Anda di halaman 1dari 8

Bilal bin Rabah adalah seorang lagi tokoh sahabat Rasulullah

S.A.W. yang kedua pentingnya dalam menegakkan syiar Islam.


Kisah ataupun riwayat hidupnya sebelum dan sesudah memeluk
agama Islam adalah merupakan suatu kisah yang amat memilukan
bagi kaum muslimin yang mengetahui.

Beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang


paling rapat. Kemana sahaja Rasulullah S.A.W. pergi dia tetap
bersama dengannya.

Bilal bin Rabah pada asalnya adalah seorang hamba kepada


sahabat karib Abu Jahal yang bernama Umaiyah bin Khalaf.
Menurut riwayat, setelah Umaiyah mengetahui bahawa Bilal telah
memeluk agama Islam, Umaiyah telah menyiksanya dengan cara
yang amat kejam sekali.

Pernah suatu ketika beliau telah didera di tengah padang pasir


dalam keadaan ditelentangkan dengan badan yang ditelanjangkan.
Di tengah padang pasir dan di bawah keterikan panas matahari
yang membakar itu beliau telah dipukul oleh beberapa orang
tukang pukul dari golongan kaum Quraisy. Tujuan mereka berbuat
begitu ialah agar Bilal kembali kepada agama asalnya.

Oleh kerana keimanan Bilal begitu menebal, meereka tidak


Berjaya mengubah akidahnya. Sebaliknya semakin hebat dia
disiksa semakin galak dia mengingati Allah S.W.T. Semasa dia
disiksa dia tidak henti-henti menyebut: “ Ahad! Ahad!”

Semakin kuat Umaiyah menyiksa dia semakin galakdia menyebut


ayat itu.

Melihatkan Bilal bersikap teguh dengan pendiriannya, lantas


Umaiyah menampar mukanya dan berkata :” Hei budak jahat,
engkau benar-benar celaka, aku mahu kau menyebut lata dan
uzza.”
Namun demikian, walaupun dia disiksa dengan sebegitu kejam
akan tetapi pada Bilal itu hanyalah merupakan menambahkan
keimanan terhadap agama yang telah diyakininya itu.

Setelah melihatkan segala tindakannya terhadap Bilal tidak


mendatangkan kesan maka Umaiyah pun pergi berjumpa dengan
Abu Jahal. Setibanya dia di rumah Abu Jahal maka Umaiyah pun
bermuafakat dengan nya bagaimana hendak mengatasi masalahnya
itu.

Umaiyah berkata kepada Abu Jahal: “ Lebih baik saja kita bunuh
budak hitam itu.” “Itu tidak bijak.” Jawab Abu Jahal. “ Kalau
membunuh dia bererti kita lemah dan kalah. Orang akan
menentang kita secara diam-diam,” sambung Abu Jahal.

Umaiyah berkata lagi : : Apakah yang patut kita lakukan?” “Kita


siksa dia sehingga dia tidak berdaya lagi,” kata Abu Jahal
memberi pendapat.

Umaiyah berkata lagi” “ Sampai bila dan berapa lamakah kita


harus menyiksa dia?” “ Sampai dia kafir semula,” jawab Abu
Jahal bangga. Umaiyah tidak berasa puas hati maka dia berkata
lagi :” Ya Abu Jahal, kita sebenarnya masih ketinggalan zaman
kerena belum pernah aku lihat seorang manusia yang begitu sabar
menanggung pelbagai azab demi mempertahankan kepercayaannya
sebagaimana Bilal.”
Umaiyah bertanya lagi: : Adakah cara lain yang engkau fikir
boleh membuatkan dia mengubah pendiriannya?” “Begini,” kata
Abu Jahal memulakan pendapatnya.” Bukankah hari amat panas
sekali, jadi pakaikan dia dengan pakaian besi kemudian kita
jemurkan dia di tengah padang pasir di luar kota Mekah. Aku
percaya budak hitam itu tidak akan dapat menahan kepanasan
besi dan cahaya matahari yang membakar itu.”

Umaiyah bertanya lagi” Adakah perbuatan ini akan berhasil?”


“Tentu sekali aku percaya dan yakin jika dia mendengar
rancangan kita ini tentu dia akan meminta ampun dan dengan itu
sudah tentu dia akan kembali kepada agama asalnya,” Kata Abu
Jahal dengan penuh yakin.

Setelah segala rangcangan mereka siap diatur maka mereka pun


menangkap Bilal dan dipakaikannya dengan sehelai baju besi.
Kemudian mereka pun membawa Bilal ketengah padang pasir
dengan kakinya dirantai.

Setibanya di tengah padang pasir itu mereka pun meninggalkan


Bilal keseorangan diri di antara batu-batu padang pasir itu.

Hari itu amat panas sekali sehingga tidak ada sesiapapun yang
sanggup berdiri lama di bawah sinaran matahari pada masa itu.
Manakala pada malam harinya pula keadaannya amat sejuk
sehingga terasa ke tulang hitam.

Azab yang diterima oleh Bilal tidak terperi sakitnya.


Bagaimanapun dia tidak mengeluh atau gentar menghadapi segala
percubaan yang diterimanya. Hatinya bulat, dia hanya berdoa
kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menguatkan imannya di
samping memohon bantuan agar Allah S.W.T. melepaskan dia dari
azab yang tidak tertanggung itu.

Keesokan harinya Abu Jahal dan Umaiyah datang menemui Bilal.


Dalam hati mereka berdua menyangkakan tentulah bilal akan
bersujud kepada mereka meminta ampun dan berjanji akan
mengubah pegangannya.

Sebaik saja syaitan Quraisy itu bersemuka dengan Bilal,


semangatnya menjadi semakin kental mengadap segala
kemungkinan dan kemarahannya semakin meluap-luap terhadap
kedua manusia itu.

Abu Jahal mendekati Bilal lalu membisikan sesuatu, katanya: “


Hai Bilal, bagaimanakah keadaan engkau sekarang?” Kemudian
Bilal menjawab: “ Ahad! Ahad!”
Mendengar perkataan itu, secara tiba-tiba Abu Jahal menjadi
marah. Hatinya berasa terlalu sakit mendengar perkataan itu,
bagi dia perkataan itu seolah-olah racun baginya.

Lantas dia berkata kepada Bilal dengan geramnya : “ Hei budak


hitam, apakah kau masih mahu berkeras di atas kesesatan engkau
ini.”

Abu Jahal mengamuk dan meradang setelah Bilal tetap dengan


pendiriannya. Dia mencari-cari di sekelilingnya kalau-kalau ada
benda yang dapat di pergunakannya untuk membunuh Bilal pada
masa itu. Kemudian dia ternampak seketul batu besar tidak jauh
dari situ, lantas dia serta Umaiyah dan juga para pengikut yang
mengiringin mereka mengangkat batu besar itu dan meletakkannya
di atas dada Bilal bin Rabah.

Setelah batu itu diletakkan di atas dadanya, Bilal merasa terlalu


sukar untuk bernafas, tetapi dalam hatinya masih menyeru “
Ahad! Ahad!”

Abu Jahal, Umaiyah dan para pengikutnya mengugut Bilal


mengatakan bahawa dia akan mati tidak lama lagi. Mereka
bersorak-sorak melihat keadaan Bilal semakin payah untuk
bernafas dan semakin perlahan pula suaranya menyebut “ Ahad!
Ahad.” Akan tetapi gerak bibirnya masih belum berhenti dari
menyebut perkataan itu.

Segala harapan Abu Jahal untuk melihat Bilal memohon ampun


dan balik ke agama asal meleset sama sekali. Bahkan bibir Bilal
tidak henti-henti menyebut “Ahad! Ahad”’ malah adakalanya
kedengaran dia berdoa kepada Allah S.W.T. , katanya “ Ya
Allah, sekiranya mereka mahu membunuh aku agar aku
menyekutukan Tuhan Ar Rahman maka biarlah aku mati, daripada
menyekutukan Tuhan.  Aku tidak takut mati, aku tidak takut
mati, aku lebih takut menyekutukan  Tuhan Ar-Rahman. Ya
Allah, Tuhan Ibrahim, Yunus, Musa dan Isa aku bermohon
kepadamu selamatkanlah aku dari siksaan ini.”
Doa Bilal yang kedengaran terketar-ketar itu di dengari oleh Abu
Jahal dan Umaiyah. Mereka berpandangan sesama sendiri
memikirkan apakah yang harus dilakukan lagi terhadap Bilal.
Kemudian Umaiyah berkata kepada Abu Jahal :” Bukankah sudah
aku beritahu pada engkau, tak guna lagi kita menyiksa budak itu.
Dia memang keras kepala, memang tak ada harapan yang dia akan
mengikut agama kita lagi, lebih baik saja kita bunuh dia.”

