Anda di halaman 1dari 4

Analisis kesalahan tatabahasa berdasarkan petikan

Petikan : TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN
ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2015

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana dengan rahmat dan izinNya maka pada
petang yang penuh keberkatan ini, kita dapat bertemu sekali lagi bagi meraikan Sambutan
Hari Belia Negara bagi tahun 2015.
Saya bersyukur kerana di atas keizinanNya, maka Hari Belia Negara dapat kita
jayakan buat kali ke-45 sebagai tanda penghargaan Negara kepada golongan belia. Pelbagai
inisiatif pembangunan belia telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menghargai dan
menyerlahkan potensi golongan belia. Dari tahun ke tahun, kerajaan melalui Kementerian
Belia dan Sukan tidak pernah gagal melaksanakan sambutan Hari Belia Negara yang
disambut pada 15 Mei setiap tahun. Kejayaan melaksanakan sambutan Hari Belia Negara ini
menunjukkan bahawa kerajaan komited dan sentiasa meletakkan golongan belia sebagai
aset penting negara. Golongan belia hari ini akan menentukan hala tuju negara pada masa
akan datang. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Belia Negara akan
dimeriahkan lagi dengan Festival Belia Putrajaya (FBP). Tahun ini, Putrajaya “Bandar Mesra
Belia” sekali lagi akan meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun selama tiga
hari bermula pada 22 Mei hingga 24 Mei 2015. Walau pun sambutan Hari Belia Negara 2015
dilaksanakan dalam skala yang lebih kecil berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun saya
percaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah Berjaya membawa satu gelombang baru
kepada strategi pelaksanaan Sambutan Hari Belia. Kita mula laksanakan festival ini pada
tahun 2012 dan KBS telah membuktikan bahawa festival belia tahunan ini telah berjaya
menarik golongan belia dari seluruh negara termasuk antarabangsa untuk datang ke
Putrajaya. Penglibatan golongan beliadi dalam pelbagai aktiviti pengisian Sambutan Hari
Belia Negara telah membantu menjayakan program ini. Pihak kerajaan percaya, menerusi
pendekatan “Dari Belia Untuk Belia” akan dapat menyerlahkan potensi modal insan belia yang
lebih cemerlang. Konsep “Dari Belia Untuk Belia” menunjukkan bahawa kerajaan membuka
ruang seluas-luasnya kepada golongan belia untuk memberi idea dan menyumbang bersama
dengan kerajaan untuk menggerakkan inisiatif pembangunan belia negara. Saya percaya,
kesepaduan diantara belia pebagai latar belakang bersama pihak kerajaan akan memberi
impak positif kepada pembangunan negara. 8. Atas dasar itu, Sambutan Hari Belia Negara
tahun ini menonjolkan konsep “Showcase of Talent”. Penyerlahan bakat di kalangan belia
dipaparkan melalui empat zon iaitu: Keushawanan dan Kreativiti (sebagai Zon Utama);
Komuniti; Aktif dan Seni; serta Sains. Konsep “Showcase of Talent” ini menyediakan ruang
dan peluang kepada golongan belia daripada pelbagai latar belakang di pelbagai peringkat
untuk menyerlahkan potensi modal insan mereka. Aktiviti penonjolan bakat di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan dilaksanakan dan kemeriahan pelaksanaan pelbagai aktiviti-
aktiviti ini pastinya telah dapat menyuntik azam kepada golongan belia untuk lebih
berjaya menyerlahkan potensi mereka. Kerajaan melalui KBS sentiasa berusaha untuk
memantapkan kualiti belia Malaysia daripada pelbagai aspek. Salah satu inisiatif KBS terkini
adalah melaksanakan pendekatan baru Rakan Muda yang berteraskan aspek pemerkasaan
remaja. Melalui konsep perkembangan dan penyerlahan bakat (Showcase of Talent), para
remaja akan berkongsi pengalaman dan melaksanakan program bersama remaja lain,
mereka berkongsi pengalaman, dan meningkatkan (upgrading) kemahiran serta ilmu
pengetahuan secara bersama. Ilmu atau bakat yang ada pada diri remaja itu akan dikongsi
dandisalurkan kepada remaja lain dalam pelbagai pendekatan seperti mengadakan bengkel,
latihan, kursus, kerjasama dan lain-lain pendekatan yang bersesuaian dengan penyerlahan
bakat. Pelbagai bakat boleh diketengahan dan dikongsi bersama dalam pelbagai bidang
seperti kesenian, kerohanian, kesusasteraan, sains, teknologi, alam sekitar, sukan,
kecergasan, keusahawanan, pertukangan, digital, muzik, kraf tangan, kebudayaan, kulinari,
akademik, soft skill, tarian, penulisan dan sebagainya. Potensi, kreativiti dan bakat golongan
remaja akan didedahkan, dibangunkan dan dikembangkan melalui program Rakan Muda baru
agar mereka dapat menjadi modal insan negara yang berguna. Beberapa program baru akan
dilaksanakanseperti: Program Ikonik Rakan Muda; Penyerlahan Bakat Peringkat Akar
Umbi; Program Mentor Rakan Muda; serta Dana Online Showcase Of Talent akan mula
digerakkan oleh KBS. Saya percaya konsep empowerment sebegini mampu membentuk
generasi muda yang lebih berdikari, bertanggungjawab, kreatif dan inivatif. Pastinya, usaha-
usaha sebegini akan dapat melahirkan golongan belia bersemangat juang yang positif,
mempunyai daya resilience, daya tahan yang kuat dan mampu untk mendepani pelbagai
cabaran kehidupan yang serba mencabar. Kerajaan melalui KBS juga telah menggerakkan
Program Parlimen Belia Malaysia sebagai satu platform untuk belia menyuarakan idea dan
pandangan. Seramai 133 orang belia telah dipilih dan dilantik menjadi Ahli Parlimen Belia
Malaysia bagi tempoh 2014-2016 dan mereka ini telah bersidang buat pertama kalinya di
Dewan Rakyat pada bulan Januari yang lalu. Saya mengambil maklum, sembilan usul telah
dibahaskan semasa Persidangan Parlimen Belia yang pertama tersebut dan kesemuanya
telah pun mendapat persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri. Usul Parlimen Belia Sidang
Pertama berkaitan inisiatif penubuhan Dewan Belia ASEAN (ASEAN Youth Assemblyl),
cadangan penyediaan Kad Diskaun Khas kepada belia bagi menggalakkan penggunaan
pengangkutan awam darat serta cadangan mewujudkan Institut Soft Skills dalam bidang
teknikal dan vokasional membuktikan bahawa belia Malaysia mempunyai kualiti dan potensi
kepimpinan yang membanggakan. Saya percaya, Persidangan Parlimen Belia kedua yang
telah berlangsung pada 11-13 Mei lalu juga berjaya menyerlahkan potensi serta kualiti
kepimpinan semua perwakilan belia yang menganggotai Parlimen Belia Malaysia. Tidak
hairan, jika suatu hari nanti beberapa usul Parlimen Belia Malaysia akan menjadi polisi
kerajaan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada KBS atas
kejayaan pelaksanaan program Parlimen Belia Malaysia dan saya mahu belia yang menjadi
Ahli Parlimen Belia menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menyumbang kepada
pembangunan negara. Jangan jadikan Parlimen Belia ini satu program politik, tapi jadikan
ianya sebagai satu platform untuk membincangkan serta mengupas isu-isu pembangunan
belia. Pendekatan 6E iaitu Engagement, Empowerment, Education, Entrepreunership, Social
Enterprise dan Experience yang ditekankan oleh kerajaan dalam pembangunan belia pastinya
akan dapat melahirkan golongan belia yang mampu berdikari, belia yang berwawasan,
mempunyai jati diri yang jitu serta boleh menyumbang kepada pembangunan negara di masa
hadapan. Mekanisme dan pendekatan tersebut seiring dengan hala tuju Dasar Belia Malaysia
(DBM) yang akan berkuatkuasa. DBM akan menjadi rujukan utama dalam kalangan semua
pemegang taruh belia sama ada di peringkat penggubal atau pelaksana dasar. Hala tuju dasar
ini mengambil kira cabaran utama belia Malaysia yang berhadapan dengan cabaran politik,
ekonomi, sosial dan teknologi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Dasar ini
digubal dengan mengambil kira karakter Belia Malaysia. Menurut kajian IYRES pada tahun
2012, karakter belia Malaysia adalah: beragama; cenderung ke aras konservatif;
berorientasikan keluarga; pengguna yang dinamik; cenderung kepada teknologi; rajin; optimis
tentang masa depan dan sedia untuk didekati. Lantaran itu DBM di gubal dengan matlamat
untuk: i. Meningkatkan keterlibatan belia sebagai warga bertanggungjawab dalam inisiatif di
peringkat negara, serantau dan antarabangsa; ii. Menyerlahkan potensi belia untuk membina
kehidupan yang positif; dan iii. Mengukuhkan akses maklumat yang saksama merentas
semua kumpulan sasaran belia berdasarkan bidang keutamaan belia. DBM memberi
penekanan kepada empat konsep utama iaitu: i. Had umur setara piawaian antrabangsa; ii.
Holistik dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; iii. Futuristik,
relevan dan terkini; dan iv. Merentas pelaksana dan generasi. Berasaskan peremajaan
kepimpinan belia, pendayaupayaan orang muda, negara muda dan selari dengan takrifan
umur di peringkat antarabangsaa, maka DBM telah menurunkan takrifan umur belia Malaysia
daripada mereka yang berumur 15-40 tahun kepada mereka yang berumur 15-30 tahun.
Takrifan umur belia yang baru ini akan berkuatkuasa pada tahun 2018. Lantaran itu, KBS
selaku badan peneraju pembangunan belia negara telah menyediakan Pelan Peralihan
Kepimpinan Belia serta Pelan Komunikasi Dasar Belia Malaysia sebagai panduan untuk
menggerakkan segala inisiatif DBM. Semoga tempoh tiga tahun bermula daripada tahun 2015
ini memberi cukup ruang kepada pertubuhan-pertubuhan belia untuk membuat perancangan
yang sewajarnya. Kerajaan percaya, melalui DBM potensi modal insan belia akan dapat
diserlahkan dengan memberi fokus utama kepada lapan kumpulan sasaran belia iaitu: belia
bersekolah; belia pengajian tinggi; belia bekerjaya; perkumpulan belia; belia massa (youth at
large); belia Malaysia antarabangsa; belia minoriti dan golongan terpinggir; serta belia
berisiko. Selain daripada itu, jaringan kerjasama strategik pemegang taruh dalam Sembilan
Bidang Keutamaan belia iaitu: pendidikan dan latihan kemahiran; kenegaraan dan jati diri;
gaya hidup sihat dan sejahtera; kepimpinan; kesukarelawanan dan masyarakat sivil;
keushawanan; Penyelidikan dan inovasi; profesionalisme kerja belia serta pemberian
pengiktirafan kepada belia akan menjadikan golongan belia lebih berkeupayaan untuk
menyumbang di semua peringkat kehidupan sehingga ke peringkat antrabangsa. KBS selaku
agensi peneraju pembangunan belia tidak akan berjaya merealisasikan pelaksanaan DBM
tanpa sokongan daripada lain-lain pemegang taruh belia. Oleh itu, saya mengharapkan agar
semua kementerian, jabatan, agensi dan NGOs yang berkaitan dengan belia bekerjasama
untuk merealisasikan pelaksanaan DBM dan komited untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Apabila kita bercakap tentang belia, ianya juga berkait rapat dengan gaya hidup
mereka. Oleh itu, bermula pada tahun ini, KBS telah merangka dan melaksanakan program
Fit Malaysia secara agresif di seluruh Malaysia sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat
Malaysia yang berbudaya Sukan. Pelbagai program kecergasan telah dilaksanakan di seluruh
negara dan kemuncaknya akan dilaksanakan Hari Sukan Negara. Bermula tahun ini, Hari
