Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AJK KEBAJIKAN

Nama Projek : Program Kembara Seni Visual

Tarikh : 10 Februari 2019 (Ahad) hingga 13 Februari 2019 (Rabu)

Tempat : Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser

Anjuran : IPG KDRI

Pensyarah Penasihat : Puan Rosnah Binti Mustaffa

Ahli Jawatankuasa Kebajikan & Keselamatan:

1. Mohammad Hafizuddin Bin Che Azilah


2.

Alatan:

1. First Aid Kit

Perancangan awal:

1. Membincangkan jobskop atau fokus kerja ajk kebajikan dan keselamatan


2. Menyatakan alatan yang diperlukan oleh ajk kebajikan dan keselamatan
3. Mendapatkan alatan tersebut

Proses gerak kerja:

Sebelum:

1. Dapatkan first aid kit daripada JSS


2. Pastikan kelengkapan yang sepatutnya ada dalam first aid kit mencukupi
3. Buat mesej peringatan kepada peserta supaya membawa ubat-ubatan peribadi jika
perlu
Semasa:

1. Pastikan first aid kit sentiasa ada bersama


2. Segera merawat peserta jika ada yang sakit

Selepas:

1. Pastikan first aid kit dalam keadaan baik sebelum dihantar semula
2. Hantar semula first aid kit kepada JSS
3. Buat laporan untuk penambahbaikan
Refleksi

Program Kembara Seni Visual yang telah berlangsung di Tanah Tinggi Genting
(Genting Highlands) dan juga Bukit Fraser (Fraser Hill) selama empat hari bermula 10
Februari 2019 (Ahad) sehingga 13 Februari 2019 (Rabu) telah memberi pengalaman baru
kepada saya khususnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa
kebajikan dan keselamatan. Pada awal pelaksanaan program ini, satu taklimat telah
diberikan untuk menerangkan secara khusus gerak kerja setiap ahli jawatankuasa yang
terlibat sebagai penggerak program seterusnya perincian program. Alhamdulillah taklimat
tersebut berjalan dengan lancar dan semua peserta dan ahli jawatankuasa yang terlibat
sedikit banyak memahami dengan lebih jelas berkenaan program tersebut.

Pada awal gerak kerja, saya selaku ahli jawatankuasa kebajikan dan keselamatan
perlu menyediakan kotak peti kecemasan (first aid kit) sebelum berjalannya program
tersebut. Hal ini kerana saya perlu sentiasa bersedia jikalau ada peserta program yang tiba-
tiba memerlukan bantuan kecemasan semasa berjalannya program tersebut. Alhamdulillah
saya dipermudahkan urusan dalam mendapatkan kotak peti kecemasan (first aid kit)
tersebut kerana Jabatan Sains Sosial (JSS) telah pun mempunyai sebanyak dua kotak
tersebut. Saya pun memilih peti kotak kecemasan yang terbaik iaitu mempunyai
kelengkapan yang cukup yang sepatutnya ada dalam kotak tersebut. Pada waktu tersebut,
secara tidak langsung saya mendapat sedikit banyak ilmu berkenaan pertolongan cemas
terutama item atau kelengkapan yang sepatutnya ada dalam sesebuah kotak peti
pertolongan cemas.

Semasa berlangsungnya program tersebut, syukur Alhamdulillah kerana semua


peserta dan pensyarah berada dalam keadaan baik. Tiada yang mengalami kecederaan
atau kesakitan yang serius semasa menjalani program tersebut. Adapun peserta yang
memerlukan barangan dari dalam kotak peti kecemasan tersebut adalah seperti minyak
angin dan minyak gamat untuk kesakitan atau kecederaan yang ringan sahaja seperti
pening kepala, sakit urat dan lenguh-lenguh. Pada hari pertama, kedua dan ketiga program
berjlan dengan lancar. Tetapi pada hari terakhir iaitu hari keempat, tentatif untuk hari
tersebut terpaksa dibatalkan oleh kerana masalah yang tidak diingini berlaku iaitu satu tayar
bas bocor kerana terlanggar batu semasa perjalanan turun dari Bukit Fraser. Disebabkan
itu, semua peserta dan pensyarah terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang lapan
kilometer menuruni Bukit Fraser kerana bas tidak dapat menampung beban peserta dan
pensyarah. Alhamdulillah tiada kecederaan serius yang berlaku kepada peserta dan
pensyarah melainkan lenguh-lenguh badan terutama pada bahagian kaki.
Walau bagaimanapun, kami semua dapat pulang dengan selamat ke IPG terchenta.
Dalam menempuh pelbagai perkara yang tidak dapat dijangka sama sekali, kami mendapat
banyak pengalaman yang berharga dan tidak dapat dilupakan seterusnya menjadi pedoman
bagi kami semua dalam merangka program-program yang mendatang.
Penghargaan

Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Kembara Seni Visual ini.
Tidak dilupakan juga kepada semua ahli jawatankuasa (AJK) yang terlibat khasnya barisan
peneraju program kerana bersungguh-sungguh dalam memastikan keberkesanan dan
kelicinan program.

Akhir kata, saya berharap agar program seperti ini boleh mendatangkan manfaat
kepada semua serta semoga program sebegini sekali lagi mendapat sambutan di hati
semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh;

MOHAMMAD HAFIZUDDIN BIN CHE AZILAH

AJK Kebajikan Dan Keselamatan

Program Kembaa Seni Visual

Anda mungkin juga menyukai