Anda di halaman 1dari 8

TAWANAN

KOMANDER
CAUCASUS

ISI KANDUNGAN
ž TEMA
ž PERSOALAN
ž WATAK DAN PERWATAKAN
ž WATAK-WATAK SAMPINGAN
ž LATAR
• LATAR TEMPAT
• LATAR MASYARAKAT
ž PLOT
ž TEKNIK PLOT
ž GAYA BAHASA DAN UNSUR BAHASA
ž NILAI
ž PENGAJARAN

TEMA
ž Tema novel ini ialah kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan
rintangan.Farhani gigih berdepan dengan cabaran dan peristiwa seperti peristiwa dia
ditawan oleh Komander Caucasus dan peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri
ketika menjadi orang buruan tentera Komander Caucasus. Selain itu, kegigihan
Farhani juga dapat dilihat berdasarkan peristiwa dia, Kim Yong, Dara Merah , dan
kunang-kunang berusaha membebaskan Puteri Coleoptera,Bara dan tiga orang
rakannya, iaitu Haikal, Devnath dan Wei yang telah menjadi orang tawanan dan
dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Farhani dan empat orang rakannya juga
berusaha sedaya-upaya untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing

PERSOALAN
ž Perbezaan kehidupan dalam dimensi kumbang dengan dengan dunia manusia
• Farhani dan Kim Yong dapat merasai dengan jelas perbezaan antara dimensi
kumbang dengan dimensi manusia dari segi ketumpatan udara dan tempoh masa
tempoh masa berlaku sesuatu kejadian atau peristiwa.
ž Ketamakan kuasa hingga mengancam nyawa orang lain
• Puteri Coleoptera terpaksa menyembunyikan diri dan berpindah-randah akibat
diburu sekaligus diancam bunuh oleh Komander Caucasus dan tenteranya yang
tamak dan berhasrat untuk menjadi pemerintah kerajaan kumbang
ž Keinginan untuk menakluki dunia dan menguasai manusia
• Komander Caucasus telah menawan dan mengurung Kim Yong di dalam tabung uji
balang kaca dalam makmal rahsianya. Kim Yong dikurung kerana dia akan dijadikan
bahan uji kaji bagi tujuan mencapai cita-cita Komander Caucasus yang mahu
menguasai manusia dan menakluki dunia
WATAK DAN PERWATAKAN
ž Watak Utama
ž Watak-Watak Sampingan

Watak Utama

Farhani
ž 13 Tahun
ž Anak bongsu dari enam orang adik-beradik
ž Mempunyai tiga orang abang dan dua orang kakak
ž Murid tingkatan 1 Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana
ž Bapanya kerja sebagai renjer hutan manakala ibunya sebagai suri rumah
ž Bersifat cekal, tabah, penyayang, bertanggungjawab, bijaksana, simpati, taat kepada
ibu bapa, berani, mengenang budi, rajin, bijak menyimpan rahsia

WATAK
SAMPINGAN

Komander Caucasus
ž Ketua tentera kerajaan kumbang
ž Spesies ‘Chalcosoma Caucasus’
ž Berpandangan jauh dan bercita-cita besar
ž Kejam dan zalim
ž Tamak kuasa
ž Tegas
ž Pendendam

Devnanth dan Wei


ž Rakan sekelas Farhani
ž Devnath merupakan anak lelaki tunggal dan anak bongsu dari empat adik
beradik.Bapanya bernama Ramakrishnan yang merupakan pesara pegawai tentera
tetapi telah meninggal
ž Mereka berdua mempunyai sifat setia kawan yang tinggi, seorang yang insaf dan
sedar, menepati janji, menghormati adat resam dan agama orang lain

Mira dan Chea Mei


ž Rakan sekelas Farhani
ž Chea Mei berbangsa baba nyonya dan nama penuhnya ialah Ren Chea Mei
ž Bapa Chea Mei bernama James Ren dan beliau bersikap tegas
ž Bapa Mira bernama Encik Zainal dan ibunya bernama Puan Mariah
ž Mereka mengamalkan semangat kerjasama
ž Mira mempercayai kepercayaan tahyul
ž Chea Mei ula jujur dalam kata-kata

Cikgu Salimah
ž Guru Sains dan Guru Tingkata 1 Arif
ž Berumur 25 tahun
ž Mempunya sikap tanggungjawab, berpendirian tegas, penyabar, inovatif, baik hati

Bara dan Dara Merah


ž Merupakan kumbang yang sangat patuh dan sangat setia terhadap puteri
Coleoptera
ž Berani mempertahankan puteri Coleoptera

Latar:
Latar Masa
Latar Tempat
Latar Masyarakat

Latar Masa
žPukul 2:30 petang
• Contohnya sewaktu Mira keluar dari rumahnya dan terus menuju ke dusun untuk
mencari kumbang bersama Farhani
žPukul 3:00 petang
• Sewaktu Farhani menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei di pinggir dusun milik
datuknya
žPukul 3:30 petang
• Sewaktu Mira bersungut sendirian apabila dia mendapati kelibat
sahabatnya,Farhani dan Chea Mei belum kelihatan di pinggir dusun milik datuknya
žPukul 5:30 petang
• Sewaktu Mira dan Chea Mei menunggu kehadiran Farhani selama hampir 2 jam
žWaktu malam
• Sewaktu Dara Merah mengambil botol kecil berisi ‘Endosulfan ‘ dari tangan Farhani
žPukul 8:00 malam
• Sewaktu ahli keluarga Chea Mei tiba di rumah Encik Adam

Latar Tempat
ž Rumah Kim Yong
• Tempat Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong
ž Halaman rumah Kim Yong
• Tempat terbinanya zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan pelbagai
spesies kumbang
ž Rumah Farhani
• Tempat Mira dan Chea Mei menelefon keluarga masing-masing untuk memaklumkan
mereka berada di sana
ž Rumah Chea Mei
• Tempat nenek Chea Mei yang tekun menyulam manik-manik pada baju cheongsam
berwarna merah yang akan di pakai anak lelakinya, James Ren
ž Rumah Usang
• Tempat Haikal,Wei, dan Devnath memasuki rumah itu untuk memasuki rumah itu
untuk melihat dan meninjau keadaan sebenar di sana

Plot
Binaan Plot
Teknik Plot

Binaan Plot
ž Permulaan
ž Perkembangan

ž Perumitan

ž Klimaks

ž Peleraian

Teknik Plot
ž Pemerian

ž Dialog

ž Imbas Kembali

ž Imbas Muka

ž Saspens

ž Kejutan

ž Monolog

Gaya Bahasa
&
Unsur Bahasa

Diksi
a)Nama-nama saintifik pelbagai spesies kumbang:
· Lampyridae
· Chalcosoma Caucasus
· Coccinellidae
· Weevil
· Chrysomelidae
· Cicindelidae
b )Terdapat juga penggunaan diksi daripada pengaruh bahasa arab
· Insya-Allah
· Alhamdulillah
· Assalamualaikum
c )Penggunaan bahasa istana
· Tuanku
· Majlis pertabalan
· Beta

Ayat
a ) Ayat-ayat pendek:
· Masing-masing terdiam
· Farhani kaget
· Kim Yong tersenyum
b ) Ayat-ayat sederhana:
· Mereka kagum dengan landskap yang menghiasi halaman
· Dia seakan-akan berjalan atas lautan luas
· Air itu diidi di dalam tempurung kelapa
c ) Ayat-ayat panjang:
· Ada yang berwarna merah dengan bintik hitam di belakangnya, ada yang bersaiz
panjang berwarna seakan-akan warna kayu yang reput, ada yang mempunyai
sesungut yang panjang dan tajam serta berwarna kebiru-biruan, dan paling menarik
ada yang kelihatan bercahaya-cahaya di kepaknya
· Tidak ada bunga-bungaan yang memenuhi dewan sebaliknya ruang itu dihiasi
dengan daun-daunan dan meja jamuan yang dipenuhi buah-buahan yang lazat

