Anda di halaman 1dari 10

SITI NOR ANISA KESUSASTERAAN MELAYU BMMB3033

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1 Isi Kandungan 1

2 Pengenalan 2

3 Kritikan Teks Cerpen : Anak-Anakku Adalah Daun-Daun 3-7


Kering
4 Kesimpulan 8

5 Bibliografi 9

6 Lampiran 10

1
SITI NOR ANISA KESUSASTERAAN MELAYU BMMB3033

Pengenalan

Cerpen merupakan cerita pendek, cerita rekaan atau cerita dalam bentuk prosa yang relatif
pendek. Cerita rekaan adalah gabungan daripada realiti dan imaginasi. Cerita yang
disampaikan bukanlah seliruhnya fakta, sebaliknya adunan antara fakta dengan imaginasi
yang wujud dalam benak atau fikiran pengarang. Fenomena masyarakat dijadikan bahan
mentah untuk mengolah cerita. Adunan fakta dan imaginasi dengan memasukkan unsur-
unsur emosi memberi kesan emotif kepada pembaca. Hasilnya, walaupun sesuatu cerita itu
biasa namun dengan adunan sumber persekitaran menjadikan hasil karya itu hidup dan
menyentuh perasaan. Bermula sejak dekad 20-an. Cerpen pertama berjudul "Kecelakaan
Pemalas" oleh Noor bin Ibrahim dalam Majalah Pengasuh pada 4 Februari 1920. Cerpen
terus dicipta dan disiarkan dalam pelbagai majalah seperti Panduan Guru dan Majalah Guru.
Ramai penulis yang terdiri daripada golongan guru yang menulis berkaitan dengan
pendidikan, moral dan masyarakat.

Struktur dan teknik penceritaan cerpen pada zaman ini terlalu sederhana, mudah
difahami mesejnya.Kemunculan cerpen dikaitkan dengan perkembangan dunia percetakan
(kemunculan akhbar dan majalah).Ruang akhbar dan majalah yang terbatas untuk
memuatkan cerita-cerita sastera berbentuk prosa memaksa karya tersebut ditulis pendek-
pendek atau bersiri bagi karya yang panjang. Asas itulah yang membentuk konsep 'cerpen'
sebagai memenuhi tuntutan pihak penerbitan.Kebanyakan cerpen pada dekad awal
memasukkan unsur-unsur lucu yang berfungsi untuk hiburan kepada
khalayaknya.Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Hashim Awang (1985), kritikan
sastera merupakan suatu usaha mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur dan
sistematik. Kritikan sastera merupakan apresiasi terhadap hasil genre kreatif yang lain,
seperti puisi, novel, cerpen dan drama.

Antara fungsi kritikan sastera ialah untuk menentukan sama ada sesebuah karya
kesusasteraan itu bermutu atau sebaliknya (Lutfi Abas, 1995). Dalam melakukan kritikan
terhadap sesebuah karya sastera, pengkritik harus bersikap adil dan saksama terhadap
sesebuah karya serta pengarang karya tersebut. Pembacaan secara berulang kali terhadap
sesebuah karya sastera perlu dilakukan oleh pengkritik bagi membolehkan seseorang
pengkritik itu memahami makna tersirat dan tersurat yang terkandung dalam sesebuah
karya sastera.Selain itu, ritikan sastera juga berperana untuk mencetuskan pemikiran
baharu dan percambahan minda dalam kalangan anggota masyarakat. Pembaca atau
penulis karya juga berhak menilai sesuatu kritikan. Adakalanya, hasil kritikan itu diterima
dan ada kalanya tidak diterima.

2
SITI NOR ANISA KESUSASTERAAN MELAYU BMMB3033

1.0 Kritikan Teks Cerpen : Anak-Anakku Adalah Daun-Daun Kering

Cerpen yang bertajuk Anak-anakku adalah Daun-daun Kering merupakan cerpen yang saya
ambil daripada buku Jendelaku Kekasihku karya Zahari Affandi keluaran Dewan Bahasa
dan Pustaka. Di dalam cerpen ini adalah menggunakan Teori Takmilah kerana banyak
menggunakan penanda dan simbol untuk menyampaikan maksud di dalam cerita ini. Teori
Semiotik adalah di antara teori kritikan pascamoden yang penting dan banyak digunakan
kini. Ia memahami karya sastera melalui tanda-tanda atau perlambangan-perlambangan
yang ditemui di dalam teks. Teori ini berpendapat bahawa dalam sesebuah teks itu terdapat
banyak tanda dan pembaca atau penganalisis harus memahami apa yang dimaksudkan
dengan tanda-tanda tersebut.Oleh itu, saya menggunakan teori ini untuk mengkritik cerpen
ini.Cerpen ini mengisahkan tentang seorang wanita yang cekal bernama Siti Rahmah yang
berseorangan menjaga lima orang anaknya iaitu Kiah, Kinah, Mail, Salbi dan Yop kerana dia
kehilangan suaminya. Suaminya bukan meninggal tetapi ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Tetapi yang membeku di hatinya ialah dia tidak tahu langsung salah
suaminya.Dengan itu,semenjak suaminya ditangkap, Siti Rahmahlah yang menjadi ayah
dan ibu kepada lima orang anaknya.

Dalam penceritaan awal cerpen ini, pengarang telah menonjolkan watak pihak polis
yang tidak berperikemanusiaan di mana dalam cerpen ini menyatakan suami Siti Rahmah
diseret lintang-pukang macam heret potong kayu masuk ke dalam jip semasa waktu tengah
malam berembun. Pernyataan “heret seperti potong kayu” dapat kita bayangkan bahawa
suami Siti Rahmah diheret sehingga dia terbaring dan pihak polis masih meneruskan
mengheret suaminya sehingga masuk ke dalam jip. Pada waktu tengah malam berembun
pula, memberi maksud pihak polis datang ke rumah mereka sewaktu mereka tidur dengan
nyenyak. Siti Rahmah dan anak-anaknya hanya mampu melihat dalam keadaan tidak dapat
berbuat apa-apa walaupun sebenarnya mereka semua tidak rela melihat orang yang
disayangi itu diperlakukan sedemikian. Pihak polis hanya tahu menangkap dan mengheret
sahaja suami Siti Rahmah tanpa memberitahu biji butir mengapa menangkap suaminya itu.

Dalam cerpen ini juga ada menyatakan bahawa Siti Rahmah orang pandir.
Pengarang mengklasifikasikan Siti Rahmah sebagai orang pandir yang membawa maksud
bodoh. Hal ini kerana, Siti Rahmah tidak tahu apa-apa mengenai undang-undang tetapi
hanya mengetahui orang yang ditangkap ialah orang yang jahat. Tetapi jauh di sudut
hatinya, mengenali sikap suaminya yang kuat agama, baik hati dan bertangunggjawab
dalam mengurus keluarganya. Sebagai contoh, suaminya tidak pernah meninggalkan solat,
mengajar anak-anaknya mengaji dan sembahyang serta memberi nasihat agar tidak
menjadi orang yang jahat. Siti Rahmah juga menyatakan suaminya tidak pernah bunuh

3
SITI NOR ANISA KESUSASTERAAN MELAYU BMMB3033

orang apatah pukul ayam pun tangan sudah menggigil. Di sini kita dapat lihat suami Siti
Rahmah adalah orang yang baik dan tidak bersalah. Dia hanya mengetahui suaminya pergi
mempertahan hak tanah kampung mereka.

Seterusnya, pengarang juga menandakan yang bahawa semua anak-anak Siti


Rahmah merupakan anak yang baik, dengar kata ibu bapa, rajin bekerja menolong ibunya
dan bertanggungjawab. Sebagai contoh, Mail sudah menolong ibunya membuat kerja pikul
tin baja, sama ada dalam keadaan berpanas dan berhujan walaupun dirinya baru berusia
tujuh tahun. Begitu juga dengan kakak-kakaknya iaitu Kiah dan Salbi yang turut menolong
ibunya membubuh baja. Manakala Kinah menjaga adiknya Yop di rumah. Di sini kita dapat
lihat peranan dan pengorbanan anak membantu ibunya. Bukan itu sahaja, cerpen ini juga
menandakan bahawa mereka beradik tidak bersekolah kerana ibu mereka tidak cukup wang
dan mereka turut bekerja bersama ibunya. Dalam cerpen ini memperjelaskan bahawa Siti
Rahmah bekerja di kebun getah Haji Dawam. Di situlah tempat mereka berempat bersama
rumput-rumput dan daun-daun kegaringan terbakar. Di sini menandakan bahawa mereka
tidak pernah berhenti bekerja di bawah matahari yang terik dan tidak pernah redup.

Di samping itu, Siti Rahmah menyatakan bahawa hanya kepada Allah sahaja tempat
akhir segala-segalanya di mana ia menunjukkan Siti Rahmah redha dengan ketentuan yang
diberikan oleh Allah dan hanya mengharapkanNya agar semua ini berakhir. Dia juga turut
teringat bagaimana suaminya diheret seperti sepotong kayu dan melihat kumpulan raksasa
yang mengheret suaminya masuk jip. Kumpulan raksasa yang dimaksudkan itu
menandakan bahawa pihak polis yang menangkap suaminya itu berbadan sasa, tinggi dan
besar. Dia juga teringat bunyi jip mengaum membelah dingin yang menandakan setelah
suaminya dibawa masuk ke dalam jip, jip itu dibawa laju meninggalkan tempat itu beserta
Siti Rahmah dan anak-anaknya tanpa memberi tahu satu butir pun mengapa menangkap
suaminya. Di dalam cerpen ini juga yang menunjukkan mereka orang miskin ialah mereka
tidak bertanah. Dengan itu, suami meminta tanah daripada kerajaan dan Tuk Wakil tetapi
tidak diendahkan. Di sini menandakan bahawa, kerajaan juga tidak berperikemanusiaan
terhadap golongan miskin di mana mereka ingin mengambil tanah yang diduduki oleh
mereka sekeluarga itu dan menyuruh Siti Rahmah sekeluarga tinggal di flat.

“Tiap-tiap malam rumahnya penuh” menandakan bahawa suaminya membuat


perjumpaan dan perbincangan dengan orang-orang kampung yang sudah lama tinggal di
situ untuk membincangkan insiatif menuntut hak tanah. “Pukul 2, 3 malam baru boleh
rebahkan belakang” yang menunjukkan mereka berbincang sangat lama dan pukul 2,3
malam baru dapat tidur kerana tempoh suruh pindah sudah menghampiri. Suaminya tidak
tahu ingin melakukan apa lagi selain mengerah orang kampung untuk berarak turun di Kuala

4
SITI NOR ANISA KESUSASTERAAN MELAYU BMMB3033

Krai tetapi nasib tidak menyebelahi mereka, suaminya pun ditangkap bersama orang
kampung yang turut mengikuti suaminya. Jip yang dibawa oleh pihak polis semasa
menahan suami Siti Rahmah menunjukkan pihak polis menahan ramai orang dari kampung
tersebut. Siti Rahmah mengetahui kesetiaan suaminya itu yang tidak akan memusuhi dan
berperang dengan orang. Suaminya hanya sekadar duduk jemur muka tengah panas di
hadapan pejabat tanah untuk meminta belas kasihan agar mereka tidak diarahkan
berpindah. Jelas sekali menandakan bahawa suaminya tidak bersalah dan berhati mulia.

Siti Rahmah masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa orang yang datang
melutut meminta belas kasihan hanya dapat layanan masuk jip dengan cara diseret macam
tunggul kayu. Di sini kita dapat lihat pihak kerajaan tersebut tidak adil terhadap rakyat.
Seterusnya, pengarang juga menyatakan bahawa Siti Rahmah bagaikan ibu ayam takutkan
helang yang menandakan bahawa dia berusaha membawa diri mencari tempat
perlindungan. Pengarang juga menyatakan bahawa ibu mertua Siti Rahmah seorang yang
panas baran dan tidak menyukainya. Sebagai contoh, semasa Siti Rahmah tumpang
berlindung di rumah ibu mertuanya, setiap hari pasti akan ada barang yang dilempar dan
dihumban malah turut serabut dan menghina cucu-cucunya iaitu anak Siti Rahmah. Tetapi
Siti Rahmah hanya bersabar dan menyadari dia hanyalah seorang pelayan bar dan sebab
itu jugalah suaminya diusir macam anjing keluar dari rumah kerana mengambil keputusan
mengahwininya. Di sini menandakan, keluarga suaminya tidak dapat menerima anak
mereka kahwin dengan seorang pelayan bar.

Pengarang juga menyatakan bahawa Siti Rahmah baru sedar akan dirinya, sebab itu
dia melencong ikut arus. Di sini menunjukkan, Siti Rahmah dan suaminya beserta anak-
anaknya keluar dari rumah mencari tempat berlindung yang lain sedangkan pada masa itu
Yop baru tujuh bulan dalam kandungannya. Mereka sampai keletihan dalam mencari tempat
perlindungan pada masa itu , sampaikan raga rotan yang sudah patah-patah bersimpul-
simpul jadi tali yang menandakan jauh perjalanan dan begitu kuat cabaran yang mereka
hadapi.Sehinggakan semasa melahirkan Yop saja di rumah tukang dobi kerana tidak
mampu beranak di hospital.Bukan itu sahaja, dalam cerpen ini juga menunjukkan Siti
Rahmah bukanlah seorang yang menyimpan dendam. Sebagai contoh, Siti Rahmah tidak
mahu fikir apa-apa lagi yang berlaku di antara keluarga suaminya dan membiarkannya
berlalu kerana kepentingannya hanyalah lima orang anak permatanya yang dia sangat
sayangi iaitu Mail, Kiah, Kinah, Salbi, dan Yop dan mendoakan agar Allah melindungi
mereka.

Seterusya, di dalam cerpen ini juga menunjukkan betapa rindunya anak-anak


kepada bapanya. Kita dapat lihat semasa Siti Rahmah bersuara semasa mereka makan

5
SITI NOR ANISA KESUSASTERAAN MELAYU BMMB3033

malam bersama di mana dia berhasrat ingin berjumpa suaminya itu dan membawa semua
anak-anaknya. Pengarang menyatakan bahawa anak-anak Siti Rahmah seperti bulan
purnama yang menandakan mereka begitu gembira akan berjumpa dengan bapa mereka.
Kegembiraan itu lagi terserlah apabila daun bayam dari mulut Mail terkeluar setelah
mendengar apa yang dihasratkan ibunya lalu cepat memasukkan semula dan menyatakan
dirinya juga ingin mengikuti ibunya. Manakala Kinah pula membebet bibir tanda mahu
menangis kerana disakat Mail yang menyatakan dia tidak boleh ikut kerana harus menjaga
adik.Tetapi dia tahu hasrat itu tidak dapat ditunaikan kerana tempat suaminya dipenjarakan
adalah sangat jauh iaitu di Kota Bharu dan perlu menaiki kapal terbang untuk sampai ke
sana. Ia menunjukkan Siti Rahmah dan anak-anaknya tinggal jauh daripada negeri
Kelantan.

Tiba-tiba, pada suatu hari, Siti Rahmah jatuh sakit. Kepala dirasakan ada batu yang
menandakan dia sakit kepala yang teramat sangat manakala gunung berapi seperti terdapat
dalam perutnya yang menunjukkan badannya sangat panas sehingga semua kerja rumah
dan mengurus Yop adalah empat orang anaknya itu. Mail dan Salbi bertukar-tukar menjaga
ibunya. Kiah mengurus untuk tanak nasi dan catak air manakala Kinah pula menjaga Yop.
Semasa Kiah memberi tahu mak sakit, semua beradik lain angguk kepala tanda faham.
Rupanya Siti Rahmah sakit adalah bersebab. Bopeng iaitu orang yang meminta duit sewa
datang dan memberitahu bahawa suaminya telah meninggal dunia di dalam penjara. Siti
Rahmah mengerah seluruh tenaganya untuk berjalan keluar dari bilik untuk memastikan
pernyataan itu sambil dipimpin oleh anak-anaknya.

Pengarang ada menyatakan bahawa mata-mata yang berdiri sebelah Tauke Bopeng
itu berasa terharu melihat sikap anak-anak Siti Rahmah yang menandakan Bopeng
membawa anak buahnya dan tidak datang berseorangan. Kemudian, anak buahnya itu
memberitahu semula bahawa suaminya telah mati di dalam penjara. Siti Rahmah hanya
mampu mempersoalkan semula “Suami saya sudah mati’ yang menandakan dia tidak dapat
menerima kenyataan itu. Masa Siti Rahmah membuka mata, anak-anak duduk mengelilingi
dia yang menandakan dia pengsan selepas mengeluarkan persoalan itu. Anak buah
Bokpeng memegang pergelangan tangan Siti Rahmah, menyatakan nadinya masih
berdenyut yang menandakan Siti Rahmah masih hidup di dalam pengakhiran cerpen ini.

