Anda di halaman 1dari 26

BAB 1 – WARISAN?

• Haji badrul yang merupakan pemilik sebuah perniagaan batik bernama syarikat batik nusantara
telah meninggal dunia. Kematiannya telah melemahkan perniagaan keluarganya. Farid, anak
kepada haji badrul berfikir untuk meneruskan perusahaan batik ayahnya walaupun tidak
mempunyai ilmu perniagaan yang tinggi. Farid berasa tanggungjawab tersebut tidak perlu
ditanggung oleh ibunya hajah zaoyah seorang yang sudah berusia 56 tahun. Abangnya lotfi sudah
10 tahun berada di kerusi roda, abang keduanya farhan telah meninggal dunia sewaktu belajar di
UKM dan adik-adiknya hanysyah dan hisyam masih muda. Akhirnya farid membuat keputusan
untuk mengambil alih perniagaan keluarganya. Tomsiah yang merupakan seorang kerani syarikat
yang berdedikasi telah membantu farid. Kak tom memberitahu farid bahawa hutang syarikat
bukan dengan pihak bank tetapi dengan pembekal. Dia juga telah memberikan nombor telefon
en. Mokhsein kepada farid untuk membantunya memahami selok-belok perniagaan.
BAB 2 – MENGGAPAI AWAN
• Menurut doktor, haji badrul meninggal dunia disebabkan oleh barah dalam perut. Tetapi
terdapat khabar angin yang mendakwa ayah farid telah disantau. Farid menerimanya
sebagai takdir daripada tuhan dan yakin dirinya perlu bersabar dan usaha mencari ilmu
untuk berjaya dalam perniagaan. Terdapat sebilangan ejen yang mengambil kesempatan
ke atas farid dengan tidak membayar hutang walaupun perniagaan mereka beroperasi
seperti biasa. Farid berbual dengan pak nik yang merupakan pekerjanya dan pak nik
berkata pengeluaran terpaksa dikurangkan kerana bekalan bahan mentah juga semakin
kurang. Dan batik-batik keluaran mereka kurang laris di pasaran. Kak tom meminta
farid untuk mengutip hutang daripada ejen-ejen yang tidak melunaskan bayaran mereka
BAB 3 – TITIAN NAGA
• Hajah zaoyah bersama keluarganya semua makan malam bersama. Beliau
menyedari faris semakin kurus dan kurang bersosial kerana sibuk dengan
perniagaannya. Farid meluahkan masalahnya setelah didesak oleh ibu dan
abangnya. Dia malu dengan dirinya sendiri kerana terdapat bangsa lain yang
sebaya dengannya mampu untuk menguruskan perniagaan. Ibunya berpesan
untuk tidak akan menggadaikan syarikat ayahnya dan ingin menggadaikan
barang kemas serta tanah untuk menyelamatkan syarikat mereka.
BAB 4 AZAM USAHAWAN MUDA
• Farid tiba di tapak bangsal batik perusahaanya sejak awal pagi. Pak nik
kagum dan lihat keazaman yang dimiliki farid mirip seperti ayahnya haji
badrul. Farid ingin mencontohi rakannya abdul kaber berketurunan india
yang menjual kain dan chew teck heng yang menjual mi. Mereka
berniaga kecil-kecilan tetapi berjaya kerana berkat kesabaran dan
kecekapan dalam bidang perniagaan. Di dalam mesyuarat syarikatnya,
farid memberikan idea-idea yang bernas iaitu usha meningkatkan kualiti
batik perusahaanya dan promosi yang lebih efektif. Kak tom pula
mencadangkan aset yang kurang produktif perlu dijual agar beban
syarikat dikurangkan.
BAB 5 – LANGKAH PERTAMA
• Farid telah berjumpa dengan en. Mokhsein. Beliau merupakan seorang yang
merendah diri dan mengamalkan gaya hidup sederhana telah tertarik dengan
sikap farid sebagai anak muda. Mereka berbincang tentang perniagaan dan
peluang yang ada bagi mereka. En mokhsein berterus terang bahawa dia
terhutang budi dengan bapa farid yang lebih banyak mengajarnya tentang
perniagaan. Beliau juga berpendapat seperti pak nik bahawa masalah utama yang
dihadapi syarikat farid adalah khianat daripada syarikat lain atas kejayaan arwah
bapanya dulu. En. Mokhsein mencadangkan farid untuk mencari pasaran baharu
dan idea yang baik untuk berjaya.
BAB 6 – ILHAM DARIPADA ZURAIDA
• Farid berkunjung ke kedai zuraida dan rakannya terkejut dengan kehadirannya.
Zuraida telah membantu keluarganya mengusahakan kedai pakaian di bazar
MARA sejak sepuluh tahun lalu. Zuraida berkata perniagaannya kecil jika
dibandingkan dengan perniagaan farid. Dia juga berkata di banyak bermodalkan
petua ibunya untuk sabar dan melayan pelanggan dengan baik. Farid pulang ke
pejabat dan bercerita kepada kak tom tentang perjumpaannya bersama en.
Mokhsein dan zuraida.
BAB 7- BATIK, CINTA
• Farid mempelawa zuraida untuk makan tengahari bersama di restoran
mail. Zuraida memuji kehebatan farid yang mengambil alih perniagaan
keluarganya. Farid merendah diri dan meluahkan masalah bahawa di
menghadapi krisis dan perlukan bantuan. Zuraida menawarkan
bantuannya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Zuraida
memberikan pelbagai idea dan cara untuk farid membuat perubahan di
dalam syarikatnya. Selesai makan, mereka menuju ke kedai zuraida dan
farid merasakan bibit-bibit cinta dengan zuraida.
BAB 8 – CORAK BAHARU
• Farid kemudian memikirkan corak batik baharu yang lebih moden dan mampu
menarik minat pembeli di pasaran. Dia meminta nasihat daripada en. Mokhsein
tentang perojek untuk memodenkan pengeluaran batiknya. Beliau berjanji akan
membantu farid dari aspek pasaran agar tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak
bertanggungjawab lagi. Farid juga tidak bercadang untuk menamatkan
pengeluaran batik tradisi tetapi dimodenkan untuk pasaran ketika itu.
BAB 9 – BATIK SUMBER REZEKI

• Bangsal baru yang dibina oleh syarikat batik nusantara telah dirasmikan oleh en.
Mokhsein. Dia juga telah membawa sepupunya, hartini noor yang merupakan
seorang graduan seni reka fabrik daripada uitm dan telah melanjutkan pelajaran
ke sebuah akademi seni tampak di australia. Kehadiran wanita tersebut
membuatkan zuraida cemburu dan meninggalkan majlis tersebut. Hartini
meminta farid memanggilnya kakak dan beliau berkongsi dengan farid tentang
pengalamannya serta sejarah batik asli.
BAB 10- MAAFKAN AKU, EDA
• Farid muncul di gerai zuraida pada pukul 10.15 pagi. Zuraida terkejut farid masih
ada masa untuk berjumpa dengannya walaupun sudah ada primadona batik moden
iaitu hartini. Farid kurang senang dengan perasaan cemburu zuraida dan
menjelaskan kepadanya bahawa hartini hanyalah pekerja kontrak dan telah
bertunang dengan jejaka pilihannya. Tambahan pula umurnya 25 tahun
membuatkan farid memanggilnya sebagai kakak. Hartini noor telah berjaya
membimbing pekerja farid dengan teknik yang baik. Farid mengajak zuraida untuk
mengelilingi semenanjung malaysia bagi mempromosikan jualan batiknya dan yakin
dengan kemampuan zuraida. Pada petang itu, zuraida hadir ke bengkel farid dan
terpukau dengan hasil kerja hartini namun dia bersikap merendah diri dan tidak
mahu dianggap sebagai primadona. Usaha hartini wajar dipuji kerana dia tidak
mengambil sebarang upah dan berhasrat untuk mengangkat martabat batik.
BAB 11- BARA DENDAM
• Pemilik syarikat rajawali, mukhtar berasa marah kerana jualan batiknya merosot walaupun
diberi 35% komisen. Sebelum ini, dia berpuas hati perniagaan batik haji badrul merosot
selepas kematian haji badrul. Kini dia amat marah kerana batik moden semakin menambat
hati pengguna. Mukhtar mula berasa risau selepas mendapt tahu farid berjumpa dengan en.
Mokhsein untuk berkongsi ilmu perniagaan dan berbaik dengan zuraida anak saudaranya.
Dia pergi ke kedai zuraida dan memarahinya kerana menjual produk farid. Zuraida
mempertahankan haknya dan telah diugut oleh mukhtar untuk tidak lagi menjual barangan
farid. Zuraida timbul perasaaan syakwasangka terhadap mukhtar yang mungkin menjadi
dalang kepada kemusnahan perniagaan farid sebelum ini. Farid pula mendapat surat
layang kerana kemajuan perniagaannya.
BAB 12- SAMSENG
• Farid telah mendapat panggilan daripada zuraida pada waktu pagi kerana ingin
berjumpa dan bercakap tentang hal penting. Zuraida memberitahu farid bahawa
ada orang mengugutnya gerai akan dirobohkan jika terus menjual batik milik
farid. Zuraida kemudian menutup gerainya dan mengajak farid ke rumahnya di
kampung tanjung. Ibu zuraida suka farid berkawan dengan anaknya dan
berharap mukhtar tidak mengganggu hubungan anaknya. Di bengkel syarikat
farid pula, mahmood membuat kacau kononnya masri dan azmi merupakan
bekas pekerja syarikat majikannya yang dirampas farid. Hartini meminta bantuan
pak nik kerana ketakutan dan kekacauan tersebut telah membuatkan mahmood
mencurahkan lilin panas ke muka masri.
BAB 13 - API
• Keluarga hajah zaoyah telah terjaga pada jam 2 pagi kerana berlaku kebakaran di bangsal
batik baharunya. Farid berusaha memadamkan api tetapi tidak berjaya. Farid berasa
sangat sedih bangsal yang baru dibinanya tidak sampai sebulan kini musnah. Hajah
zaoyah telah menyerahkan surat layang yang diterima oleh farid kepada pak nik untuk
membuat laporan polis. Keesokannya semua pekerjanya datang terkejut termasuk hartini.
Namun mereka kagum dengan ketenangan dan kesabaran farid. Pihak polis telah
mengesahkan kebakaran berkait dengan surat layang serta kekacauan oleh mahmood.
Inspektor ruzman menjelaskan bahawa mukhtar pemilik syarikat batik rajawali adalah
punca segalanya
BAB 14 - OMBAK
• Mukhtar telah ditahan oleh pihak polis dan didakwa bersalah. En. Mokhsein yang
baru pulang dari singapura terkejut dengan kejadian tersebut tetapi turut menerima
ugutan sejak berbaik dengan farid. En. Mokhsein memberikan berita gembira
kepada farid bahawa terdapat syarikat di singapura dan kuala lumpur yang ingin
melanggan batik moden keluaran syarikat batik nusantara. Farid berasa terhutang
budi dengan en. Mokhsein, zuraida, hartini yang telah banyak membantu dia
menaikkan semula perniagaan keluarganya. Zuraida melanjutkan pelajaran ke
uitm dalam bidang pentadbiran perniagaan. Mukhtar dijatuhkan hukuman penjara
selama 3 tahun. Mokhsein menjemput farid dan zuraida ke majlis perkahwinan
hartini di kuantan. Hajah zaoyah mengusik farid untuk berkahwin tetapi dia
berhasrat untuk menyambung pelajaran terlebih dahulu.
Tema novel ini
mempersembahkan
tema tentang
kegigihan seorang
remaja untuk
memajukan syarikat.
TEM
A
PERSOALAN
Persoalan persoalan kasih sayang antara ahli
keluarga

persoalan cabaran dalam menjalankan perniagaan

persoalan kepentingan pendidikan dalam


kehidupan

persoalan manusia yang tolong-menolong


persoalan sikap memandang rendah
Farid
Watak utama yang berusia 19 tahun Menerajui Mokhsein
Syarikat Batik Nusantara Seorang yang Pemilik Syarikat Nadi Zaman Seorang yang
bertanggungjawab dan penyayang terhadap ahli bijak menyusun strategi perniagaan Bersikap
keluarga dan rakan baik Bersikap rasional dalam baik hati dan mengenang budi
mengambil tindakan Hidup sederhana dan
bermasyarakat
WATAK &
PERWATAKAN
Hajah Zaoyah Zuraida
Balu kepada Allahyarham Haji Badrul, Pemilik Rakan sekelas Farid dari Tingkatan satu hingga
Syarikat Batik Nusantara Ibu berusia 56 tahun lima di Sekolah Menengah Seri Budiman
dan mempunyai enam orang anak Gigih Berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan
menghadapi cabaran dalam perniagaan Berani Banggol Bersikap berpandangan jauh dan mudah
menanggung risiko untuk memajukan cemburu
perniagaan
Perkembangan – Zuraida ingin
membantu Farid menjual batiknya di Perumitan – Mukhtar, pemilik syarikat
Permulaan – Farid yang baru sahaja
gerai Zuraida dan mencadangkan Rajawali telah berasa marah kerana
tamat menduduki SPM terpaksa
Farid untuk menghasilkan corak batik batiknya tidak mendapat sambutan.
menerajui syarikat milik keluarganya
baharu. Farid bertemu dengan En. Mukhtar juga mendapat tahu anak
setelah ayahnya Haji Badrul
Mohksein untuk mendapat nasihat saudaranya Zuraida telah menjual
meninggal dunia. Ibunya Hajah
perniagaan. Farid telah membuka batik keluaran Farid dan mengugut
Zaoyah menyerahkan tanggungjawab
bengkel baharu untuk penghasilan untuk tidak menjualnya. Farid pula
tersebut kepada Farid. Dia telah
batik moden. En. Mohksein menerima surat layang. Di bengkel
mengadakan mesyuarat bersama
merasmikan bengkel tersebut dan Farid pula berlaku kekacauan oleh
pekerjanya
membawa Hartini Noor, anak Mahmood, Azmi dan Masri.
saudaranya.

