Anda di halaman 1dari 2

Huraikan nilai murni yang terdapat dalam dua buah novel yang anda

pelajari.
Novel yang dipelajari di Tingkatan 4 ialah Melunas Rindu manakala
Novel yang dipelajari di Tingkatan 5 ialah Novel Kabus di Perbukitan.
Dalam novel Melunas Rindu terdapat banyak nilai murni. Antaranya
ialah Nilai kerajinan. Buktinya Fuad merupakan seorang guru yang rajin
dalam menjalankan tugasnya sebagai guru. Selain itu, Nilai ketabahan juga
ada dalam novel tersebut. Buktinya Fuad tabah menghadapi dugaan
sepanjang pencarian ibu kandungnya. Nilai ketegasan juga dikesan dalam
novel ini. Buktinya Farhana bersikap tegas ketika menegur Cikgu Zamani
kerana tidak masuk kelas. Nilai kasih sayang juga jelas dipaparkan. Buktinya
Mariana sering mengingati dan menyayangi Fuad walaupun telah lama
berpisah. Tidak ketinggalan, Nilai bertanggungjawab. Buktinya Mak Salmah
sentiasa menjaga minum suaminya dan Fuad. Nilai keikhlasan juga ada
dalam novel ini. Buktinya Fuad membantu membawa anak Borhan ke klinik
walaupun sudah lewat malam. Nilai bekerjasama juga ada dalam novel ini.
Buktinya Farhana dan Fuad sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan
pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris. Akhirnya, terdapat
nilai rasional dalam novel Melunas Rindu ini. Buktinya Fuad masih lagi dapat
berfiki secara rasional setelah mendapat tahu bahawa wanita yang
dicintainya ialah adik kandungnya sendiri.
Manakala dalam Novel Kabus di Perbukitan pula terdapat Nilai kasih
sayang. Buktinya, Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah
sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam
terhadap kakak kembarnya itu. Nilai ketabahan pula memaparkan Faridah
tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orangorang yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan
suaminya, Ghazali. Manakala Nilai kegigihan dipaparkan melalui watak Azrul
yang gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak
semaiannya hingga berjaya. Nilai bertanggungjawab dipaparkan melalui
watak Salmah. Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk
menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga
dua orang anak lelakinya. Nilai cinta akan tanah air juga ada dalam novel ini,
sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap
memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah
airnya. Nilai taat akan ajaran agama jelas terpapar. Semasa di Cameron

Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara


berjemaah. Nilai mengamalkan budaya bangsa jelas apabila Datuk Azrul
mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi
keluarga Faridah di Cameron Highlands. Nilai berdikari ada dalam Novel
Kabus di Perbukitan ini. Buktinya, Golongan siswazah tidak seharusnya
menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta.
Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan
hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya. Nilai cinta akan alam sekitar turut
dipaparkan dalam novel Kabus di Perbukitan ini. Soleh mahu penebangan
hutan untuk membina chaletperanginannya dilakukan dengan lebih terkawal
serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buahbuahan sitrus dan taman-taman bunga.

Anda mungkin juga menyukai