Anda di halaman 1dari 12

~1~

PROJEK BAHASA MELAYU

Prosa Tradisional
Sabor

Nama : Erick Boonhee Ng

Tingkatan : 5 Amanah

Nama Guru : Chong Oi Chin

2010

S E- Sa[Type
Prosa Tradisional KO L A H
text] T I N G G I KO TA K I N A B A LU Page 1
2|Muka Surat

Isi Kandungan
Muka Surat Depan
Isi kandungan
Pengenalan
Sinopsis
Sinopsis peta minda
Soalan
Jawapan
Lampiran
Rujukan
3|Muka Surat

Pengenalan
Prosa Tradisional adalah karya yang dipilih menggunakan
bahasa Melayu yang mengekalkan ciri-ciri autentik sebagai suatu
teknik pengenalan. Kepelbagaian tema seperti perjuangan,
kepahlawanan, nasionalisme dan nilai-nilai murni turut diambil
kira dalam memilih cerita-cerita yang sesuai dengan genre
Sastera Hikayat, Sastera Sejarah ,dan Sastera Epik.

“Sabor” yang dipetik daripada Hikayat Bayan Budiman


terbitan Fajar Bakti Sendirian Berhad amat banyak
menyerlahkan unsur-unsur pengajaran kerana memaparkan
sikap keimanan Sabor yang Kental, yang tidak pernah goyah
menghadapi pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh segolongan
wanita.
4|Muka Surat

Sinopsis
Sabor telah dibawa oleh saudaranya, Jibor yang kaya dan beristeri muda.
Sabor diperkenalkan oleh abangnya itu kepada isterinya, Siti Saidah. Pada
pandangan pertama itu, Siti Saidah menaruh perasaan terhadap Sabor yang
lebih muda dan gagah daripada suaminya itu. Siti Saidah telah menyediakan
bilik Sabor yang dihiasi cantik dengan hiasan ratna manikam. Sebenarnya, Siti
Saidah bukanlah seorang isteri yang baik. Dia pernah bertindak curang
terhadap suaminya, iaitu menjalin hubungan sulit dengan jauhari, iaitu
saudagar permata. Perbuatannya itu tidak diketahui oleh suaminya, Jibor.
Selepas Sabor tinggal bersamanya, Siti Saidah telah memutuskan hubungan
dengan kekasihnya, saudagar permata itu. Dia mula mengatur rancangan
untuk memikat Sabor agar memenuhi kehendak nafsunya.

Pada suatu malam hari ke-20 Sabor tinggal di situ, Siti Saidah meluru
masuk ke bilik Sabor semasa suaminya sudah tidur nyenyak akibat memakan
majun khayal. Kedatangan Siti Saidah itu mengejutkan Sabor yang jujur dan
tidak menduga kakak iparnya mahu bertindak curang itu. Sabor hampir
tergoncang keimanannya akibat pujuk rayu Siti Saidah yang menggodanya itu.
Namun begitu, Sabor cepat-cepat teringat akan pesanan gurunya, Raja Damsyik
dan larangan Allah tentang zina sebagaimana termaktub dalam kitab suci al-
Quran. Sabor mengusir dan memarahi Siti Saidah dari biliknya.

Hal ini menimbulkan rasa malu pada diri Siti Saidah dan dia berdendam
terhadap Sabor. Sebaliknya, Sabor mengucapkan rasa syukur kepada Allah
5|Muka Surat

kerana berjaya menghindari zina dan kemudian bersembahyang , berserah diri


kepada Allah. Keesokannya Siti Saidah cuba memfitnah Sabor dengan
mengatakan kepada suaminya, Jibor bahawa Sabor cuba mencabul
kehormatannya. Jibor yang percaya akan fitnah itu amat marah dan meminta
Siti Saidah merahsiakan perkara itu serta berjanji akan mengambil tindakan.
Siti Saidah amat berharap suaminya akan bertindak menghapuskan Sabor.
Kemudian Jibor telah mengupah empat orang sipahi untuk membunuh Sabor
sewaktu bersembahyang maghrib di masjid. Jibor juga telah menghadiahkan
kopiah buatan Rom yang mahal kepada adiknya, Sabor.

Ketika tiba waktu sembahyang, Sabor telah menanggalkan kopiahnya


di atas mihrab yang kemudiannya dicuri oleh jauhari Semasa bersembahyang
itu, empat orang sipahi yang diupah membunuh Sabor telah memancung
kepala jauhari itu kerana menyangkanya sebagai Sabor. Keadaan menjadi
kelam-kabut di masjid itu . Namun begitu, Sabor dan imam meneruskan
sembahyang. Peristiwa itu menyedarkan Jibor bahawa adiknya tidak bersalah
tetapi isterinya curang. Pendek kata, cerita ini berakhir dengan mereka yang
berdosa mendapat balasannya, manakala orang yang baik mendapat
perlindungan-Nya.
6|Muka Surat

Peta Minda Sinopsis


7|Muka Surat

Soalan
1. Mengapakah ilmu agama penting kepada setiap individu?

2. Ceritakan apa yang berlaku semasa Siti Saidah memasuki


bilik Sabor?

3. Pada pendapat anda mengapakah Siti Saidah begitu


berahi akan Sabor sedangkan dia sudah bersuami?
8|Muka Surat

Jawapan
1.Ilmu agama harus dipupuk oleh seseorang dalam usaha membentuk
personaliti yang beriman, dan melahir seseorang yang jujur serta ikhlas.

2. Kedatangan Siti Saidah itu mengejutkan Sabor yang jujur dan tidak
menduga kakak iparnya mahu bertindak curang itu. Sabor hampir
tergoncang keimanannya akibat pujuk rayu Siti Saidah yang
menggodanya itu. Namun begitu, Sabor cepat-cepat teringat akan
pesanan gurunya, Raja Damsyik dan larangan Allah tentang zina
sebagaimana termaktub dalam kitab suci al-Quran. Sabor mengusir dan
memarahi Siti Saidah dari biliknya.

3. Sebab Siti Saidah begitu berahi akan Sabor kerana Siti Saidah adalah
seorang yang tidak dapat mengawal nafsunya rupa paras Sabor
menyebabkan dia tidak dapat mengawal diri suaminya tidak mampu
melayani kehendaknya,suaminya telah lanjut usianya
9|Muka Surat

Lampiran
http://www.scribd.com/doc/2609315/Sinopsis-Cerita-Klasik-BM-SPM

Antologi Kerusi (muka surat 24 hingga 31)


10 | M u k a S u r a t

Top Goal Analisis Komsas Tingkatan 5


(muka surat N-14)
11 | M u k a S u r a t

Nexus nota komsas Tingkatan 5


(prosa tradisional,Sabor, muka surat 69).
Malangnya saya tidak dapat mengambil buku ini untuk membuat cetakan kerana
buku ini adalah milikan pusat tuisyen saya. Jadi, saya harus menulis dan cetak dalam
bentuk kertas.
12 | M u k a S u r a t

Rujukan
Dalam sepanjang kajian saya dalam cerita “Sabor”, saya
telah menggunakan beberapa rujukan, iaitu;

1. Internet:
http://www.scribd.com/doc/2609315/Sinopsis-Cerita-
Klasik-BM-SPM

2.Buku Rujukan:
> Nexus nota komsas Tingkatan 5
(prosa tradisional,Sabor, muka surat 69).
> Top Goal Analisis Komsas Tingkatan 5 (muka surat N-14)
> Antologi Kerusi (muka surat 24 hingga 31)

Anda mungkin juga menyukai