Anda di halaman 1dari 13

Tugasan 1

i. 10 rangkap pantun 2 kerat

Hari raya buat ketupat,

Adik-adik rajinlah solat.

Anak dara banyak rahsia,

Belajar bersungguh hidup bahagia.

Adik Ahmad suka bertanya,

Jangan mencuri buruk padahnya.

Tulis surat pakai tinta,

Sentiasa berazam mencapai cita.

Basuh rambut dengan syampu,

Budak kecil jangan menipu.

Lemas di sungai rasa cemas,

Budak sekolah kena kemas.

Jiran Suraya orang kaya,

Rajin membaca akan berjaya.

1
Mandi pagi tepi perigi,

Makan manis sakit gigi.

Hari akhirat tiupan sangkakala,

Buat baik dapat pahala.

Anak ikan berenang-renang,

Jaga solat hati tenang.

2
ii. 10 rangkap pantun empat kerat

Tersadai kolek tepi pangkalan;

Tiada empunya arus membawa;

Ayuh bersama hidupkan Ramadan;

Madrasah pengukuh iman dan takwa.

Surat cinta adanya masih;

Senantiasa hidup senantiasa telus;

Daripada Kekasih kepada kekasih;

Kalam pembimbing menuju Firdaus.

Siang disinari pancaran matahari;

Malam dipagari cahaya rembulan;

Bersama kita sucikan hati;

Bagi membina madrasah Ramadan.

Madrasah Ramadan sedang berjalan;

Semua diganda tiada dicatu;

Kualiti puasa bersama tingkatkan;

Iman dan takwa jadi penentu.

Tilawah tadabbur sudah siap;

Jadi rutin sepanjang Ramadan;

Walau begitu jangan tersilap;

Hamba Tuhan bukan hamba Ramadan.

3
Hanyut kolek berlabuh sampan,

Hilang bakul diganti raga,

Hanya rasa sebagai ungkapan,

Moga mahabbah sehingga syurga.

Mulakan amal dengan niat;

Pastikan niat itu ikhlas;

Walaupun terasa berat dan penat;

Pengorbanan itu pasti dibalas.

Perjuangan itu memang sakit;

Kerana kemenangan itu manis;

Pengorbanan itu memang pahit;

Kerana syurga itu amat manis.

Yang dinamik itu hati;

Yang tinggi nialainya istiqamah;

Tiada noktahnya di sini;

Terus berjuang memikul amanah.

Batin kuat kerana amal fardhi;

Zahir kuat kerana teguh ikatan;

Amanah yang banyak sedia menanti;

Hati yang ikhlas jadi nilaian.

4
iii. 10 rangkap syair

Duhai anakku dengarlah ini,

Suatu pesanan hati ke hati,

Simpanlah ia sampai mati,

Kelak hidupmu pasti bererti.

Nafas kau hirup kurniaan Illahi,

Perlu selalu engkau hargai,

Akhirnya syurga pasti dikecapi,

Jika amal kebaikan engkau lazimi.

Ibu dan bapa tempat berteduh,

Jangan sekali dicari gaduh,

Peganglah mereka dengan teguh,

Tapak syurgamu tak pernah luruh.

Ilmu ditimba penuh setia,

Wasilah guru sungguh mulia,

Dijaga adab sentiasa sedia,

Pelita hidup tika di dunia.

Adat hidup adanya sahabat,

Wujudnya ia bagaikan ubat,

Menghapus luka bagai dirawat,

Isi yang kosong, sempurna yang cacat.

5
Pabila dirimu meningkat dewasa,

Pastikan dirimu tidak terseksa,

Kerana hidup bukanlah dansa,

Tapi liku penuh kuasa.

Oleh itu bekalkan dirimu,

Dengan sebanyak mungkin ilmu,

Hakikat kita hanyalah tetamu,

Yang singgah sebelum ketemu.

Pabila jalanmu penuh sesak,

Usahlah engkau runtuhkan akhlak,

Memilih yang jauh dari syarak,

Melanggar yang ditetap oleh umarak.

Begitu juga berteman hidup,

Pilihlah si dia berwajah redup,

Penuh santun ibarat kemuncup,

Bila disentuh lantas ditutup.

Duhai anak peganglah ini,

Sepanjang liku hidupmu nanti,

Kerana hakikat bukan di sini,

Tetapi sampai hingga ukhrawi.

6
iv. 10 rangkap gurindam dua baris

Sentiasa tunduk tanda hormat,

Kelak hidupmu mendapat berkat.

Ilmu itu perlu berguru,

Jika tidak mendapat haru.

Barang baik perlu disegera,

Agar diri sentiasa terpelihara.

Agama wajib sentiasa taati,

Supaya hidup selalu diberkati.

Memilih teman harus berpada,

Salah pilih jiwa merana.

Pabila berkata haruslah benar,

Elakkan bercakap yang samar-samar.

Jangan sesekali lakukan terlarang,

Nanti tuhan akan berang.

Sentiasa lazimi ucapan syukur,

Nescaya akan ditambah umur.

7
Teman hidup usah hanya diangan,

Kelak mendapat teman sembarangan.

Solatlah tepat pada waktunya,

Dapat habuan akhirat dan dunia.

8
v. 12-15 baris seloka

Duhai adik dengarkanlah kata ini,

Nasihat abangmu peganglah erat,

Kecil-kecil bermain sakan,

Besar-besar habiskan beras,

Hidup ini ada panduan,

Dilanggar manual terhumban ke jurang,

Oleh itu janganlah bongkak,

Sudah dikata ikut resmi padi,

Masih berdegil ikut resmi jagung,

Jadilah anak taat dan patuh,

Inikan tidak selalu diteriak,

Sungguh begitu baik-baiklah engkau,

Oleh itu berjinaklah dengan agama,

Kurang nanti boleh imamkan solat jenazah,

Barulah sejuk ibu ayah di barzakh.

9
vi. Tiga buah sajak berlainan tajuk tidak kurang daripada 15 baris

Sajak 'Rindu Cinta Abah'

Rasa hati syukur selalu,

Indah memori jadi kenangan,

Nanti kan tunggu sampai waktu,

Doa jua sebagai titipan,

Usai semua kita ketemu.

Coretan madah sebagai luahan,

Ibarat kalam tiada berbunyi,

Namun tetap terasa di kalbu,

Tatapan foto sahaja pengubat,

Antara diriku juga dirimu.

Akanku usaha jadi yang soleh,

Buat bekalan untukmu di sana,

Moga tempatmu seindah raudah,

Amanlah duhai hamba yang dicinta,

Hidupmu pasti mendapat reda-Nya.

10
Sajak 'Oknum Guru'

Guru,

Langkahmu menatang seribu buku,

Hadir membawa lautan ilmu,

Ucapmu merungkai sejuta bisu,

Melerai simpulan lidah kelu,

Tingkahmu sopan tidak melulu,

Jauh bagai ular dipalu.

Murabbi,

Adab dipateri dijunjung tinggi,

Walau perit ranjau harungi,

Mendapat tempat dalam hati,

Walau getir banyak dimusuhi,

Baik akhlak budi pekerti,

Walau sakit rasa dihati.

Mu'allim,

Kau sampaikan dengan hati yang 'salim',

Biarpun hari penuh beriklim,

Kau mendidik sangat 'hakim',

Biarpun orang berbuat zalim,

Datanglah berjuta panggilan diberi,

Kau tetap setia memberi.

11
Sajak ‘Duhai Perwira Bangsa’

Terkedu daku tika melihat dunia yang penuh dengan ketakutan,

Angka belasan bertukar menjadi puluhan, ratusan malahan ribuan,

Bencana apa yang telah menimpa kita?

Dalam diam dengan sekelip mata,

Membunuh tanpa jejak,

Menikam tanpa senjata.

Hanya doa dan harapan yang ku pohon,

Kepada Tuhan Yang Maha Kuasa,

Seiring jihad para Perwira Barisan Hadapan,

Sanggup berkorban demi negara,

Bukan kerana tugas semata,

Tetapi kerana tanggungjawab yang diamanah,

Rela mempertaruhkan nyawa,

Demi kemenangan buat pertiwi.

Duhai Perwira bangsa,

Panas terik di siang hari,

Sejuk kedinginan di malam hari,

Terus menyelubung tanpa dihirau,

Namun dengan iringan doa kami,

Tiada lagi terasa jerih dan perit,

Saling membantu, saling membahu.

12
Hiba hati tatkala terdengar laungan rindu buat keluarga,

Hanya mampu melihat dari kejauhan dek penjarakan sosial,

Pelukan dan belaian kasih disimpan buat seketika,

Bersabarlah disana, kepulanganmu sentiasa kami nantikan.

Biarpun segalanya kini berbeza,

Norma baharu perlu dipatuhi,

Perbezaan inilah yang mengajar erti kehidupan,

Terima kasih duhai perwira bangsa,

Merdeka ini Malaysia Prihatin.

13

Anda mungkin juga menyukai