Anda di halaman 1dari 6

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 2

ZON SADONG JAYA

2023/2024

NAMA PESERTA : MUHAMMAD HASIF BIN ABDUL RAHMAN

SEKOLAH : SK. SG. BULU SENANGEH

TAJUK : HAFIZ WIRA KECIL ANTI RASUAH

Yang dihormati tuan pengerusi majlis,

Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana.

Penjaga masa yang setia,

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi

Merbah hinggap di pohon cemara,

Melati kuntum tumbuh melata,

Assalammualaikum, salam sejahtera

Izinkan saya memulakan cerita.

Kisah yang saya ingin sampaikan ini adalah tentang seorang murid yang

bernama Hafiz. Hafiz adalah seorang murid Tahun 6 dan merupakan seorang ketua

pengawas di sekolahnya. Hafiz dikenali sebagai seorang murid yang sangat rajin,

cerdik dan berkepimpinan. Semua guru dan rakan-rakan sangat menyenangi sikap

Hafiz. Hafiz adalah anak tunggal. Ayahnya seorang petani dan ibunya surirumah.
Walaupun hidup serba sederhana tetapi kehidupan mereka sekeluarga sangat

bahagia.

Pada suatu hari, Cikgu Hashim meminta pertolongan Hafiz untuk menghantar

buku-buku latihan ke atas mejanya di bilik guru. Hafiz dengan senang hati segera

menghantar buku-buku tersebut. Untuk pengetahuan kawan-kawan, perjalanan ke

bilik guru akan melalui tandas murid lelaki.

Ketika melalui tandas tersebut, tiba-tiba Hafiz terdengar suara orang

bercakap-cakap diselangi dengan ketawa. Pada mulanya, Hafiz cuba untuk tidak

ambil peduli namun apabila terdengar nama Cikgu Suhardi disebut oleh suara-suara

tersebut, Hafiz mula memasang telinga.

“Padan muka Cikgu Suhardi! Suka sangat mengadu pasal aku dengan guru

besar.’ Kedengaran satu suara yang agak garau. “Eh..macam kenal suara tu!Macam

suara Amran dan Khalid lah!” Hafiz berbisik lembut.

Hafiz semakin tertarik untuk mendengar perbualan mereka. Semakin Hafiz

memasang telinga, Hafiz semakin yakin suara itu adalah milik murid kelas

sebelahnya iaitu Amran dan Khalid. Murid yang agak terkenal dengan sikap nakal.

Khalid memarahi Amran kerana bercakap terlalu kuat kerana bimbang

RAHSIA akan diketahui sekiranya ada orang yang mendengar percakapan mereka.

Padahal, diluar tandas Hafiz dapat mendengar suara mereka dengan jelas.
Apabila mendengar perkataan RAHSIA, Hafiz semakin rasa ingin tahu. Hafiz

terus-terusan memasang telinga. Hafiz cuba menyembunyikan sedikit tubuhnya

pada dinding, bimbang jika dilihat oleh mereka. Hafiz jadi tertanya-tanya apakah

kaitan Cikgu Suhardi dengan kedua orang itu.

“ Aku tahulah. Aku gembira sangat sekarang. Puas hati aku tengok kereta

Cikgu Suhardi bergaris-garis macam tu. Tak sia-sia aku bawa paku ayah aku dari

rumah.Ha..ha..ha..” Amran ketawa sombong.

Khalid memarahi Amran sekali lagi dan mengingatkannya agar menjaga

rahsia tersebut sama seperti kata peribahasa biar pecah di perut,jangan pecah di

mulut. Baru Hafiz teringat cerita heboh tentang kereta Cikgu Suhardi dua hari yang

lepas. Habis satu kereta digores dengan benda tajam. Rupa-rupanya itu adalah

perbuatan mereka.

“ Ya Allah, sampainya hati mereka!” Hafiz mengeluh kecewa.

Tanpa membuang masa, Hafiz segera mendepani mereka. Amran dan Khalid

menggelabah terkejut apabila Hafiz tiba-tiba berdiri didepan mereka. Hati mereka

tiba-tiba berdebar laju kerana takut Hafiz terdengar percakapn mereka tadi.

