Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan

Pendahuluan:
Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai car dapat
dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai alaman harian. Ibu bapa yang gemar
membaca contoh kepada anaka-anak. Malah, ibu bapa boleh membaca buku-buku cerita
untuk anaka-anak yang belum tahu membaca. Dengan cara ini, minat membaca dapat
dipupuk sejak peringkat awal lagi.
Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku yang
digemari oleh mereka. Malah, di perpustakaan sering diadakan aktiviti dan peluang
berkunjung ke perpustakaan, minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat membaca akan
bertambah. Apabila minat membaca telah ada, dengan sendirinya kanak-kanak ini akan ke
perpustakaan untuk meminjam buku yang digemari oleh mereka.
Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Pelbagai jenis bahan
bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa boleh memberikan peluang kepada anakanak untuk membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah diterapkan jika
anak-anak memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.
Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit
demi sedikit bak kata peribahasa, "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain". Jika
usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan akhirnya budaya membaca
menjadi amalan harian mereka.

Anda mungkin juga menyukai