Anda di halaman 1dari 2

BICARA BUKU

Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani kepada rakan-rakan pembaca sekalian. Nama
saya Angellyca Maie anak Simon dari kelas Tahun 3. Saya bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Saint Michael Plassu Roban.

Membaca itu jambatan ilmu, dengan membaca kita dapat menambah ilmu kita dengan lebih
meluas lagi. Selain itu, kita juga dapat mengisi masa lapang kita dengan lebih bermanfaat.

Baru-baru ini, saya ada membaca beberapa buah buku yang sangat menarik. Antaranya ialah

Misteri Peta Yang Hilang, Kura-kura Ingin Terbang, Cerita Untuk Permata Hatiku dan
Koleksi Cerita-cerita Dongeng.

Di dalam buku-buku ini terdapat banyak informasi-informasi yang menarik dan nilai-nilai
yang boleh kita jadikan tauladan. Jom kawan-kawan ikuti saya memperkenalkan buku-buku
tersebut.

Buku yang akan saya kongsikan bersama rakan-rakan bertajuk Koleksi Cerita-cerita
Dongeng.

Lihat kawan-kawan, menarikkan buku ini. Buku ini mengandungi 128 muka surat. Buku ini
diterbitkan oleh Maxim Press & Publication Sdn. Bhd. Di dalam buku Koleksi Cerita-cerita
Dongeng ini mengandungi 8 cerita-cerita yang sangat menarik dan boleh dijadikan tauladan.

Diantara cerita-cerita tersebut adalah Cinderella, Puteri Duyung, Aladdin dengan Lampu
Ajaib, Anak Itik yang Hodoh, Puteri Salji dengan Tujuh Orang Kerdil, Puteri Beradu, Si
Comel Bertudung Merah dan Jack dengan Kacang Ajaib.

Cerita yang menarik hati saya dalam buku ini bertajuk Puteri Salji dengan Tujuh Orang
Kerdil. Kisah ini adalah antara kisah dongeng yang paling terkenal sepanjang zaman dan di
seluruh dunia. Dongeng ini mengisahkan seorang puteri raja yang menjadi mangsa ibu tirinya
yang cemburu dengan kecantikannya. Watak permaisuri kejam ini amat terkenal dengan
cermin ajaibnya yang boleh memberitahu siapa wanita yang tercantik setiap kali permaisuri
bertanya, “Wahai cermin ajaib, siapakah wanita paling cantik di negeri ini? ”Permaisuri amat
membenci anak tirinya, Puteri Salju. Dia pun mengarahkan pemburu untuk membunuhnya.
Namun, pemburu itu berasa kasihan lalu melepaskannya. Di dalam hutan, Puteri Salju
tinggal Bersama tujuh orang kerdil. Suatu hari permaisuri menyamar menjadi seorang wanita
penjual epal. Dia memberikan epal beracun itu kepada Puteri Salju. Adakah Puteri Salju
akan mati ataukah sebalinya?
BICARA BUKU

Sekiranya rakan-rakan ingin mengetahui kesudahan cerita ini, rakan-rakan bolehlah


menbaca buku ini. Kisah ini memberitahu kita bahawa sikap bongkak dan iri hati akan
merosakkan diri sendiri.

Semoga rakan-rakan mendapat manfaat setelah membaca buku ini.

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun dari saya.

Pergi ke pekan mencari paku,

Bersama teman naik perahu;

Janganlah bosan membaca buku,

Banyak membaca banyaklah ilmu.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai