Anda di halaman 1dari 2

BICARA BUKU (TOKOH NILAM)

Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani kepada rakan-rakan pembaca sekalian. Nama
saya Eylisha Rachelle Umey Anak Rumanio dari kelas Tahun 5. Saya bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Saint Michael Plassu Roban.

Membaca itu jambatan ilmu, dengan membaca kita dapat menambah ilmu kita dengan lebih
meluas lagi. Selain itu, kita juga dapat mengisi masa lapang kita dengan lebih bermanfaat.

Baru-baru ini, saya ada membaca beberapa buah buku yang sangat menarik. Antaranya ialah

Misteri Peta Yang Hilang, Gelora di Hati Nadila, Sawah Ladangnya, Hadiah Hari Jadi dan
Lunturnya Keegoan.

Di dalam buku-buku ini terdapat banyak informasi-informasi yang menarik dan nilai-nilai
yang boleh kita jadikan tauladan. Jom kawan-kawan ikuti saya memperkenalkan buku-buku
tersebut.

Buku yang akan saya kongsikan bersama rakan-rakan bertajuk Lunturnya Keegoan.

Lihat kawan-kawan, menarikkan buku ini. Buku ini mengandungi 139 muka surat. Buku ini
ditulis oleh Zu Shimalain dan diterbitkan oleh Tulip Publications dari Siri Didikan Murni dan
cetakan pertama buku ini pada tahun 2008. Siri Didikan Murni memaparkan kisah remaja
yang sarat dengan mesej berguna serta teladan.

Lunturnya Keegoan mengisahkan perbalahan anatara dua orang murid miskin yang berasal
dari Felda iaitu Aniza dan Haida serta Intan yang merupakan anak orang berada bersama
kawan-kawannya. Sebagai anak orang berada, intan bersama kawan-kawannya selalu
menghina dan mencuba menyakiti hati Aniza dan Haida. Walau bagaimanapun, Aniza dan
Haida tabah menghadapinya.

Kedatangan Aniza dan Haida ke sekolah itu untuk mencari ilmu dan berazam untuk mengejar
cita-cita mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak menghiraukan Tindakan yang dilakukan oleh
Intan dan kawan-kawannya. Walau bagaimanapun, sesekali Aniza dan Haida turut membalas
kerana tidak tahan dengan sikap Intan dan kawan-kawannya.

Sikap Intan yang sombong dan bongkak itu tidak berubah sehingga suatu kejadian berlaku.
Kejadian itu telah mengubah pandangan dan sikap Intan. Apakah sebenarnya yang telah
berlaku kepada Intan? Mengapakah sikap Intan berubah? Mesti kawan-kawan semua ingin
tahu kan.
BICARA BUKU (TOKOH NILAM)

Sebenarnya Intan telah terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya semasa
mereka melakukan lawatan ke Pulau Langkawi. Aniza dan Haida adalah orang yang
menyelamatkannya. Bermula dari saat itulah Intan mengubah sikapnya dan meminta maaf
atas sikapnya selama ini dan tidak lupa untuk berterima kasih kepada Aniza dan Haida yang
telah menolongnya. Semoga rakan-rakan mendapat manfaat setelah membaca buku ini.

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun dari saya.

Pergi ke pekan mencari paku,

Bersama teman naik perahu;

Janganlah bosan membaca buku,

Banyak membaca banyaklah ilmu.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai