Anda di halaman 1dari 2

1.

Kepercayaan kepada takdir Tuhan turut digarap oleh pengarang dalam novel yang
dihasilkan.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menunjukkan
Tuhan amat berkuasa untuk menentukan sesuatu kejadian.
Contoh Jawapan:

a.

b.

a.

b.

Novel Azfa Hanani:


Peristiwa motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan
raya dan Iskandar telah terbunuh. Laili yang membonceng motosikal tersebut telah
cedera parah dan berada di wad kecemasan. Tragedi ini menunjukkan bahawa takdir
Tuhan telah menentukan nasib yang dialami oleh insan yang melakukan perbuatan
salah.
Peristiwa Azfa Hanani telah diterima kembali untuk tinggal bersama keluarga Datin
Maziah setelah dia dihalau keluar dari rumah. Tuhan telah menentukan takdir yang
lebih berpihak kepada orang yang benar dan mempunyai hati yang baik. Golongan
yang bersalah akhirnya akan insaf dan kembali ke pangkal jalan setelah mendapat
petunjuk daripada Tuhan. Tuhan berhak memberikan hidayah dan petunjuk kepada
sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya.
Bovel Kembara Amira:
Peristiwa Tau menemui anaknya Sabi atau Malique semula setelah berpisah hampir 20
tahun. Tuhan berkuasa menemukan semua ahli keluarga yang telah berpisah.
Peristiwa di puncak Gunung Gua Gajah apabila Itai dapat mengetahui bahawa Tau
ialah ayah kandungnya dan Ludin yang membesarkannya selama ini ialah bapa
saudaranya.
Peristiwa kapal terbang Cessna 310 yang dipandu oleh Ridley bersama isterinya
Brenda telah terhempas. Kedua-dua mereka telah berkorban. Anak mereka Samantha
yang sepatutnya menjalani kehidupan sebagai orang Inggeris Australia akhirnya
ditakdirkan hidup dalam keluarga masyarakat Orang Asli suku Semai dan berkahwin
dengan Tau.

2.

a.

Jelaskan konflik dalaman yang dialami oleh watak-watak dalam novel yang anda
pelajari.
Novel Azfa Hanani:
Azfa Hanani mengalami konflik apabila memikirkan kesalahannya mencuri buku
rujukan dari perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian. Dia bimbang jika
kesalahannya dapat dikesan oleh pihak sekolah dan hukuman yang bakal dikenakan
terhadapnya.

b.

Azfa Hanani mengalami konflik apabila baru saja sampai di rumah Datin Maziah. Dia
memikirkan reaksi dan perkara yang akan berlaku kerana disuruh menyamar sebagai
Tengku Murni.

c.

Azfa Hanani mengalami konflik apabila memikirkan sikap Tengku Muzaffar dan
Datuk Tengku Makmur yang menghina dan memandang rendah terhadap dirinya.

d.

Azfa Hanani mengalami konflik apabila kembali semula ke rumah Pak Longnya di
Kampung Merpati setelah dihalau keluar dari rumah oleh Datin Maziah. Dia
memikirkan masa depan persekolahan dan cita-citanya yang terpaksa berubah arah.

e.

Datin Maziah mengalami konflik kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa anak
perempuannya Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya
sehingga hidupnya tidak sempurna, murung dan berasa sedih.

Novel Kembara Amira:


a.
Jennifer mengalami konflik apabila masyarakat Orang Asli masih tidak dapat
menerima dirinya yang berlainan warna kulit dengan mereka. Hal ini menyebabkan
dia melarikan diri dengan mengikut Johnny.
b.

Tau mengalami konflik apabila memikirkan anaknya Sabi yang telah dilarikan oleh
Ipah. Tau amat tertekan apabila Ipah melarikan diri bersama Johnny dengan
membawa Sabi dan meninggalkan Itai. Akibat malu dan tertekan, Tau hidup seorang
diri di hutan dan mengasingkan diri daripada masyarakatnya.

c.

Amira mengalami konflik apabila memikirkan lelaki berkulit putih yang sering
kelihatan bersama Malique. Amira ingin mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu.

d.

Jacinta mengalami konflik apabila memikirkan tindakan bapanya Baba Teck yang
telah berkahwin semula setelah kematian ibunya empat tahun yang lalu. Jacinta tidak
dapat menerima hakikat bahawa bapanya seperti sudah melupakan ibunya yang telah
tiada.

e.

Malique mengalami konflik apabila memikirkan tindakan seseorang yang


mengurungnya di puncak Gunung Gua Gajah. Malique tidak tahu siapa dan tujuan dia
dikurung di tempat yang gelap itu. Orang itu hanya menghulurkan bantuan makanan
melalui lubang kecil di bawah pintu dan tidak pernah melihat orang yang telah
menyelamatkannya.

Anda mungkin juga menyukai