Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : RASUAH MEMBAWA PADAH

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Bertaut tangan salam dihulurkan.Terima kasih peneraju majlis,para
hakim yang bijak berkarisma,penjaga masa yang begitu peka dengan edaran jam,guru-guru dan rakan-rakan
yang dihormati sekalian.Izinkan saya memperdengarkan cerita yang bertajuk
……………………………………….

Amir dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya.Setiap hari dia ke sekolah dengan menaiki kereta
mewah milik bapanya.Pakaian dan alat tulisnya juga semua berjenama mahal.Apa saja yang dihajati oleh
Amir,akan ditunaikan oleh bapanya.Dia sentiasa menjadi tumpuan rakan-rakan di sekolahnya.Oleh itu,dia
bersikap berlagak dan angkuh terhadap murid yang dia tidak suka.

Pada suatu pagi,dia dan rakannya,Muaz melepak di tangga sekolah.Setiap pagi,mereka melepak di
situ kerana jarang ada murid ataupun guru melalui tangga itu.Amir meluahkan rasa tidak puas hati terhadap
Hadi.Hadi merupakan seorang ketua pengawas.Dia selalu melaporkan segala perbuatan jahat Amir yang
suka membuli murid lain kepada guru disiplin.Disebabkan itu,Amir sangat membenci Hadi.Muaz mengajak
Amir mengenakan Hadi.Mereka merancang mengupah murid lain memukul Hadi di tandas.

Tiba-tiba,ada derapan kaki kedengaran menuruni anak tangga.Amir dan Muaz terkejut.Raut wajah
mereka sangat cuak.Mereka risau perancangan mereka tadi didengar oleh orang lain.Kemudian,mata mereka
memandang ke arah Sufian yang tercegat di tangga merenung mereka berdua.Amir cepat-cepat menarik
lengan Sufian.”Kau sudah dengar apa aku dan Muaz bualkan tadi?”soal Amir bernada keras.Sufian sekadar
mengangguk tetapi tiada riak takut mahupun gentar dipamerkan.Amir dan Muaz saling
berpandangan.Tembelang mereka sudah pecah.Habislah mereka jika niat jahat mereka sampai ke
pengetahuan guru.

Apabila melihat Sufian senyap,dia mengeluarkan sekeping wang bernilai RM 50 ringgit dari poket
seluarnya.Wang itu dihulurkan kepada Sufian.Amir meminta Sufian agar mengunci mulutnya daripada
memberitahu guru.

Sufian merenung sinis kepada Amir dan Muaz.Wang dihulurkan tidak diambil sebaliknya menepis
tangan Amir.”Kau jangan nak rasuah aku.Aku tidak mahu bersubahat dengan kau.Aku akan laporkan
perkara ini kepada Cikgu Kamal,”kata Sufian.Walaupun dia murid miskin tetapi dia tidak akan menerima
sogokan itu.Dia tahu perbuatan Amir dan Muaz itu tersangatlah salah kerana menganiaya orang lain.Sufian
pun segera meninggalkan mereka berdua terpinga-pinga menuju ke kelas.
Amir menepuk dahi kerana umpannya tidak mengena.Sufian enggan menerima wang
pemberiannya.Amir dan Muaz terpaksa reda kerana yakin Sufian akan laporkannya kepada guru disiplin.

Keesokannya harinya,Amir dan Muaz dipanggil oleh guru disiplin iaitu Cikgu Kamal.Mereka
dimarah oleh Cikgu Kamal.Cikgu Kamal memberi amaran kepada mereka agar tidak melakukan hal
sedemikian lagi.Beliau akan memanggil ibu bapa Amir dan Muaz jika mereka mengulangi perbuatan yang
sama.Oleh itu,mereka terpaksa akur dan berjanji akan berkelakuan baik dan tidak memberi rasuah
lagi.Sebelum mereka keluar,Cikgu Kamal menegaskan amalan rasuah tidak boleh diamalkan kerana akan
merugikan mereka.Amir mengangguk faham meskipun dia tidak berpuas hati.

Haaaa….Ceritanya belum habis lagi.


Pada hari itu,Amir pulang ke rumah dengan perasaan yang suram dan marah.Dia berkurung di dalam
biliknya.Sedang dia melayani perasaan,pintu biliknya diketuk dengan kuat berkali-kali.Kedengaran suara
ibunya bertempik dari luar.”Amir!!Amir!!Amir!!Keluar cepat.Ada polis datang,”panggil ibu Amir.Amir
cepat-cepat membuka pintu.Ibunya menangis memeluk tubuh Amir sebaik saja pintu dibuka.Amir bertanya
namun tidak dijawab oleh ibunya malahan esakan ibunya semakin kuat.Lantas,ibunya memimpin tangan
Amir menuju ke ruang tamu.Amir menuruti dengan perasaan hairan.

Apabila tiba di ruang tamu,kelihatan sosok seorang lelaki yang tangannya digari.Amir terkejut
melihat keadaan ayahnya sedemikian.Air mata Amir berjuraian.Amir terus meluru mendapatkan ayahnya
lalu memeluk ayahnya dengan erat.Amir meminta ayahnya dilepaskan.Ibunya hanya mampu melihat dalam
kesedihan.Sekuat manapun Amir merayu,pihak berkuasa tidak boleh melepaskan ayahnya. Ayah Amir
ditahan oleh Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia selepas dipercayai terlibat dalam kes rasuah dan
pecah amanah.

Sejak kejadian itu,kehidupan Amir dan keluarganya berubah.Hidup yang mewah bertukar
miskin.Dahulunya disanjung,kini sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sekolah.Amir yang dulunya
seorang murid yang nakal,kini lebih suka menyendiri.Dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa
dirinya.Akhirnya dia faham mengapa Cikgu Kamal melarang dia merasuah murid lain kerana rasuah hidup
binasa.Begitulah kesudahannya.

Haaaaa…Kawan-kawan,pengajaran daripada cerita ini janganlah kita menerima atau memberi rasuah kerana
akhirnya merugikan diri sendiri.Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai