempurna itu? Saya melihatnya begini :
Al-Quranlah satu-satunya buku di dunia ini di mana isi kandungannya berjaya
menggabungkan dengan begitu baik sekali unsur akal serta hati, usaha serta
tawakkal, iman dan amal serta zikir dan fikir. Fikiran anda akan merasa takjub dengan
ketepatan faktanya, manakala hati anda pula akan tenang dengan sapaan zikir
ayatnya.

Dan Rasulullah S.A.W. selaku bukti model kejayaan formula Al-Quran telah
menunjukkan kita kehebatannya. Dengan Al-Quran, kita mampu meluruskan pemikiran
dan peribadi kita, dan melalui Al-Quran kita bakal memperolehi formula yang tak
mungkin wujud sebarang cacat atau cela. Itulah Al-Quran, kitab yang tidak ada
’bengkang-bengkok didalamnya’ :

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada


hambaNya Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan
padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).
Surah Al-Kahfi, 1

Saya selalu terfikir, kalaulah Tuhan memiliki senarai ’kroni-kroni’-Nya (selain para
Anbiya’), apa yang perlu saya lakukan supaya termasuk dalam senarai tersebut?
Alhamdulillah, saya temui salah satu jawapannya dalam hadis ini, dan kini saya
kongsikannya dengan anda :

Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabat dikalangan


manusia. Lalu mereka bertanya : siapakah mereka Ya
Rasulullah? Jawab Baginda : Mereka adalah Ahli Al-Quran,
merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang
pilihanNya.
(Riwayat Ibnu Majah)
Bagi saya, menghafaz Al-Quran akan membuatkan kita menjadi salah seorang
’kerabat Allah’ atau kata yang mudah kita fahami – ’kroni’ Allah. Melaluinya, kita akan
setingkat lebih istimewa dari 1.3 bilion umat islam yang masih hidup. Kita memang
perlu berusaha untuk melakukan amalan lebih dari solat, puasa, zakat dan haji kerana
dari situlah, kita menunjukkan kepada Tuhan yang kita begitu bersungguh-sungguh
hendak ke syurga. Bukankah nikmat luarbiasa syurga hanya akan dinikmati oleh
manusia luarbiasa? Maka usaha kita tidak boleh ’biasa-biasa’. Kita perlukan usaha
110% dan lebih ekstrem, kerana syurga tidak dapat dimasuki dengan amalan ’cukup
makan’ sahaja. Ini bukan tekaan semborono saya. Inilah yang Tuhan gambarkan :

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga


padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang yang
berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di
antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang
yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
Surah Ali-Imran, 142

Kalau mahu jujur, jika diukur dengan amalan sekarang, mungkin pintu syurga pun
kita tak dapat jejak. Nasib baiklah hadis ini menyediakan jalan pintas untuk membeli
’tiket’ syurga. Dengan menjadi ’Ahlullah’ kita sedang menempatkan diri dalam
lingkungan hamba yang Allah perhatikan. Setiap kali menghafaz Al-Quran, kita sedang
bersimulasi seolah-olah Tuhan sedang berbicara dengan kita melalui wahyu-Nya.

Dan yang paling utama, menjadi ahli kelab ’Ahlullah’ inilah yang akan
membuatkan sedikit istimewa dari yang lain, kerana kita menempatkan diri dalam
golongan ’satu dalam sejuta’. Itulah golongan pencinta Al-Quran disaat ramai orang
muslim menjauhkan diri darinya, situasi yang pernah Tuhan gambarkan bakal terjadi
di zaman ini :

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya


kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan
yang ditinggalkan, tidak dipakai".
Surah Al-Furqan, 30
Masih teringat lagi pada tahun 2002, ketika saya masih belajar di Mesir, saya
sering merasa takjub dengan masyarakatnya yang begitu ramai menghafaz Al-Quran.
Di sana, jika seorang imam tergagap atau terlupa bacaan dalam solat, dia tidak perlu
risau, kerana sambungan ayatnya akan ’berdengung’ dibacakan oleh ratusan makmum
dibelakangnya. Saya pernah bertanyakan Syeikh Rahim, salah seorang guru Qiraat
kami mengenai fenomena menakjubkan itu.

”Syeikh, mengapa terlalu ramai orang Mesir menghafaz Al-Quran, tidak kira tua
atau muda, agamawan atau professional?”

”Asraff, selain mengejar pahala Asraff, selain mengejar


dan keberkatan, dengan menghafaz pahala dan keberkatan, dengan
Al-Quran, kami percaya yang kami menghafaz Al-Quran, kami
sedang ’membantu’ Allah secara tidak percaya yang kami sedang
langsung memelihara Al-Quran” jawab ’membantu’ Allah secara
Syeikh yang memiliki air muka
tidak langsung memelihara
Al-Quran
menyejukkan itu.

Mungkin inilah sebab sama yang dikongsi oleh jutaan manusia di puluhan ribu
maahad tahfiz di muka bumi ini. Mereka bukan setakat melakukannya secara rela,
bahkan sanggup bergolok-bergadai dan bersusah-payah kerananya. Bagi mereka,
gelaran ’hafiz’ bukan dimonopoli oleh golongan agamawan sahaja, tetapi sesiapa
pun boleh memilikinya.

Itulah jawapan rasional yang paling kukuh pernah saya temui untuk
menjustifikasikan sebab utama saya menghafaz Al-Quran. Dengan menghafaz, anda
sedang menjawat jawatan ’pembantu kanan Tuhan’. Dengan menghafaz, anda secara
tidak langsung menolong Tuhan mengekalkan keaslian kandungan Al-Quran.
Malah saya pernah terfikir secara ekstrem, jika ditakdirkanlah semua kitab atau
tulisan Al-Quran dimuka bumi ini hilang, yakinilah tidak sampai 1 jam, ia akan mudah
diwujudkan semula oleh jutaaan para hafiz seluruh dunia, tanpa berbeza walau
sedikitpun dengan naskhah asal.

Sewaktu membaca kisah tauladan dari Al-Quran, saya terfikir, bagaimana cara
termudah untuk merasai pengalaman ’berdialog’ secara langsung bersama Tuhan?
Wujudkah jalan pintas ke arah itu tanpa bersusah payah seperti Nabi Musa yang
terpaksa mendaki Gunung Sinai, atau menembus 7 petala langit seperti Rasulullah
S.A.W. ketika Isra’ Mikraj?

Jawapannya saya temui setelah menghafaz Al-Quran. Dengan 6,236 ’Kalamullah’


tersimpan di fikiran, anda boleh mendengar ’Tuhan berbicara’ bila-bila masa sahaja.
Seronok rasanya bila anda mendapat peluang berkomunikasi dengan Tuhan secara
langsung sebegini. Anda boleh mendapatkan nasihat-Nya jika tersilap arah dan anda
juga boleh memilih tips-tips sesuai untuk membuat keputusan tepat dalam hidup.
Seandainya anda berhadapan dengan situasi tegang seperti ”tolonglah...kepala saya
sudah berasap-asap kerana masalah ini!”, ada 6,236 jalan keluar yang boleh anda
aplikasikan ketika itu!

Inilah antara kelebihan menghafaz Al-Quran, kehidupan anda terasa lebih dekat
dengan-Nya. Setiap kali berhadapan masalah atau rintangan, anda boleh ’berdialog
bersama Tuhan’ secara aktif, bukannya pasif seperti sebelum ini, kerana nasihat
dari-Nya boleh anda perolehi secara ’real time’. Barulah ketika ini, anda benar-benar
merasa Tuhan itu dekat di hati seperti yang digambarkan oleh ayat ini :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai


Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku
(Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)....
Surah Al-Baqarah, 186
Begitulah caranya saya merasai nikmat menghafaz Al-Quran. Dengan memiliki
’kata-kata hikmah’ dari Tuhan, ia akan menyalurkan kekuatan motivasi dalaman yang
mengubah diri saya daripada statik kepada bergerak, daripada hampa kepada ceria,
daripada lemah menjadi kuat, daripada bosan menjadi gembira, dan daripada putus
harapan kepada perasaan optimis dan positif terhadap kehidupan. Itulah kehebatan
‘suaraTuhan’, Al-Quran.

Jika ada orang bertanya anda ”Bagaimana keadaan imanmu?”. Jawapannya


mungkin : tiada ukuran yang tepat, tetapi ada beberapa soalan seterusnya yang boleh
membantu :

 Adakah anda merasa lebih dekat atau lebih jauh dari


Tuhan dalam solat 5 waktu akhir-akhir ini?
 Adakah anda semakin banyak membaca Al-Quran atau
semakin sedikit?
 Bagaimanakah kadar sedekah anda, adakah ia semakin
meningkat atau semakin berkurang?

Semua masalah diatas bertitik-tolak dari satu punca utama iaitu suasana hati.
Hati nurani bagaikan 'kotak hitam' yang merakam segala episod kehidupan anda.
Saat ini pun hati kita merakam dengan baik sekali akibat segala yang kita lakukan
sejak berpuluh tahun lalu. Adakah kita melakukan maksiat? Adakah kita penuhinya
dengan taat? Segalanya dirakam dengan begitu baik sekali. Kerana itulah, Allah
menjadikan hati sebagai saksi pada hari kiamat nanti :

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam


dalam dada (hati).
Surah Al-Aadiyaat, 10.
Saya sendiri sering berfikiran negatif dalam kehidupan seharian. Barangkali
’screening system’ dalam hati saya tidak berfungsi dengan baik. Semoga Allah terus
membantu saya untuk berfikir jernih.

Maka apakah cara terbaik untuk memastikan prestasi iman di hati sentiasa stabil
dan kalau boleh makin meningkat tinggi? Antaranya ialah menghafaz Al-Quran. Saya
memahaminya begini : dengan menghafaz, anda secara tidak langsung menjadikan
Al-Quran sebagai ’penapis dalaman’ hati dari kotoran dosa. Jika anda terlintas
untuk melakukan maksiat, ada 6,236 ayat Al-Quran akan menasihati anda agar
menjauhinya. Ia akan berfungsi sebagai satu sistem pencegah ynag mengelakkan
anda terlibat dengan sebarang maksiat dan dosa.

Walaupun ini dilihat dari sudut psikologi, tapi impaknya sangat besar. Untuk
menjaga kestabilan iman, anda perlukan penapis yang boleh dipercayai dan terbukti
berkesan. Untuk menjadikan fikiran sentiasa jernih dari persepsi negatif, anda perlukan
’screening system’ yang disahkan berkualiti tinggi. Tidak lain tidak bukan hanya
Al-Quran sajalah yang layak melakukannya.

Buktinya ramai ulama termasuk para solafussoleh, para auliya’, sahabat serta
Rasulullah S.A.W. berjaya memiliki hati yang bersinar-sinar melalui Al-Quran.
Kehidupan mereka penuh dengan hidayah, rahmat, maghfirah serta makrifah kerana
hati mereka cukup jernih dengan Al-Quran tersimpan rapi sebagai ’filter’ pembersihnya.

Subhanallah, ternyata syurga ketenangan itu boleh anda nikmati dengan hati
yang berpandukan Al-Quran. Benarlah janji Allah kepada mereka yang menjadikanNya
sebagai pusat harapan :

Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-oran


beriman, mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur)
kepada cahaya (iman).....
Surah Al-Baqarah, 257
Walaupun hujah di atas tidak melebihi bilangannya dari hitungan jari-jari anda,
tetapi jika ia benar-benar difahami, anda akan mendapat 1,000 kepuasan darinya.
Saya amat yakin, inilah pendorong utama para hafiz Al-Quran iaitu selain ganjaran
syurga akhirat, ada syurga dunia yang sedia menanti. Itulah dia nikmat kehidupan yang
berjalan lurus berpandukan Al-Quran.

Maka percayalah, hidup anda akan lebih bahagia dengan menghafaz Al-Quran.
Cuma untuk mendapatkannya, anda perlu bersiap-sedia untuk berlari maraton,
serlahkan segala kemampuan anda dan bersedia untuk merasa sedikit penat-lelah.
Nikmat kebahagiaan tersebut tidak akan dicapai dengan usaha seperti berjalan
berlenggang-lenggok. Anda perlu mula berlari sekarang kerana hidup kita terlalu
singkat untuk diisi dengan pergi menuju Tuhan secara berjalan. Kita harus berlari
sebelum waktu kita di dunia berakhir.
Semangat berlumba-lumba
Semangat berlumba-lumba inilah inilah yang perlu ada bagi
yang perlu ada bagi setiap para huffaz. setiap para huffaz. Al-Quran
Al-Quran menyatakannya sebagai menyatakannya sebagai
’fastabiqul khairat’, manakala orang
’fastabiqul khairat’, manakala
orang Jepun pula
Jepun pula menggelarnya sebagai
menggelarnya sebagai
semangat ’kaizen’ (terus-menerus
semangat ’kaizen’
mempertingkatkan diri). Apabila sifat ini
terpasak kukuh dalam minda, barulah hidup kita lebih bermakna, kerana tujuan hidup
kita bukan semata untuk hidup sahaja, tetapi berprestasi tinggi untuk Yang Maha Hidup
(Allah S.W.T).

Insyaallah, keyakinan anda untuk menghafaz akan menjadi semakin kukuh. Saya
mengalu-alukan anda untuk terus membaca bab selanjutnya kerana dengan membuka
selebar-lebarnya pintu hidayah Allah, yakinlah anda akan bernafas lebih lega dan
harmoni. Yakinlah, anda akan lebih gagah melangkah.
M asih terbayang lagi, pengalaman pertama saya mengendalikan
seminar Kaedah Jibril di Bukit Damansara. Saya telah dihujani dengan
seribu satu soalan dari 250 hadirin yang hadir. Berdasarkan latar belakang hadirin
yang pelbagai, tidak hairanlah begitu banyak jenis soalan yang diterima. Ada berbentuk
soalan saintifik, soalan keberkesanan, soalan teknikal, hukum-hakam dan tidak lupa,
soalan cepumas. Disebalik berpuluh-puluh cadangan dan perkongsian idea yang
begitu positif, terdapat juga beberapa pandangan negatif berbentuk alasan, dalil serta
dalih ketidakmampuan mereka menghafaz Al-Quran mengikut Kaedah Jibril.

Ada alasan yang boleh diterima akal, tetapi ada juga yang langsung tidak boleh
dikrompomi. Yang paling menariknya adalah, saya dapati sebahagian alasan tersebut
berkongsi motif sama seperti :

 ‘Saya susah nak menghafaz-lah ustaz sebab otak dah


‘Full’
 ‘Kadang-kadang bila hafaz, otak saya selalu ‘hang’
ustaz’
 ‘Macam mana nak atasi masalah ‘otak berasap’ ustaz?
 ‘Saya dah tua-lah ustaz, otak tak laju lagi macam dulu…’
 ‘Susah lah nak masukkan Al-Quran dalam otak yang
berkarat ni ustaz..’

Anda nampak ke mana semua alasan ini menuju bukan? – Hafazan sukar
kerana tidak yakin dengan kemampuan otak. Persoalannya, benarkah andaian itu?
Adakah benar prestasi ingatan akan menurun ketika umur semakin meningkat? Betul-
kah fikiran kita sudah ‘penuh’ sepertimana yang selalu kita sangkakan?

Cara terbaik untuk menukar keraguan anda menjadi keyakinan ialah dengan
mengenali puncanya betul-betul. Bab ini akan mendedahkan jawapannya.
Saya akan memperkenalkan anda informasi tentang otak manusia. Saya akan
memberikan jawapan kukuh kepada segala kemusykilan yang masih berlegar di minda
bawah sedar anda tentang ketidakmampuan otak menyimpan 6,236 ayat Al-Quran.
Saya akan senaraikan sejumlah fakta mengkagumkan mengenai otak, dan bagaimana
ia memiliki kemampuan luarbiasa sehingga digelar ‘otot kecil berkuasa raksasa’.

Tidak lupa juga, saya ingin mengajak kita meningkatkan rasa syukur kepada Ilahi,
kerana dengan kemampuan berfikir menerusi otaklah, Allah mengangkat kedudukan
kita lebih tinggi dari malaikat jika bertakwa, serta membezakan kita dari binatang.
Semoga dengannya anda akan lebih yakin menghafaz, anda menjadi lebih cerdas dan
lebih bahagia. InsyaAllah.

Selama berabad-abad lamanya manusia bergantung kepada otak yang


seberat sekitar 1.75 kilogram untuk merakam segala ingatan. Malah setiap saat, kita
menggunakan otak untuk berfikir sepanjang masa, tetapi sejauh manakah kita benar-
benar mengetahui dan menggunakan potensinya?

Sebagai jawapan awal untuk mengetahui potensi sebenar otak, kita mulakan
dengan kuiz berikut : Dengan berjuta-juta ingatan dan informasi tersimpan dalam
ingatan anda sejak kecil hingga sekarang, agak-agaknya ia mewakili berapa
peratus dari ruang simpanan otak anda?

A. Hampir penuh
B. 90 peratus
C. 50 peratus
D. 5 peratus

Adakah jawapan A yang anda teka? Salah, cuba lagi. B? Kurang tepat. Jawapan
yang memeranjatkan ialah : semua jawapan di atas tidak tepat, kerana selama hidup,
kita ternyata baru menggunakan TIDAK SAMPAI 1 PERATUS dari potensi sebenar
otak kita yang superhebat itu!

Maknanya, ada 99% ruang simpanan otak yang masih kosong sedia untuk
digunakan. Kerana itulah, kesemua peneliti otak termasuk pakar pendidikan, ahli
psikologi, ahli biologi dan pakar neuro-fisiologi amat mengkagumi organ yang sangat
ajaib ini. Bagi mereka, otak merupakan ‘mesin kecil berkuasa tinggi’ di mana
melaluinya, manusia berjaya melakukan berbagai-bagai perkara menakjubkan.
Patutlah gelaran khalifah yang istimewa itu hanya diberikan kepada manusia, tidak
kepada makhluk Tuhan lain kerana kelebihan berfikir yang dimilikinya.

Oleh itu, sebelum kita terlalu terkagum-kagum dengan kehebatan ‘hard disk’
komputer, kita sepatutnya lebih kagum lagi dengan otak yang dicipta Tuhan dalam
tubuh manusia. Patutlah Tuhan menyuruh kita betul-betul menyelidik diri kita dahulu
untuk mengkagumiNya.

Dan juga pada diri kamu sendiri, maka mengapa kamu tidak
mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Surah Az-Zariyat, 21

Tetapi agak-agaknya, berapa banyak jumlah ingatan yang boleh otak kita
simpan?

Saya masih teringat jawapan spontan yang saya lontarkan ketika berhadapan
dengan rungutan sebahagian anak murid yang sukar menghafaz Al-Quran di Darul
Quran 3 tahun lalu :

“kalau berkhayal, mengingat jalan cerita filem bahkan mengumpat itu pun boleh kita
ingat, takkanlah ayat Al-Quran yang jumlahnya 6,236 itu pun tak dapat kita hafaz…..
tidak ingat ke tidak minat?”
Semuanya terdiam. Kelu tanpa alasan. Saya pecahkan kesunyian mereka :

“Bagi ustaz, otak kita berpegang kepada satu pepatah sahaja iaitu - semakin
banyak menghafaz, otak semakin meriah dengan pahala!”

Tidak perlu dipersoalkan lagi bahawa otak manusia memang sangat amat
menakjubkan. Namun, tahukah anda seberapa hebatnya otak kita itu? Saya akan
bandingkannya dengan komputer tercanggih di dunia. Jika kekuatan menyimpan
informasi otak ini diibaratkan sebesar seekor gajah, agak-agaknya besar mana
kekuatan menyimpan data komputer tercanggih boleh dibandingkan dengannya?
Adakah ia sebesar tikus? Tidak, itu terlalu besar. Semut? Hampir tepat, tapi lebih kecil
lagi.

Baiklah, untuk memudahkan anda, saya dedahkan jawapannya : lebih kecil dari
kuman yang terletak dicelah-celah belalai gajah!

Ternyata, kecerdasan otak berkali-kali ganda lebih hebat dari kecerdasan


komputer yang paling canggih di dunia. Para saintis menganggarkan otak kita mampu
menyimpan 125.5 trilion ingatan. Jumlah ini adalah 10,000 kali ganda maklumat
Encylopedia Britanica yang terkenal dengan 32 jilidnya yang tebal-tebal itu. Tetapi
sebenarnya, fakta ini bukanlah jawapan mutlak kepada jumlah sebenar kapasiti otak,
kerana menurut kajian seorang pakar Psikologi yang bernama Professor Pyotr
Anokhin, jumlahnya jauh lebih besar sebenarnya! Ini hasil kajiannya :

1. Kajian setengah abad dahulu : anggaran kapasiti


memori yang boleh diingati : 1, diikuti 100 angka 0
d i b e l a k a n g n y a . ( C o n t o h :
1,00000,00000,00000,00000,00000,
00000,00000,00000,00000,00000,00000,00000,00000,0000
0,00000,00000,00000,00000,00000,00000)
2. Kajian beberapa puluh tahun kebelakangan : jumlah
meningkat kepada : 1, diikuti 800 angka 0.
3. Kajian paling terkini : angka 1, diikuti 10.5 JUTA angka
0!
Angka kosong dalam fakta nombor 3 tidak perlu saya taip disini. Jika tidak, buku
ini akan menjadi 100 jilid hanya untuk menulisnya!

Maka apa kesimpulan yang boleh kita dapati?

Pertama : kemampuan otak yang dianugerahkan Allah sangat tidak terbatas.


