Anda di halaman 1dari 3

CERPEN: TABAH KUNCI PINTU KE SYURGA

“SAYA minta maaf abang”, teresak-esak Mak Leha tak tertahan. Air matanya jatuh ke tanah kubur
yang coklat keperang-perangan.

Beberapa bulan yang lalu,

“Terima kasih Ya Allah,!” kata-kata syukur itu keluar dari lisan Farisha sebaik sahaja memegang slip
keputusan SPM miliknya dipenuhi huruf A.

Farisha hidup dalam keluarga serba kekurangan. Tambah-tambah lagi apabila dia kehilangan ayah
pada tahun 2013 akibat lemas ketika memancing ikan. Kini, dia dan 3 orang adik lelaki dijaga oleh
ibunya yang bekerja keras bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk menampung
kehidupan mereka sekeluarga.

“Aku tak sangka aku peroleh keputusan sebaik ini, aku perlu memberitahu ibu hal ini secepat
mungkin, mesti dia bangga dengan aku!”.
Farisha mengatur langkah keluar dari dewan sekolah untuk pergi ke ladang getah tempat ibunya
bekerja. Basikal yang diletak di pondok sekuriti ditunggang Farisha dengan laju.

Setibanya dia di ladang getah , dia memanggil ibunya sekuat hati dengan perasaan yang sangat
gembira.
“Ibu,Ibu!” jerit Farisha.
Ibunya yang asyik menoreh getah terhenti apabila terdengar suara anaknya itu terjerit-jerit
memanggilnya. Farisha mendekati ibunya.
“Ada apa kak long? Ibu tengah sibuk ni”.
“Ibu tengok ni”, sambil menunjukkan slip keputusan SPM miliknya kepada ibu.
Ibunya terlopong apabila melihat slip itu dipenuhi A dan matanya mula berkaca.

“Tahniah kak long, ibu sangat bangga dengan kamu,” sambil memeluk anak sulungnya itu. Kalau
ayah ada di sini pasti dia juga bangga dengan kejayaan kak long,” pipi Farisha diusap mulus ibunya.
Farisha tersenyum sinis.
“Minta maaf kak long, ibu tak dapat nak sediakan hadiah yang mahal-mahal” keluh mak Farisha.
Farisha bukan seorang yang meminta-minta kerana dia tahu akan kesusahan yang dipikul ibunya
itu.

“Tidak apa ibu, jom kita pulang dan masak makanan yang sedap-sedap?” tanya Farisha seraya
menarik lengan ibunya dengan halus.
Ibu Farisha tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata anaknya itu. Mereka meninggalkan
ladang getah dengan penuh kegembiraan disertai bunga-bungaan yang jatuh ke tanah.

“Mama tak sangka yang kau boleh kalah daripada dia Syara ” kata isteri ketua kampung kepada
anaknya Syara yang memperoleh keputusan SPM yang tidak begitu memuaskan.
“Mana mama dan papa nak letak muka apabila orang tahu keputusan kamu itu tak
memberangsangkan!”, marah Mak Leha lagi.
“Kamu nak lempar tahi ke dekat muka kami ni!” Mak Leha menzahirkan marah bertalu-talu.
Syara mendengus sedih tidak terkata. Akibat perasaan cemburu yang membuak-buak dalam diri,
Mak Leha mendapat buah fikiran untuk menjatuhkan kejayaan Farisha. Dia tersenyum sambil
meminum secawan kopi yang sedia terhidang.

“Wush, wush”. Bunyi penyapu lidi terdengar di kawasan beranda rumah Farisha.
Farisha sedang menyapu daun-daun pokok yang jatuh berselerak. Suara hentakan kaki
memecahkan hening suasana. Terlihat seorang perempuan bertudung hijau muda dan berkulit hitam
manis berlari ke kawasan rumah Farisha dengan laju.
“Huh huh huh”, bunyi nafas pendek keluar dari mulut pemuda wanita itu.
Rupa-rupanya wanita itu ialah sahabat baiknya Suzy.
“Suzy kenapa kau termengah-mengah ni, kau nampak hantu ke?”, ujar Farisha.
Farisha menuding jari ke arah tangga sebagai tanda supaya Suzy duduk. Suzy duduk dalam
keadaan yang penat.
“Sha,kau tahu tak yang Mak Leha tengah buat mulut pasal kau sekarang ni?” “Mak
leha? Isteri Ketua kampung kita tu kah?” tanya Farisha.

“Iyelah, Mak Leha mana lagi”,akui Suzy.


“Dia cakap pasal aku?” soal Farisha.
“Dia kata yang kau anak luar nikah”, kata Suzy dengan marah.
Mata Farisha terbeliak sebaik sahaja mendengar kata-kata yang disampaikan Suzy.
“Apaa?!”. Lentingan Farisha menggegarkan segenap beranda rumah. Burung gagak yang dari tadi
hinggap di pokok bersebelahan berterbangan cemas apabila mendengar jeritan Farisha.

Khabar angin yang direka Mak Leha tersebar cepat dan luas dalam kalangan orang kampung.
Farisha sekeluarga disisihkan oleh orang kampung kerana mereka percaya akan kata-kata Mak Leha.
Keluarga Farisha baru mendiami kampung itu pada 2015. Ini menyebabkan orang kampung
percaya cerita Mak Leha kerana mereka tidak terlalu mengenali ayahnya. Farisha memberitahu hal
sebenar tetapi mereka hanya menutup telinga.
Kegembiraan yang dicapai Farisha tidak bertahan lama apabila melihat seolah-olah setiap orang
kampung jijik dan benci akan dia. Dia sangat sedih.

“Ya Allah, kau berikanlah petunjuk kepada mereka”, itulah doa yang tidak lekang dibaca Farisha
seusai solat.

“Abang! bangun bang,” pinta Mak Leha. Suaminya terbaring berlumuran darah di jalan raya
kerana terlibat dalam kemalangan yang sangat dahsyat.
“Ninoninoninonino”, ambulans membawa Pak Halim pergi ke hospital. Mak Leha percaya bahawa
inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah kepadanya kerana dia berkata tidak benar terhadap
Farisha.

“Maafkan mak cik nak”, rayu Mak Leha. Permohonan maaf itu terdengar jauh hingga ke pelosok
rumah jiran.
“Kenapa mak cik buat macam tu kat saya?” tanya Farisha geram.
“Mak cik jahil ketika itu nak”, air tangisan Mak Leha jatuh membasahi lantai beranda.
“Kamu jangan risau, mak cik akan membersihkan nama baik kamu”, ujar Mak Leha dengan mata
merah kerana menangis.
“Saya maafkan mak cik”.
Farisha bukan seorang yang pendendam, dia akan memaafkan insan yang menganiaya dirinya
sejak dari bangku sekolah lagi.
Tangisan Mak Leha dapat didengari satu rumah sebagai tanda penyesalan.

“Farisha termenung melihat langit yang kebiruan dan awan yang berselerakan indah.
Dia teringat akan pesan arwah ayahnya itu iaitu “dosa memfitnah lebih besar daripada dosa
membunuh dan sesiapa yang memaafkan sang pemfitnah akan dinaikkan darjatnya dan diberi
ganjaran syurga kelak”.
Farisha tersenyum sendiri. Air mata gugur perlahan sebagai tanda dia rindu akan ayahnya.

HASIL KARYA: WAN IRFAN

Anda mungkin juga menyukai