Dalam perkara ini Abu Jahal lebih pintar dari Umaiyah. Sambil
menundukkan kepada dia mencari-cari jalan bagaimana hendak
memaksa Bilal supaya dia kembali kafir. Membunuhnya
sebagaimana yang disarankan oleh Umaiyah adalah jalan yang
terakhir tetapi tidak menguntungkan mereka, sebaliknya dia akan
membawa banyak akibat dan kerugian kepada pihak Quraisy
sendiri.

Kisah penderitaan Bilal menghadapi siksa dari pihak Quraisy


akhirnya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W. dan
Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq r.a. Setelah mendapat berita itu,
tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar pun terus menuju ke
tempat Bilal di siksa itu. Di bawah kepanasan cahaya matahari
Saiyidina Abu Bakar meredah padang pasir yang luas itu.

Dari jauh dia nampak sekumpulan manusia sedang mengerumuni


sesuatu. Tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar datang
kearah mereka, mereka pun berundur. Sebaik saja Saiyidina Abu
Bakar sampai disitu dilihatnya Bilal masih hidup dan dia tidak
henti menyebut “Ahad! Ahad!”, akan tetapi keadaanya begitu
menyayat hati. Dia meronta-ronta seperti separuh nyawa ikan.
Batu besar yang menghempap pada perutnya menyebabkan dia
mengalami kesesakan nafas.

Melihat keadaan sahabatnya diperlakukan begitu dia berasa amat


hiba sekali, Saidina Abu Bakar yang biasanya bersifat penyabar,
lemah lembut dan tenang tiba-tiba saja melenting marah bagai
api menjulang. Api kemarahannya terlalu membara melihat
kejadian yang menyayatkan itu. Ketika itu dilihatnya Abu Jahal
dan Umaiyah adalah seperti budak kecil.

Dengan suara yang lantang dia berkata kepada Abu Jahal: “


Sampai bila kamu akan menyiksa budak itu?”
Kata Umaiyah :” Itu urusan kami, mengapa kau harus masuk
campur, ini hamba aku, aku boleh siksa dia sesuka hati aku dan
aku boleh lepaskan dia bila aku suka.”

“ Apakah engkau tidak takut kepada Allah melakukan siksaan


seperti ini?”, kata Saiyidina Abu Bakar. Umaiyah berkata lagi :”
Cukup…cukup hai Abu Bakar! Kerana engkaulah maka dia aku siksa
dan engkaulah yang merosakkannya.”  Jawab Abu Bakar dengan
marah : “ aku bukan merosakkannya, aku hanya menunjukkan
jalan yang benar.”

“Sudah…sudah aku cukup mengerti perkara itu, engkau tidak perlu


menerangkannya. Hanya satu permintaan aku jangan kau campuri
urusan kami,” bentak Umaiyah.

“ Kami tidak akan membiarkan perbuatan kejam seperti ini


dilakukan terutama sekali terhadap salah seorang teman yang
sefahaman dengan kami. Menyiksa dan memaksa dia sama dengan
menyiksa dan memaksa kami. Terus terang aku katakan bahawa
aku akan membelanya dan tidak akan meninggalkan  tempat ini
sebelum engkau melepaskannya dan memerdekakan daripada
penganiayaan yang kejam ini, “ tegas Abu Bakar geram.

