Anda di halaman 1dari 3

Peranan Kepentingan Usahawan Kepada Diri, Masyarakat dan Negara

Peluang untuk mengawal nasib sendiri: Peluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian
bagi setiap individu yang bergelar usahawan. Usahawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas
memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira ia ingin berjaya dalam
hidup ia boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalnya seorang usahawan yang memerlukan
modal tambahan modal untuk membesarkan perniagaannya, ia boleh bekerja lebih masa dan
menjual barang dengan harga yang lebih murah supaya ia mendapat jualan yang lebih banyak dan
keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai cara dapat dilakukan oleh seorang usahawan bagi
mengawal nasibnya.

Peluang untuk mencapai potensi sebenar: Untuk mencapai matlamat yang diimpikan seorang
usahawan harus menggunakan semua potensi, kemahiran dan ketrampilan yang dimiliki untuk
menghadapi sebarang halangan dan rintangan untuk mencapai hasratnya. Disini juga ia akan
bertindak diluar jangkaannya sendiri. Tercapai atau tidak matlamat selalunya tidak begitu penting
setelah ia berusaha melakukan yang terbaik. Ia akan berpuas hati dan merasa gembira apabila segala
potensi yang ada telah digunakan.

Peluang untuk memperolehi keuntungan: Mendapat untung sememangnya adalah salah satu
matlamat seorang usahawan dalam menjalankan perniagaan. Pulangan selalunya menjadi ganjaran
kepada usaha yang gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan
mencerminkan kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaannya.

Peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara: Seorang usahawan yang berjaya
bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, mereka juga telah banyak mendermakan wang untuk
aktiviti masyarakat. Usahawan juga telah banyak membantu mempertingkatkan kualiti infrastruktur
dalam sesebuah kawasan perniagaannya contohnya jalan, secara masyarakat di kawasan dapat
menggunakan kemudahan tersebut. Seorang usahawan yang berjaya akan menjadi contoh kepada
masyarakat dan ia juga dapat mengharumkan nama negara kerana usaha-usaha murni yang telah
ditunjukkan. You might also like:

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Faktor Kejayaan dan Kegagalan Usahawan Ramai yang telah menerokai bidang
keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika
terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat
keputusan yang sama. .

Kajian menunjukkan terdapat beberapa factor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan
seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:

.. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi

Keinginan yang kuat untuk Berjaya

Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan

Memberi tumpuan dalam perniagaan


Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap

Membentuk jaringan perniagaan yang luas ...

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu
disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997.
Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenal pasti
adalah:

Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi

Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan

Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan

Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah

Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi ...

Syarat yang terpenting untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ialah ilmu pengetahuan.
Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri
dengan ilmu perniagaannya dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan. ...

... Ilmu tentang perniagaan perlu dipecahkan kepada dua peringkat iaitu mengenai industri secara
umum dan mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara khusus. Pengetahuan dan
kemahiran tentang mengurus perniagaan pula melibatkan pengetahuan tentang aspek-aspek
pengurusan kewangan, pemasaran, jualan dan khidmat selepas jualan, pengeluaran dan sumber
manusia. Tidak kurang penting juga ialah pengetahuan tentang keperluankeperluan perundangan
supaya perniagaan tidak dapat dijalankan dengan teratur. ...

Kesimpulan yang kedua ialah seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang
boleh menjadikannya berdisiplin, cekal serta sentiasa memikirkan sesuatu untuk terus berdaya saing
dan berdaya maju. Ciri-ciri ini mungkin atau secara semula jadi pada usahawan atau perlu diperolehi
dan dibentuk. Usahawan sendiri yang perlu menentukan sama ada beliau ingin memiliki ciri-ciri ini
atau tidak. ...

Kita dapat melihat bahawa kebanyakan faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang usahawan
berjaya dengan cemerlang terletak pada usahawan itu sendiri. Faktor-faktor ini terletak pada
kemampuan usahawan untuk mengawal dan memperbaikinya. Oleh itu dalam keadaan biasa,
usahawan tidak seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain apabila menemui kegagalan. Usahawan
hendaklah sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki apa juga kelemahan yang
ada. ..

. Akhirnya, walau apa juga diperkatakan, kaedah mengejar kecemerlangan dalam keusahawanan
adalah sama seperti mengejar kecemerlangan dalam apa jua bidang lain. Tiada jalan ringkas dan
pengganti bagi usaha yang gigih dan tekun.
Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Anda mungkin juga menyukai