Kedua : dengan memasukkan 6,236 ayat Al-Quran dalam otak anda, ia tidak
akan mengakibatkannya ‘hang’ sebab anda masih memiliki 99% ruang kosong.
Ketiga dan terbagus : otak anda makin diberkati sebenarnya. Ini kerana Al-Quran
bukan berfungsi sebagai mesin penambah, tetapi lebih mirip kepada mesin
pengganda. Sifirnya bukan 1+1 jadi 2, tetapi 1+1 jadi 20! Ini yang saya fahami dari
hadis berikut :

"Sesiapa membaca satu huruf dari Al-Qur'an maka untuknya


satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh
kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif
adalah satu huruf, Lam adalah satu huruf dan Mim adalah
satu huruf."
(Hadith riwayat Tarmizi)

Otak kita sangat hebat dalam banyak hal! Berikut saya datangkan contoh mudah
dari keajaibannya. Ketika anda sedang membaca buku ini, tahukah anda, otak bukan
lakukan satu tugas, tetapi berpuluh-puluh tugas lain serentak? Antaranya ialah :

 Bekerja keras dengan organ mata serta beribu-ribu


sarafnya untuk menafsirkan setiap patah perkataan
yang sedang anda baca.
 ‘Pekerja dalaman otak’ sedang bertungkus-lumus
menerima, menyimpan dan menyusun ribuan maklumat
yang baru diterima dari buku ini dalam stor ingatan!
 ‘Pakar think-thank otak’ pula sibuk menghasilkan emosi
terbaik dari pembacaan buku ini, agar fikiran dan
tindakan anda lebih positif dan bermotivasi untuk
menghafaz Al-Quran.
 Mengawal kadar degupan jantung, aliran darah dan
perjalanan organ lain supaya ia sentiasa seimbang.
 Mengatur nafas serta mengawal suhu badan, dan
menyelaraskan segala hormon agar tumpuan anda
membaca buku ini terus konsisten.

Serta banyak lagi. Menariknya, ketika anda terfikir ‘saya sedang melakukan satu
perkara sahaja iaitu membaca buku’, otak anda pula menjawab ‘kami sedang sibuk.
Ada 100 million pekerja kami (sel saraf otak) sedang bertungkus lumus dan bekerja
keras supaya anda faham buku ini!’

Begitulah hebatnya ciptaan Allah bernama otak. Melaluinya potensi berfikirlah,


hidup anda teras lebih nikmat dan berwarna-warni, termasuk mengenali warna epal
yang dimakan, membezakan bau minyak wangi dan merasakan pedasnya masak
lemak cili padi. Termasuk juga perasaan takut lari dari hilaian pontianak serta saat kita
menitiskan air mata, khusyuk beribadah kepada Tuhan.

Melihat kepada hebatnya ciptaan Tuhan ini, apa yang kita perlu lakukan?

Pertamanya ialah, kita harus memperbanyakkan bersyukur kepada Allah, kerana


inilah antara sebab Allah membekalkan kita mata, telinga, otak, hati, jantung dan
sebagainya sebagaimana firmanNya :

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu


pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi amat sedikit yang
bersyukur."
Surah Al-Mukminun,78
Keduanya ialah, melalui hafazan Al-Quran, kita sedang memberikan
latihan-latihan untuk mengasah otak agar potensinya dapat ditingkatkan semaksimum
mungkin. Dengan meneliti bacaan paling diberkati, otak anda akan semakin
berprestasi tinggi. Apabila ‘mesin dalaman’ otak sentiasa berfikir dan berzikir dengan
Kalamullah, InsyaAllah ia akan lebih canggih, bertambah kompleks dan semakin
berdaya kuasa.

Dengan menyedari ruang simpanan otak tidak terbatas, pandangan anda


terhadap hafazan akan berubah – cara anda menghafaz, cara anda mengulang dan
cara anda menghadapi masalah hafazan untuk selamanya. Ertinya, anda akan merasa
lebih yakin dengan diri sendiri selepas ini. Setiap fikiran negatif yang pernah anda
fikirkan tentang kemampuan otak akan berubah.

Tiada penghalang lain yang boleh Kemampuan inilah yang


membantutkan usaha menghafaz membezakan anda dari
Al-Quran kerana anda sedar, Tuhan makhluk lain, dan
telah menciptakan 1 organ yang begitu disebabkannya juga kita layak
luarbiasa dalam diri anda untuk
memegang gelaran ’Ahsani
taqwim’ – sebaik-baik
memastikan hafazan berjaya.
kejadian.
Kemampuan organ inilah yang
membezakan anda dari makhluk lain,
dan disebabkannya juga kita layak memegang gelaran ’Ahsani taqwim’ – sebaik-baik
kejadian.

Pendek kata, anda benar-benar luarbiasa!

Berita ini menjadi semakin bagus bila anda mengaitkan segala informasi bab ini
dengan bab sebelumnya – bagaimana Allah menyediakan ruang pahala, fadilat,
kelebihan dan seribu satu lagi keistimewaan lain. Secara fizikalnya, hafazan anda tidak
mungkin gagal kerana ada ’cip super’ tertanam dalam kepala, manakala secara
spiritualnya, semakin banyak hafazan, kedudukan anda bertambah tinggi disisi Allah.
Dengan kata lain, tidak ada perkataan rugi bagi penghafaz Al-Quran kerana semua
usaha mereka dikategorikan sebagai ‘win-win situation’ belaka. Inilah yang kita cari
dalam doa yang tidak pernah lekang dari bibir kita :

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan)


berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab
neraka".
Surah Al-Baqarah, 201

InsyaAllah, anda akan cemerlang di dunia, gemilang di akhirat dengan


hafazan Al-Quran!
A khirnya, kita sudah tiba ke bab yang dinantikan iaitu Kaedah Jibril. Saya akan
menceritakan dahulu mengapa kaedah ini perlu dimunculkan ke permukaan
masyarakat umum.

Kaedah Jibril adalah satu kaedah menghafaz Al-Quran yang direka khas untuk
anda, iaitu mereka yang ingin menghafaz surah-surah popular, tetapi tidak ada masa
ke sekolah tahfiz bagi melakukannya. Kaedah ini memberikan kesempatan kepada
anda, tidak kira tidak apa jua latarbelakang – guru, arkitek, CEO, pelajar universiti,
pengawal, surirumah, pelayan restoran, pensyarah - untuk mula merasai kenikmatan
membaca surah yang lebih panjang dari surah lazim dalam solat.

Jawapannya ialah : Tidak lain tak bukan bersempena nama malaikat pengantar
wahyu iaitu Malaikat Jibril. Tujuan : agar melaluinya, kita dapat mengenang kembali
bagaimana susah-payah Rasulullah S.A.W. menerima Al-Quran dari Malaikat Jibril.
Kita juga akan menyelami bagaimana hebatnya wahyu pertama diturunkan, didahului
dengan kejadian 3 kali pelukan dan seterusnya Rasul diberikan ayat Iqra’ yang agung
itu, kesemua ini dijadikan titik tolak dalam membina Kaedah Jibril.

Masihkah anda ingat akan peristiwa 3 kali pelukan tersebut? Kehadiran


tergempar Malaikat Jibril dengan susuknya yang luarbiasa depan Rasulullah S.A.W.?
Bagaimana Malaikat Jibril memeluk kuat Rasulullah S.A.W. dua kali hingga hampir
sesak nafas Baginda sambil bertanyakan soalan pelik ’Iqra’? Bagaimana selepas
pelukan ketiga barulah Jibril mengajar Baginda wahyu pertama ’Iqra’ bismi Robbikal-
lazi Kholaq?

Tentu anda masih ingat peristiwa terulung dalam sejarah islam itu. Maka dalam
kaedah ini, anda akan dapati kebanyakan tekniknya banyak menggunakan angka tiga,
seperti 3 kali ulang, 3 kali waktu solat, 3 baris dan sebagainya. Tidak syak lagi,
peristiwa 3 kali pelukan itu dijadikan sebagai perlambangan, atau ’titik-tolak’ bagi
membinaKaedah Jibril agar peristiwa agung tersebut sentiasa diingati. Malahan,
kesemuanya disesuaikan berdasarkan gaya hidup anda dan juga sebagai bonus
tambahan, meraikan hadis ini :

Rasulullah S.A.W. bersabda : ... Sesungguhnya Allah itu


ganjil (esa), Dia suka kepada yang ganjil”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling ideal bagi mereka yang sibuk dengan
urusan harian. Sudah tentu, ia tidaklah sesuai untuk semua orang, kerana mencipta
kaedah sebegitu samalah seperti kita mencuba sepasang kasut untuk semua orang.
Berita baiknya ialah, kaedah ini lebih berfungsi sebagai pencetus idea asas kepada
anda, bahawa menghafaz Al-Quran
tidaklah sesukar yang disangka. Berita baiknya ialah,
kaedah ini lebih berfungsi
Kaedah ini juga tidak menjanjikan
sebagai pencetus idea asas
kepada anda, bahawa
sebarang ’mukjizat’ cepat menghafaz
menghafaz Al-Quran
kepada anda. Memang benar, bagi
tidaklah sesukar yang
masyarakat ’mee segera’ yang sudah disangka.
terbiasa dengan kehidupan yang
serba cepat, mereka selalu inginkan
kaedah menghafaz yang segera hasilnya, seperti kata-kata iklan mee segera ’hanya
tambahkan air, selepas 3 minit, hidangan tersedia!’. Kaedah Jibril tidaklah secepat itu
tetapi juga tidaklah terlalu lambat. Ia hanya perlukan 10 kali ganda dari waktu 3 minit
tadi untuk anda menghafaz setiap hari (30 minit).

Ada baiknya saya merumuskannya begini : untuk berjaya sebagai manusia biasa
yang hafaz Al-Quran bukanlah perkara sukar dan mustahil. Pada masa yang sama
saya tidaklah bergurau dengan menyatakan menghafaz Al-Quran terlalu mudah. Ia
tidak sukar sebab ia boleh dilakukan, dan tidaklah terlalu mudah kerana ia memerlukan
sedikit masa, kesungguhan dan komitmen anda.

Pertama dan yang pasti, ayat ’huh, berpeluh juga nak ingat 3 baris!’ akan
terbayang dalam 5 hari pertama. Tetapi jangan risau, ia tidak akan kekal lama. Apabila
fikiran anda sudah mula terbiasa, menghafaz Al-Quran akan menjadi sangat mudah,
terutamanya bila ’gear’ fikiran sudah bertukar dari ’manual’ ke ’automatik’. Ketika ini,
proses menghafaz akan menjadi salah satu dari rutin harian anda. Ia tidak ubah seperti
membaca akhbar, minum teh petang dan juga menonton televisyen.

Apakah pula nikmat yang bakal anda rasai sepanjang menghafaz? Sangat
banyak! Perasaannya sama sewaktu anda meneguk segelas air sejuk ditengah panas
terik matahari, melepaskan kehausan yang amat sangat. Perasaan yang digelar
’lazzatun makrifah' iaitu perasaan seronok bila mendapat ilmu. Kita juga akan mula
merasai apa yang dikatakan hadis sebagai ’kehadiran Tuhan’ dalam ’Hadis Jibril’
yang terkenal :

Rasulullah S.A.W bersabda : ... Engkau beribadah seolah-


olah engkau melihat Allah, tetapi jika engkau tidak dapat
merasainya, ketahuilah Allah sentiasa melihatmu.
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Apabila setiap hari kita memasang niat menghafaz Al-Quran kerana Allah,
ia akan menjadi pengawal, pemantau dan pendorong kita. Lidah kita bertutur dengan
’perkataan Allah’, pemikiran kita disibukkan dengan upaya mengingati zikir teragung,
dan masa yang selama ini dihabiskan sia-sia kini disibukkan dengan berdamping
bersama ’kitab yang tidak mungkin ada bengkang-bengkok didalamnya’.

Anda bayangkan, adakah wujud dunia ini nikmat batin lain yang lebih indah dari
itu? Itulah nikmat permulaan yang bakal anda kecapi apabila memulakan Kaedah Jibril.
Jawapannya adalah : TIADA, selain senaskhah Al-Quran disisi dan semangat
yang membara. Tetapi secara jujurnya, menghafaz Al-Quran tidaklah semudah
membalikkan tapak tangan. Selain harus mengenal dengan baik asas tajwid, anda juga
memerlukan kemampuan tersendiri agar dapat membaca Al-Quran secara tartil, betul
dan lancar. Dengan kata mudahnya, bacaan anda perlulah hampir sama dengan
standard bacaan Qari Al-Quran terkemuka seperti yang banyak dijual dalam kaset atau
CD.

Dan jika anda benar-benar ingin mengetahui adakah bacaan anda sudah
mencapai tahap standard atau tidak, jadilah imam sekali-sekala. Jika para makmum
menepuk bahu dan menggenggam erat tangan anda sambil memuji ’bagus bacaan
tuan’, maknanya anda sudah lulus ujian. Tetapi jika ada makmum yang mufaraqoh dari
awal, nasihat saya, cepat-cepatlah daftarkan diri anda ke kelas tajwid Al-Quran!

Ini adalah soalan cepumas yang sentiasa dilontarkan. Saya tidak mampu
memberi jaminan anda tidak mungkin terlupa ayat yang dihafaz. Hal mustahil sebegini
pasti tidak berlaku (seperti anda tidak mungkin menemui mana-mana kucing yang
bertanduk di dunia ini). Yang penting, di setiap usaha yang dilakukan kerana Tuhan, ia
tidak mungkin dibiarkan sia-sia. Jika anda terlupa atau merasa sukar ketika
menghafaz, pertamanya anda tidak berhak berputus asa, kerana anda masih belum
sampai ke jalan buntu.

Keduanya dan yang lebih penting, kurangkan kerutan dahi anda dan betulkan
cara melihat masalah itu. Lihatlah masalah sebagai ’tangga’ kehidupan. Jika anda
berjaya melangkahinya, anda sedang setapak di atas, tetapi jika anda selalu merungut,
anda akan tersekat di situ, dan jika anda cuba melompat, saya khuatir anda akan jatuh
tersembam! Jalan penyelesaiannya ialah : melangkah satu persatu dengan penuh
tawakkal. Yakini bahawa usaha menghafaz ini adalah langkah awal anda menjadi
manusia luar biasa iaitu manusia ’Ahlullah’. Hanya tumpukan sedikit dari kehidupan
anda untuk menjadi lebih baik dari biasa, insyaAllah anda akan menjadi manusia yang
luar biasa di sisi Allah.

Ehem-ehem, nampaknya mata anda bersinar-sinar! Anda dapat merasakan


’enjin’ motivasi, tenaga dan keghairahan menghafaz sudah membara bukan? biar saya
panaskan lagi ’enjin’ menghafaz tersebut dengan ayat peransang ini :

... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada


sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri....
Surah Rakd, 11

Allah tidak mungkin menjadikan anda hafiz sekelip mata kecuali anda teruskan
membaca bab seterusnya, dan praktikkan kaedah ini secepat mungkin. Semakin cepat
kita mula menghafaz, kita sebenarnya semakin cepat mengubah hala tuju hidup ini -
menghala kepada yang positif, kepada syariah, kepada kebaikan dan perkara yang
diredhoi Allah. InsyaAllah, jika ada sebarang ’traffic jam’ dalam perjalanan anda,
Allah pasti akan memberikan jalan keluarnya...

... Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah


akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara
Yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya...
Surah At-Talaq, 2-3

Pengajian jarak jauh anda sudah bermula. Selamat datang ke Kaedah Jibril.
K ita masuk ke teknik pertama, iaitu berapa banyakkah yang perlu anda hafaz
dalam sehari? Menurut Kaedah Jibril, dalam sehari anda perlu menghafaz
3 BARIS SAHAJA (lihat contoh dari Surah Sajadah di bawah).

Disini saya turunkan 4 sebab utama mengapa kami hadkan hafazan anda
kepada 3 baris sahaja sehari, iaitu :

1. 3 baris mampu dihafaz dalam sehari


2. 3 baris mudah untuk didisiplinkan setiap hari
3. 3 baris tidak mengambil masa terlalu lama untuk dihafaz
4. Hafazan mengikut baris memudahkan jumlah ‘target’
dalam sebulan

Kaedah Jibril direka berdasarkan konsep ini : mudah, praktikal, dan tidak
membebankan. Ia bukan direka atas konsep ’banyak menghafaz tapi akhirnya lupa’.
Konsep mudah dan praktikal lebih sesuai untuk golongan awam kerana ia berpijak
pada bumi yang nyata, berbanding konsep ’banyak tapi lupa’ itu. Ia tidak praktikal,
melelahkan dan dihujung hari nanti, anda hanya mendapat letih dan kecewa,
sementara hafazan yang bertimbun-timbun itu akan hilang dilupai.
Konsep hafazan 3 baris cuba mengelakkan kekecewaan itu terjadi, kerana ketika
membentuk Kaedah Jibril, kami amat berpegang pada nilai praktikal dalam hadis ini :

Daripada Aisyah r.a., Nabi S.A.W. bersabda: “Wahai manusia


lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.
Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu.
Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang
berterusan, walaupun sedikit.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

3 baris juga lebih sesuai dari pemilihan 3 ayat sehari kerana beberapa sebab.
Jika diamati, panjang ayat dalam Al-Quran tidak sekata. Ada ayat yang sangat pendek
seperti 3 ayat awal dari surah Yasin, dan ada yang sangat panjang seperti ’ayat
hutang’ dalam surah Baqarah. Panjang ayat itu sahaja semuka! Tetapi, perkara
sebaliknya pada baris. Kadar hafazan menurut baris lebih sekata dan tetap jumlahnya.
Malah jika ia dijadikan kadar hafazan harian, jumlahnya lebih sesuai untuk golongan
awam kerana ia tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu membebankan.

Sekali imbas, 3 baris ini seakan konsep menghafaz yang ’perlahan’. Malah,
mungkin ada yang terfikir ”Kaedah ini sesuai untuk mereka yang baru merangkak
mengaji, tidak bagi saya”. Kata-kata anda itu benar, tapi hanya separuh sahaja.

Dari sudut kemampuan, kebanyakan kita memang mampu menghafaz semuka


sehari jika masa mengizinkan. Tetapi dalam dunia sebenar, istilah ’jika masa
mengizinkan’ itu memang tidak wujud. Hakikatnya, masa kosong memang sukar
dicari dari apa yang kita sangkakan. Bahkan, ramai diantara kita mampu menghafaz
semuka pada hari pertama, tetapi pencapaiannya menurun pada hari-hari berikutnya.
Akhirnya, bak kata pepatah, hafazan kita tidak ubah seperti yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran.
Maka 3 baris ini dicadangkan berdasarkan situasi yang ’real’ bukannya ’ideal’.
Jumlahnya yang sedikit sebenarnya memberikan penyelesaian kepada kelemahan
menghafaz selama ini, iaitu tidak berterusan. Apabila jumlah hafazan kurang, ia akan
lebih mudah didisiplinkan. Kadar peningkatan hafazan juga akan bertambah secara
positif setiap hari walaupun agak perlahan. Disinilah kita sedang mengamalkan konsep
disiplin hafazan.

Benar, kita memang tidak boleh Masih ingat cerita lama


terlalu perlahan. Nanti kita jadi lembab. ’arnab dan kura-kura’? Kaedah
Tetapi, kita juga tidak perlu terlalu laju.
ini sama seperti kura-kura,
perlahan tetapi akhirnya
Nanti kita tergopoh-gapah. Dalam Al-
tersenyum ke garisan penamat
Quran perilaku ini disebut 'isti'jal'.
sambil meninggalkan arnab,
Masih ingat cerita lama ’arnab dan pelari laju di awal garisan
kura-kura’? Kaedah ini sama seperti tetapi hilang motivasi di
kura-kura, perlahan tetapi akhirnya tengah jalan.
tersenyum ke garisan penamat sambil
meninggalkan arnab, pelari laju di awal garisan tetapi hilang motivasi di tengah jalan.

Dalam kehidupan ’mee segera’ sekarang, 24 jam seakan tidak cukup buat anda.
Anda perlu bangun awal, siapkan anak ke sekolah, berkejar ke pejabat, mesyuarat,
layari internet, terperangkap di traffic jam, makan, solat, tonton tv, dan tidur. Setiap hari
anda ulangi perkara yang sama.

Untuk kehidupan yang setiap saat lebih berharga dari emas, menghafaz semuka
sehari amat tidak praktikal. Ruang kosong antara waktu anda tidak mungkin muat
untuk diisi slot hafazan semuka. Tetapi jika 3 baris sahaja sehari, ia kelihatan lebih
praktikal, dan ya, lebih santai. Bagi anda yang terpenting ialah, slot 3 baris hafazan
Kaedah Jibril boleh diamalkan dengan syarat ia tidak mengganggu aktiviti utama lain.
Disinilah kelebihannya terserlah.
Jika difikirkan, hafazan 3 baris sehari tidak mengambil masa yang agak lama,
tambahan pula, kami telah mencipta ’slot’ khas untuk aktiviti ini. Masa dan kaedahnya
akan diterangkan selepas ini, tetapi buat masa sekarang, cukuplah fakta ini anda
hadamkan dahulu ’3 baris sehari adalah paktikal bagi saya, dan ia tidak
membebankan!’

Maksud fakta diatas adalah begini, anda tidak digalakkan menukar-nukar versi
Al-Quran yang digunakan ketika menghafaz. Sebaiknya anda gunakan Al-Quran
resam Uthmani versi Arab Saudi. Al-Quran versi ini banyak diberikan secara percuma
kepada setiap jemaah yang menunaikan haji atau umrah.