“ Kami semua sudah sepakat tidak akan melepaskannya sehingga


dia kembali kepada agama asalnya atau dia mati dalam siksaan
ini,” jawab Umaiyah pula. Kemudian Abu Bakar berkata lagi : “
Engkau akan hampa  saja hai Umaiyah. Sudah pasti dia tidak
akan kembali kepada agama asalnya setelah mendapat hidayah
dari Allah. Seperti orang yang berada dalam gelap gelita dia
tidak akan mahu ketempat gelap itu setelah menemui tempat yang
terang benderang.”
Umaiyah berkata dengan marah: “ Wahai Abu Bakar, apakah
engkau datang ini untuk meminta ampunkan dosanya daripada kami
atau engkau datang ini untuk membantu dia menghina dan memaki
hamun Tuhan kami di hadapan muka kami sendiri?”

“Saya katakan kepada kamu semua bahawa dia akan tetap


berpegang kepada kepercayaannya sampai  dia mati walaupun dia
disiksa”. “ Jadi adakah kamu mahu dia hidup dan saya beri dia
makan dan minum serta pakaian kemudian dia menghina dan
mengejek-ngejek agama kami setelah itu dia mengoda isteri dan
anak-anak kami?” Sergah Umaiyah.

“ Aku sedia membelinya.” Kata Abu Bakar selamba. “ Engkau


mahu membelinya,” kata Umaiyah seakan-akan terkejut. “
Benar….. aku mahu membelinya,” kata Abu Bakar. “Berapakah
kamu sanggup bayar,” Tanya Umaiyah. “ Berapa yang kamu
minta,” jelas Abu Bakar.

Setelah berpakat dengan Abu Jahal, Umaiyah pun berkata :”


Lima wang emas ( setengah kilo).” Tanpa tawar menawar abu
Bakar terus membayarnya. Setelah urusan jual beli itu selesai,
tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar berlari mendapatkan
Bilal yang sedang dihempap batu besar itu. Oleh kerana batu itu
terlalu besar Saiyidina Abu Bakar tidak berdaya mengangkatnya
seorang diri. Orang ramai yang tadi bersurai datang menolong
Abu Bakar kerana bersimpati dengannya. Kemudian batu besar itu
Berjaya diangkat dan Bilal pun terselamat dari siksaan
seterusnya.

Saiyidina Abu Bakar terus memapah Bilal untuk dibawa pulang


mengadap Rasulullah S.A.W. Tidak lama kemudian Saiyidina Abu
Bakar memerdekakan Bilal. Akhirnya Bilal dibebaskan dan tidak
dikuasai oleh sesiapa lagi. Lantaran tingginya budi Saiyidina Abu
Bakar dan besar jihad beliau terhadap Islam maka turunlah ayat
Quran yang menyatakan kesalahan Umaiyah bin Khalaf serta
memuji Saiyidina Abu Bakar yang penuh dengan sifat kemanusiaan
yang tiada bandingannya itu.
Pada zaman Rasulullah S.A.W., ketika tiba waktu sembahyang
Nabi S.A.W. menjadi iman dan Bilal r.a. menjadi Mu'adzzin.
Bilal r.a. memang terkenal dengan suaranya yang merdu. Selepas
Rasulullah S.A.W. wafat, Bilal meninggalkan kota Madinah.

Suatu ketika Bilal r.a. bermimpi bertemu dengan Rasulullah


S.A.W. dan berkata baginda dalam mimpinya, "Wahai Bilal,
mengapakah kamu tidak menziarahiku?" Sebaik sahaja Bilal
terjaga dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke
Madinah.

Setibnya di Madinah, Bilal r.a. bertemu Hassan dan Hussain


yakni cucu Rasulullah S.A.W., lalu mereka meminta Bilal r.a.
untuk melaungkan azan. Untu tidak menghampakan permintaan
dari orang-orang yang sangat dikasihinya, maka Bilal r.a. pun
mengalunkan azan.

Apabila suara Bilal berazan berkumandang, maka keluarlah orang-


orang dari kota Madinah tanpa segan silu, sambil mengerluarkan
air mata mengingati zaman kegemilangannya yang dilalui bersama
Rasulullah S.A.W.

Bilal r.a. terkenal dengan sifat kejujurannya, kesolehannya dan


rendah hati.

Pada 20 hijrah, wafatlah Bilal r.a. dalam usia 60 tahun. Beliau


dimakamkan di kota Damsyik berdekatan daerah Babus Saghir.

Anda mungkin juga menyukai