Anda di halaman 1dari 3

1.

PERBANDINGAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN LATAR MASYARAKAT DALAM NOVEL


MELUNAS RINDU DAN KABUS DI PERBUKITAN
Bandingkan iaitu dari segi persamaan dan perbezaan dua latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda
pelajari.


Novel yang telah saya kaji di tingkatan 4 dan 5 ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan
Novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah.Saya telah memperoleh persamaan dan
perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut.

Persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut ialah masyarakat penyayang. Dalam
novel Melunas Rindu, masyarakat penyayang dapat dilihat melalui watak Fuad yang sangat menyayangi ibu
kandungnya, Mariana yang disangka sudah meninggal dunia. Fuad tidak pernah berputus asa dalam
pencarian pusara ibunya. Manakala, persamaan latar masyarakat bagi novel Kabus di Perbukitan pula dapat
dilihat melalui watak Salmah yang sangat menyayangi anaknya,Rahayu yang telah meninggal dunia kerana
barah paru-paru. Salmah sentiasa mengenang arwah Rahayu sehinggalah beliau meninggal dunia.

Selain itu, persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut ialah masyarakat yang kuat
dalam pegangan agama. Dalam novel Melunas Rindu, persamaan tersebut dapat dilihat pada watak Fuad
yang tekun mengaji al-quran sementara menunggu waktu isyak dan mendalami ilmu agama dengan Pak
Ismail. Fuad juga tidak lupa menunaikan solat walaupun dalam keadaan musafir. Manakala dalam novel
Kabus di Perbukitan persamaan tersebut dapat dilihat pada watak Faridah dan Salmah yang sentiasa berdoa
apabila mengalami tekanan atau masalah hidup. Contohnya Salmah yang tidak putus-putus mendoakan
Faridah agar selamat daripada kemalagan tersebut.

Di samping itu, terdapat juga perbezaan latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut. Dalam
novel Melunas Rindu perbezaan latar masyarakat adalah masyarakat guru.Masyarakat guru dapat dilihat
pada watak Farhana yang tidak bersefahaman dengan cikgu Zamani. Contohnya Farhana menyindir
kelakuan cikgu Zamani sehigga berlakunya pertengkaran yang agak serius. Manakala bagi novel Kabus di
Perbukitan perbezaan latar masyarakat adalah masyarakat cinta akan alam sekitar. Masyarakat tersebut
dapat dilihat pada watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar. Contohnya
Azrul telah menaja penubuhan persatuan pencinta Alam dan Hutan.





2. PERBANDINGAN PERSAMAAN WATAK UTAMA DALAM NOVEL MELUNAS RINDU DAN
KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di tingkatan 4 dan 5 ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel
Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah. Terdapat beberapa persamaan watak utama
dalam dua novel ini.

Persamaan perwatakan watak utama dalam kedua-dua novel tersebut ialah taat akan perintah
agama. Dalam novel Melunas Rindu perwatakan tersebut dapat dibuktikan melalui watak Fuad yang
sentiasa mangaji al-quran dan sentiasa solat berjemaah bersama Pak Ismail. Contohnya Fuad tidak lupa
untuk menunaikan solat walaupun dalam keadaan musafir. Manakala bagi novel Kabus di Perbukitan,
perwatakan tersebut dapat dibuktikan melalui watak Faridah yang sentiasa berdoa ketika menghadapi
masalah. Contohnya dia bersolat tahjud selepas mengalami mimpi Rahayu dan ibunya.

Selain itu, persamaan perwatakan watak utama dalam kedua-dua novel tersebut ialah seorang yang
penyayang. Dalam novel Melunas Rindu perwatakan tersebut dapat dilihat melalui watak Fuad yang sangat
menyayangi ibunya, Mariana yang disangka telah meninggal dunia. Contohnya Fuad sanggup pergi ke
Lembah Klau untuk mencari pusara ibu kandungnya. Manakala bagi novel Kabus di Perbukitan pula,
perwatakan tersebut dapat dilihat melalui watak Faridah yang sangat menyanyangi dan merindui
kembarnya Rahayu yang telah lama terpisah. Contohnya, Faridah yang saling berinteraksi dengan Rahayu
di bawah sedar kerana Faridah koma.

Di samping itu, persamaan perwatakan watak utama dalam kedua-dua novel tersebut ialah prihatin
terhadap orang lain. Dalam novel Melunas Rindu perwatakan tersebut dapat dilihat melalui watak Fuad
yang prihatin dengan Farhana ketika mengetahui ibunya sakit, dia turut ke Kuantan untuk menziarahi ibu
Farhana di hospital. Manakala bagi novel Kabus di Perbukitan pula, perwatakan tersebut dapat dilihat
melalui watak Faridah yang prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya beliau sanggup bekerja dalam
Jabatan Kebajikan Masyarakat pada usia yang muda untuk merawat kanak-kanak sindrom down.








3. Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari , bincangkan tiga persamaan
perwatakan watak utama dalam kedua-dua novel tersebut.



Novel yang telah saya kaji di tingkatan 4 dan 5 ialah Novel Melunas Rindu karya
Hartini Hamzah dan Novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah.
Terdapat beberapa persamaan watak utama dalam dua novel ini.
Watak utama dalam novel Melunas Rindu ialah Fuad manakala watak utama novel
Kabus Di Perbukitan ialah Faridah.

Persamaan perwatakan watak utama dalam kedua-dua novel tersebut ialah
seorang yang taat akan perintah agama. Dalam novel Melunas Rindu perwatakan
tersebut dapat dibuktikan melalui watak Fuad yang sentiasa mangaji al-quran dan
sentiasa solat berjemaah bersama Pak Ismail. Contohnya Fuad tidak lupa
untuk menunaikan solat walaupun dalam keadaan musafir. Manakala bagi novel
Kabus di Perbukitan, perwatakan tersebut dapat dibuktikan melalui watak Faridah
yang sentiasa berdoa ketika menghadapi masalah. Contohnya dia bersolat tahjud
selepas mengalami mimpi Rahayu dan ibunya.

Selain itu, persamaan perwatakan watak utama dalam kedua-dua novel
tersebut ialah seorang yang penyayang. Dalam novel Melunas Rindu perwatakan
tersebut dapat dilihat melalui watak Fuad yang sangat menyayangi ibunya, Mariana
yang disangka telah meninggal dunia. Contohnya Fuad sanggup pergi ke Lembah Klau
untuk mencari pusara ibu kandungnya. Manakala bagi novel Kabus di Perbukitan pula,
perwatakan tersebut dapat dilihat melalui watak Faridah yang sangat menyanyangi
dan merindui kembarnya Rahayu yang telah lama terpisah. Contohnya, Faridah yang
saling berinteraksi dengan Rahayu di bawah sedar kerana Faridah koma.

Di samping itu, persamaan perwatakan watak utama dalam kedua-dua novel
tersebut ialah seorang yang prihatin. Dalam novel Melunas Rindu perwatakan
tersebut dapat dilihat melalui watak Fuad yang prihatin dengan Farhana ketika
mengetahui ibunya sakit, dia turut ke Kuantan untuk menziarahi ibu Farhana di
hospital. Manakala bagi novel Kabus di Perbukitan pula, perwatakan tersebut dapat
dilihat melalui watak Faridah yang prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya
beliau sanggup bekerja dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat pada usia yang muda
untuk merawat kanak-kanak sindrom down.

Anda mungkin juga menyukai