Sukan Negara akan diadakan pada setiap bulan Oktober dan diharapkan inisitaif ini akan
dapat melahirkan lebih ramai golongan belia yang cergas, sihat dan berbudaya sukan. Banyak
perkara-perkara penting yang berkait dengan pembangunan belia berlaku dalam negara kita
pada tahun ini. Tahun ini, Malaysia menjadi pengerusi ASEAN dan berusaha untuk
menggerakkan tiga inisiatif utama iaitu: integrasi pasaran ASEAN dan rakan perdagangan;
mengukuhkan kerjasama ekonomi ke arah struktur industri yang lebih maju serta berteknologi
tinggi; dan meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Di
atas prinsip menjayakan Gagasan Komuniti ASEAN, saya menyeru agar generasi belia
Malaysia memahami halatuju gagasan tersebut dan mengambil peluang, terutamanya dalam
bidang keusahawanan untuk meningkatkan taraf ekonomi belia dan negara. Belia Malaysia
menerusi Industri Usahawan Kecil dan Sederhana boleh mengambil peluang dan berusaha
untuk menembusi serta menguasai pasaran di peringkat negara-negara rantau ASEAN. Saya
juga mencadangkan supaya belia Malaysia meneroka bidang keusahawanan sosial bukan
sahaja untuk dilaksanakan di dalam negara malah dilaksanakan juga di peringkat
negaranegara ASEAN dan antarabangsa. Sesungguhnya pihak kerajaan amat prihatin
dengan keperluan hidup belia. Kajian Keperluan Hidup Belia (2013) yang telah dilaksanakan
oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mendapati bahawa untuk
tempoh dua tahun akan datang, golongan belia amat mengharapkan: pengurangan kos ke
atas keperluan makanan/ bahan asas; penurunan kadar cukai kenderaan; penurunan harga
rumah; penurunan harga petrol/bahan api; serta tambahan dana pendidikan. Lantaran itu,
kerajaan berusaha membantu mempertingkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan membantu
meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kesan daripada
ketidaktentuan ekonomi global. Sehubungan dengan itu, salah satu usaha kerajaan dalam
memenuhi keperluan golongan muda adalah dengan menyediakan kemudahan pemilikan
rumah dengan menyediakan Rumah Mesra Rakyat pada harga jualan RM45,000 – RM65,000
dengan pemberian subsidi kerajaan sebanyak RM15,000 – RM20,000 seunit rumah.
Sejumlah 223,000 unit rumah baru telah dibina oleh kerajaan dan sektor swasta pada 2014.
Kerajaan juga telah menyediakan RM100 juta untuk tabung penyelenggaraan 1Malaysia di
bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta RM82
juta untuk memulihkan 20 projek rumah terbengkalai yang melibatkan 8,197 buah rumah.
Selain daripada itu, kerajaan turut memperuntukkan RM578 juta kepada Jabatan Perumahan
negara untuk membina 16,473 unit rumah Program Perumahan Rakyat. Kesimpulannya,
kerajaan sentiasa prihatin kepada kehendak dan keperluan golongan belia dan masyarakat.
Pelbagai inisiatif telah dan akan dilaksanakan demi menjaga kesejahteraan kehidupan kita
semua di bumi Malaysia yang tercinta ini. Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah di atas kejayaan penganjuran sambutan Hari Belia Negara 2015 ini
kepada pihak KBS dan Majlis Belia Malaysia. Saya percaya konsep “Dari Belia Untuk Belia”
dengan tema “showcase of talent” yang diperkenalkan ini akan dapat menyerlahkan potensi
modal insan belia yang lebih kreatif dan inovatif serta dapatmenyemarkkan semangat
perpaduan dikalangan belia Malaysia. SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2015
DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM SAYA DENGAN INI MERASMIKAN
SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2015. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah
Wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai