Anda di halaman 1dari 13

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


TOUCHJET ENTERPRISE

MUHAMAD AKMAL BIN MUHAMAD ASERI


C18A0521

JULAI 2022
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera . Syukur alhamdulilah dan


setinggi-tinggi kesyukuran yang dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin
kurniaNya dapat saya menyempurnakan laporan latihan industri dengan jayanya .
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada pihak TouchJet diatas kesudian
menerima dan memberi peluang kepada saya menjalani latihan industry di
organisasi tersebut selama 2 semester .

Dengan kesempatan ini saya amat berbesar hati untuk menyampaikan jutaan
terima kasih kepada penyelia industry saya , Encik Azimi Bin Hashim yang telah
banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada saya walaupun dengan
keadaan pandemic yang melanda negara kita . Tidak lupa juga kepada staf-staf
Touch Jet yang sentiasa membantu dan tidak lokek diatas ilmu yang dikongsikan
sepanjang keberadaan saya disana .

Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang tidak putus-putus dalam membantu menyempurnakan tugasan ini terutama
pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan khususnya dalam elektif Multimedia .
Selain itu , ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana
banyak menghulurkan bantuan dan Kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya .

Diakhir ucapan ini , saya juga ingin tujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung . Segala bantuan yang dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan mereka semua mungkin tugasan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan baik .
BAB 1
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 PENDAHULUAN

Latihan Industri merupakan satu syarat kewajiban bagi pelajar melaksanakan


program-program yang tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) . Program Latihan Industri diperkenal bagi memperkasakan
kemahiran dan kompentesi yang diperlukan oleh bakal graduan bagi meningkatkan
tahap mampu kerja sewaktu berada di Industri . Kursus Latihan Industri memberi
pengalaman dan peluang bagi merasai situasi ketika berada di dunia pekerjaan
sebenar supaya kelak para graduan dapat mencapai kebolehpasaran yang tinggi .

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari


pelbagai sudut yang melibatkan kaedah komunikasi yang berkesan , amalan kerja
berpasukan , etika professional dalam organisasi dan lain-lain . Disamping itu ,
kursus ini membina semangat dan sikap proaktif yang mampu bertindak dalam
sesuatu perkara dengan berkeyakinan .

Konklusinya , Latihan Industri telah membantu dari segi faedah kepada


pelajar dalam memperoleh pengalaman dan sedikit sebanyak membuka kesedaran
minda pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan dari perspektif yang positif
sebelum melangkah ke alam pekerjaan setelah bergelar alumni .

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTIRI

Objektif dalam pelaksanaan latihan industri yang telah dilaksanakan selama 8


bulan , pelajar mendapati bahawa :

1.2.1 Membawa persekitaran alam pekerjaan sebenar kepada pelajar bagi


persediaan sebelum menempuh ke alam pekerjaan

1.2.2 Membina personaliti diri ketika berada di industrI yang ditempatkan .

1.2.3 Mendidik pelajar dalam berkomunikasi secara berkesan dan berkeyakinan .

1.2.4 Membina jati diri pelajar dalam beretika dan berperaturan di tempat kerja yang
sewaktu melaksanakan sesuatu pekerjaan .
KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Persaingan bagi mendapatkan pekerjaan semakin mencabar dikala ekonomi


semakin pesat yang menyebabkan peluang pekerjaan semakin sengit . Melalui
latihan industry , pelajar didedahkan dengan persekitaran sebenar alam pekerjaan .
Pelajar memperoleh pelbagai faedah dari latihan industri diantaranya ialah
memperoleh pengalaman , mendidik pelajar dalam beretika ketika berkerja
,mengenal persekitaran pekerjaan dan lain-lain .

Dengan peroleh pengalaman sewaktu menjalani latihan industri di syarikat


selama 8 bulan , para pelajar dapat mempelajari serba sedikit berkaitan dengan
pekerjaan yang diceburi dan dapat bertindak mengawal situasi sewaktu di dalam
pejabat atau berinteraksi bersama dengan pelanggan .

Disamping itu juga , pelajar tidak merasa kekoh dan janggal apabila kelak
telah melangkah ke alam pekerjaan sebenar . Hal ini kerana pelajar telahpun
berdepan dengan situasi didalam organisasi , bagaimana pelajar perlu bertindak
menghadapi cabaran dan menempuhinya dengan lebih berkeyakinan .

Seterusnya , pelajar mendapat pendedahan berkaitan dengan kepentingan


masa dalam setiap pekerjaan yang dilakukan . Kepentingan tersebut amatlah
penting yang perlu ditanam dalam setiap kakitangan dan juga pelajar supaya bijak
mengurus masa supaya segala tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam
tempoh yang ditetapkan .
BAB 2

LATAR BELAKANG SYARIKAT

PENGENALAN SYARIKAT

Touch Jet Enterprise merupakan syarikat yang mengusahakan perkhidmatan


percetakan . Ia diusahakan oleh Encik Azimi Bin Hashim selaku pengurus syarikat .
Syarikat Touch Jet diusahakan oleh seorang pengurus selaku individu yang
bertanggungjawab menguruskan perniagaan . Jenis perniagaan dikenali sebagai
perniagaan tunggal . Touch Jet tertubuh pada 1 OKTOBER 2011 . Asas pertubuhan
syarikat adalah untuk meneroka peluang perniagaan dalam pasaran terkini dan
membentuk sebuah syarikat yang berpotensi dalam pasaran dengan pengalaman
yang dimiliki .

Jenis perkhidmatan yang ditawarkan dalam pengoperasian seperti cetakan


banner dan bunting , billboard , signboard , sticker yang dicetak berdasarkan idea
dan kehendak pelanggan , menerima tempahan grafik/cetakan , business card ,
rubber stamp dan segala kerja yang berkaitan dengan printing .

Touch Jet Enterprise mempunyai pekerja seramai 9 orang yang terdiri dari 4
orang pereka dan selebihnya merupakan staff yang bekerja pada bahagian
percetakan yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam percetakan dan
pengiklanan . Dengan bersandarkan pengalaman dan kelengkapan mesin
percetakan membuatkan Touch Jet terus bergiat aktiviti dalam menghasilkan
percetakan , design dan lain-lain bagi meningkatkan mutu perkhidmatan percetakan
yang terbaik , cekap , kemas , bermutu dan pantas dalam hasil produktiviti syarikat
dari semasa ke semasa .
RAJAH 1 : LOGO SYARIKAT

2.2 VISI DAN MISI TOUCH JET ENTERPRISE

VISI

- Bagi memastikan visi tercapai , misi syarikat adalah mengfokuskan dalam


menjadikan syarikat sebuah produk yang membekalkan percetakan dan
pengiklanan menjelang tahun 2025 . Selain itu , syarikat juga mengfokuskan
kepada penyediaan tenaga kerja yang professional , kemahiran , berdisplin
tinggi , cekap dan produktif dalam melaksanakan tugas .

MISI

- Kejayaan dalam memastikan syarikat terus bekembang dalam pasaran , misi


syarikat adalah membantu memastikan perkhidmatan dan pembekalan yang
diberikan adalah terjamin dan berkualiti kepada pelanggan dan ingin
memperluaskan cabang perniagaan yang dijalankan dalam bidang
percetakan dan pengiklanan .

LOKASI

Syarikat Touch Jet Printing bertempat di Jalan Bayam Kota Bharu, Kelantan
yang berhadapan dengan Flat C Perumahan PKINK . Sekitar syarikat terdapat
bangunan Wisma Persekutuan dan Hospital KPJ jika diikutikan lokasi berkenaan
sangat strategik dimana masyarakat Kelantan amat mengenali lokasi berkenaan .
Jarak diantara kediaman pelajar dan syarikat mengambil masa sekitar 10 minit yang
berjarak 3 km .
Rajah 2 : Lokasi penempatan Latihan Industri
BAB 3

SKOP DAN TUGASAN KERJA

PENGENALANAN

Pada bab merupakan ringkasan daripada tugasan mingguan yang telah


dilaksanakan oleh pelajar sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri di Touch Jet
Enterprise . Didalam buku log harian telah dicatatkan secara lebih terperinci
berkaitan dengan skop tugasan dan aktiviti yang dilaksanakan sewaktu menjalankan
tugas yang telah diberikan oleh penyelia . Dalam laporan ini , akan dipaparkan
secara ringkas daripada buku log harian latihan industri yang dirujuk bagi
menerangkan secara lebih ringkas dan terperinci mengenai aktiviti yang dilakukan
semasa latihan industri .

Dalam skop ini akan menjelaskan tugasan demi tugasan atau projek yang
diberikan oleh penyelia sepanjang latihan indsutri . Dalam seminggu waktu bekerja
tersebut , pelajar menjalankan tugasan di perusahaan yang mana skop tugas yang
diberikan adalah sama . Hal ini sedia maklum bahawa tugasan yang dijalankan
melibatkan rekaan yang berbentuk illustrator , video dan seumpanya .

3.2 SKOP DAN TUGASAN KERJA

3.2.1 Pendedahan berkaitan tugas dan aplikasi

Pada awal kemasukan pelajar di latihan industri , pelajar diberikan


pendedahan berkaitan dengan corak dan suasana pekerjaan yang bakal
ditempatkan . Tugasan yang diberikan berkaitan dengan rekaan poster , banner dan
sebagainya . Pada mulanya penyelia , menerangkan penggunaan aplikasi yang
digunakan oleh syarikat iaitu adobe photoshop ,illustrator dan InDesign dan juga
penerangan berkaitan idea-iea yang berkualiti dan berkesanan dengan penggunaan
grafik . Penggunaan ketiga-tiga aplikasi tersebut sangat penting bagi melengkapkan
tugasan yang diterima daripada client .

Dalam perancangan menghasilkan sesuatu rekaan yang berbentuk grafik ,


pelajar diajar dalam menghasilkan grafik yang baik menerusi ciri-ciri seperti mudah
dan jelas untuk difahami . Mesej yang ingin disampaikna dapat ditafsir tanpa
bersusah payah memikir tujuan penyampaian sesuatu kandungan tersebut . Setelah
penerangan berkaitan dengan
3.2.2 Projek Bilboard

Seterusnya , pelajar diberikan satu tugasan penting berkaitan dengan rekaan


dalam menyampaikan mesej berkaitan dengan pandemik yang melanda negara
Malaysia . Tugasan ini membabitkan diantara masyarakat di negeri Kelantan dan
Kerajaan Negeri bagi tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat di negeri
Kelantan berkaitan dengan pencegahan wabak iaitu Covid 19 yang telah melanda
sekitar beberapa tahun sejak kebelakangan ini . Tugasan ini juga dijalankan oleh
beberapa pereka grafik yang lain dalam menghasilkan sebuah hasil kerja yang
berkualiti , menarik dan mudah difahami .

Penghasilan dalam tugasan ini mendapat pautan daripada penyelia . Hasil


daripada pemantauan penyelia , pelajar dapat mempelajari sesuatu yang berguna
dalam penyampaian maklumat yang berkesan diantaranya penggunaan Tipografi .
Dalam grafik tidak hanya dipenuhi oleh gambar dan lukisan tetapi bagi
melengkapkan maksud , ia perlu mempunyai elemen verbal seperti perkataan dan
ayat yang disatukan . Dalam penggunaan ini dapat meningkatkan keberkesanan
sesuatu paparan visual .

Rajah : Penghasilan Grafik dalam Projek Bilboard untuk tujuan memberi Kesedaran
dalam Pencegahan Covid-19 Oleh Kerajaan Negeri Kelantan .
3.2.3 Pendedahan berkaitan Adobe InDesign dan aplikasi iMark

Semasa menjalani Latihan Industri di Touch Jet , pelajar didedahkan dengan 2


aplikasi yang berlainan iaitu InDesign dan iMark . Aplikasi InDesign mempelajari
berkaitan penghasilan karya seperti flyer, poster , majalah dan lain-lain . Aplikasi ini
mengfokuskan pada dokumen percetakan . Keperluan aplikasi ini amat berguna
kepada pereka grafik . Adobe InDesign merupakan perisian yang penggunaannya
berkaitan dengan susun atur majalah, buku dan surat khabar . Manakala aplikasi
iMark digunakan bagi tujuan pemotongan sticker yang mana penggunaannya
melibatkan mesin pemotong yang disambungkan menerusi komputer . Proses
berkaitan pemotongan akan melibatkan aplikasi iMark dan mesin .

Kebanyakkan tugasan dalam penggunaan InDesign yang ditugaskan oleh penyelia


adalah membuat susunan id card dan business card . Penggunaan aplikasi tersebut
bagi tujuan penyusunan dan memudahkan dalam menghasilkan proses pemberian
layout dengan lebih tersusun dan teratur . Adobe InDesign bukan hanya mengatur
halaman atau layout , ia juga boleh digunakan untuk mengatur teks dengan begitu
rapi dan sesuai dengan keperluan dan keinginan .

Disamping itu , aplikasi iMark


BAB 4

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

KESIMPULAN

Sepanjang mengikut dan menjalankan latihan Industri yang bertempat di Touch Jet
Enterprise , pelajar banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan tugas yang
diberikan secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran
pelajar sepanjang berada di syarikat tersebut .

Pendedahan awal kepada pelajar tentang alam pekerjaan sebenar mematangkan


serta membuka fikiran para pelajar tentang kehidupan dunia pekerjaan . Sepanjang
8 bulan menjalani Latihan Industri di Touch Jet Enterprise, saya telah mempelajari
serba sedikit tentang kerja yang dilakukan oleh syarikat ini . Saya dapat mempelajari
menghasilkan design yang kemas dan berkualiti , berkomunikasi dengan pelanggan
dan sebagainya .

Secara amnya , latihan Industri perlu diteruskan kerana ia berfungsi memberikan


manfaat serta faedah kepada pelatih sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan
yang sebenar . Dalam hal ini , pelatih akan melihat gambaran yang jelas serta
keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri dengan
tugas-tugas yang diberikan kepadanya .

Sepanjang menjalani latihan industri , banyak perkara yang berubah antaranya


daripada sudut persekitaran , pembelajaran dan pergaulan sesama rakan sekerja .
Ianya secara langsung dapat mempertingkatkan sikap terhadap diri saya sendiri .

Anda mungkin juga menyukai