Pengarang telah berjaya menyampaikan maksud tajuk cerpen ini iaitu Anak-anakku
adalah Daun-daun kering. Anak-anak Siti Rahmah terlihat seperti daun-daun kering setelah
bapa mereka ditangkap dan semasa dirinya sakit. Anak-anaknya berpanas bekerja sama
seperti daun kering yang sentiasa terkena panas.Daun-daun kering juga dapat
diklasifikasikan bersendirian sama seperti anak-anak Siti Rahmah yang terbiar dan

6
SITI NOR ANISA KESUSASTERAAN MELAYU BMMB3033

mengurus diri sendiri semasa ibunya sakit teruk. Pengarang juga berjaya menyentuh jiwa
kita semasa membca cerpen ini dan dapat menyampaikan maksud-maksud simbol dan
penanda yang digunakan di dalam cerpen ini. Pembaca juga akan tertanya-tanya, apakah
nasib mereka sekeluarga setelah orang yang disayangi dan tidak pernah bertemu dalam
masa setahun akhirnya berakhir dengan perpisahan melalui kematian.

Kesimpulannya, selepas habis membaca ini, saya menyedari betapa pentingnya


restu ibu bapa sebelum kita ingin membina keluarga kerana redha Allah terletak pada redha
ibu bapa. Tanpa restu kedua orang tua, kita pasti menghadapi pelbagai masalah. Saya juga
mengagumi sikap Siti Rahmah yang penyabar dan tidak menyimpan dendam terhadap
keluarga suaminya. Sikap penyayang yang ditunjukkan kepada anak-anaknya sangat
menyentuh hati pembaca. Begitu juga dengan anak-anaknya yang memahami keadaan dan
nasib keluarga yang dialami, mendengar kata, bertanggungjawb dan bijak mengurus diri.

7
SITI NOR ANISA KESUSASTERAAN MELAYU BMMB3033

Kesimpulan

Kesimpulannya, setiap coretan pengarang akan tersimpan seribu erti kepada


pembaca. Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang lazimnya sentiasa mendapat
kritikan dan pandangan daripada masyarakat umum dan ahli –ahli sarjana. Sebagai contoh
dalam cerpen Anak-anakku adalah Daun-daun Kering ini banyak menunjukkan kepicangan
sesetengah masyarakat yang tidak berperikemanusiaan dan mementingkan diri sendiri
seperti pihak polis, pihak kerajaan dan keluarga suami Siti Rahmah yang telah dikritik pada
ulasan di atas. Kerana adanya masyarakat maka terhasillah karya yang sentiasa
menyampaikan mesej - mesej yang berkesan dan sentiasa mendapat pandangan dan
kritikan dari pelbagai pihak. Namun, mata pena pengarang tidak akan sesekali tumpul selagi
jiwa, minda dan tenaga masih mampu bekerja dalam menghasilkan karya yang terbaik dan
berkualiti untuk santapan para pembaca yang meminati hasil karya sastera. Dengan itu,
kepentingan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis melalui karyanya tidak boleh
dipandang remeh kerana kadang kala mereka membawa kita selami realiti kehidupan yang
cuba kita selindungi. Walaupun terdapat karya- karya yang menggunakan gaya bahasa
yang begitu sinis sekali dan mendapat kritikan yang hebat dari pelbagai pihak, tetapi itulah
realiti yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kita semua.

8
SITI NOR ANISA KESUSASTERAAN MELAYU BMMB3033

Bibliografi

Buku :

Arba’ie Sujud. (2008). Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn
Bhd.

Harun Mat Piah et al. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ahmad. (1984). Memahami Novel dan Cerpen. Selangor :Pelanduk


Publications (M) Sdn Bhd

Khairuddin bin Mohamad et. al. (2014). Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa
Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Zahari Affandi. (2005). Siri Kumpulan Cerpen Pilihan : Jendelaku Kekasihku. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman Web:

Abdul Nasir Hj Paisal. (2009). Kritikan Cerpen. Dimuat turun pada 8 Februari 2020 di laman
web http://asengonek.blogspot.com/

Muhammad Al-Afzan. (2016). Fungsi Kritikan Sastera. Dimuat turun pada 5 Februari 2020 di
laman web https://cikguafzan96.blogspot.com/

9
SITI NOR ANISA KESUSASTERAAN MELAYU BMMB3033

Lampiran

10

Anda mungkin juga menyukai