Peribahasa
a ) Simpulan bahasa:
· Cikgu Salimah memang pilih kasih
· Buah tangan yang dibawa segera dihulurkan kepada tuan rumah
· “Jangan ambil hati dengan kata-kata Akmal
· ...berasa malu dengan sikap anak terutamanya yang panas baran itu.

b ) Perumpamaan,pepatah,bidalan:
· Sudah gaharu cendana pula.
· Umpama nila setitik rosak susu sebelanga.
· Seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.
· Berpantang maut sebelum ajal.
· Bapa borek anak rintik.

Simile
· Rumah besar seperti mahligai itu memang sunyi.
· Tiba-tiba sahaja Puan Lee meracau-racau seperti orang hilang akal.
· Dia merasakan dirinya umpama duduk dalam keranda.
Personifikasi
· Rasa bangga menjengah seketika.
· Perasaan gementar tiba-tiba sahaja menyelinap dalam hati.
· Itu pun kalau maut masih belum menjengahnya.

Metafora
· Tiada istilah takut dalam kamus hidupnya.
· Wajah kota semakin jauh ditinggalkan.

Hiperbola
· Kata-kata Encik Adnan mematikan idea Puan Asmah.
· Angin petang yang dingin dan nyaman sekali- sekala siggah menggigit kulit
lengannya yang terdedah.
· Tipu daya yang merasuk jiwanya.

Paradoks
· Airnya jernih tetapi rasanya manis sekali.
· Devnath megangguk-angguk manakala Haikal diam saja.

Sinkope
· “Tak mustahil...” Devnath pula bersuara.
· “Cikgu, boleh tak kalau kita balik saja...”

Inversi
· Mengigatkan hal itu, Cikgu Salimah tersenyum sendiri.
· Perlahan-lahan Bara melepaskan cengkamannya.

Repetisi
· Hilang? Hilang ke mana? Dia diculikkah? Diculik siapa?
· Kian jauh ke bawah, kian gelap suasana .

Perlambangan
· Ada butiran jernih yang hampir gugur dari matanya.
· Mereka mahu dijadikan seperti tikus makmal.

Nilai
&
Pengajaran
Nilai
Baik hati
· Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang
cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di
sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bars dan Dara Bintik dari
makmal rahsia yang dikuasai Komander Caucasus dan tenteranya.
Berdikari
· Walaupun Farhani merupakan seorang gadis, dia berusaha mencari kumbang di
dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta
khidmat bantuan sama ada dari rakan lelaki sekelasnya, abangnya atau ayahnya.
Cinta akan budaya dan warisan bangsa
· Nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirina keturunan baba dan nyonya. Dia
memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian melayu, iaitu kebaya
nyonya.
Hemah tinggi
· Puan Asmah melayani kunjungan Mira dan Chea Mei ke rumahnya dengan begitu
mesra dan ramah.
Keberanian
· Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik untuk menundukkan Maharaja
Caucasus yang gagah dan kuat walaupun Dara Merah hanyalah seekor kumbang
betina.

Pengajaran
a) Kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan rintangan. Contohnya,
Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan seperti
peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera
Caucasus
b) Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Contohnya. Contohnya, Puan Lee, iaitu
ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan
hilang sewaktu mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya
c) Kita hendaklah rajin membuat rujukan sebagai persediaan awal manghadapi satu-
satu tugasan. Contohnya, Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang
melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya
mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang
d) Kita perlulah melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sopan
santun. Contohnya, Encik Adnan dan Puan Asmah melayani kunjungan Cikgu
Salimah ke rumah mereka dengan begitu mesra dan ramah
e) Kita hendaklah bijak menyusun strategi untuk menyelesaikan satu-satu
masalah yang berlaku. Contohnya, Farhani menggunakan ‘Endosulfan’ untuk
menewaskan Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus

Anda mungkin juga menyukai