Ia amat sesuai untuk penghafaz Al-Quran kerana ciri-ciri khas didalamnya amat
membantu anda untuk menentukan tempat berhenti, target hafazan dan lain-lain.
Ciri-ciri tersebut ialah :

1. Setiap muka surat bermula dengan awal ayat


dan diakhiri dengan akhir ayat
2. Setiap muka terbahagi kepada 15 baris
3. Setiap juzuk terbahagi kepada 20 muka surat

Carilah Quran sebegini atau Quran yang memiliki cirri-ciri yang disebutkan di atas
untuk hafazan Kaedah Jibril, kerana secara logiknya, jika anda menghafaz 3 baris
sehari, anda akan menghafaz semuka dalam 5 hari.

Katakanlah anda mula menghafaz pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), sementara


hujung minggu dijadikan hari cuti umum (tidak menghafaz, hanya mengulang sahaja).

Ini bermakna dalam sebulan, anda akan menghafaz 4 muka surat. Nampak
sedikit bukan? tapi cuba bandingkan dengan surah Sejadah yang bertahun-tahun cuba
dihafaz tetapi masih tak lekat-lekat itu, ia hanya 3 muka surat sahaja! Nampak bukan
kelebihannya?

3 baris sehari yang dianggap sedikit boleh memberikan makna yang besar pada
hujung bulan nanti. Betullah kata orang-orang tua : sedikit-sedikit, lama-lama jadi
bukit.
S ekarang tibalah masanya untuk anda menghafaz 3 baris tersebut. Tetapi,
adakah anda perlukan 3 jam sehari hanya untuk itu? Perlukah anda memohon
cuti tanpa gaji dari boss anda?

Jangan risau, anda tidak perlu bertapa dalam hutan bertahun-tahun untuk
usaha itu. Bagi kami, memadai jika anda peruntukkan 30 minit setiap hari sebagai
tempoh menghafaz. Waktu tersebut sudah mencukupi untuk anda memindahkan 3
baris itu ke dalam ingatan. Tambahan pula, kami akan menerangkan langkah secara
satu persatu, apa yang perlu anda lakukan secara efektif agar 3 baris tersebut benar-
benar dihafaz dalam jangkamasa 30 minit. Tetapi sebelum itu, lebih baik saya jelaskan
dahulu poin utama, mengapa saya menghadkannya kepada 30 minit sahaja.

Rasionalnya begini : masyarakat moden sekarang sukar memperuntukkan


masa yang panjang atau ’bertapa’ seperti ulama dahulu untuk mendalami ilmu
Al-Quran. Tetapi pada masa yang sama hati kita juga perlukan cahaya Al-Quran agar
jiwa dan rohani sentiasa bercahaya. Jika tidak, kita mudah sahaja terjerumus ke dalam
kotak kejahilan dan sisi gelap dunia moden. Kaedah Jibril cuba menyeimbangkan
kedua-dua tuntutan tersebut.

30 minit adalah waktu menghafaz yang ’menang-menang’ dunia akhirat.


Tempohnya tidak terlalu lama sehingga anda terlambat ke pejabat, dan tidak terlalu
singkat sehingga anda tidak mengingati apa-apa.

Baiklah, mari kita masuk ke ’kelas menghafaz’. Bilakah masa yang paling sesuai
untuk menghafaznya? Saya cadangkan kita praktikkan ’teknik lama’ yang terbukti
berkesan iaitu waktu Qiamullail.
’Alamak ustaz, waktu ini berat sikitlah.. nanti terganggu ’appointment’ mimpi syok
saya...’ Rungut seorang peserta ketika kami berborak selepas seminar, sambil
menepuk dahinya.

’Rileks tuan, jangan risau....waktu Qiamullail lah lagi best, sebab tuan akan
ber’appointment’ dengan Tuhan...bukan secara mimpi tapi ’live’!... saya bergurau, dan
kami ketawa bersama-sama.

Mungkin ada sesetengah pembaca terfikir, adakah waktu Qiamullail benar-


benar berkesan untuk menghafaz? Jawapan saya tanpa ragu-ragu : Sudah tentu
seratus-peratus! Pasti. Keyakinan ini bersandarkan pengalaman yang telah terbukti
berkesan sebenarnya. Masih ingat Ustaz Rahim, salah seorang guru hafazan saya di
awal bab buku ini? Beliau selalu menasihatkan kami agar mula menghafaz di hujung
waktu Qiam, sebaiknya sejam sebelum subuh.

Tambah beliau lagi, qiamullail Qiamullail adalah


adalah temujanji ’eksklusif’ kita
temujanji ’eksklusif’ kita
’berdua-duaan’ bersama Ilahi.
’berdua-duaan’ bersama Ilahi.
Disebabkan kelebihan
Disebabkan kelebihan martabatnya,
martabatnya, hafazan kita akan
hafazan kita akan lebih mudah untuk lebih mudah untuk menjadi
menjadi khusyuk. Bacaan kala itu pula khusyuk. Bacaan kala itu pula
sungguh amat berkesan. Jiwa kita sungguh amat berkesan. Jiwa
sedang hidup bercahaya, fikiran pula kita sedang hidup bercahaya,
lebih terfokus, sementara setiap fikiran pula lebih terfokus,
untaian zikir, gerak tubuh dan alunan
sementara setiap untaian zikir,
gerak tubuh dan alunan bacaan
bacaan Al-Quran akan dibanggakan
Al-Quran akan dibanggakan
Allah di hadapan para malaikatnya.
Allah di hadapan para
Melihat kepada kelebihan ini, tidakkah malaikatnya.
anda sudi mengorbankan 30 minit dari
waktu tidur anda untuk mencari keredhoan Ilahi?

Oleh itu, kita harus akui inilah waktu yang paling berkesan, kerana ia merupakan
gaya hidup manusia cemerlang seperti Rasulullah S.A.W, para sahabat, para aulia’
dan ulama pilihan. Mereka semuanya merupakan penggemar bahkan penikmat tahajud
kerana mereka sedar, disebalik kesunyian malamnya yang menenangkan hati,
terdapat berjuta keberkatan yang dijanjikan Ilahi. Malah ia disokong fakta dari ’manual
book’ kita yang membuktikan bacaan ketika Qiamullail adalah ’bacaan yang paling
kuat dan berkesan’ :

Sesungguhnya bangun di waktu malam itu lebih berat, dan


bacaan pada waktu itu lebih berkesan.
Surah Muzammil, 3.

Supaya waktu tidur tidak terlalu terganggu, kami cadangkan anda mula
menghafaz setengah jam sebelum waktu subuh menjelang, atau setengah jam
selepas solat subuh. Sebagai contoh, jika waktu subuh bermula jam 6 pagi,
maknanya anda perlu mula menghafaz jam 5.30 pagi. Lebih baik lagi jika anda
menghafaz di tempat yang sesuai. Pilihlah lokasi tenang yang paling anda sukai,
seperti di masjid atau ruang solat dalam rumah anda. Ini penting kerana minda kita
memerlukan suasana luaran yang tenang dan damai untuk menghafaz sesuatu yang
mulia.

Tetapi ada juga yang berpendapat, ’Ustaz, menghafaz di ruang tamu pun ok,
lagipun anak-anak semua tidur waktu itu..’

Ya betul, tapi saya takut kalau jadi begini : 10 minit pertama anda menghafaz, 20
minit seterusnya anda tewas dengan godaan siaran langsung bolasepak dari siaran
televisyen berbayar!

Nampak tidak, pemilihan lokasi yang kurang sesuai boleh mengganggu


tumpuan anda. Bahkan, ia mungkin bakal mengganggu emosi dan mencelarukan
fikiran. Oleh itu, pilihlah tempat yang benar-benar sesuai untuk anda tumpukan 100
peratus pada hafazan.
Para ‘pustakawan’ dalam minda anda hanya boleh menyusun ‘buku – buku
hafazan baru’ secara efektif jika tidak ada gangguan luaran. Bayangkan jika tumpuan
menghafaz terganggu dengan tangisan anak bongsu, hiruk-pikuk atau deringan jam
loceng, anda sebenarnya hanya membuang masa sahaja. Pendek kata, tidak ada hasil
hafazan yang positif dalam suasana negatif sebegitu.

Mungkin sekarang anda sudah terbayangkan tempat yang paling ideal untuk
menghafaz. Baiklah, mari kita teruskan perbincangan kita kepada tajuk berikutnya :
Apa yang perlu anda lakukan supaya berhasil memperolehi hafazan berkualiti
tinggi dalam waktu yang minimum? Jawapannya terkandung dalam 3 proses
selama 30 minit iaitu :

1. Pembiasaan (5 minit)
2. Hafazan dan penggabungan (15 minit)
3. Pengukuhan (10 minit)

Proses pembiasaan akan mengambil masa lebih kurang 5 minit dari keseluruhan
30 minit yang dicadangkan. Dalam jangkamasa ini, ada 4 perkara yang perlu anda
lakukan iaitu :

1: Mulakan dengan membaca 3 baris itu secara pandang sebanyak 3 kali.


Ia berguna untuk membetulkan tajwid dan makhraj sebutan. Pada bacaan
pertama, anda akan menemui beberapa kesalahan kecil seperti tersalah baris, kurang
harakat mad, sebutan huruf yang kurang tepat, dan mungkin nafas terlalu pendek
untuk sampai ke waqaf terhampir.

Pada bacaan kedua, kesalahan semakin mengecil dan gaya fasohah sebutan
huruf semakin jelas. InsyaAllah, pada kali yang ketiga, lenggok bacaan anda akan
semakin tersusun. Ketika itu, fikiran sudah selesai melakukan proses ’suai kenal’
dengan baris-baris tersebut sebelum menghafaznya kelak. Anda disarankan agar tidak
membaca terlalu perlahan, memadai sekitar 3 minit sahaja dihabiskan kerana kita
masih ada 3 tugas lain untuk baki 2 minit seterusnya.

2: Lihat tafsir dan makna 3 baris itu untuk memahaminya.


Tafsir yang saya maksudkan hanyalah setakat tahu maknanya sahaja, bukan
membaca ’tafsir’ dari kitab tafsir yang tebal-tebal. Memadai jika anda merujuk Tafsir
Bimbingan Ar-Rahman yang diiktiraf oleh JAKIM.

Tujuannya supaya fikiran anda boleh membina ’penghubung’ atau ’jambatan’


antara ayat tadi dengan maknanya. Ketika ini, teknik ’sambil menyelam sambil
minum air’ dipraktikkan. Selain mendapat faedah menghafaz, anda juga memahami
apa yang dihafaz. Ia juga amat bermanfaat untuk lebih memudahkan dan melancarkan
hafazan anda nanti.

3: Potong setiap baris kepada beberapa potongan pendek untuk


memudahkan hafazan (lihat contoh potongan garis merah dibawah).

Gunakan pensil jika anda ingin melukis potongan itu pada Al-Quran. Potongan ini
amat berguna kerana anda akan menghafaz mengikut potongan itu nanti.

Sebaiknya 3 baris itu dibahagikan kepada 9 potongan sahaja, kerana menurut


kajian seorang pakar Psikologi ingatan iaitu George Miller, kajiannya mendapati stor
ingatan jangka pendek boleh menampung kira-kira 7 hingga 9 item sahaja secara
efektif. Elok juga kita mempraktikkannya supaya hafazan menjadi lebih mudah untuk
diingati.

4 : Yang terakhir sebelum anda mula menghafaz, baca 3 baris ini sebanyak
2 kali lagi
Ia adalah sebagai persiapan terakhir, agar fikiran dan mulut anda semakin
’selesa’ dengan segala bunyi, tajwid dan lenggok susunan 3 baris itu.

Setelah anda selesai melakukan semua tugas di atas, langkah yang lebih
mendebarkan akan bermula. Supaya anda tidak terlalu tertekan, sila hafaz 3 baris
tersebut mengikut potongan yang telah dibuat. Cara menghafaz setiap potongan pula
mudah, iaitu :

1: Baca setiap potongan 3 kali secara pandang, kemudian 3 kali tanpa


pandang.
Ketika ini, anda dianjurkan agar tidak terburu-buru menghafaz potongan yang
lain, tetapi membiarkan setiap potongan, satu-persatu, meresap dalam fikiran. Sebaik
sahaja anda pasti ia sudah melekat di ingatan, barulah potongan lain dihafaz.

Gunakan suara yang agak jelas dan kuat ketika menghafaz, sebab jika anda
menghafaz secara berbisik, ditakuti hafazan anda akan ’bersambung’ dalam mimpi.
Maklum sahaja, pada waktu awal subuh, peluang anda untuk tidur secara tiba-tiba
amat besar jika tidak bersedia secukupnya.

2 : Setiap kali satu baris berjaya dihafaz, baca baris tersebut 3 kali tanpa
pandang.
Setiap bacaan tersebut hendaklah dibaca tanpa sangkut dan gagap sebelum
beralih kepada baris/potongan seterusnya. Pastikan anda tidak terlalu leka menghafaz
pada satu baris sahaja, kerana secara umumnya, anda memiliki waktu 5 minit sahaja
untuk menghafaz setiap baris.

Ketika ini, anda memang memerlukan kesabaran untuk mempersatukan ayat


tersebut. Ia agak sukar kerana ayat-ayat itu baru sahaja ’bertemu dan menjalin
silaturrahim’ dalam fikiran. Tetapi ia agak efektif kerana anda dapat
mempertemukannya dalam masa 15 minit sahaja. Ulangi proses di atas pada setiap
potongan dan baris sehingga selesai. Sebaik baris ketiga selesai dihafaz, proses
seterusnya akan anda lalui iaitu :

10 minit terakhir merupakan waktu yang amat penting. Ia bakal menentukan


adakah hafazan itu benar-benar melekat dalam fikiran, atau bakal hilang dalam
keheningan subuh. Turuti saranan berikutnya iaitu :

1: Gabungkan hafazan setiap baris itu dengan yang lain.


Hal ini mungkin agak sukar pada mulanya kerana menurut kebiasaan, bila anda
selesai menghafaz baris ketiga, baris pertama yang dihafaz seawal waktu mungkin
sudah lupa. Jangan risau, kerana ia adalah proses normal. Ia berlaku kerana dalam
otak anda, ingatan baris ketiga sedang ’mengacau’ ingatan baris pertama,
sementara ingatan baris kedua pula tersepit ditengah-tengah, bakal lupa sebentar lagi.

Jadi sebelum ketiga-tiganya bertolak-tolakkan hingga semuanya jatuh gugur dari


ingatan, lebih baik anda menyusunnya kembali satu-persatu. Ulangi kembali hafazan
sehingga ketiga-tiga baris elok ’diatur’ sebelah-menyebelah dalam ingatan.

2: Apabila kesemuanya berjaya dihafaz kembali, anda akan mula bermain


permainan ’try and error’.
Begini : cuba baca 3 baris tanpa pandang sebanyak 10 kali, tetapi dengan
syarat tambahan : bacaan itu tidak dikira jika anda melakukan apa-apa kesalahan kecil
seperti gagap atau tersangkut-sangkut ketika membacanya. Maknanya, 10 kali ulangan
itu haruslah benar-benar sempurna, supaya segala penat-lelah dan juga tahan
mengantuk ini berbaloi!

Selalunya, bagi mereka yang tidak biasa menghafaz, waktu 10 minit tidak
mencukupi buat anda. Ada baiknya jika anda tambahkan lagi 10 minit ’masa
kecederaan’. Ia bakal digunakan sesuai dengan namanya : berjuang hingga ke titisan
keringat terakhir demi mencapai kejayaan. Lipat gandakan usaha, ulangi 10 kali lagi,
dan kalau boleh, kejutkan anak sulung anda dan perdengarkan hafazan itu kepadanya.

Pointnya ialah : lakukan apa jua usaha tambahan sehingga 3 baris tadi benar-
benar terpatri dalam ingatan.

Setelah semuanya selesai, anda


Setelah semuanya
boleh melangkah ke masjid berdekatan
selesai, anda boleh melangkah
dengan senyuman manis di muka.
ke masjid berdekatan dengan
Mungkin ada baiknya jika anda senyuman manis di muka.
menawarkan diri sebagai imam subuh Mungkin ada baiknya jika anda
pada pagi itu. Inilah masa terbaik untuk menawarkan diri sebagai imam
praktikkan ayat yang baru dihafaz. subuh pada pagi itu.
Cuma nasihat saya, bersedia dengan
langkah kecemasan : Surah 3 Qul. Mana tahu, tiba-tiba anda terlupa 3 baris tadi,
bolehlah 3 Qul itu dijadikan surah gantian!

Hmm....kalau ikut gaya, anda boleh menikmati minum pagi dengan muka
berseri-seri! Tetapi, ada satu point penting lain yang perlu saya kongsikan sebelum
anda pergi kerja. Ingatan hafazan itu akan hilang 50% peratus sebelum anda
sempat mengetik kad kehadiran pejabat.

Sedih bukan? Tetapi fakta ini saya beritahu bukan untuk melemahkan semangat
anda. Tetapi ia berdasarkan kajian saintifik mengenai bagaimana fikiran dan ingatan
bekerja. Menurut pakar psikologi ingatan iaitu Atkinson dan Shiffrin,
ingatan terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Ingatan Jangka Pendek.
Ia merupakan ingatan yang disimpan sementara waktu dan akan hilang lebih dari
50% dalam masa sejam. Hafazan pertama kali sebelum subuh tadi termasuk dalam
kategori ingatan ini.

2. Ingatan Jangka Panjang.


Ia merupakan ingatan yang akan kekal sepanjang hayat seperti nama anda,
nombor kad pengenalan dan nama ahli keluarga anda.Termasuk dalam kategori ini
juga Surah Fatihah, dan tidak lupa, Surah 3 Qul yang popular itu.

Jangan cepat bermuram durja kerana kami telah menyediakan langkah


pencegahannya. Ada teknik seterusnya yang lebih santai telah kami susun supaya
hafazan 3 baris itu berjaya dipindahkan ke ingatan jangka panjang.

Lagipun, tujuan hafazan sebelum subuh tidak lebih sebagai proses suai-kenal
sahaja antara otak dengan 3 ayat tersebut. Apa yang berlaku dalam otak anda tidak
lebih seperti proses pemunggahan ’buku-buku baru’ dalam perpustakaan yang
amat besar. Otak memerlukan masa untuk menyusun ingatan ayat-ayat baru ke
’rak-rak’ kosongnya. Untuk menjadikan ayat ini tersusun lebih cepat di ’rak-rak’
kosong itu, otak memerlukan ’pekerja tambahan’.

Disinilah kami akan memperkenalkan langkah bagaimana ’pekerja tambahan’ itu


dapat dicari supaya ingatan hafazan itu tersusun di ruangan ’ingatan jangka panjang’.
Teruskan ke bab selanjutnya, kerana disitulah, teknik rahsia ingatan hafazan
sebenar tersimpan!
K ita masuk ke bab yang lebih penting iaitu 3 kali ulangan. Membaca teknik
ketiga ini hukumnya WAJIB. Mengapa? Sebab melaluinya sahaja hafazan
anda bergantung harap, samada terus kekal di ingatan atau meluncur keluar sebaik
anda nyalakan enjin kereta ke tempat kerja. Tidak ada pilihan lain selain membaca bab
ini kerana tanpanya, anda sedang mengambil sepuluh langkah ke arah kegagalan.
Segala titik peluh menghafaz pagi tadi akan menjadi sia-sia, sementara usaha anda
sebenarnya tidak ubah seperti teknik menghafaz dulu-dulu : pagi Al-Hafiz, petang ’
Al-Habis’!

Nah, nampaknya dahi anda sedang berkerut. Baiklah, sebelum anda menggaru
kepala kerana keliru, mari saya huraikan rasionalnya. Begini. Secara idealnya,
semua penghafaz Al-Quran sangat
Cuba anda lihat berharap dengan sekali hafaz, ayat
tanda-tanda ’serangan’ syaitan Al-Quran akan kekal selamanya dalam
di sekeliling anda. Selama 24 ingatan. Tetapi sayangnya, mukjizat itu
jam tanpa henti, ’panah
tidak mungkin berlaku kerana
beracun’ syaitan berupa
pertamanya, anda bukannya nabi ke 26,
maksiat sentiasa ’menyerang’
pancaindera kita. dan kedua, anda sedang hidup di dunia,
tempat di mana syaitan dan bala
tenteranya berkeliaran. Selagi kiamat tidak muncul (disitulah kelebihan mereka!), selagi
itulah mereka bermain tipu muslihat dengan kita. Dan berita sedihnya, muslihat mereka
setakat ini berjalan dengan amat lancar!

Tak percaya? Cuba anda lihat tanda-tanda ’serangan’ syaitan di sekeliling anda.
Selama 24 jam tanpa henti, ’panah beracun’ syaitan berupa maksiat sentiasa
’menyerang’ pancaindera kita. Radio menyerang telinga, televisyen menyerang mata
sementara di tempat kerja, gosip menyerang mulut dan aroma wangian wanita pula
sedang menyerang hidung. Benar nasihat Rasul 1400 tahun dahulu, kalau tidak
berwaspada, hati kita begitu mudah dipenuhi bintik hitam. Bayangkan selepas semua
itu dihadapi, tidakkah hafazan anda saling tak ubah seperti telur di hujung tanduk?
Bila-bila masa sahaja akan hilang 100 peratus?

Disinilah teknik ketiga ini berperanan sebagai ’tangki oksigen tambahan’.


Sesuai dengan gelarannya, ia menunjukkan jalan keluar kepada masalah ’kurang daya
tahan hafazan’. Caranya adalah : 3 kali ulangan setiap kali waktu solat tiba.

Seperti yang saya katakan tadi, syaitan beserta bala tenteranya setiap saat
berusaha tanpa henti, mencari ’ahli baru’ untuk direkrut sebagai teman di neraka.
Betapa berjayanya mereka hinggakan sampai satu tahap, kita mungkin melihat maksiat
sebagai normal, sementara ibadah pula sebagai sesuatu yang payah. Ke manakah
tempat kita memohon bantuan dikala daya ingatan hafazan setiap detik semakin
berkurang? Nah, disinilah firman Tuhan ini berfungsi :

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar


dan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk.
Surah Al-Baqarah, 45

Nampak tidak betapa rasionalnya firman Allah ini. Tidak kira sesibuk manapun,
melalui 5 solat fardhu, kita wajib menekan butang ’pause’ 5 kali setiap hari, hentikan
seketika segala urusan harian untuk mengadap Tuhan. Ada baiknya kita menggunakan
kesempatan waktu solat sebaik mungkin. Kami menyarankan 3 strategi mengulang
bersifat ’sekejap tapi berkesan’ agar hafazan pagi tadi tersusun kemas dalam ingatan
jangka panjang. Caranya begini :

Jika anda perasan, waktu antara azan dan iqomah adalah waktu kosong yang
agak panjang, kira-kira 10 ke 15 minit. Tidak kira samada anda solat berseorangan
atau solat mengikut imam, kami mencadangkan anda mengulang kembali 3 baris yang
telah dihafaz pagi tadi pada waktu ini. Walaupun sebahagian besar hafazan pagi tadi
mungkin sudah terlupa, namun untuk mengingatnya kembali ia agak mudah dilakukan.

Anda hanya mengambil masa 5 ke 10 minit sahaja untuk mengukuhkannya.


Kemudian, ulangi tiga baris itu sebanyak 3 ke 5 kali sebelum anda mulai solat. Turut
pastikan, anda benar-benar mengingati kesemuanya tanpa sebarang kelemahan
kerana menurut kaedah ini, anda perlu membacanya pada rakaat pertama dan kedua
sesudah Surah Fatihah dalam solat fardhu nanti.

Disinilah hafazan anda diuji. Jika sebelum solat, anda boleh merujuk Al-Quran
kalau terlupa, tetapi tidak dalam solat fardhu. Ketika ini, anda akan membacanya
selepas Surah Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua.

Mungkin ada yang membantah, ”bagaimana dengan surah lazim saya? Adakah ia
akan dianak tirikan?”

Saya faham, bagi sesetengah orang, 3 Qul dan Surah ‘Tabbat yadaa..’ memang
surah kegemaran, tapi 3 baris ini juga tidak kurang pentingnya, bukan?

Hati-hati ketika membacanya dalam solat, kerana tidak ada Al-Quran disisi
untuk dirujuk jika terlupa. Tetapi, jika bacaan 3 baris itu tiba-tiba ’tersangkut’ juga,
apa yang harus anda lakukan? Pertamanya, jangan panik. Nasi masih belum menjadi
bubur. Ulangi semula bacaan dari awal, dan jika masih terlupa, tukar sahaja kepada
surah lain yang anda sukai.

Cuma camkan betul-betul kedudukan ayat yang dilupai itu. Walaupun terlupa, ia
sebenarnya amat baik bagi anda kerana ia mendedahkan titik kelemahan utama dalam
3 baris tadi. Lihatlah betapa benarnya firman Tuhan ini dalam kes ’lupa’ anda :
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai
kemudahan.
Surah As- Syarh,6

Seperkara lagi, jika anda bercadang solat mengikut imam, ada baiknya anda
praktikkan bacaan ini dalam solat sunat Qobliyah. Ia bagi mengatasi masalah tidak
cukup waktu, kerana makmum selalunya hanya sempat membaca Surah Fatihah
dalam rakaat pertama dan kedua sahaja ketika solat fardhu secara berimam.

Sebaik solat fardhu selesai, ulang 3 baris tadi sebanyak 3 ke 5 kali sebagai zikir
tambahan harian. Ketika ini, anda akan mendapat manfaat berganda : pahala zikir dan
ingatan hafazan yang semakin mantap. Bahkan ada juga bonus tambahan : anda
dapat mengatasi kelemahan kecil yang mungkin ada.

Lakukan ketiga-tiga teknik ulangan ini (sebelum, ketika dan selepas solat)
dalam setiap waktu solat fardhu tanpa tertinggal sedikit pun. Ia memang perlu
dilakukan sebegitu jika anda inginkan hafazan kekal dalam ingatan jangka panjang.
Dalam kes ini, mahu tidak mahu kita perlu menggunakan strategi jangka panjang yang
lebih berkesan memandangkan Al-Quran adalah material yang lebih liar dari unta
yang diikat. Saya menggunakan perumpamaan ini berdasarkan hadis Rasulullah
berikut :

Rasulullah S.A.W. bersabda : Jagalah betul-betul Al-Quran


ini, demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditangan-Nya,
Quran lebih mudah terlepas daripada unta dari tali ikatannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
”Teknik ini nampak menarik, tetapi dimanakah rasional mengulang berkali-kali
setiap solat itu?” tanya seorang peserta seminar di Kedah.

Oooh, mudah sahaja. Rasionalnya begini : ketika menghafaz sebelum subuh,


hafazan kekal 100% dalam ingatan. Walau bagaimanapun ia akan hilang perlahan-
lahan, dan menjelang tengahari, hafazan itu mungkin berbaki 30% sahaja dalam
ingatan anda. Tetapi selepas mengulanginya semula pada waktu Zohor, ia akan naik
ke 60%. Waktu Asar pula ia meningkat 70%. Mengulang waktu Maghrib bakal
mengukuhkannya 80% dalam ingatan jangka panjang, dan menjelang Isyak ia sudah
menjadi automatik, sama seperti surah Fatihah yang tidak pernah tersasul walaupun
anda membacanya dalam solat Subuh secara ’separuh sedar’.

Disinilah letaknya Itulah kualiti hafazan yang kita inginkan.

rahsia kelebihan Kaedah Jibril : Saya yakin, jika anda membuat perkara
yang sama pada setiap solat fardhu,
anda dapat menghafaz,
kesilapan akan mengecil dan jarang
kekalkannya dalam ingatan
berlaku sementara ingatan menjadi
jangka panjang dan dalam
semakin kuat. Ini kerana, sepanjang
masa yang sama, kesemua hari kita akan mengulangi 3 baris
’meeting’ dan temujanji anda yang sama lebih dari 50 kali (10 kali x
berjalan seperti biasa! Anda 5 waktu solat).
bukan setakat menyelam
sambil minum air, bahkan Lihatlah begitu terserlah kebaikannya.

dapat menangkap ikan-ikannya Tanpa anda sedari, 3 baris telah dibaca


berpuluh-puluh kali tanpa sedikitpun
sekali!
mengganggu urusan harian. Disinilah
letaknya rahsia kelebihan Kaedah Jibril : anda dapat menghafaz, kekalkannya dalam
ingatan jangka panjang dan dalam masa yang sama, kesemua ’meeting’ dan temujanji
anda berjalan seperti biasa! Anda bukan setakat menyelam sambil minum air, bahkan
dapat menangkap ikan-ikannya sekali!
Sebelum kita ke bab seterusnya, ada baiknya saya berkongsi bagaimana idea
teknik mengulang ketika solat ini muncul. Biar saya bawa anda ke ingatan 16 tahun
lepas. Ketika itu, ’Asraff muda’ sedang bergelut menghafaz juzuk 7. Bagi saya juz ini
sangat sukar. Ia penuh dengan ’jerangkap samar’ yang digelar ayat mutasyabihat (ayat
yang lebih kurang sama bentuk dan bunyinya). Hendak tahu bagaimana tahap
kesukarannya? Cuba anda hafaz Surah Ar-Rahman. Gandakan kesukaran surah itu
5 kali dan anda akan dapat bayangkan kesukaran juz ini.

Saya berani katakan pada umur sebegitu, menghafaz Al-Quran agak memeritkan.
Otak saya terpaksa memikul beban yang lebih : silibus hafazan Al-Quran, 7 atau 8
mata pelajaran agama dan 9 mata pelajaran PMR. Dengan kelas yang penuh dari pagi
hingga ke malam, cukup sukar mencari waktu kosong untuk memantapkan hafazan.
Akhirnya ketika hampir berputus asa, saya bertemu dengan Cikgu Kamaruzzaman,
seorang guru yang dikira amat berkarisma tinggi untuk meminta nasihat.

”Cikgu Kama, apa tips yang boleh cikgu kongsikan untuk masalah saya?” tanya
saya ketika kami makan bersama di restoran Thai berdekatan sekolah asrama kami.

”Waktu kosong itu ada jika kita wujudkannya... Kalau Asraff boleh, cuba
mengulang pada waktu yang tidak pernah orang fikirkan” Ujar Cikgu Kama bersahaja,
sambil meneguk air limau panas kegemarannya.

”Contohnya macam mana cikgu?” rasa ingin tahu saya makin tinggi.

”Banyak..... Asraff boleh mengulang ketika berjalan ke sekolah, ketika beratur di kantin,
dan mungkin, masa main bola pun boleh...Cuba mulakan dahulu ketika waktu solat....”
Wah! jawapan bernilai 10 ribu ringgit sudah tiba!

“Lagipun, kan waktu itu banyak kosong, mengulanglah sikit-sikit..” lanjut Cikgu
Kama untuk menambah alasan mengapa ideanya itu sangat praktikal, walaupun agak
radikal.

”Terima kasih cikgu....” saya tersenyum gembira. Bagi saya, jawapan beliau amat
bermakna, seolah mendapat hadiah dari langit. Berbekalkan nasihat itulah, kini Juz 7
menjadi antara juzuk yang paling saya ingati selepas surah Al-Fatihah. Kepada Cikgu
Kamaruzzaman, selagi anda amalkan teknik mengulang waktu solat, selagi itulah saya
harapkan ganjaran pahala terus mengalir kepada beliau.

Sampai sekarang saya masih mengamalkannya. Bahkan saya telah


memanjangkannya pada waktu lain : ketika ’traffic jam’, ketika mendengar rakan
berbual, bahkan kadang-kadang, mengulang kuat-kuat ketika menunggang motosikal!
Memang ia agak pelik, tapi percayalah ia amat berkesan. Melaluinya, saya belajar
satu perkara penting. Al-Quran, jika kerap diulang dalam jangka masa tertentu,
akan menjadi ’built-in program’ dalam fikiran kita. Ia tak ubah seperti memandu
kereta. Mula-mula anda terpaksa mengingati ’step’nya : nyalakan enjin, masuk gear
satu, kemudian lepaskan ’clutch’ sambil tekan minyak perlahan-lahan. Sampai satu
tahap, anda boleh memandu tanpa berfikir pun. Saya percaya perkara sama boleh
berlaku pada hafazan Al-Quran. Saya sudah menikmatinya. Kini tiba pula giliran anda.

Untuk mengukuhkan hafazan, anda perlu mengulang pada setiap waktu solat.
Caranya adalah :

1. Sebelum solat : ulang sebanyak 3 ke 5 kali. Ia sebagai


persiapan untuk dibaca dalam solat
2. Ketika Solat : baca 3 baris yang dihafaz pada rakaat
pertama dan kedua dalam solat Fardhu
3. Selepas solat : Ulang sebanyak 3 ke 5 kali sebagai
pengukuhan.
SERAMPANG 1 : Menghafaz hanya 5 hari
sahaja

SERAMPANG 2 : Dua hari lagi adalah untuk


ulangan pengukuhan

SERAMPANG 3 : 4 muka dalam sebulan


”J adi bagaimana strategi yang perlu saya lakukan bagi hari berikutnya?
sesetengah orang bertanya dalam seminar saya.

”Sebab bukan mudah terutamanya bila hafazan baru semakin banyak, sedangkan
ingatan hafazan lama semakin longgar...”

Saya setuju. Dengan hafazan semakin bertambah, kalau silap percaturan, anda
akan menyerah di tengah jalan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan anda sedang
’menaiktaraf’ diri setingkat lebih hampir kepada Allah, anda meletakkan diri sebagai
sasaran serangan syaitan yang paling utama. Jikalau dulu, cukup dengan mengutus
syaitan berpangkat ’prebet’, anda sudah solat Subuh ’gajah’, kini mereka ter-
paksa mengutus ’general’ pula untuk menewaskan anda.

Namun adakah anda akan membiarkan saja syaitan menang percuma? Hilang
semangat mengulang semata-mata bebanan hafazan bertambah? Nanti dulu! Kita
masih belum gunakan senjata rahsia kita! Ini ’pelan operasi’nya untuk kita menyerang
balas syaitan dan perasaan lemah semangat. Senjatan sulit yang digelar :
Serampang 3 mata iaitu :

Serampang 1 : menghafaz 5 hari sahaja


Serampang 2 : hujung minggu sebagai hari mengulang
Serampang 3 : 4 muka sebulan

Kaedah Jibril direka berdasarkan satu prinsip utama iaitu : menghafaz


bukannya beban. Berdasarkan itulah, ada baiknya anda menghafaz 3 baris itu pada 5
hari bekerja Isnin-Jumaat supaya ia tidak terasa terlalu membebankan. Saya
menyarankan anda menganggapnya begini : ”hafazan adalah salah satu rutin harian
saya, sama seperti tugas dan urusan kerja lain” .

Hendak tahu apa alasannya? Ini rahsianya. Apabila ’mind set’ anda melihat
hafazan sebagai rutin harian, anda tidak akan memberikan alasan atau cuba mengelat,
lebih-lebih lagi jika ia menggunakan waktu efektif anda, iaitu hari bekerja. Sama seperti
rutin lain seperti pergi ke pasar dan membaca akhbar, anda akan jalankannya secara
rela, tanpa mengeluh, letih atau penat, dan menjelang isyak, segalanya selesai!

Ingin tahu apa hasilnya nanti? Sangat-sangat berbaloi. Dengan menghafaz 3


baris dalam masa 5 hari, anda akan mengumpul 15 baris hafazan pada hari Jumaat.
Bagi orang yang sibuk seperti anda, ia sangat banyak sebenarnya, sama dengan
jumlah hafazan sehelai mukasurat Al-Quran.

”Kalau begitu, bilakah hari terbaik saya memulakannya?” soal seorang peserta
lain.

Sebaiknya mulakan hafazan pada hari Isnin atau hari mula bekerja, dan jangan
lupa untuk serahkan segala kekuatan anda supaya ia berhasil. Jika hafazan Isnin
berjalan lancar, berdoalah supaya mendapat hasil yang lebih sempurna esok. Jika hari
Isnin sukar, berhati-hatilah agar semangat anda tidak luntur, kerana jika anda lemah
semangat, ketahuilah syaitan sedang tersenyum girang. Dan jika anda berhenti
menghafaz keesokannya, syaitan akan tersenyum girang sambil bertepuk tangan.

Adakah hari Sabtu dan Ahad benar-benar menjadi hari liburan? Berhenti bekerja
sambil berkelah di Port Dickson? Ya benar. Pergilah ke mana sahaja untuk menikmati
’cuti-cuti Malaysia’. Cuma kali ini, anda akan menikmati ’fresh orange’ di tepi pantai
yang menenangkan sambil mengulang 15 baris hafazan. Segala hafazan pada 5 hari
sebelumnya akan diulang-ulang pada hujung minggu ini agar ia benar-benar kukuh di
ingatan jangka panjang.
Dan supaya liburan anda dapat dinikmati, saya cadangkan jadual ulangannya
begini. Untuk hari sabtu, ulangi 8 baris pertama sahaja. Baki 7 baris seterusnya akan
dikukuhkan pada hari Ahad. Gunakan waktu solat seperti biasa iaitu sebelum, ketika
dan selepas solat untuk membacanya. Terasa agak santai bukan?

”Tetapi bagaimana jika hafazan itu masih tidak kukuh? Adakah saya masih perlu
mengulang sedangkan ahli keluarga lain sibuk berenang?” Peserta itu terus
menunjukkan kerisauannya.

Tidak, jangan begitu. Pergilah berenang seperti biasa. Cuma pada waktu tengah
malam nanti, panjangkan ’renang’ anda pada waktu Qiamullail pula. Cuba baca 15
baris ini dalam setiap solat tahajjud, dan kalau boleh, ulanginya berkali-kali dalam
setiap rakaat solat sunat. Tidak ada salahnya jika kita melakukannya sebegitu,
kerana praktik ini pernah diamalkan oleh para sahabat. Anda kenal Abu Darda bukan’?
Beliau selalu melakukan demikian, bahkan lebih hebat lagi. Diriwayatkan, sahabat
Rasulullah S.A.W. ini pernah mengulang-ulang ayat 21 surah Al-Jaathiyah dalam solat
tahajjudnya hingga waktu subuh.
Andai semuanya telah dilakukan, tapi Anda boleh
hafazan anda masih banyak gagap dan meletakkan tanda ’comma’
lupanya, saya ada satu lagi ’senjata rahsia’ pada hafazan, tetapi jangan
yang lebih canggih. Lantik sesiapa sahaja
letak tanda ’noktah’ pada
ustaz atau ustazah yang anda kenal sebagai
ulangan, takut ingatan
’tuan guru sementara’. Perdengarkan
hafazan anda nanti
hafazan 15 baris tadi kepadanya sambil
meminta tuan guru mengenalpasti setiap betul-betul koma!
kesalahan kecil yang ada, termasuk kurang dengung, tergagap-gagap atau mad
terlebih panjang. Jika anda tidak mengenali sesiapa, pergi sahaja ke surau berdekatan
dan minta bantuan dari tuan imam untuk memeriksa kualiti hafazan. Mana tahu, jika
hafazan anda benar-benar berkualiti, mungkin anda dilantik sebagai imam 2 nanti.
Inilah masa terbaik untuk anda bergelar ’imam hafiz’, Amin!

Moral yang ingin saya sampaikan dalam serampang kedua ini ialah : anda boleh
meletakkan tanda ’comma’ pada hafazan, tetapi jangan letak tanda ’noktah’ pada
ulangan, takut ingatan hafazan anda nanti betul-betul koma!

Mengambil kira jumlah hafazan semuka dalam seminggu, anda akan


mengumpulkan hafazan 4 muka sebulan. Jumlah ini amat berbaloi jika anda
membandingkannya dengan surah As-Sajadah. Berdasarkan jumlah mukasurat surah
ini, anda akan membacanya dengan lancar dalam solat subuh pagi Jumaat pada
minggu ketiga. Pencapaian yang cukup luarbiasa bagi ’orang biasa’ seperti anda.

Malah, jika dikira dari jumlah hari, anda hanya menggunakan 20 hari sahaja untuk
menghafaz, manakala bakinya dihabiskan untuk mengulang dan memantapkan
hafazan. Ini merupakan teknik yang selari dengan naluri anda sebenarnya, kerana ia
selaras dengan hari kerja dan hari cuti. Cuma anda tidak digalakkan mengambil cuti
’M.C’ menghafaz kerana ia tidak termasuk dalam amalan Kaedah Jibril.
”Ustaz, betulkah segala yang ustaz terangkan ini akan berjalan lancar?” seorang
peserta lain bertanya dengan wajah yang agak berkeriut.

Wah, soalan ini cukup mencabar, tapi saya cuba menjelaskannya dengan
senyuman lebar. Jawapannya ada pada satu perbualan saya bersama seorang peserta
seminar Kaedah Jibril yang kini menjadi sahabat rapat, Tuan Hj. Azmi.

Kami berdua duduk di balkoni sebuah restoran sambil menunggu hidangan yang
dipesan. "Bagaimana hafazan Encik Azmi?"

"Amat bagus," jawab C.E.O syarikat terkemuka itu penuh yakin.

"Tetapi kadang-kadang ustaz, ia tergugat juga dek beban kerja dari ’big boss’
saya," En. Azmi sedikit mengeluh.
Saya mencelah : "Memang sukar nak menyeimbangkan kedua-duanya,
tambahan pula En. Azmi masih baru dalam dunia hafazan... Tetapi tentu En. Azmi rasa
hidup lebih bermakna bukan?”

”Benar ustaz” En. Azmi tersenyum. ”Sebab, selain dari tugasan dari ’big bos’
saya, kini saya lakukan tugas kerana ’big-big boss’ pula iaitu Allah” tegas beliau
dengan penuh bermakna, sambil makanan pun siap dihantar kepada kami.

Memang benar dalam praktikal


Kepada mereka
hafazan, ada waktu dan ketikanya kita
yang merasa kecewa ketika
akan merasa kecewa. Kita akan patah hati
menghafaz, saya cadangkan
semalam, hari ini dan mungkin beberapa
hari yang akan datang.
kita belajar dari semangat
Rasulullah dalam
Kepada mereka yang merasa begitu, peperangan. Rasulullah
saya cadangkan kita belajar dari menang dalam perang
semangat Rasulullah dalam peperangan. Badar, tewas dalam perang
Rasulullah menang dalam perang Badar, Uhud, tidak menang dan
tewas dalam perang Uhud, tidak menang
tidak kalah dalam perang
dan tidak kalah dalam perang Khandak.
Khandak. Tetapi dalam kalah
Tetapi dalam kalah dan menang itu,
dan menang itu, jumlah yang
jumlah yang menyertai Islam terus
bertambah. Bak kata En. Azmi, selagi
menyertai Islam terus
ianya dilakukan kerana ’big-big boss’ iaitu bertambah.
Allah, selagi itulah usaha kita akan
sentiasa diberkati.

Pengajarannya ialah, ketika menghafaz, kita tidak akan ’menang’ dalam setiap
pertempuran, tetapi InsyaAllah, kita akan mengecapi kemenangan keseluruhan.
Kekecewaan bukanlah alasan untuk menjadi lemah dan menyerah kalah. Tetapi
jadikan segala kelemahan itu menjadi penyebab untuk kita berusaha lebih giat,
menghafaz lebih kuat dan mengulang lebih banyak.
Dan jika itu yang kita lakukan ketika menghadapi keterbatasan, saat itulah kita
sedang menempa diri menjadi seorang yang lebih cekal dan kukuh keazamannya.
Itulah personaliti sejati hafiz Al-Quran. Kualiti ’sang juara’!

”Ketahuilah, bahawa bantuan Allah itu semakin hampir”


Surah Al-Baqarah, 214
“U
sebenarnya”
staz Asraff, Kaedah Jibril ini nampak cantik dari segi teori sahaja” kata
sesetengah peserta seminar. ”Tetapi sukar diamalkan dalam dunia

Baiklah, biar saya dedahkan anda dunia sebenar hafazan. Kenyataannya ialah,
jika anda benar-benar ingin menghafaz di tengah kesibukan harian, tidak ada cara lain
kecuali kaedah ini, atau anda akan kekal menghafaz Surah Ad-Duha kebawah sahaja.

Saya katakan demikian bukan untuk Memang ada


melemahkan anda. Tetapi kaedah
pilihan lain selain Kaedah
perlahan, ’terkedek-kedek’ macam itik
Jibril, seperti tinggalkan
pulang petang inilah yang sesuai buat
kerja dan bertapa 3 tahun di
anda. Memang ada pilihan lain, seperti
tinggalkan kerja dan ’bertapa’ 3 tahun
sekolah pondok. Tetapi itu
di sekolah pondok. Tetapi itu bukanlah bukanlah pilihan yang pintar.
pilihan yang pintar. Anda hanya menekan Anda hanya menekan diri,
diri, memaksa otak pada usia tua dan ya, memaksa otak pada usia tua
serangan jantung akibat surat berhenti dan ya, serangan jantung
kerja dari bos anda! akibat surat berhenti kerja
dari bos anda!
Hmmm.... nampak lebih teruk bukan?
Sekarang, dengar pula kenyataan yang menggembirakan. Ini dia rahsia besar
kaedah hafazan perlahan seperti itik ini. Pernah dengar cerita itik bertelur emas? Aha...
tentu kilauan telur emasnya terbayang di mata anda. Kaedah Jibril juga memiliki ’telur
emasnya’ tersendiri. Begini cara untuk ’menetaskannya’ :

Jika dilihat dari kadar hafazan hariannya, Kaedah Jibril memang amat perlahan.
Tetapi, cuba lihat dari sudut jangka masa panjang seperti sebulan, tiga bulan atau
enam bulan berikutnya? Anda akan dapati perkara sebaliknya berlaku. Saya akan
mudahkan anda dengan contoh ini :
Lihat jadual 10 surah di atas (Rajah 1). Kami telah senaraikan 10 surah popular
yang baik untuk dihafaz. Melihat sekali imbas, mungkin anda akan menggeleng kepada
dan blink! Perkataan ’impossible’ menjelma di kepala. Tetapi nanti dulu. Saya akan
terangkan bagaimana Kaedah Jibril menjadikannya ’not-so-impossible’.

Seperti yang diterangkan dalam bab sebelumnya, teknik menghafaz Kaedah Jibril
disusun berdasarkan jumlah mukasurat dan jumlah baris. Sekarang lihat jumlahnya
pada 10 surah tersebut. Bilangan muka suratnya adalah 26 muka, sementara barisnya
sebanyak 382 baris sahaja. Agak banyak bukan? Tetapi bila ia dibahagikan kepada
hafazan 4 muka sebulan, anda hanya mengambil masa 6 BULAN 2 MINGGU
sahaja untuk menghafaz 10 surah ini.

Hanya enam bulan, tidak sampai pun setahun! Wah, nampaknya anda bakal
memiliki 10 ’telur emas’ selepas 6 bulan membaca buku ini!
Tetapi, mungkin sesetengah orang terus berfikiran sinis terus berfikir ”Ustaz
Asraff, memang bagus apa yang anda terangkan ini, tapi ustaz tak tahu situasi saya,
penuh dengan ’deadline’ kerja, anak ponteng sekolah dan ’ah-long’ mencari setiap
hujung bulan!”

Jika hafazan anda tidak tercapai, jangan cepat mencari sebab. Kaji semula
alasan anda, kerana selalunya kita tidak berapa jujur dengan diri kita. Kita fikir
hafazan itu tidak mungkin padahal sebenarnya cuma ia tidak mudah. Seperti yang
saya tekankan dalam bab lepas, hafazan Al-Quran memang tidak terlalu mudah, tetapi
ia juga tidak terlalu sukar, bahkan cenderung lebih mudah sebenarnya, kerana Allah
yang ’merekacipta’nya begitu. Cuba lihat jaminan Allah ini :

Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Al-Quran untuk


pelajaran (hafazan dan kefahaman), tetapi adakah orang
mengambil pelajaran darinya?
Surah Al-Qomar, 40

”Baiklah, kami sudah faham, tapi bolehkah ustaz ’mudahkan’ lagi tekniknya?”
tanya seorang peserta seminar Kaedah Jibril di U.I.A Gombak.

”Boleh, kalau nak mudah lagi, panjangkan saja waktu ’M.C’. Kali ini saya luluskan
cuti rehat seminggu setiap kali habis hafaz satu surah”. Saya berikan kebenaran ’khas’
kepada peserta untuk menggunakan kuota cuti istimewa itu.

Walaupun anda berhenti menghafaz seminggu setiap kali selesai menghafaz


satu surah, hafazan 10 surah ini tetap akan selesai kurang setahun. Anda hanya
memanjangkan tempoh sekitar 2 bulan 2 minggu, dan jika ia dicampurkan dengan
target 6 bulan 2 minggu sebelumnya, tempoh hafazan anda hanya sekitar 9 bulan
sahaja.
”Oh, nampaknya ini lebih sesuai untuk saya, sebab saya boleh relaks, jalan-jalan
ke Bali seminggu itu” jawab peserta tersebut, sambil disambut dengan gelak tawa
peserta lain.

Memang cadangannya agak lucu, tapi pergilah ke mana sahaja untuk rehatkan
fikiran, asalkan selepas 9 bulan nanti, 10 surah itu melekat di ingatan jangka panjang
anda.

Saya akan terangkan kelebihan 10 surah yang dicadangkan, serta sedikit ‘tips’
dan senarai ’do and don’t’ mengenainya, supaya anda tahu tahap kesukaran ketika
menghafaznya nanti.

1 : Surah Yasin

Saya kira, ia adalah surah yang paling popular selepas 3 Qul dalam masyarakat
melayu. Bahkan, surah yang selalu dibaca pada malam jumaat ini memiliki gelaran
hebat iaitu ‘jantung Al-Quran’. Ia terakam dalam salah satu hadis Nabi yang mulia :

“Surah Yasin adalah jantung Al - Quran, barangsiapa yang


membacanya kerana inginkan keredhoan Allah, maka sudah
pasti akan diampunkan segala dosanya”
Riwayat Ahmad dan Tabrani.

‘Tips’ untuk anda :


Ia sangat mudah dihafaz, kerana anda sudah membacanya beratus kali sejak
kecil hingga sekarang. Cuma berhati-hati pada 3 ayat ’mutasyabihat’ yang hampir
sama iaitu ayat 29, 49 dan 53. Saya menggelarnya sebagai ’simpang 3’ kerana jika
tidak kena gaya, anda mungkin terbabas ke ayat lain pula!
2 : Surah Sajadah

Surah yang agak sederhana panjang ini memiliki keistimewaan tersendiri iaitu
ayat sujud (ayat 15). Itu sebabnya ia selalu dibawa bersama ’kembarnya’ iaitu Surah
Insan dalam solat Subuh pagi Jumaat. Ia adalah mencontohi sunnah Rasulullah yang
sering melaziminya pada waktu tersebut seperti yang dinyatakan dalam hadis :

Dari Abu Hurairah R.A berkata : Sesungguhnya Nabi S.A.W


membaca pada solat subuh hari Jumaat surah As-Sajadah
dan Surah Insan.
Riwayat Bukhari dan Muslim

‘Tips’ untuk anda :


Menghafaz surah ini agak seronok kerana lenggok ayatnya sedap untuk dibaca
dan dilagukan. Cuma anda perlu berhati-hati pada ayat 28 yang memiliki ’kembar’nya
dalam surah Al-Mulk ayat 25. Ditakuti jika tidak berhati-hati, anda akan bermula
dengan surah Sajadah, tetapi berakhir dengan surah Al-Mulk pula.

3 : Surah Al-Insan

Surah bermakna ‘manusia’ ini merupakan ‘pasangan kembar’ bagi Surah


Sajadah. Ia akan dibaca pada rakaat kedua dalam solat subuh hari Jumaat
berdasarkan sunnah Rasulullah. Jika anda bercita-cita hendak ke syurga, hayati
maknanya bersungguh-sungguh. Ayatnya penuh dengan gambaran syurga sebenar :
kerusi khas ahli syurga yang sangat empuk, gelas minuman yang bergemerlapan, arak
‘halal’ yang tidak memabukkan hinggalah minuman unik yang digelar ‘salsabila’.

‘Tips’ untuk anda :


Meskipun ayatnya memiliki ’irama’ akhiran ’aaa, aaa, aaa” yang sedap dilagukan,
namun ia agak sukar untuk dihafaz. Simpang-siur ayatnya itu akan mudah
membuatkan anda keliru. Tetapi, bila anda sudah mahir dengan surah ini, anda pasti
menyukainya lebih dari lagu-lagu popular. Percayalah!
4 : Surah Al-Mulk

Surah Mulk, yang bermakna ‘kerajaan’. Walaupun secara fizikalnya, ia


dikategorikan sebagai surah yang agak pendek (30 ayat), tetapi ia memiliki manfaat
sebesar raksasa : boleh menjadi ‘peguambela’ yang bakal menyelamatkan kita dari
azab kubur kelak. Antara gelaran yang diberikan nabi kepada surah ini ialah ‘Maa’niah’
dan ‘Munjiah’, bermaksud pelindung dan penyelamat. Manfaat yang begitu besar itu
ada disebutkan Nabi dalam hadisnya iaitu :

Barangsiapa yang membaca Surah ’Tabarokal lazi...’ setiap


malam Allah akan menjauhkannya dari azab kubur.
Riwayat An-Nasa’ie.

Ibnu Abbas R.A. pernah berkomentar tentang surah ini melalui kata-katanya :

"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua
anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran
tetanggamu, sesungguhnya ia akan menyelamatkan, berdebat pada hari kiamat di
hadapan Allah S.W.T. memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah S.W.T.
menyelamatkannya dari api neraka serta pembacanya juga selamat dari siksaan
kubur!” Bahkan Nabi S.A.W. juga pernah bersabda:

”Saya suka jika surah ini ada dalam hati setiap umatku".

‘Tips’ untuk anda :

Surah ini agak mudah, cuma ada dua tempat yang mungkin boleh mengelirukan
anda. Pertamanya pada ayat 16 dan 17, dan kedua pada ayat 20 dan 21. Ayat-ayat ini
agak sama bunyi awalnya. Ada baiknya anda mengulang surah ini ketika hendak tidur
menggantikan 3 Qul yang terbiasa itu, kerana Rasul membacanya dan surah
As-Sajadah sebelum tidur. Dapat juga pahala tidur ikut sunnah!
5 : Surah Ar-Rahman

Surah Ar-Rahman merupakan surah yang pernah dibacakan Rasulullah S.A.W.


kepada jin dan juga para sahabatnya. Bagi saya, surah ini termasuk salah satu surah
yang paling asyik untuk dibaca, bukat setakat maknanya yang menceritakan nikmat
Syurga secara terperinci, tetapi juga kerana kecantikan lenggok irama hujung ayatnya.
Ketika membaca surah ini, anda akan merasa seperti sedang ‘menyanyi’ kerana
susunan ayatnya yang mudah untuk diiramakan.

‘Tips’ untuk anda : Ketika membaca


Tetapi untuk menghafaznya, surah ini, anda akan merasa
anda akan merasa berat dan sukar. Ia seperti sedang ‘menyanyi’
disebabkan ayat ‘Fabiayyi Aa’laa’i kerana susunan ayatnya
Robbikumaa Tukazzibaan’ diulang-ulang
yang mudah untuk
sebanyak 31 kali. Kita akan terkeliru apa
diiramakan.
sambungan selepas setiap ayat itu. Untuk
mengatasinya, ada baiknya anda menulis di kertas berasingan, susunan setiap
ayatnya tanpa 31 ayat tersebut. Ketika itu pola ayat akan lebih jelas, dan hafazan anda
terasa lebih mudah.

6 : Surah Muzammil

Surah ini saya gelarkan sebagai ’surah kebangkitan’, kerana melalui surah
inilah, Rasulullah S.A.W mendapat kekuatan berlipat ganda dari amalan solat malam
yang tidak pernah baginda tinggalkan sepanjang hidupnya. Surah ini diturunkan
dengan tips berguna kepada kita iaitu : jadikanlah Qiamullail sebagai sumber
amalan untuk memperkukuh kekuatan rohani.

Tips untuk anda :


Surah ini hanya sepanjang semuka setengah. Ia agak mudah dihafaz pada 19
ayat pertama kerana ayatnya pendek-pendek dan irama hujungnya agak sama iaitu
huruf lam baris atas yang dibaca panjang. Ia amat sedap untuk dilagukan apabila
dipadukan dengan irama suara yang lunak dan anggun. Tetapi berhati-hati pada ayat
terakhir kerana ia agak panjang (setengah muka), lebih-lebih lagi terdapat 'jerangkap
samar' iaitu perkataan sama yang diulang 2 kali (faqra’uu maa tayassara...).

7 : Surah Jumu’ah

Surah ini popular kerana ia selalu dibaca dalam solat Jumaat kerana mengikuti
amalan Rasulullah S.A.W yang mengamalkannya sedemikian. Bertepatan dengan
namanya iaitu ‘Jumaat’, ia menyarankan sesuatu yang sangat penting dalam
kehidupan manusia : bekerja mencari rezeki halal.

Mereka telah Satu pengajaran yang cukup menarik

disamakan seperti keldai, dari surah ini ialah, Allah S.W.T secara
sinis menyindir sikap degil golongan
binatang yang dianggap
yahudi yang sering meninggalkan ajaran
sebagai simbol kebodohan,
Taurat dan melanggar perintah Allah.
memikul buku-buku
Mereka telah disamakan seperti keldai,
bermanfaat di atas binatang yang dianggap sebagai simbol
pundaknya, tetapi keldai itu kebodohan, memikul buku-buku
langsung tidak bermanfaat di atas pundaknya, tetapi
memahami apa yang keldai itu langsung tidak memahami apa
sedang dipikul. yang sedang dipikul. Perumpamaan ini
amat menarik untuk dipanjangkan kepada
mereka yang memiliki Al-Quran, tetapi masih tidak dapat menyediakan waktu untuk
memahaminya. Renungi dan amat-amatilah kiasan Tuhan ini!

‘Tips’ untuk anda :


Surah ini hanya sepanjang semuka setengah sahaja. Ia amat mudah dihafaz
kerana lenggok ayatnya tidak berbelit-belit dan agak ’staight forward’. Saya memberi
markah 4 dari 10 untuk menggambarkan darjah kesukaran menghafaznya.
8 : Surah Qiyamah

Surah ini termasuk dalam senarai surah yang Rasul sukai untuk membacanya
ketika Qiamullail. Kandungannya amat menarik kerana ia memperihalkan huru-hara
hari Kiamat secara amat terperinci, lengkap dengan beberapa urutan kisah tentang
bagaimana reaksi cemas manusia ketika menghadapinya.

Disamping itu, surah ini juga merakamkan beberapa rahsia agung, iaitu teknik
Nabi Muhammad menerima dan menghafaz Al-Quran. Cara yang menakjubkan itu
boleh anda pelajari pada ayat 16 hingga 19 dalam surah ini. Bukan setakat itu sahaja,
rahsia saintifik tentang perbezaan identiti setiap manusia juga dinyatakan, iaitu
keunikan perbezaan cap jari. Anda amat digalakkan untuk menyelidiki sendiri faktanya
dalam ayat keempat.

‘Tips’ untuk anda :


Secara umumnya, surah ini saya letakkan dalam senarai ’surah pertengahan’ dari
sudut tahap kesukaran menghafaznya. Ayatnya agak pendek-pendek, mudah dihafaz
tetapi mudah juga untuk anda keliru apabila hafazan ayatya digabungkan. Seperkara
lagi, anda juga perlu berhati-hati pada hukum tajwid yang selalu dialpakan iaitu bacaan
‘Saktah’ pada ayat 27.

9 : Surah Al-Waqi’ah

Ingin menjadi jutawan walaupun belum ada sejuta dalam akaun? Perbanyakkan
membaca Surah Al-Waqi’ah, iaitu surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada
juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surah yang bermaksud ‘hari Kiamat’ ini memiliki
satu kelebihan unik yang tidak ditemui pada surah lain. Ia dianggap sebagai ‘Surah
kekayaan’. Kelebihan ini dimeterikan dalam salah satu pujian Rasul : Barangsiapa
yang membaca Surah Al-Wa’qiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa
kesusahan dan kemiskinan selama-lamanya.
Salah seorang sahabat nabi, Ibnu Mas’ud sangat menggalakkan anak-anaknya
mengamalkan pembacaan Surah Al-Waqi’ah untuk mengelakkan kemiskinan. Amalkan
surah ini, InsyaAllah, anda akan menjadi 'kaya’ bukan sekadar harta dan wang ringgit,
tetapi juga dari segi keperibadian, ketenangan, dan keseimbangan hidup dunia dan
akhirat.

‘Tips’ untuk anda :


Surah ini saya kategorikan sebagai ’surah mencabar’ dari sudut darjah kesukaran
menghafaznya. Ini kerana bunyi ayatnya yang pendek-pendek dan agak sama,
ditambah lagi dengan beberapa ’ayat mutasyabihat’ di tengahnya. Anda perlu
berwaspada ketika menghafaz ayat ’corner baring’ tersebut iaitu ayat 57, ayat 63,
ayat 68 dan ayat 71.

10 : Surah Ad-Dukhan

Surah ini dipilih sebagai salah satu surah hafazan kerana ia termasuk surah
’wajib’ bagi mereka yang ingin mengamalkan solat ’Taqwiyatul Hifzi’ – solat sunat
penguat hafazan.

Menurut hadis yang bersumberkan Imam Tarmizi, pernah suatu hari Saidina Ali
R.A mengadu kepada Rasulullah S.A.W. akan hafazan Al-Qurannya yang agak
’goyang’ dan sering lupa. Lalu Rasulullah menyarankan beliau mengamalkan solat
sunat 4 rakaat, rakaat pertama selepas Fatihah dibaca surah Yasin, rakaat kedua
Surah Dukhan, rakaat ketiga Surah Sajadah dan rakaat keempat Surah Mulk. Apabila
selesai solat, beliau diajar supaya membaca doa khusus. Ternyata selepas
mengamalkannya, Saidina Ali berkomentar ’sejak itu, ingatan hafazan saya ternyata
sangat kuat’.

‘Tips’ untuk anda :


Walaupun surah ini sebanyak 3 muka sahaja, tetapi ayatnya pendek-pendek dan
amat mudah untuk anda terkeliru sekali-sekala. Tetapi bonusnya ialah : didalam surah
ini tidak ada sebarang ’ayat mutasyabihat’!
Walaupun 10 surah di atas agak sukar dihafaz pada permulaan, InsyaAllah, Allah
selaku Tuhan yang Maha Memerhati, Mendengar dan Bijaksana akan memberi
pertolongan apabila kita berusaha sedaya upaya. Jaminan 100% ini datangnya dari
ayat 69, surah Ankabut :

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-


sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan
Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh
keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan)
Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki
amalannya.
Surah Al-Ankabuut,69

Sungguh gembira kita membaca jaminan di atas kerana Tuhan sentiasa


memberikan galakan positif kepada kita. Jalan hidayahNya akan terbentang luas
kepada mereka yang bersungguh – sungguh mengikutinya. Kelebihan janji tuhan ialah
ianya pasti ditunaikan. Cash & Carry !

Tips terakhir saya sebelum anda mula menghafaz : Hafaz secara santai dan
tidak perlu terlalu laju, supaya pada akhirnya nanti, bak kata pakar motivasi ’start
small, finish big’ benar-benar berlaku!, Amiiin!
S epanjang pengalaman menyampaikan seminar Kaedah Jibril di seluruh
pelusuk negara, kami menerima beratus-ratus soalan teknikal mengenai
Kaedah Jibril. Ada diantaranya sangat relevan, ada yang terkeluar dari topik, ada juga
soalan sinis serta tidak ketinggalan, soalan ’cepumas’. Sudah tentu 3 jenis persoalan
terakhir tidak akan saya nyatakan disini, kerana sesuai dengan namanya, ia tidak akan
memberi apa-apa manfaat kepada anda.

Di antara kesemuanya, kami telah mengumpulkan 10 soalan yang paling kerap


ditanyakan dalam setiap seminar. Inilah 10 soalan paling utama, paling banyak
dibahaskan dan ya, paling relevan untuk anda. Dengan mengetahui jawapannya,
hafazan anda terasa lebih mudah dan santai, keyakinan anda terhadap kaedah ini
lebih kukuh, dan point terpenting : hafazan anda berjalan penuh lancar, tanpa
was-was.

1. Bagaimana kalau saya terlupa ayat yang dihafaz


ketika membacanya dalam solat?

Jika anda terkena sindrom 3T iaitu terlupa, tersangkut dan tergagap ketika
menjadi imam, pertamanya anda jangan panik. Keduanya jangan bertanya makmum
dibelakang sambungan ayatnya kerana dengan melakukannya, solat anda akan batal.
Ketiga, jangan ulangi atau ’try’ ayat tersebut berpuluh kali kerana perbuatan anda akan
menyebabkan makmum bosan dan mungkin ramai yang ’mufaroqah’.

Cuba lakukan 3 step mudah berikut :

1. Cuba ulang SEKALI SAHAJA ayat yang tersangkut itu.


Jika teringat sambungannya, teruskan bacaan anda.
2. Jika cara pertama tidak berjaya, baca sahaja mana-mana
’surah kecemasan’ iaitu 3 Qul, ’tabbat yadaa’, ’alam
nasyrah’ atau apa saja surah kegemaran anda.
3. Pastikan serta camkan betul-betul tempat anda
’tersadung’ dalam ayat tadi. Sebaik sahaja solat selesai,
lihat Al-Quran untuk memperbetulkannya.

Walaupun teknik membaca ayat dalam solat agak berisiko, tetapi percayalah ia
amat berbaloi. Sekali anda terlupa dalam solat, selama-lamanya anda tidak akan
mengulangi kesalahan sama. Sekali anda tergagap, seribu kali minda akan sentiasa
memasang ’lampu kecemasan’ pada titik kesilapan itu agar tidak mengulanginya lagi.
Sekali anda tersangkut, selama-lamanya minda anda akan ’menyangkut’ ayat itu dalam
ingatan jangka panjang supaya anda ’tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama’.
Percayalah.

2. Adakah Kaedah Jibril sesuai untuk anak saya?

Saya akan berikan 1 jawapan sedih dan 2 jawapan gembira. Jawapan sedihnya
ialah, jika anak anda berusia 12 tahun ke bawah, kaedah ini tidak sesuai untuknya.
Kaedah berbentuk ’do-it-yourself’ seperti ini tidak mampu dilakukan oleh kanak-kanak
pada umur sebegitu, kerana mereka masih belum memahami erti disiplin diri lagi.

Tetapi anda jangan terlalu cepat bersedih. Masih ada 2 jawapan gembira. Jika
anak anda berumur 13 tahun ke atas, inilah kaedah terbaik untuk mereka. Ini kerana,
pelajar sekolah menengah dianggap mampu mendisiplinkan diri dan menyusun prioriti
waktu. Anak anda boleh mengamalkannya bukan setakat hafazan ayat Al-Quran,
bahkan kepada hafazan hadis, kata-kata hikmah hingga ke rumus algebra sekalipun!

Alasannya mudah, sebab otak kita bekerja secara ’step-by-step’ untuk menghafaz
sesuatu dan kedua, ingatan baru dalam otak kita perlu diulang banyak kali sebelum ia
kekal sepenuhnya. Cuma saya harap, tolong jangan baca rumus Algebra itu dalam
solat, risau jika anak anda dianggap pemula bid’ah pula!

Itu jawapan gembira pertama. Jawapan seterusnya pula akan lebih melebarkan
senyuman anda kerana ia adalah pengganti kepada jawapan sedih tadi. Kini saya
sedang mencipta kaedah hafazan terbaik untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Ingin
tahu bagaimana kaedahnya? Tunggu....harap anda banyak menelan ’pil sabar’ dahulu.
Kaedah ini masih ’under construction’. Cuma saya akan dedahkan sedikit sahaja unsur
’magic’nya.

Setiap kali anak


Pertamanya ialah, kaedah ini tidak
anda dihukum, mereka akan
akan menggunakan nama malaikat lain
seperti Izrail, Mikail dan sebagainya.
menyambutnya dengan
Kedua, kaedah ini akan memasukkan wajah yang cukup ceria dan
unsur ’gembira’ dan ’ceria’ dalam mata yang bersinar-sinar, tak
menghafaz Al-Quran. Malah, kami telah ubah seperti pengalaman
mencipta 1 teknik hukuman unik jika anak Nabi Musa menerima
anda gagal menghafaz iaitu ’hukuman hidangan dari langit!
nikmat’. Cirinya begini : anak anda perlu
Menarik bukan?
dihukum jika mereka malas menghafaz,
cuma bezanya, hukuman itu akan mereka terima dengan penuh ’suka’ dan ’rela’.
Setiap kali anak anda dihukum, mereka akan menyambutnya dengan wajah yang
cukup ceria dan mata yang bersinar-sinar, tak ubah seperti pengalaman Nabi Musa
menerima hidangan dari langit! Menarik bukan? Nantikan pelancarannya ...

3. Bolehkah saya menghafaz lebih dari 3 baris dalam


sehari?

Jawapan : Boleh. Tidak ada masalah. Anda boleh saja menghafaz dengan
kelajuan penuh mengikut kemampuan anda. Cuma kadang-kadang, hari-hari yang kita
lalui tidak selamanya sama. Ada ketikanya hafazan anda meluncur laju seperti ’buraq’
Isra’ Mikraj Rasul, tetapi ada juga waktunya nanti, nak hafaz sebaris pun merangkak-
rangkak. Malah yang lebih teruk, masalah ’illegal operation and must be shut down’
menimpa otak anda berhari-hari!

Itulah yang mungkin berlaku jika anda meningkatkan jumlah hafazan. Yang
terbaik buat anda ialah, amalkan dahulu 3 baris itu seminggu dua secara ’slow and
steady’. Bila semuanya ok, cuba tingkatkannya perlahan-lahan. Contohnya dari 3 baris
kepada 5 baris sehari. Kekalkan rentaknya selama seminggu supaya otak anda selesa
dengannya. Elakkan dari melakukan ’over speeding’ dari 3 baris ke 13 baris contohnya,
kerana ditakuti anda masuk I.C.U nanti.

Dan jika otak anda mengalami sindrom ’traffic jam’ di tengah-tengah


menghafaz, untuk mengelakkan anda masuk I.C.U, nasihat saya begini : lupakan
hafazan sebentar, pergi bercuti dua atau tiga hari, minum fresh orange tepi pantai
supaya otak anda kembali fresh! Kemudan mulakan kembali hafazan dan anda akan
dapati, ayat-ayat sukar itu menyerbu-nyerbu masuk dalam fikiran!

4. Bagaimana hukum menghafaz Al-Quran bagi wanita


uzur?

Wanita yang sedang dalam sedang berhadas besar (haid, nifas dan mereka yang
belum mandi wajib selepas bersetubuh atau didatangi mimpi) dilarang membaca dan
memegang Al-Quran sama sekali. Itulah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Nawawi
dalam kitabnya Al-Majmu’: “Pegangan mazhab kami (Mazhab Syafie) ialah haram bagi
mereka yang berjunub dan mereka yang sedang haid membaca Al-Quran samada
sedikit ataupun banyak.”

Mereka berpendapat sedemikian kerana Rasulullah sendiri bersabda :

“ Orang yang sedang berjunub (hadas besar) dan dalam


keadaan haid tidak boleh membaca Al-Quran”
Riwayat Tarmizi.

Adakah ini bermakna anda memiliki ‘cuti wajib’ menghafaz tiap-tiap bulan?
Hmm…. tidak semestinya. Saya berikan 2 jalan keluar untuk itu :
Pertama : Anda memang dilarang memegang Al-Quran tetapi tidak pada Quran
tafsir. Inilah pendapat ulama, dimana jika tafsir Al-Quran itu mengandungi lebih banyak
tulisan tafsir dari tulisan Al-Quran, anda boleh memegangnya. Satu masalah sudah
selesai.

Kedua : Anda memang dilarang membaca Al-Quran dengan mengeluarkan suara


ketika berhadas besar, tetapi anda tidak pula dilarang jika membacanya dalam hati.
Saya gambarkan begini : jika kita boleh bercakap kepada diri (self talk), berfikir,
membaca ayat ayat buku ini dalam hati tanpa suara, bahkan bersungut dan
mengumpat dalam hati pun kadang-kadang boleh, sudah tentu perkara sama boleh
dilakukan pada ayat hafazan!

Kesimpulannya : teruskan hafazan anda tidak kira apa jua keadaan kerana jalan
penyelesaiannya terbentang luas. Gunakan tafsir Al-Quran untuk menghafaz pada
waktu tersebut, dan ‘bacalah’ ayat hafazan itu dalam hati anda. Suara mulut mungkin
akan bercuti seketika, tetapi suara hati anda terus menyala!

5. Bagaimana cara mengulang ketika surah yang dihafaz


sudah bertambah banyak?

”Oh, ini soalan dari ’advance student’ sebenarnya”. Ini adalah antara soalan yang
paling kerap diajukan dalam setiap seminar. Saya gembira menjawabnya kerana ia
membuktikan ramai di luar sana yang sudah memasang tekad menjadi Al-hafiz! Kalau
begitu, Alhamdulillah! Berkat satu Malaysia!

Sebenarnya, memang sukar mengendalikan hafazan yang semakin bertimbun,


tetapi saya cuba memberikan jawapan yang berpijak pada bumi yang nyata.

Ada 2 formula yang boleh anda gunakan untuk memastikan ayat hafazan baru
dapat dikejar, sementara ayat hafazan lama masih dikendong tidak berciciran. Ini
formulanya :
Pertama : Aktifkan karakter ’Wal-Asr’ (time management) yang terunggul. Jika
anda sukar mencari waktu kosong, cuba lihat senarai ini : berjalan, jogging petang,
terkandas di traffic jam, termenung, menyapu rumah, memasak, berkebun, menunggu
anak keluar sekolah, naik bas, menunggu komuter/bas dan sepuluh minit terakhir
sebelum anda tidur.

Bagi saya, aktiviti di atas adalah waktu kosong yang cukup banyak tetapi
dibiarkan berlalu tanpa apa-apa. Walaupun sekali imbas anda sedang melakukan
sesuatu, tetapi jika diamati, aktiviti tersebut berjalan secara automatik tanpa anda perlu
berfikir pun! Manfaatkannya untuk mengulang surah yang sudah dihafaz. Gunakan
formula saya sebelum ini : "Badan saya di atas motorsikal, tapi hati saya di depan
Al-Quran”. Dengan ini, waktu menghafaz dan mengulang Kaedah Jibril akan berjalan
seperti biasa, sementara anda pula tidak perlu mengganggu aktiviti lain sedia ada.

Kedua : Berikan komitmen lebih 110% untuk usaha ini. Jika perjalanan
menghafaz boleh dianggap seperti menempuh perjalanan 1,000 batu, anda sudah pun
melalui separuh darinya. Takkanlah anda hendak berhenti di tengah jalan atau ber-
patah balik semata-mata terlebih beban? Tidak mungkin kerana di hujung perjalanan,
syurga yang sedang menanti anda!

Jangan sekali-kali berusaha sekadar lima puluh peratus sahaja kerana dengan
bertindak begitu, mana tahu, anda rugi jauh lebih banyak dari yang disangkakan – rugi
semangat, masa, ayat hafazan dan mungkin ‘kondominium besar di syurga’!

Dan jika anda ingin tahu apa ‘pil peransang’ yang saya ambil disaat situasi
hafazan bertambah sukar? Ini ayat penggugah semangatnya :

Dan Katakanlah: Bekerja dan berusahalah, kerana Allah dan


RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat apa yang
kamu lakukan….
Surah At-Taubah, 105
6. Bagaimana cara termudah untuk memotong ayat tanpa
menjejaskan maknanya?

Bagi mereka yang tidak memiliki asas bahasa arab, saya mencadangkan agar
anda merujuk kepada tafsir Al-Quran. Itulah cara terbaik dan paling ’selamat’ untuk
anda memotong ayat tanpa memesongkan maknanya. Ada juga cara lebih praktikal,
iaitu membuat potongan berpandukan tanda-tanda waqaf dalam Al-Quran seperti huruf
mim kecil, jim kecil dan sebagainya (rujuk buku tajwid pada bab waqaf dan ibtida’).

Terdapat juga cara lain, iaitu membuat potongan pada perkataan yang dimulai
dengan huruf ’wau’. Ini kerana huruf wau sering bermaksud ’dan’, iaitu permulaan
cerita baru. Tetapi ada juga ’wau dan’ yang bermaksud kaitan. Contoh mudah seperti
perkataan ’dan’ dalam ayat berikut : Saya DAN Ali hendak pergi ke pasar. ’Dan’ disitu
tidak boleh dipotong kerana maknanya akan terjejas teruk nanti.

7. Bolehkah saya menghafaz pada waktu lain, bukan


waktu subuh?

Jawapan : Boleh saja. Silakan. Anda boleh Ini pokoknya


memulakannya selepas solat solat subuh, antara - kalau anda mahu
waktu maghrib dan isyak dan mungkin, ketika berjaya menghafaz
terperangkap dalam kesesakan jalan raya pun surah idaman, anda
boleh! Tetapi, waktu-waktu seperti itu ada perlu bangun awal
kekurangannya. Berlainan dengan waktu awal
setiap pagi.
subuh yang begitu tenang dan tenteram, waktu
selainnya memang tidak begitu realistik. Bayangkan, dengan fikiran berserabut dan
bebanan kerja sudah membanjiri otak, adakah anda yakin ayat hafazan dapat mengalir
lancar dicelah-celahnya?

Kesimpulannya, kalau anda benar-benar hendak mencari waktu terbaik untuk


menghafaz, 30 minit sebelum subuhlah waktu idealnya. Ini pokoknya - kalau anda
mahu berjaya menghafaz surah idaman, anda perlu bangun awal setiap pagi. Kalau
anda berkata; "Apabila ada waktu terluang, barulah saya mula menghafaz",
Percayalah, sama seperti usaha menghafaz sebelum ini, anda akan selamanya gagal
menghafaz surah idaman anda selama-lamanya.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika ’performance’ hafazan


semakin berkurang?

Saya akui, pencapaian hafazan kita ada waktu pasang surutnya. Mungkin minggu
pertama hafazan anda cemerlang, tetapi minggu kedua anda sudah mula menelan
panadol. Manakala minggu ketiga pula lebih parah, dari pening menjadi migraine pula.
Entah di mana silapnya, ada ketikanya serba-serbi jadi tidak kena.

Nasihat saya begini, cuba anda Cuba anda tekan


tekan butang ‘pause’ sebentar. Rehat butang ‘pause’ sebentar.
seketika. Sama seperti komputer, otak
Rehat seketika. Sama seperti
anda tidak selamanya kekal prestasinya.
komputer, otak anda tidak
Kadang-kadang, ia mampu ‘copy’ anda
selamanya kekal prestasinya.
‘paste’ prestasi hafazan 3 baris tiap-tiap
hari, tetapi bila berdepan dengan baris
Kadang-kadang, ia mampu
yang agak sukar dihafaz, otak mudah ‘copy’ anda ‘paste’ prestasi
sahaja ‘berasap’. hafazan 3 baris tiap-tiap hari,
tetapi bila berdepan dengan
Tetapi, rehat berpanjangan ada baris yang agak sukar
juga mala petakanya. Jika anda terlalu dihafaz, otak mudah sahaja
kerap menekan butang ‘pause’ serta
‘berasap’.
terlalu bertolak ansur dengan otak, ia
hanya akan menyebabkan hafazan anda gagal beransur-ansur! Surah Sajadah yang
dijangka mampu dihafaz dalam 3 minggu mungkin saja boleh menjadi 3 bulan. Dan
yang lebih teruknya, anda bukan menekan butang ’pause’, tetapi butang ’delete’ yang
ditekan sebenarnya!
Bagaimana sekarang? Adakah anda merasa butang ‘pause’ itu baik? Satu tips
berikut ini barangkali mampu meringankan migrain anda : Rehat yang terlalu lama
hanya akan menjadi penghancur impian. Anda perlu bangkit dari pertapaan,
bersemangat waja dan tetapkan fokus dua kali ganda.

Katakan ‘tidak’ pada perasaan malas, dan cuba sedaya upaya untuk menghafaz.
Percayalah bahawa kesukaran itu tidak lama, kerana disebalik 3 baris yang sukar, ada
300 lagi baris mudah selepasnya menanti anda. Sebaik sahaja anda melepasi
rintangannya, anda akan merasa lebih baik! Itulah nikmat menghafaz Al-Quran :
seribu keberkahan dan sejuta kepuasan akan dialami dalam hidup anda.

"Tetapi Ustaz, situasi saya berlainan...saya lebih banyak merasa sukar dari
senang ketika menghafaz" keluh sesetengah peserta.

Banyak menempuh kesukaran itulah lebih baik buat anda. Ia seperti ubat pahit
tetapi memberikan penawar mujarab. Anda pasti mampu mengecam selok-belok ayat
yang sukar, membiasakan diri dengannya dan akhirnya frasa ’ayat-ayat sukar’ tidak
wujud lagi dalam kamus fikiran anda. Itulah makna pengalaman menghafaz,
menjadikan anda dari ’amatur’ kepada ’pro’!

Benar kata-kata orang-orang hebat : “Ketika mengalami kegagalan, segeralah


mulai semula bermimpi. Dan mimpikanlah mimpi baru.

9. Apa doa yang perlu saya amalkan setiap kali ingin


menghafaz?

Tuan guru saya selalu berpesan, dalam menghafaz Al-Quran, selain kaedah yang
sesuai, kita juga perlukan doa yang tepat sebagai manifestasi usaha batiniyah kita
kepada Tuhan. Ternyata ia juga dipersetujui oleh peserta seminar kerana soalan ini
amat kerap ditanyakan mereka. Disebabkan ’rating’ popularitinya sangat tinggi, kami
telah melampirkan doa tersebut pada buku kerja seminar. Berikut adalah doanya :
Doa sebelum menghafaz Al-Quran.

ِ َ ِ ‫ﺑﮫ‬
‫ﻟﺳﺎﻧﻰ‬ ْ ِ ْ َ َ ‫ﺑدﻧﻰ‬
ِ ِ ‫وأطﻠق‬ ِ َ َ ‫ﺑﮫ‬ ِ ْ َ ْ َ ‫ﺻدرى‬
ِ ِ ْ‫واﺳﺗﻌﻣل‬ ْ ِ ْ َ ‫ﺑﮫ‬ ْ َ ْ َ ‫ﺑﺻرى‬
ِ ِ ‫واﺷرح‬ َ ِ َ ِ ِ ‫ﻧور‬
ِ َ َ ‫ﺑﻛﺗﺎﺑك‬ ‫ّ ُﱠ‬
ْ ‫اﻟﻠﮭم َ ﱢ‬
َ ‫ﺣولَ َ َ ُ ﱠ‬
‫وﻻﻗوة‬ ُ ‫وﻗـوﺗك َ ِ ﱠ‬
ْ َ َ‫ﻓﺈﻧﮫ ﻻ‬ َ ِ ‫ﺑﺣوﻟك َ ُ ﱠ‬ ِ ِ ‫ﻓﮭﻣﻰ َ َ ﱢ‬
ِ ْ َ ‫وﻗوﺑﮫ‬
َ ِ ْ َ ِ ‫ﻋزﻣﻰ‬ ِ ْ َ ‫ﺑﮫ‬ ْ ِ ْ َ َ ‫ﺟﻧﺎﻧﻰ‬
ِ ِ ‫وأﺳرع‬ ِ ِ ‫َ َﱢ‬
ِ َ َ ‫وﻗوﺑﮫ‬
َ َ ْ َ ‫ﺑك َﯾﺎ‬
ِ ِ ّ ‫أرﺣم‬
‫اﻟرﺣﻣﯾن‬ ‫ِ ﱠ‬
َ ِ ‫إﻻ‬

Bermaksud ; “Ya Tuhanku, pancarkanlah cahaya kitab-Mu kedalam pandanganku,


lapangkanlah dengannya dadaku, gunakanlah dengannya badanku, mudahkanlah
sebutan lidahku dan kuatkanlah ingatanku dan segerakanlah denganya kefahamanku
dan kuatkanlah dengannya daya kekuatan-Mu. Bahawasanya tiada daya dan upaya
melainkan dengan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”

Doa selepas menghafaz Al-Quran.

َ َ ‫إﻟﯾﮫ‬
ِ ْ ِ ِ ْ ُ ‫ﻓﻼ‬
‫ﺗﻧﺳﻧﯾﮫ وﺻﻠﻲ‬ ِ ْ َ ِ ‫ﺣﺎﺟﺗﻲ‬ َ ْ َ ‫إﻟﻲ‬
ِ َ َ ‫وﻗت‬ ْ ُ ْ َ ‫ﻋﻠﻣﺗﻧﻲ‬
‫ﻓﺎرددهُ ِ َ ﱠ‬ َ ُ ِ ْ َ ْ َ ‫اﻟﻠﮭم إِ ﱢﻧﻲ‬
ِ َ ْ ‫أﺳﺗودﻋك َﻣﺎ َ ﱠ‬ ‫ّ ُﱠ‬
‫ﷲ ﻋﻠﻲ ﺳﯾدﻧﺎ ﻣﺣﻣد وﻋﻠﻰ اﻟﮫ وﺻﺑﮫ اﺟﻣﻌﯾن‬

Bermaksud ; “Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku memohon kepadaMu supaya


menetapkan apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku serta datangkanlah ia padaku
ketika aku berhajat kepadanya dan janganlah Engkau lupakannya dariku, Semoga
Allah memberi rahmat atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan atas
keluarganya dan sahabatnya sekelian.

Inilah doa yang saya amalkan dari dulu hingga sekarang. Doanya pendek tetapi
memiliki intisari makna yang sangat mendalam.

Tetapi, dalam ramai yang sukakan doa tersebut, ada lagi yang masih
bertanyakan soalan pelik-pelik ‘Ustaz, boleh tak kalau saya berdoa pada hari isnin
sahaja, tapi niatkankan untuk seminggu?’
‘Wah, first time saya dengar teknik doa ‘all-in-one’... macam ‘pukat tunda’ pulak,
sekali tebar semua ikan dapat’ Saya berseloroh sambil menyembunyikan rasa
terperanjat. Peserta lain ketawa mendengarnya.

Sukar juga memikirkan jawapan bila berhadapan soalan yang terlalu tinggi sifat
’cepumas’nya. Bagi memahaminya, kita perlu kembali kepada konsep berdoa. Untuk
itu, saya ingin membawa anda ke ingatan 18 tahun lampau ketika ustaz saya pernah
menegur perilaku kami yang agak culas berdoa sebelum menghafaz.

‘kalau beginilah sikap kamu yang malas berdoa, jangan terperanjat kalau
Al-Quran yang kamu hafaz tak lekat-lekat, sebab kamu sombong dengan
pencipta-Nya!’

‘Sombong dengan pencipta-Nya’. Saya terpikir lama dengan perkataan itu.


Rupa-rupanya, selain mendapat ‘lampu hijau’ dari ustaz, kita juga perlu perbanyakkan
doa untuk mendapat ‘lampu hijau’ dari Tuhan. Kekuatan daya ingatan, teknik
menghafaz serta keazaman tinggi perlulah dibungkus kemas-kemas dengan ikatan
doa. Barulah sempurna maksud ‘azam dan tawakkal’ yang diperincikan Tuhan dalam
Surah Al-Imran ayat 159.

Jika pendekatan ini yang kita amalkan, tidak mustahil andai fikiran terlalu buntu
untuk menghafaz, doa akan meringankan bebanan anda : senjata spiritual yang bakal
menjadi pelampung yang menyelamatkan.

Seperkara lagi yang ustaz kami jelaskan ialah : ’membaca doa’ dan berdoa
merupakan dua perkara yang cukup jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Biar
mulut kita beribu kali membaca doa muluk-muluk yang panjang-panjang, tetapi jika
tidak difahami intisari maksudnya, doa sebegitu tidak bermanfaat kepada kita dan
sukar untuk Tuhan makbulkan. Sebabnya ia samalah seperti burung tiung yang pandai
bertutur ‘assalamualaikum’ tetapi tidak faham pun maksudnya. Al-Quran menyamakan
perilaku sebegini dengan istilah ‘kamasalil himaari yahmilu asfaaro’ (Surah Jumu’ah,
5) seperti keldai mengendong buku. Penat dipikul tetapi tidak tahu kandungannya.
Maka, fahamilah dan hayati betul-betul doa anda, kerana ia adalah menifestasi
permintaan lubuk hati anda kepada Allah. Perbanyakkanlah berdoa, kerana ia adalah
kabel penghubung kita dengan Tuhan. Yakinlah dengan kekuatan doa, kerana ramai
yang telah terselamat dari bencana dengannya.

Nabi Ayub sembuh dari penyakit Nabi Ayub sembuh


berat kerana doa, Nabi Yunus diselamat- dari penyakit berat kerana
kan dari perut ikan hanya kerana
doa, Nabi Yunus diselamatkan
sepatah doa, bahkan Nabi Muhammad
dari perut ikan hanya kerana
berjaya dalam peperangan Badar yang
sepatah doa, bahkan Nabi
dianggap mustahil menang itu pun
kerana Baginda banyak berdoa.
Muhammad berjaya dalam
Semuanya berpokok-pangkalkan doa peperangan Badar yang
yang tulus dan tidak putus-putus. dianggap mustahil menang itu
pun kerana Baginda banyak
Kesimpulannya, jangan sekali-kali berdoa.
diremehkan kekuatan doa. Jangan
berhenti berdoa semata-mata anda sudah jemu dengannya. Tirulah Nabi Sulaiman
yang tetap menunjukkan syukur dengan berdoa walaupun hampir satu dunia dalam
genggaman Baginda. Apabila konsep ini kita percayai dan kita amalkan, InsyaAllah,
perasaan ‘Ma’iyyatullah’ (Tuhan bersama kita) akan kita rasai tidak kira samada
waktu ‘sarra’ (senang) mahupun ‘dharra’ (susah).

10. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah


kekeliruan ayat ’mutasyabihaat’?

Dalam Al-Quran, ada lebih kurang 2,000 ayat berkongsi bunyi yang agak serupa.
Ia digelar sebagai ayat tasyabuh atau mutasyabihat, yang bermakna ’ayat lebih
kurang serupa’. Ayat –ayat sebegini sering mengelirukan para hafiz Al-Quran kerana
sesuai dengan namanya, jika kita tidak berwaspada, bacaan kita mudah terpesong dari
sambungan ayat yang sepatutnya.
Ketika awal menghafaz dahulu, saya sering buntu dengan karenah ’ayat sama
tapi tak serupa’ ini. Kadang-kadang ketika mengulang juz 9, seringkali dalam waktu
tak sampai 10 minit, saya sudah membaca juz 19! Bukannya saya mendapat sebarang
’mukjizat’, tetapi kerana tidak berhati-hati dengan ayat mutasyabihat dalam juz 9, saya
’tersambung’ dengan kembarnya di juz 19!

Pernah juga saya mati akal dengan


Pernah juga saya
soalan hafazan dari Syeikh saya iaitu
mati akal dengan soalan
’Allaziina aatainaahumul kitaab....sambung
hafazan dari Syeikh saya iaitu
bacaannya’. Bukannya tak ingat, tapi tak
’Allaziina aatainaahumul pasti sambungan yang mana satu. Mana
kitaab....sambung bacaannya’. tidaknya, ada 7 ayat yang sama bunyinya
Bukannya tak ingat, tapi seperti itu iaitu 2 ayat di Baqarah, 2 di
tak pasti sambungan yang An’aam, 1 di Rak’d, 1 di Qosos dan 1 lagi
mana satu. Mana tidaknya, di Ankabuut! ’Tawaf’ satu Al-Quran untuk

ada 7 ayat yang sama menjawabnya!

bunyinya seperti itu iaitu 2


Akhirnya, masalah ini selesai setelah
ayat di Baqarah, 2 di An’aam,
saya membeli buku bertajuk ’Al-Iqaz Li
1 di Rak’d, 1 di Qosos dan 1
Tazkiiril Huffaz’. Buku ini menghimpunkan
lagi di Ankabuut! semua ayat mutasyabihaat yang ada
’Tawaf’ satu Al-Quran dalam Al-Quran, serta dinyatakan
untuk menjawabnya! ’kembar-kembarnya’ sekali dalam setiap
surah.

Untuk memudahkan anda mengecam ayat sebegini, saya bawakan 2 contoh


ayat mutasyabihat dari 10 surah yang bakal anda hafaz iaitu :

Contoh 1 : Ayat mutasyabihat dalam surah yang sama


Ayat 29, 49 dan 53 dalam surah Yaasiin (lihat gambarajah 1) yang memiliki
penghujung yang agak sama. Jika tidak berhati-hati, anda mungkin tersambung
dengan ayat yang tidak sepatutnya.
Gambarajah 1

Contoh 2 : Ayat mutasyabihat dalam surah berlainan

Ayat 28 dalam surah Sajadah dan ayat 25 surah Mulk (lihat gambarajah 2)
seratus-peratus sama kecuali perkataan ’fathu’ dan ’wakdu’ sahaja. Jika tidak
berwaspada, mungkin surah Sajadah tersambung dengan Surah Al-Mulk pula.

Gambarajah 2
Inilah antara contoh ayat ’jerangkap samar’ yang perlu anda kenalpasti betul-betul
ketika menghafaz nanti. Mungkin ada yang berhujah ’saya tidak menghafaz
keseluruhan Al-Quran, rasanya setakat 10 surah ayat mutasyabihat tidaklah terlalu
banyak bukan?’

Nanti dulu, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Biar saya terangkan
sejelas mungkin. Silap besar jika anda mengabaikan ayat-ayat ini kerana bayangkan
sekiranya anda mengulang 10 surah itu setiap hari, jika dulu anda hanya tersilap 2 atau
3 kali sekali ulang, tetapi dengan mengabaikan ayat mutasyabihat, mungkin lama
kelamaan anda tersilap 20 kali sekali ulang. Nampak tidak, kesulitan semakin
bertambah jika anda tidak mengendahkannya. Kualiti hafazan semakin merosot
sementara ingatan surah semakin kucar-kacir kerana anda tidak mengecam
simpangnya betul-betul.

Nasihat saya ialah : kenalinya betul-betul dalam setiap surah dan tuliskan setiap
’kembar’nya. Jangan biarkan ia menjadi punca yang bakal menghuru-harakan ingatan
hafazan anda. Dengan mengecamnya satu-persatu, anda akan kurang melakukan
kesilapan sementara ingatan hafazan anda semakin kukuh seperti ’3 Qul’ yang juga
memiliki ayat mutasyabihat, tetapi mudah dibaca kerana sudah mengenali simpang-
siurnya.
A lhamdulillah, kini anda sudah mengetahui hampir segala-galanya mengenai
Kaedah Jibril. Anda sudah boleh bayangkan betapa indahnya hari-hari
mendatang – 3 baris setiap hari, lagi tiga minggu habis Surah Sajadah, 6 bulan lagi
10 surah, tahun depan pula InsyaAllah Surah Al-Baqarah!

Ya benar, impian memang indah jika ia masih di tahap mimpi. Tetapi realiti
selalunya amat berbeza dengan apa yang kita mimpikan Jika di alam mimpi, kita boleh
sahaja menewaskan jin dan syaitan dengan sekali jentik, tetapi di alam realiti,
kehangatan bantal peluk saja mungkin boleh menyebabkan kita solat subuh pukul
lapan!

Nauzubillahi min zaalik! Jadi bagaimana hendak pastikan impian muluk anda
menjadi kenyataan? Jawapannya : kenali betul-betul dahulu gangguan dan
penghalangya. Maka dalam bab ini, saya akan dedahkan pula faktor penyebab
kegagalan hafazan anda serta tips untuk menghindarinya.

Ada 4 kesukaran utama yang kerap menjadi alasan golongan ‘katakan tidak
pada hafazan’. Alasan ini saya kumpulkan dari ribuan respon peserta seminar Kaedah
Jibril. Antara ratusan halangan, alasan serta gangguan, kebanyakannya bersepakat
dengan 4 alasan utama iaitu :

1. Sukar menghafaz kerana tidak fasih membaca Al-Quran


2. Sukar menghafaz kerana tiada masa
3. Sukar menghafaz kerana faktor usia
4. Risau menghafaz kerana takut lupa.

Baiklah, mari kita mengenalinya satu persatu agar anda termasuk dalam
golongan yang berkata ‘katakan YA pada menghafaz’.
Ia merupakan antara ikon terhebat dalam kompilasi 100 alasan ’mengapa saya
tidak boleh menghafaz’ kerana kami menerima puluhan emel yang bersetuju
dengannya. Yang terkilannya apabila diteliti hujah golongan ini, mereka memang sejak
dari awal lagi tidak berminat menghafaz. Jadi, mereka mereka-reka ungkapan yang
berbunyi ’saya tidak mampu menghafaz kerana tajwid tidak betul’.

Selalunya, saya jarang membalas e-mel golongan ’yakin tidak boleh’ ini kerana
bagi saya, satu jawapan positif diberikan, seribu jawapan negatif mereka keluarkan.

Tetapi, dalam puluhan e-mel golongan tersebut, ada satu e-mel yang menarik
perhatian saya. E-mel ini telah saya balas kerana ada cahaya harapan disebalik
ketidakmampuannya. Anda boleh mendapatkan jawapan bagi persoalan ini melalui
emelnya yang saya paparkan disini :

Assalamualaikum Ustaz,

Saya telah menghadiri Seminar Kaedah Jibril di Kelang tempohari dan saya
amat seronok menghadirinya. Terima kasih saya ucapkan kerana ustaz telah
berkongsi maklumat yang cukup mantap dalam seminar sehari yang sungguh
ceria.

Walaupun saya amat teruja dengan kaedah ustaz, tetapi bila balik
rumah, saya rasa sukar menghafaz kerana bacaan Al-Quran saya masih
merangkak-rangkak dengan gagap di sana-sini. Saya benar-benar takut
mendapat dosa menghafaz dengan tajwid yang masih tidak betul. Bolehkah
ustaz berikan sebarang petua untuk masalah ini?

Terima kasih.
Puan .... (identiti dirahsiakan).
Saya membalasnya :

Assalamualaikum Puan .......

Terima kasih atas e-mel yang telah dihantar dan saya amat menghargai
kehadiran dan sokongan puan kepada seminar kami. Saya tidak nafikan memang
ramai dikalangan kita ynag tidak yakin menghafaz kerana tajwid yang tidak
sempurna.

Tetapi ini tidak boleh dijadikan sebab untuk kita berhenti menghafaz.
Malahan, jika puan terus menghafaz (dan tentunya sentiasa memperkemaskan
bacaan melalui berguru), saya akan sampaikan berita gembira dari Rasulullah
S.A.W kepada golongan seperti puan iaitu :

"Mereka yang membaca Al-Quran dan dia mahir dengannya


maka dia bersama para malaikat pencatat yang mulia. Mereka
yang membaca Al-Quran sedangkan dia tidak lancar
bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka bagi
mereka dua pahala."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Puan patut tersenyum sekarang kerana pahala puan ’double’, sedangkan


pahala saya yang dikira mahir ini satu sahaja. Rasanya, standard tajwid bacaan
Al-Quran puan tidaklah teruk sangat seperti yang puan sangkakan. Bahkan
sebenarnya, dengan kekerapan kita membaca Al-Quran melalui hafazan, ia akan
meningkatkan lagi fasohah serta lahjah sebutan huruf. Lama-kelamaan, tahap
kecekapan bacaan puan akan bertambah sempurna.

Saya amat berharap agar puan tidak sekali-kali terkeliru dengan segala
kesulitan yang digambarkan syaitan dalam fikiran. Kutuklah kekeliruan itu
sepenuh hati, dan bersungguh-sungguhlah berperang mengatasinya. Teruskan
usaha puan memperbaiki dan menghafaz Al-Quran kerana disebalik setiap ayat
yang puan lafazkan, ada 2 kali ganda pahala yang malaikat catatkan. Yakinlah,
ladang amal puan bertambah penuh dengan hasil tuaian pahala hafazan kelak!

Selamat menghafaz dan menuai...


` Ustaz Asraff Ayob.

Rasanya alasan tiada masa ini lebih popular dari alasan pertama. Ada berpuluh-
puluh dalih bernada serupa : sibuk mesyuarat, sering outstation, ada 15 cucu yang
hendak dijaga, dateline kerja bertimbun-timbun dan berbagai-bagai lagi.

Untuk menjawab alasan ini, saya mengajak anda meneliti fakta berikut :

Bayangkan jika kita diberi umur sama dengan Rasulullah S.A.W : 63 tahun.

 Jika tidur 7 jam sehari : jumlahnya sama dengan 18


tahun dari 63 tahun usia anda.
 Jika makan 2 jam sehari : sama dengan 5 tahun
 Jika menonton television 4 jam sehari : sama dengan
10 tahun
 Jika di tandas 1 jam sehari : sama dengan 2 tahun
 Jika bersembang 3 jam sehari : sama dengan 7 tahun
setengah
 Jika menghafaz/baca Al-Quran 30 minit sehari : sama
dengan setahun setengah

Kesimpulannya, adakah dakwaan tiada masa itu benar-benar berlaku? Bolehkah


kita mengatakan masa sentiasa tidak cukup sedangkan 4 ke 5 jam kita habiskan begitu
sahaja hanya untuk makan dan bersembang? Bagaimana kita boleh berkata ’saya
sangat sibuk’ sedangkan waktu menonton televisyen kita kadang-kadang lebih panjang
dari waktu solat? Atau kita sedang menegakkan perkataan ’malas’ dengan
berselindung di sebalik kesibukan?

Saya faham, mungkin sebahagian anda tidak bersetuju dengan fakta di atas.
Tetapi jika diperhatikan betul-betul, prioriti waktu kita sering tunggang-langgang
sehingga waktu yang digunakan untuk ilmu sering tidak setanding dengan waktu
yang digunakan untuk urusan nafsu.

Benar kata-kata Zig Ziglar, ‘Bukan tidak ada masa tetapi tidak ada arah’.
Pengurusan masa kita tidak diuruskan dengan betul sehingga kita lebih banyak
berehat dari melakukan perkara bermanfaat. Patutlah Tuhan awal-awal lagi
menempelak kita sebagai ‘golongan yang rugi’ dalam surah Al-Asr :

Demi waktu. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.


Surah Al-Asr 1-2

‘Tetapi ustaz tak faham hidup saya, sampaikan nak makan pun kadang-kadang
terkejar-kejar!’

Ya benar, saya pun kadang-kadang begitu. Tetapi ia tidaklah berterusan setiap


hari bukan? Sebenarnya begini : apabila sistem kepercayaan kita disetkan ‘masa tidak
pernah cukup’ teka apa yang terjadi? Memang masa tidak pernah cukup. Tetapi jika
anda berfikir sebaliknya ‘saya ada masa untuk menghafaz’, anda bukan setakat
menghafaz sepuluh surah, bahkan seluruh Al-Quran pun mampu!

Kesimpulannya, kita semua mempunyai pilihan dalam hidup ini. Saya memilih
untuk menjadi hafiz, dan saya membuat pilihan itu setiap hari. Anda juga begitu. Jika
setiap hari anda berfikir ’saya ingin menghafaz Al-Quran’ dan berusaha sedikit demi
sedikit untuknya, anda sebenarnya sedang membina program untuk diri anda. Mungkin
pada awalnya anda merasa sedikit sukar, tetapi bila ia dilakukan setiap hari, program
tersebut akan berjalan secara automatik.

Pokok-pangkalnya ialah : jika ’kerana Allah’ menjadi prioriti utama, InsyaAllah


Tuhan akan melapangkan masa anda. Yakinlah.
Disebabkan seminar Kaedah Jibril banyak dihadiri golongan dewasa dan berusia,
maka alasan ini termasuk dalam kategori sebab paling popular dikemukakan.
Selalunya ia datang dari peserta berusia 50 tahun ke atas, dan kerana itulah, saya
bersiap sedia dengan jawapan yang sesuai dengan tingkat umur tersebut.

’Ustaz, makcik rasa otak ni slow lah, sebab umur makcik sekarang dah nak dekat
pencen dah...’ celah seorang makcik dalam satu sesi seminar kami.

’Tapi makcik, walaupun usia dah nak dekat pencen, otak kita tak pernah
pencen.... lagipun, usia emas seperti makciklah usia paling sesuai mula menghafaz,
sebab Rasulullah pun mula menghafaz ketika berumur 40 tahun, dan selesai
ketika usia lebih dari pencen – 63 tahun! Kalau start hafaz sekarang, makcik dapat
pahala ikut sunnah!’

Saya menjawabnya dengan senyuman. Makcik itu pun tersenyum lebar.

Memang benar, perkataan ’pencen’ tidak pernah dikenali oleh otak kita.
Prestasinya akan menurun jika kita kurang menggunakannya, tetapi jika anda selalu
menghafaz, prestasinya semakin bertambah. Lagipun saya percaya, setiap perilaku
Rasulullah boleh kita jadikan ’Qudwah Hasanah – contoh terbaik’ termasuklah usia
nabi menghafaz Al-Quran. Bagi Rasulullah, tiada istilah ’usia subsidi’ ’usia pencen’
atau ’usia R.T.M – rehat, tidur, makan’ kerana Al-Quran mengajar kita berusaha
tanpa henti sampailah nyawa bercerai dari badan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu


amalan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha
(mengerjakan amalan lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja
hendaklah engkau memohon.
Surah As-Syarh 7,8
Satu pengalaman menarik lain yang ingin saya kongsikan bersama. Saya
pernah berpeluang mengajar kelas menghafaz Al-Quran untuk dewasa. Salah seorang
pesertanya, seorang wanita yang agak berumur merupakan antara peserta tertua kelas
ini. Berdasarkan pencapaian hafazannya yang agak sederhana, persepsi awal saya
mengagak beliau tidak akan bertahan lama.

Setelah 4 bulan berlalu, ternyata anggapan saya tersebut sangat meleset! Beliau
merupakan peserta yang paling hebat dan kuat hafazannya sehinggakan saya
mengagak tentu beliau memiliki teknik lain yang tidak dikongsi bersama saya.

6 bulan kemudian, kelas tersebut terpaksa ditamatkan atas sebab yang tidak
dapat dielakkan. Sejak itu saya tidak menemui makcik itu lagi. Tetapi setahun
kemudian, beliau menelefon saya untuk bertanya surah lain yang perlu dihafaz.
Alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati beliau masih mengekalkan ingatan
10 surah hafazannya selama ini. Menarik bukan! Dan sebagai tambahan, umurnya
sudah menjangkau 68 tahun!

Moral cerita ini ialah : tiada istilah pencen dalam menghafaz Al-Quran.

Menurut psikologi, penyakit lupa disebabkan beberapa faktor iaitu :

 Usang. Maklumat dibiarkan begitu lama tanpa cuba


diingati kembali
 Gangguan. Maklumat baru (ayat hafazan baru) bertindih
dengan ayat hafazan lama dalam ingatan, atau
sebaliknya.
 Tekanan. Termasuk penyakit stress, kebimbangan dan
konflik hidup.
Nampaknya kita tidak ada cara untuk mengelak seratus-peratus dari penyakit
lupa. Anda tetap akan lupa walaupun anda makan kismis doa satu tempayan, minum
air Yasin 3 baldi serta telan pil minyak ikan satu lori. Ini kerana, otak kita dijadikan
Tuhan dengan kemampuan untuk mengingati dan melupakan maklumat serta ingatan
dalam jangka waktu tertentu.

Tetapi, jika difikir betul-betul, apa sangat yang kita takutkan dengan lupa
sehingga ia begitu sekali diperbesarkan? Apakah ia akan menjadikan kita berdosa
besar? Belum pasti. Apakah ia akan menyebabkan anda pasti masuk neraka? Pasti
tidak. Apakah dengan tidak menghiraukannya usaha anda menghafaz akan menjadi
lebih mudah? Sudah tentu.
Anda tetap akan
Maka, supaya anda tidak terlalu lama lupa walaupun anda makan
takutkan hantu bernama ’lupa’, saya kismis doa satu tempayan,
turunkan petua yang ibu saya wariskan minum air Yasin 3 baldi
16 tahun lalu ketika saya takutkan serta telan pil minyak ikan
masalah sama. satu lori.

‘Angah, mak tak mahu engkau asyik fikir ‘angah tak mampu hafaz sebab selalu
lupa’, tapi mak mahu angah fikir ‘apa yang perlu angah buat supaya hafazan
tak lupa’.

Sampai sekarang nasihat tersebut berbekas di hati. Ibu saya mengajarkan


bahawa lebih baik kita melihat lupa sebagai perkara positif bukannya negatif. Lupa
adalah satu nikmat bukan malapetaka. Dengan berfikir begini, kita sedang melakukan
perubahan kecil yang tidak memerlukan modal besar tetapi menghasilkan keuntungan
sangat tinggi. Dengan berfikiran positiflah, saya sentiasa berusaha mengulang
hafazan setiap hari tanpa jemu.

Dengan berfikir positiflah, Alhamdulillah setakat ini hafazan Al-Quran saya agak
baik walaupun saya tidak nafikan, masih terdapat beberapa surah yang perlu digilap.
Dengan bertindak positif juga, saya cuba berfikir kreatif menghasilkan teknik terbaik
untuk golongan umum menghafaz sehingga lahirnya kaedah ini.

Maka jangan panik menghadapi penyakit lupa. Lihatlah ia sebagai satu


cabaran bukan halangan. Jika anda terus berfikiran begini, saya yakin anda bukan se-
takat menghafaz 10 surah, malah mungkin mendapat gelaran ‘hafiz’ 30 juz nanti. Dan
sebagai bonus tambahan, saya turunkan beberapa zikir yang saya amalkan setiap kali
terlupa ayat Al-Quran yang dihafaz iaitu :

1. Berlindunglah kepada Allah dari gangguan syaitan


melalui Istiazah, kerana penyakit lupa mungkin
disebabkan perbuatan syaitan yang menutup ingatan
kita supaya lupa, seperti yang pernah berlaku kepada
pembantu Nabi Musa. Rujuk Surah Kahfi, ayat 60-65.
2. Mengingati Allah dengan memperbanyakkan Istighfar,
kerana kita terlupa mungkin disebabkan banyaknya
maksiat yang dilakukan. Ini selaras dengan firmanNya
dalam Surah Kahfi, ayat 24.
3. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah S.A.W. kerana
selawat akan mengundang rahmat dari Allah.

Cubalah amalkannya, InsyaAllah, anda akan merasai keberkatannya nanti. Yang


penting, katakan pada diri anda sekarang : ’Wahai penyakit lupa, aku telah
menjatuhkan ‘talak tiga’ kepadamu!’
T erbayang di minda saya sekarang, kalaulah saya berada dengan anda
sekarang, ingin saja saya membelanja anda minum ’cappucino’ sambil
mengucapkan ’Tahniah sepuluh kali! sebab anda hanya setapak sahaja lagi sebelum
masuk ke lingkaran 10 peratus umat islam yang bersungguh-sungguh menghafaz
Al-Quran!’

Memang benar, jika pembacaan anda sudah sampai ke bab ini, ia bermakna
anda sudah hampir ke garisan penamat pengajian jarak jauh Kaedah Jibril. Sepanjang
pembacaan kita, anda sudah dilengkapkan dengan segala ’tools’ menghafaz, ’tips and
tricks’ memulakannya serta senarai ’do and don’t’ untuk mengelakkan hafazan
tergelincir. Pendek kata, bila-bila masa sahaja anda akan menerima jemputan ke
’majlis penganugerahan ijazah!’

Tetapi, untuk masuk ke ’garisan mula’ menghafaz esok, pengalamannya amat


berbeza dengan pendekatan membaca buku ini : duduk santai sambil minum fresh
orange depan taman bunga!. Esok adalah hari praktikal, masa untuk berpeluh dan juga
serangan tidak dijangka dari ribuan panglima syaitan berpangkat ’general’ dibantu
musuh dalam selimut bergelar nafsu ’ammarah bissu’!

Jadi, untuk menukar segala ‘serangan hendap memeranjatkan’ itu kepada


‘pengalaman mendebarkan tetapi amat mengasyikkan’, saya sampaikan sekarang
2 ‘skrol’ penting iaitu :

1. Skrol pertama bergelar ‘Buka pintu hati’.


2. Skrol kedua bergelar ‘Buka pintu sabar’

Skrol pertama ini bergelar ‘Buka pintu Hati’. Kelihatan seperti ungkapan yang
selalu didengar, tetapi apa kaitannya dengan Kaedah Jibril? Baiklah, mari saya bantu
anda rungkaikannya dengan beberapa soalan. Pertanyaan yang harus kita fikirkan

sekarang adalah :
 Adakah saya serius untuk menghafaz selepas ini?
 Adakah saya akan menangani informasi buku sama
seperti buku-buku lain – baca, faham & simpan, tanpa
langkah-langkah susulan yang lebih praktikal?
 Adakah saya memiliki keinginan dan motivasi
membuak-buak untuk menghafaz?
 Ketika kesukaran menghadang jalan hafazan saya,
adakah saya akan berpusing kebelakang 360 darjah,
atau berteriak ’Wahai ’kesukaran’, tolong ketepi
sekarang!’

Memang agak mengejutkan apabila hati dan fikiran kita diajukan dengan soalan
seserius itu. Soalan sebegini bersifat amat menyerang dan kurang menyenangkan,
tetapi amat perlu, kerana ia bakal menjadi benih untuk minda kita membuat keputusan
yang lebih bermakna. Selalunya, bila berhadapan dengan persoalan sebegini, saya
teringat kata-kata pensyarah psikologi saya dahulu ‘Asraff, perkara yang paling jauh
dalam menuntut ilmu ialah antara TAHU dan BUAT’

Ya, disinilah ‘hati’ kita berada di 2 persimpangan penting, adakah ia melihat


informasi ini sekadar ‘satu lagi maklumat’ tentang hafazan, atau beraksi untuk terjun ke
medan hafazan esok berbekalkan kekuatan ‘Bismillah’?

Memang bukan mudah untuk memindahkan segala ilmu buku ini ke alam
praktikal lebih-lebih lagi jika ia melibatkan ‘hafazan’. Oleh itu, hati kita amat
memerlukan vitamin berupa ‘hidayah Ilahi’ agar ia boleh membekalkan momentum
secukupnya untuk menghafaz nanti. Untuk mendapatkannya, hati perlu dibajai dengan
gugusan ‘doa’ pembuka hidayah agar Tuhan mencurahkan ilham penggerak supaya
kita terus ‘beraksi’ menghafaz esok. Dan kalau boleh, biarlah momentum hafazan itu
sampai ke tahap ‘ketagihan menghafaz’, bak kata linetag iklan yang telah diubahsuai :
Makan Quran, Minum Quran, mimpi pun Quran!
Itu yang kita inginkan. Perasaan ‘membuak-buak’ untuk menghafaz Al-Quran
hingga sampai ke tahap symptom ‘ketagih Al-Quran’ yang kerap dinikmati ulama
solafussoleh zaman silam. Bagi ulama-ulama hebat ini, ketagihan bukan hanya ada
pada dadah, alkohol, rokok dan kafein sahaja, bahkan membaca dan menikmati isi
kandungan Al-Quran juga merupakan ‘ketagihan’ harian.

Dan sekiranya hati kita sudah terbuka untuk memulakan aksi menghafaz esok,
jangan lupa untuk terus berdoa agar ia sentiasa dikuatkan azam, motivasi dan
momentum hafazannya. Biarlah kesungguhan menghafaz itu mencapai tahap seperti
ini : ''Malam bagaikan para a’bid dan siang laksana singa Tuhan.''

Boleh, tapi ada


Mampukah kita mencapai tahap
prasyaratnya. Buangkan
tersebut? Boleh, tapi ada prasyaratnya.
dahulu segala fikiran negatif
Buangkan dahulu segala fikiran negatif
tentang hafazan seperti
tentang hafazan seperti ’susahlah’, ’nanti
dululah’, ’boleh ke?’ dan gantikannya ’susahlah’, ’nanti dululah’,
dengan kekuatan ’kalimah’ yang sering ’boleh ke?’ dan gantikannya
diucapkan – ’Laa Haula Walaa Quwwata dengan kekuatan ’kalimah’
Illa Billah’ : tidak ada daya atau kekuatan yang sering diucapkan –
melainkan bersama allah. Inilah model ’Laa Haula Walaa
kekuatan Iman yang ditranformasikan Quwwata Illa
sebagai pencetus semangat atau ’the
Billah’
can mentality’ :

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuanganmu),


dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang bakal
menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tinggi
nilainya , jika kamu orang-orang beriman.
Surah A’li Imran, 139
’Ustaz, saya pernah menghafaz sebelum ini, tetapi kadang-kadang saya kecewa
sebab, dalam beberapa keadaan saya gagal memberikan komitmen 100%.....then saya
pun terus ’down’, langsung takda semangat nak ’start’ hafaz balik....macammana nak
atasi masalah tu ustaz?’

Berat juga masalah itu bukan? Lama juga saya berfikir mencari jawapannya.
Akhirnya, saya cuba merasionalkan dahulu kerisauannya :

’Saya setuju dengan tuan tentang masalah susah nak ’start’ tu, lebih-lebih lagi
bila ada masalah sebesar ’raksasa Godzilla’ menghadang ’kereta’ hafazan kita....,
yang teruknya bukan setakat itu, tetapi ada beribu-ribu ’general setan’ akan
mengerumuni kita, pujuk dan rayu supaya kita keluar dari kereta hafazan dan masuk
ke trak ’rehat & relaks’......’

Hmm...nampaknya, walaupun enjin kereta hafazan anda sudah ’panas’, belum


tentu ia akan meluncur laju di ’jalan’ hafazan nanti. Lebih malang lagi jika ia bertukar
menjadi bak kata pepatah ’disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di
tengah hari’. Maka, apakah jalan penyelesaian kepada masalah tersebut? Disinilah
petua kedua yang digelar ’skrol pintu sabar’ berfungsi. Saya menciptanya
berdasarkan ilham dari ayat berikut :

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar


dan mengerjakan sembahyang, Sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
Surah Al-Baqarah,45

SABAR. Itu kata kuncinya. Tetapi perkataan ’sabar’ disini tidak bolehlah difahami
secara negatif seperti ’menyerah kalah’, ’sikit-sikitlah’ atau ’berhenti berusaha’. Sabar
yang Tuhan sarankan dalam ayat tersebut lebih berbentuk optimis bukannya pesimis.
Beza antara sabar ’sang pesimis’ dan sabar ’sang optimis’ pula sangat besar. Seorang
pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, manakala seorang optimis akan
nampak peluang di dalam setiap kesukaran.

Maka sewaktu menghafaz nanti, asuhlah hati anda agar sentiasa memiliki sifat
sabar ’sang optimis’ supaya setiap kali masalah menjelma, ia akan membisikkan kata-
kata positif ’saya akan mengundur setapak hari ini, tetapi esok pasti saya akan
melangkah seribu tapak ke hadapan’.

Itulah yang saya pelajari dari kisah-


kisah berinspirasi para Anbiya’ dan para Sebaliknya
Auliya’, iaitu jangan mudah berputus asa katakan saja kepada
menghadapi kesukaran, lebih-lebih lagi ’general syaitan’ tersebut :
jika kita sedang menjalankan misi mulia ’saya wajib meneruskan tugas
disisi Allah. Nabi Muhammad S.A.W. ini, tidak peduli betapa susah
contohnya, tidak pernah mengeluh
sekalipun’. Jika itulah yang
dalam setiap kesukaran. Baginda
sentiasa kita lafazkan,
menerima seadanya, kembali berdoa,
yakinlah Tuhan
dan terus menjalankan misi seterusnya.
Dengan ertikata lain, tugas Baginda akan menyokong
S.A.W tetap diteruskan tidak kira apa jua usaha kita.
rintangan mendatang dihadapan. Dan
untuk misi mulia sebegini, kita mengetahui akhirannya : kejayaan Baginda
mengembangkan Islam sehingga membentuk tamadun mencorakkan dunia.

Bagitulah juga misi menghafaz kita. Jangan mudah mengalah dan mengatakan
’stop’ hanya selepas kita terlepas hafazan 6 baris akibat godaan syaitan memujuk kita
menonton T.V. Sebaliknya katakan saja kepada ’general syaitan’ tersebut : ’saya wajib
meneruskan tugas ini, tidak peduli betapa susah sekalipun’. Jika itulah yang sentiasa
kita lafazkan, yakinlah Tuhan akan menyokong usaha kita. Yakinlah bahawa Tuhan
akan membalas setiap keringat usaha kita dengan ’ sesuatu yang tidak pernah
dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah dirasa oleh
panca indera’ iaitu Syurga Firdaus nanti.
Inilah kebaikan berfikiran positif kepada Tuhan, iaitu kepercayaan bahawa akan
ada pengakhiran yang ’indah’ dihujung sana. Kekuatan luarbiasa berpaksikan sifat
’SABAR’ seperti yang dimiliki oleh para Anbiya’ dalam ayat ini :

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi telah berperang dengan


disertai oleh ramai orang yang taat kepada Allah, maka
mereka tidak merasa lemah semangat terhadap apa yang
telah menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka juga
tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada
musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-
orang yang sabar.
Surah A’li-Imran, 146.

Alhamdulillah, buku ini sudah sampai ke garisan penamatnya. Jika pembacaan


anda sudah sampai ke sini, ia bermakna
suiz tutup dan buka sudah bersedia untuk Dan jika anda
ditekan. inginkan kepuasan baru
dalam kehidupan, ingin
Tekanlah suiz ’mula menghafaz’ merasai hidup lebih
itu agar lampunya terang-benderang. bermakna, ingin berjalan
Kipaslah dan bakarlah bara semangatnya
setiap hari dengan keyakinan
supaya anda lebih ’bercahaya’ disisi
bahawa hidup didunia ini
Tuhan. InsyaAllah, ’musim menuai’ akan
dapat dinikmati apabila anda tersenyum
penuh dengan barokah,
membaca Surah Sajadah dan Insan dalam saya punya satu jawaban :
solat subuh pagi Jumaat. Hafazlah Al-Quran..

Dan jika anda inginkan kepuasan baru dalam kehidupan, ingin merasai hidup
lebih bermakna, ingin berjalan setiap hari dengan keyakinan bahawa hidup didunia ini
penuh dengan barokah, saya punya satu jawaban : Hafazlah Al-Quran. Hafazlah setiap
hari walaupun dalam jumlah kecil. Anda akan hidup lebih bahagia dengannya.
Hafazlah dan anda akan merasa lebih diberkati. Hafazlah dan kehidupan anda lebih
tenteram dalam keredhoNya.

Maka, fastabiqul khairat, kata Al-Quran. Berlumbalah-lumbalah dalam


menghayati jalan kebahagiaan itu.

Saya mengucapkan ’Siiru ala barokatillah! (bergeraklah dibawah naungan


Allah!) Selamat menikmati perjalanan hafazan anda!

- Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-hafiz.

------------------------------------------------------------------------------.

Satu lagi nota sampingan.

Jika anda ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang kaedah hafazan yang
lebih terperinci, bimbingan yang lebih eksklusif, atau melontar sebarang cadangan
bernas berkaitan kaedah ini, saya amat alu-alukan anda untuk hubungi saya di :

Kaedahjibril@yahoo.com
Asraff2@yahoo.com

Atau luangkan diri anda dengan melawat laman Web :

www.kaedahjibril.com
Ebook Ebook Ebook
145 Fakta Menarik & Menakjubkan KAEDAH JIBRIL QURANOLOGY
mengenai Al-Quran yang jarang Kaedah mudah & praktikal Panduan efektif memahami
anda ketahui walaupun menghafaz surah Al-Quran khusus Teks dan konteks Al-Quran, agar
membacanya setiap hari!! untuk gol. Awam yg sibuk setiap hari! Anda teruja membacanya!
Berharga RM 20 Berharga RM 25 Berharga RM 25

4 PRODUK HEBAT
Video panduan BERHARGA :
KAEDAH JIBRIL
Video penerangan bergambar
Oleh Ustaz Asraff mengenai
Kaedah ini secara terperinci.
Berharga RM 20

1 tiket percuma ke seminar


kaedah hafazan super utk sicilik
‘KAEDAH XXX’
(berharga RM 125)

Dan
1 tiket DISKAUN seminar sama
berharga RM 25 sahaja
(Harga asal RM 125)
Layari :
Ustaz Hj. Mohammad Asraff Bin Ayob Al-Hafiz

B.A (Hons) Al-Quran Wal Qira’at, U. Al-Azhar


Masters (Psychology I.O), U.K. Malaysia

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz berkelulusan B.A (Hons) Al-Quran &
Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir serta Masters dalam bidang Psychology (Industri &
Organisasi), U.K.M.

Ketika di Mesir, Ustaz Asraff merupakan graduan ke 2 terbaik bagi pelajar Malaysia
dalam bidangnya. Ketika menyambung Masters di UKM, Ustaz Asraff menduduki senarai
anugerah graduan paling cemerlang bagi penuntut Master dan Ph.D (CGPA 3.75 keatas)
bagi tahun 2006.

Sebelum itu, Ustaz Asraff menuntut dan menghafaz Al-Quran selama 7 tahun di
Maahad Ahmadi, sekolah dibawah kerajaan Negeri Sembilan yang menggabungkan sistem
tahfiz dan akademik (kini dikenali sebagai ITQAN - Institut Tahfiz Al-Quran Negeri
Sembilan).

Pada tahun 2006, beliau pernah secara aktif mencurahkan kepakaran beliau di pusat
hafazan Al-Quran utama Malaysia iaitu DARUL QURAN JAKIM, melatih pelajar untuk lebih
berdedikasi dalam menghafaz Al- Quran melalui corak hafazan yang sistematik.

MENGEMBANGKAN KAEDAH JIBRIL

Ketika mengajar di Darul Quran dan menyertai aktiviti ceramah di merata Masjid di
sekitar lembah Klang, Ustaz Asraff banyak mendapat respon dari masyarakat yang
bertanyakan kaedah menghafaz yang sesuai untuk golongan awam. Bertitik-tolak dari
itulah, Ustaz Asraff merekacipta KAEDAH JIBRIL pada tahun 2007.

KAEDAH JIBRIL telah diketengahkan kepada masyarakat melalui seminar-seminar di


seluruh pelosok negara. Lebih dari 5,000 orang telah menyertainya.

KINI, Ustaz Asraff sedang giat mencipta kaedah berkesan untuk menghafaz Al-
Quran untuk golongan kanak-kanak pula, bakal dilancarkan pada tahun 2013
sekembalinya beliau dari menemani isteri tercinta yang sedang menyambung pelajaran
Ph.D di New Zealand.

Maklumat lanjut, layari : www.kaedahjibril.com.


Antara 207 peserta yang
menghadiri Seminar KAEDAH
JIBRIL di dewan seminar
Masjid Saidina Umar, Bukit
Damansara, K.L pada 5.8.07

SAMBUTAN HANGAT !!...


Antara 283 peserta yang
menghadiri seminar KAEDAH
JIBRIL di Auditorium SIRIM
pada 12.1.08.

Ustaz Asraff sedang memberikan


penerangan KAEDAH JIBRIL
Auditorium U.I.A,padA 23.8.08.

Ustaz Asraff sedang


menjawab soalan yang
dikemukakan peserta pada
seminar di U.U.M pada
16.10.08
1. Al-Quran Al-Karim

2. Al-Jami’ Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi

3. Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul, Jalaluddin As-Suyuti

4. Manahilul Irfan fii Ulumil Quran, Muhammad Abdul Azim Az- Zarqani

5. At-Tibyan fii Ulumi Al-Quran, Muhammad Ali As-Sabuni

6. Mabahith fii Ulumil Quran, Syeikh Manna’ Qatthan

7. Al-Burhan fii Ulumil Quran, Muhammad bin Abdullah Az-Zarkasyi

8. Al-Itqan fii Ulumil Quran, Jalaluddin As-Suyuti

9. At-tajwid Al-Muyassar, Dr. Abdul Aziz Al-Qari

10. Qabasun min Nuuril Quran Al-Karim, Muhammad Ali As-Sabuni

11. Shahih Bukhari

12. Shahih Muslim

13. Riyadus Solihin, Imam Nawawi

14. Fathul Baari, Ibnu Hajar Al-Asqolani

15. Baughaman, E. E. 1971. Personality: The Psychological Study Of The


Individual: New Jersey: Prentice Hall. Inc.

16. Riding, R. & Rayner. S. 2002. Cognitive styles and learning strategies
Understanding Styles Differences in Learning and behaviour. David Fulton
Publishers, London.

17. Schultz, D.P. 1981.Theories of Personality. California : Brooks / Cole


Publishing Company.

18. Sternberg. R.J. 1997. Thinking Styles.New York : Cambridge University


Press

Anda mungkin juga menyukai