Anda di halaman 1dari 3

Alif Wazif

Assalamualaikum wbt. Hai kawan-kawan? Apa khabar semua? Nama saya


Muhammad Aliff Wazif bin Muhd Raduan. Umur saya 12 tahun.Saya merupakan murid Tahun
6 Arif di Sekolah Kebangsaan Palong 2 Felda, Gemas, Negeri Sembilan.

Hari (ini), saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua, (sebuah) buku cerita yang telah
saya baca.(Seronok)……Nak tahu buku apa?

Haa.Inilah bukunya. GENG ABCDE Bercuti ke Arau. Dengar tajuk sahaja sudah menarik.
Senang nak ingat bukan? Lihatlah ilustrasi muka hadapan ini.Warnanya SANGAT ceria.
Lukisannya juga SANGAT comel. Inilah yang membuatkan saya tertarik untuk membacanya.

Buku ini ditulis oleh penulis yang menggelarkan dirinya sebagai( HLOVATE) Ia diterbitkan
oleh syarikat( Jemari Seni Sdn.Bhd), dan mempunyai 170 muka surat. Kawan-kawan nak
tahu? Penulis HLOVATE ini, telah menghasilkan banyak lagi buku menarik seperti Contengan
Jalanan, Versus, A+B dan banyak lagi.

Sebelum saya memulakan cerita,izinkan saya menyampaikan serangkap pantun ya?

Tersebutlah kisah lima sekawan

ABCDE…..Gelaran diberi…..

Ke negeri Perlis cari pengalaman….

Pulang berilmu…. Dada berisi…


GENG ABCDE!!

A Azrin

B Badrul

C Choon Wai

D Deva

E Ei Lin

Arau merupakan kampung Tok dan Tok Wan kepada Badrul dan Azrin. Kenapa Arau yang
menjadi pilihan? Kerana menurut Badrul, kampung datuknya itu sangat damai. Suasana yang
sejuk dan tenang,sawah padi yang menghijau, penduduknya yang ramah,serta masakan Tok
Wan yang sangatlah sedap! Tempat menarik juga banyak!

Sepanjang di kampung, BANYAK benda baharu yang mereka lalui. Antaranya, bermandi-
manda di sungai, menjemur ikan kering dan asam gelugur, cara memilih daun yang sesuai
untuk dijadikan makanan Arnab,cara mengasingkan isi kekabu daripada bijinya dan cara
membuat laying-layang sendiri.

Selain daripada itu, Berlaku juga satu peristiwa tidak terduga, dimana, mereka semua telah
menjadi detektif tidak berteuliah. Abang Harun. Seorang penduduk kampung yang kelihatan
misteri. Katanya pembekal pisang, tetapi entah bagaimana mereka terjumpa mercun haram
berdekatan lori Abang Harun. Bersungguh-sungguh masing-masing mencari maklumat. Ada
yang mengintip, ada yang menyoal siasat tok mengenai asal usul Abang Harun dan macam-
macam lagilah. RUPANYA….. Abang Harun itu adalah seorang pegawai polis yang sedang
menyiasat kes penyeludupan mercun haram di kampung itu
Kawan-kawan rasa, saya suka atau tidak buku ini? Ya! Tentulah suka! Saya bagi 10/10
bintang untuk buku ini!

PERTAMA, kerana buku ini mengangkat nilai perpaduan.GENG ABCDE ini, terdiri dari kaum
MELAYU,CINA dan INDIA. Namun mereka sangat akrab dan tidak kiah berkampung
dikampung sahabat mereka yang berlainan agama dan bangsa.

KEDUA,untuk ilmu-ilmu yang dikongsikan di dalam buku ini. Banyak ilmu baru yang saya
dapat belajar.Contohnya SEJARAH SINGAPURA (TEMASIK) DILANGGAR TODAK yang di
ceritakan oleh tok kepada cucu-cucunya.

DAN KETIGA… laman peribahasa! Ada 13 peribahasa di dalam buku ini dan penulisnya
telah menyenaraikan semula kesemua peribahasa tersebut beserta maksudnya, di muka
surat belakang.

KESIMPULANNYA,saya SANGAAAT BERPUAS HATI dengan kiah ini. SERONOK


SANGAT! Semoga, perkongsian say aini juga bermanfaat buat kawan-kawan semua. Saya
minta diri dulu YA! Assalamualaikum WBT!

DAN SEKIAN TERIMA KASIH!

PENULIS:

CIKGU NOR FAIQAH

DIUBAH SUAI: DIUBAH SUAI PADA:

MOHD ALIFF WAZIF KHAMIS 12/4/2022

Anda mungkin juga menyukai