Tanpa membuang masa, Hafiz mula memarahi mereka berdua. Hafiz merasa

sangat sedih di atas perbuatan mereka. Amran dan Khalid tidak patut melakukan
perkara tersebut apatah lagi Cikgu Suhardi adalah cikgu yang telah banyak

menyampaikan ilmu kepada mereka sejak dari tahun 1 lagi.

Amran dan Khalid hanya tersenyum sombong seolah-seolah mereka tidak

melakukan kesalahan. Amran cuba menegakkan benang yang basah dengan

mengatakan Cikgu Suhardi patut diperlakukan seperti itu kerana mengadu kenakalan

mereka di dalam kelas kepada guru besar. Akibatnya mereka dihukum

membersihkan kelas setiap hari selama seminggu.

Hafiz yang mendengarkan perkara itu, merasakan apa yang dibuat oleh Cikgu

Suhardi itulah adalah perkara yang patut dibuat sebagai pengajaran kepada mereka

supaya tidak bersikap nakal. Untuk tidak membuang masa, Hafiz memberitahu

mereka untuk menyampaikan perkara ini kepada guru displin.

Apabila Hafiz hendak melangkah keluar dari tandas, mereka berdua segera

menghadang pintu tandas. Amran memujuk Hafiz untuk tidak memberitahu guru

besar. Manakala Khalid pula menawarkan duit kepada Hafiz supaya tidak

membocorkan rahsia tersebut. Mentang-mentanglah mereka anak orang kaya,

mereka fikir Hafiz akan tergoda dengan sogokan duit itu.

Apabila mendengarkan tawaran itu, Hafiz jadi semakin marah. Walaupun

hidupnya hanya sederhana, Hafiz tidak akan berbuat perkara yang tidak betul

semata-mata untuk kesenangan diri. Hafiz segera beredar ke bilik guru untuk

menghantar buku-buku latihan tadi.Kemudian Hafiz berjumpa dengan guru kelasnya


dan menceritakan tentang kejadian di tandas tadi. Setelah itu, guru kelas meminta

Hafiz balik ke kelas dan berjanji untuk menyampaikan hal itu kepada guru displin.

Pada keesokan harinya, Hafiz dipanggil oleh guru besar ke biliknya. Ketika

sampai di bilik guru besar, Hafiz terlihat ada Cikgu Suhardi, Amran dan juga Khalid.

Mereka berdua kelihatan tertunduk dan menangis.

Nak tahu Apa terjadi selepas itu tak kawan-kawan?

Rupa-rupanya guru besar ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah

kepada Hafiz kerana telah bertindak memberitahu perkara tersebut kepada sekolah.

Guru besar memuji sikap yang ditunjukkan oleh Hafiz dan meminta Amran serta

Khalid untuk mencontohi sikap amanah yang ditunjukkan oleh Hafiz dengan tidak

menerima duit sogokan dan menyembunyikan kesalahan mereka. Guru besar juga

menerangkan bahawa sogokan atau rasuah adalah satu perbuatan yang

mendatangkan kesan yang tidak elok kepada semua orang. Amran dan Khalid hanya

mengangguk-angguk dan mengakui kesilapan mereka. Mujurlah Cikgu Suhardi tidak

mahu membawa perkara ini ke tengah dan memaafkan kesalahan mereka berdua.

Namun begitu, Amran dan Khalid tidak akan terlepas begitu sahaja. Guru

besar telah memaklumkan perkara tersebut kepada ibubapa mereka berdua. Teruk

Amran dan Khalid dimarahi oleh ibubapa mereka. Ibubapa mereka terpaksa

menanggung kerugian yang agak besar untuk membaiki kereta Cikgu Suhardi

disebabkan kenakalan mereka.


Hah…kawan-kawan! Nilai pengajaran yang kita dapat kita perolehi dari cerita

ini ialah, janganlah sesekali melakukan kesalahan hanya semata-mata untuk

memuaskan hati kita apatah lagi memberi sogokan untuk menutup kesalahan.

Berbuat baiklah selalu supaya kita terhindar daripada melakukan kesalahan. Sekian,

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai