Anda di halaman 1dari 4

SEMINAR CINTA DAN KASIH SAYANG

Sempena Maulid Al-Rasul saw 1425


Pada: 17 Mei 2003
Tempat : Dewan Malaysian Hall, Melbourne

Tema: Cinta dan kasih sayang mengikut neraca Sunnah Nabi saw.

Objektif:
1. Memahami erti cinta dan batas-batasnya menurut panduan Islam
2. Mendalami selok-selok pergaulan lelaki dan wanita dan batasannya menurut Islam.
3. Menjelaskan tatacara dan adab serta panduan ke arah pembinaan rumah tangga Islam.

Tajuk-tajuk:
1. Soal Hati..
Tajuk ini akan mengupas permasalahan hati, sifat hati, perasaan, erti cinta, kekomplekan hati,
kenapa perlu cinta, antara hati dan nafsu, kesah cinta dalam al-Quran, cinta antara remaja,
batasan cinta dan adab-adab hati yang bercinta.

2. Bila baju kurung dan baju melayu bertemu….


Tajuk ini akan mengupas dan membincangkan permasalahan yang berkaitan dengan adab-
adab perhubungan di alam percintaan dan di luar percintaan samada yang melibatkan lelaki
dan wanita atau lelaki sesama lelaki dan wanita sesama wanita. Perkara-perkara yang akan
disentuh ialah adab dan batas-batas pergaulan, percakapan, perbualan, pembelajaran dan
semua yang berkaitan dengannya menurut yang digariskan oleh al-Quran dan al-Hadis.

3. Alam bahagia… begini caranya !


Tajuk ini akan berkisar sekitar pembinaan keluarga Islam yang terbaik menurut al-Quran dan
al-Sunnah. Ia merangkumi tatacara pemilihan suami dan isteri paling ideal, batas-batas yang
perlu diikuti, adab, cara memilih suami isteri, cara komunikasi terhormat dan-dan lain
masalah. Juga akan disentuh secara ringkas permasalahan dan tatacara undang-undang
perkahwinan di Malaysia.

Para peserta boleh mengemukakan soalan dan permasahan mereka sendiri melalui surat, mel
atau telefon. Sediakan soalan sebelum perbincangan dimulakan adalah digalakkan bagi
menjimatkan waktu.

Tentatif:
9.00 pagi - Pendaftaran
9.30 pagi - Pembukaan majlis
- Al-Quran
- Perasmian majlis
10.00 pagi - Pembentangan 1
11.15 pagi - Break
11.30 pagi - Pembentangan 2
1.00 tengahari - Solat, Lunch.
2.00 ptg - Pembentangan 3
- Diskusi dan soaljawab
3.30 ptg - Persembahan & Bersurai

Nota-nota perbincangan:
Soal Hati..
Erti cinta
Hati yang kompleks – penuh dengan perasaan dan emosi. Rahsia ciptaan Allah.
Kenapa manusia bercinta – sebab lahiriah dan sebab batiniyyah
Antara cinta hakiki dan cinta nafsu
Pada siapa cinta perlu diberikan dan kenapa
Cinta kepada yang berjasa
Cinta kepada sesuatu yang cantik dan indah
Cinta kerana rahmat Allah (ibu bapa kepada anak-anak, saudara mara).

Cinta sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Quran dan al-Hadis


Kadangkala kita tidak tahu apa yang kita cintai sebenarnya tidak baik untuk kita (2:216)
Tidak boleh mengikut orang yang lebih menyukai kufur walaupun mereka adalah ibu bapa
kita (9:23)
Kesah cinta; bagaimana ianya digambarkan (12:30)
Sebab mendapat kelazatan iman (hadis)

Tanda-tanda cinta
Sanggup berkorban – para sahabat.
Hanyut dalam alamnya.
Mengikut orang yang dicintai (3:31)

Adakah cinta mempunyai batas-batasnya?


Cinta mutlak (2:165) / Cinta terhad (9:24)

Cinta antara lelaki dan wanita.


Siapa lelaki dan siapa wanita – dua makhluk Allah – manusia.
Makhluk yang mudah lupa, tidak berterima kasih dan terikat dengan emosi.
Adakah cinta lelaki kepada wanita atau sebaliknya dibolehkan?
Bagaimana cinta lelaki dan wanita yang dilarang?
Bahaya-bahaya yang perlu dijaga
Cinta monyet dan cinta kanggaroo
Hubungan cinta kerana Allah dan cinta nafsu:
Bagaimana perbezaan implikasi keduanya.

Bila baju kurung dan baju melayu bertemu….


Muqaddimah: Keunikan kejadian manusia
Allah pencipta manusia.. Maha tahu apa yang baik dan apa yang buruk.
Allah turunkan Islam sebagai peraturan dan tatacara tunjukkan bagaimanakah manusia harus
ikut dan buat untuk membahagiakan mereka.
Tidak menurut cara yang ditetapkan.. akan membawa malapetaka dan kemusnahan.
Neraca nilai kita adalah neraca Islam dan bukan neraca lain (adat, kebiasaan masyarakat dll)
Kerosakan dan ketenteraman dunia dan alam adalah terletak kepada manusia. Tidak ada guna
alam yang harmoni jika jiwa manusia rosak dan sengsara.
Allah jadikan manusia dari 3 unsur utama – hati akal dan jasad
Nafsu(syahwat) adalah unsur penting untuk kesinambungan manusia di alam ini. Tiga nafsu
penting ialah: perut, ego dan seks.
Allah jadikan nafsu shahwat sebagai ujian (3:14)
Syaitan adalah unsur luar yang cuba menguatkan nafsu dan menggoda manusia agar
melupakan syarak atau menipu dengan pujukan dan rayuan (Allah tidak zalim, Allah Maha
pemurah dan pengampun, masuk neraka dulu sekejap dll).

Hakikat seks manusia:


Dijadikan Allah – sebagai alat penerus kelangsungan zuriat hidup manusia.
Ia adalah instrumen penting – namum kerosakan timbul bila berlebihan atau disalahguna.
Bahaya nafsu seks:
Tidak puas
Merosakkan
Membuang masa
Menghilang ketajaman akal
Hamba seks akan kehilangan serius dan kesungguhan. Menyerah apa saja (eg. Pemuda/I
Perancis semasa WWII).

Islam letakkan batas dan aturan melalui 3 cara:


1. Pelihara kesucian diri: i)mensucikan dari syahwat tersembunyi ii)
pandangan/pendengaran/sentuhan iii)tabarruj iv)pendedahan aurat
2. Tindakan pencegahan: i) batas aurat ii)cara pakaian lelaki dan wanita iii)adab pergaulan
iv)haramkan perkahwinan
3. Hukuman:i)Zina ii)Qazaf

Jauhi Zina (La taqrabu az-zina)


Ransangan seks manusia berbeza dengan binatang.
Semua anggota dianggap berzina.
Jauhi semua anggota dari zinanya adalah dituntut.
Maksud jauhi zina: jauhi sebab-sebab yang membawa kepada memudahkan berlakunya zina
setiap anggota.
1. Pandangan:
Nas al-Quran tentang pandangan.
Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh (aurat).
Kemanisan dan kenikmatan menjaga pandangan.
Gambar, patung dan bayang-bayang.
2. Suara/pendengaran:
Nas Al-Quran tentang suara.
Suara wanita aurat kepada lelaki?
Bagaimana cara/adab bercakap.
Telefon, chat, emel, sms, nyanyian?
3. Sentuhan:
Alat rangsangan yang sensitif (orang buta).
4. Khalwat:
Nas hadis tentang khalwat.
Maksud dan sebab larangan
Keadaan yang termasuk didalam kategori khalwat.

Pengecualian:
1.Berubat / 2.Muamalat/ 3.Darurat /4.Pertunangan / 5.Saudara mara/ 6.Belajar dan mengajar

Cara pencegahan dan penjagaan:


Penuhi dengan aktiviti berfaedah – manusia muslim ada mesej di dunia ini, bukan seperti
manusia lain.
Tidak keseorangan – cari kawan dan teman yang baik.
Jauhi tempat-tempat atau terdedah kepada suasana perangsang nafsu.
Kahwin.

3. Alam bahagia… begini caranya !


Bahaya hubungan bebas:
Peruntuh tamaddun kemanusiaan
Jenayah berat menurut Islam

Kepentingan Keluarga dan perkahwinan:


Pengekalan zuriat kemanusian
Pelindung akhlak
Pematangan manusia
Penambah pahala dan keberkatan
Peluasan kaum kerabat, saudara dan hubungan sosial.
Perkahwinan menyekat kebebasan dan peluang enjoy?

Siapa pasangan kita?


Jodoh di tangan Allah? Di mana usaha?
Cara mencari jodoh yang salah
Akibat kesilapan dalam mencari jodoh – diambil di tepi jalan, dibuang di tepi jalan.
Sebelum kahwin – hanya lakukan dan aksi bohong.
Cara mencari jodoh yang betul
Kenapa Nabi saw beratkan agama dalam pemilihan? Apakah kecantikan, harta dan nasab
tidak penting?
Kenapa ramai yang terpengaruh dengan kecantikan?
Wanita mencari lelaki? Suatu yang memalukan? Antara adat dan amalan masyarakat.
Persiapan mencari jodoh yang diingini.
Prosuder mencari jodoh yang terbaik.

Saya ingin kahwin, apa perlu saya lakukan sekarang?


Adakah saya memang layak kahwin? Adakah saya wajib kahwin?
Merisik / Bertunang / Persediaan / Akad / Kenduri
Setelah kahwin….. TUNGGU !

Beberapa masalah sekitar perkahwinan:


Kewajipan suami dan isteri
Keketuaan
Poligami
Talaq dan perkara berkaitan.

Undang-undang perkahwinan di Malaysia:


Tujuan undang-undang – memudahkan urusan dan menyekat salahguna kuasa.
Antara undang-undang, adat dan Islam.

Anda mungkin juga menyukai