Peleraian – Tiga hari lepas kejadian,


Mokhsein datang ke bengkel Farid
Klimaks – Bengkel batik baharu milik
selepas pulang dari Singapura.
Farid telah terbakar. Dia menerima
Mokhsein berjaya mendapatkan
dugaan ini dengan redha. Pihak polis
pelanggan daripada Singapura dan
telah mengesyaki perlakuan jenayah
Kuala Lumpur untuk Farid. Mukhtar
terbabit dalam kebakaran tersebut.
telah dijatuhkan hukuman penjara
Inspektor Ruzman telah memberkas
selama tiga tahun. Zuraida pula
Mahmood dan mendapati dia adalah
melanjutkan pelajaran ke UiTM
bekas jenayah dan merupakan pekerja
dalam bidang pentadbiran perniagaan.
syarikat Rajawali.
Farid juga berhasrat untuk
melanjutkan pelajarannya.
Monolog – “Pengorbanan….. .” Farid
separuh berbisik.

Pemerian – Farid cuba menutup telinganya


daripada mendengar desas-desus punca Kejutan – “Tolong keluar bang.
kematian ayahnya Keluar! ” Hartini mula bertegas

TEKNIK
Dialog – “Eda dapat agaklah Farid tentu PLOT Saspens – Adalah syarikat lain
bosan dengar cerita Eda fasal berniaga
kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!” dengki dekat kamu tu.

Imbas kembali – Dia sering


mengikuti ayahnya menghantar Imbas muka – Suatu ketika,
batik keluaran syarikatnya ke pengembaraan kita menguruskan
serata tempat perniagaan sebegini akan lebih acap
LATAR TEMPAT
Balai Polis Daerah Kuala
Terengganu
Firma Nadi Zaman
Bazaar MARA Jalan Bonggol Farid memberi kenyataan tentang
lokasi Farid bertemu Mokhsein
lokasi Zuraida berniaga pakaian peristiwa kebakaran bangsal
untuk meminta nasihat dan tunjuk
moden syarikatnya kepada
ajar dalam dunia perniagaa
pegawai polis

Mahkamah Rendah Kuala


Terengganu
UiTM Tempat Mokhtar dibicarakan dan
Zuraida menyambung pelajaran telah dijatuhkan hukuman terhadap
dalam bidang Pentadbiran kes kesalahan membakar bangsal
Perniagaan moden Farid
LATAR MASA

WAKTU MALAM SABTU SEBULAN


• Pada waktu malam, • Farid berkunjung ke • Hartini menjadi tenaga
Farid dan keluarganya kedai Zuraida pengajar batik moden
makan malam bersama kepada pekerja Farid
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang
berniaga sebagai
punca pendapatan diri
dan keluarga

Masyarakat yang
Masyarakat yang gigih berusaha dan
kreatif dan inovatif berkorban demi
mencapai kejayaan

Masyarakat yang
Masyarakat yang mementingkan
dengki dengan pendidikan dan
pencapaian orang lain pengetahuan
GAYA BAHASA
Peribahasa – kalau tidak
dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya

Hiperbola – Lidah api


menjilat ganas apa-apa Sinkope – “Tak
sahaja yang tercapai. kisahlah tu”

Personafikasi – rasa serba Repetisi – “Kerja,


salah mula mencekik kerja. Makan, makan”
dirinya

Simile – Syarikat yang


ditubuhkan sejak hujung 60-
an itu bagai pelita yang
meliuk-liuk apinya
NILAI
Kasih Sayang – Hajah Zaoyah amat
menyayangi anak-anaknya. Sebagai ibu,
dia sanggup berkorban menjaga anaknya-
anaknya.

Hormat-menghormati –  Farid selaku pengurus


Syarikat Batik Nusantara dan para pekerjanya
seramai 57 orang saling menghormati antara Kegigihan – Farid gigih berusaha untuk
satu dengan yang lain mengembangkan perusahaan batiknya
sehingga dia berjaya

Keberanian – Farid berani menanggung risiko


Bertanggungjawab – Farid bertanggungjawab untuk mengembangkan pemasaran syarikat
meneraju syarikat keluarganya setelah batiknya dengan membina bengkel baharu
ayahnya meninggal dunia.
Kita hendaklah
tabah dalam
menghadapi
dugaan dalam
hidup

y a b er sikap Kita perlulah gigih


a s eh arusn a p a jua
K it dala m berusaha untuk mencapai
an a
sede r h
k eh i dupan kejayaan
aspek
PENGAJARA
N

Kita hendaklah Kita seharusnya


mementingkan mengelak daripada
kasih dan sayang bersikap hasad
antara ahli dengki terhadap
keluarga pencapaian orang
lain

Anda mungkin juga menyukai